1. Pendahuluan
2. Latarbelakang
3. Mengapa rakyat menolak PAS (sensitiviti rakyat Malaysia yang berbeza) - krisis keyakinan terhadap keupayaan dan sikap "takut" kelompok yang mahu menyokong PAS. Lebih 50 tahun gagal memikat hati rakyat – apa sebab dan puncanya?
4. Mengapa rakyat menerima Umno/BN - majoriti rakyat dan kelompok yang menyokong BN
5. Sejauh mana Barisan Alternatif benar-benar menjadi alternatif kepada rakyat - hentikan mencari kesalahan lawan; kritikan musuh adalah penawar
6. Kesilapan kerana "ingin memeluk gunung tanpa mahu mencangkul bukit" - PAS tiada strategi yang bijaksana memikat rakyat.
7. Kesilapan dalaman - ahli-ahli PAS berjuang/bersikap individual, kekayaan ekonomi dibuat atas nama individu, bukan parti - ahli kaya, parti miskin. PAS memiliki segala aset (tenaga manusia dan benda) tetapi tidak dimanipulasi secara efektif dan bijaksana.
8. Pilihan raya adalah satu peperangan - yang bijak dengan muslihat akan menang - 11 kali kena tipu belum ada langkah konstruktif dan efektif mematahkannya.
9. Bagaimana menghadapi penipuan dan taktik Umno/BN semasa pilihan raya, mematahkan perisikan SB dan tentera, "informatif power".
10. Langkah-langkah Konstruktif dan Rangka Strategik 10-15 Tahun - bagaimana menawan hati rakyat:-
"Operasi Anai-Anai"
(melihat bagaimana anai-anai menumbangkan pokok besar/bangunan secara senyap-senyap tanpa disedari)
Relevansi Teori Maslow dalam konteks perbincangan
Langkah Pertama
10.1 Strategi Politik
10.1.1 Nama baru, imej baru - Parti Aspirasi SeMalaysia (PAS) - mengikis krisis identiti / imej di kalangan rakyat. Sebenarnya rakyat takut dengan PAS kerana bimbang kehilangan "keseronokan" dan "kebebasan" mereka. Pemimpin PAS perlu lebih bersikap terbuka dalam soal nama ini.
10.1.2 Kekang hasrat penubuhan Negara Islam secara terbuka- biar dapat memerintah dulu, baru bercakap soal pemerintahan Islam.(contoh: kita nak pikat perempuan cantik yang seksi, jika kita cakap awak kena pakai tudung, pakai baju kurung sebelum kita dapat memilikinya sudah tentu dia akan takut dan lari dari kita; bila dah dapat kahwininya baru secara lemah lembut kita beritahu - pakailah baju yang elok sikit, kan awak dah isteri orang, tutup aurat tu, dah tentu dia akan dengar nasihat sebab kita dah jadi suaminya)
10.1.3 Kurangkan bercakap kontroversi - tawan rakyat, bukannya tawan Kerajaan
10.1.4 Slogan "negara perlukan pembangkang yang kuat" menjelang pilihan raya. Hentikan retorik kita nak tawan negara, nak tubuhkan kerajaan Islam - rakyat takut cara ini.
10.1.5 Wujudkan "kabinet" dalaman yang peranannya sama seperti kabinet Kerajaan - penyelaras aktiviti untuk rakyat melalui portfolio masing-masing.
10.1.6 Permuafakatan secara konkrit di antara parti-parti pembangkang; konsep "takiyyah" terhadap hasrat negara Islam.
10.1.7 Jalinan kerjasama dengan Kerajaan bagi mengubah tanggapan dan imej negatif parti dan untuk memudahkan bantuan/kelulusan lesen/permit untuk aktiviti parti.
10.1.8 Tubuhkan firma perunding atau khidmat perundangan untuk rujukan rakyat yang ada masalah
10.1.9 Aktifkan diplomasi, kurangkan konfrontasi dengan Umno- sebarang bentuk kenyataan, gambaran, lukisan dan sebagai yang mencela Umno kena berhenti.
10.1.10 Rapatkan hubungan dengan semua badan-badan NGO dan pertubuhan sukarela - asimilasikan PAS bersama mereka.
10.1.11 "Pura-pura" menjadi badan dakwah tanpa terlalu aktif dalam politik bagi menanam kepercayaan menjayakan strategi ekonomi di bawah.
Langkah Kedua
10.2 Strategi Ekonomi
• Silap - ahli PAS bergerak atas nama individu, bukan jamaah parti.
• Teori Kebangkitan Jepun
• Bagaimana mendapat modal?
Melihat betapa penting dan signifikannya kekuatan ekonomi;
10.2.1 Wujudkan rangkaian perniagaan atas nama parti - iaitu buka kilang bermodal kecil, pasaraya.
10.2.2 Penubuhan Dana Ekonomi Khas untuk menggerakkan perjuangan dan membantu rakyat yang memerlukannya.
10.2.3 Penubuhan bank sendiri atau ambil alih bank tempatan tertentu yang terselindung dari nama parti
10.2.4 Pengambil alihan syarikat-syarikat korporat untuk kukuhkan ekonomi parti
10.2.5 Wujudkan industri kecil dan sederhana atas nama/akaun parti
10.2.6 Penguasaan saham-saham syarikat media secara terancang, iaitu NTV7. Mohon permit penerbitan atas nama individu di belakang tabir.
10.2.7 Wujudkan aktiviti 'satu produk satu kampung' bagi setiap cawangan parti
10.2.8 Tawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat bagi aktiviti-aktiviti ekonomi yang berjaya
10.2.9 Wujudkan industri pengangkutan dan pelancongan seperti bas ekspress, bas pelancongan dll
10.2.10 Gerakkan aktiviti pertanian, penternakan dan produk sampingan melalui rancangan tanah berkelompok.
10.2.11 Jalinan hubungan ekonomi/eksport produk dengan negara ASEAN dan negara-negara Islam
Langkah Ketiga
10.3 Strategi Sosial dan Pendidikan
10.3.1 Wujudkan penubuhan dana atau skim biasiswa atau pinjaman pendidikan untuk rakyat tanpa mengira kaum.
10.3.2 Lahirkan pakar-pakar rekacipta, saintis dan kajian R&D untuk harumkan nama parti - PAS punya ramai ahli/penyokong yang cemerlang dalam bidang ini tetapi bergerak secara individu.
10.3.3 Adakan aktiviti gotong royong dan kegiatan kemasyarakatan secara tetap dan berkala di setiap kampung. Adakan aktiviti ceria dan mesra di kampung-kampung, iaitu masak memasak besar-besaran, kenduri dan sebagainya sekurang-kurangnya 3 kali
setahun untuk semua kaum
10.3.4 Sertai apa saja aktiviti bebas dan sukarela oleh Kerajaan dan NGO; perlu lebih toleran dan open minded.
10.3.5 Pengajar-pengajar sukarela memberikan khidmat percuma atau berpatutan di setiap bandar menjelang peperiksaan PMR, SPM dan STPM
10.3.6 Semarakkan program silaturrahim dengan pelbagai badan dan pertubuhan serta pegawai awam, misalnya menjemput pasukan polis, tentera, bomba dan sebagainya dalam aktiviti yang diadakan. Hentikan serangan ke atas polis.
10.3.7 Semarakkan aktiviti belia dan kegiatan sukan bagi semua kaum sepanjang masa.
10.3.8 Jangan menyentuh secara terbuka kegiatan hiburan semasa dan wujudkan hiburan alternatif kepada rakyat; iaitu teater, sketsa, filem dan drama – boleh tubuhkan productions sendiri dan jual drama/telemovie berunsur dakwah/pendidikan kepada stesen tv tempatan. Idealisme Iran sebagai contoh. Keterbukaan yang mampu memikat sokongan.
10.3.9 Tubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat sepanjang masa
10.3.10 Menguasai dan mengambil alih IPTS tertentu melalui penguasaan saham hasil kejayaan pelan ekonomi di atas.
11. PERSOALAN :- 50 TAHUN BERJUANG DENGAN CARA SEKARANG INI TIDAK MENAMPAKKAN HASIL - APA YANG TAK KENANYA DENGAN PAS? KENAPA HARUS TAKUT MENCUBA CARA BARU?
- Rakyat tidak dapat terima cara perjuangan Pas seperti sekarang kerana bimbang akan kehilangan apa yang telah mereka nikmati dan masih kabur dengan apa harapan yang akan PAS beri. Penguasaan ekonomi adalah cara terbaik kerana manusia bukan shj perlukan agama sebagai pedoman tetapi perlukan juga harta benda/ekonomi untuk terus hidup dan menyara anak isteri. Mereka beranggapan Umno juga Islam, mengapa perlu lagi sokong PAS walhal Umno telah berikan yang terbaik untuk rakyat tanpa perlu korbankan pegangan agama mereka dan dalam masa yang sama rakyat mendapat segala peluang dan kemajuan di bawah Umno. PAS perlu merobah diri melakukan alternatif sebaik mungkin meyakinkan rakyat bahawa mereka (rakyat) juga akan dapat peluang seperti pekerjaan jika berada bersama PAS. Kebimbangan ekonomi adalah paling asas. Strategi Arqam menguasai ekonomi adalah contoh terbaik.
12. IMPAK KEPADA RAKYAT DAN PARTI
- Langkah pertama untuk menjayakan strategi di atas adalah dengan merobah imej parti terlebih dahulu agar rakyat percaya dan tidak "takut" lagi dengan PAS. Pertama - nama "Parti Islam Semalaysia" yang sinonim dan "ditakuti" rakyat selama ini perlu ditukar kepada nama baru. PAS tidak akan jadi "kurang Islamnya" jika menukar nama parti. Persoalan - dah 50 tahun guna nama ini, sejauh mana rakyat dapat terima? Langkah ini perlu demi merobah tanggapan negatif selama ini oleh rakyat terhadap perjuangan PAS.
Selagi PAS gagal menyelinap dalam akal fikiran dan jiwa nurani rakyat dan sesuai dengan citarasa mereka, perjuangan PAS tidak akan diterima. Ini bukan bermakna Pas perlu korbankan idealisme perjuangan mereka tetapi kaedah dan strategi perlu berubah untuk menawan hati rakyat dan menjadikan mengapa rakyat perlu menyokong mereka dengan suatu landasan yang kukuh bahawa PAS terlebih baik daripada Umno dan mampu menjadi alternatif kepada BN/Umno untuk menawarkan pekerjaan, kekayaan ekonomi, hiburan dan memenuhi naluri rakyat sebagai manusia moden di zaman ini. Ini yang perlu difahami, iaitu memenuhi citarasa dan naluri manusiawi zaman sekarang yang serba maju.
13. HARAPAN MASA DEPAN
- PAS hanya akan berjaya memikat dan menawan hati rakyat jika;
i) Mengubah imej "negatif" dan menakuntukan rakyat dengan interpretasi "ekstrem", "radikal" dan "keras" serta sukar bertolak ansur. Pegangan "jumud" terhadap perkara-perkara furu'/khilafiah dalam agama perlu dirongkai.
ii) Bersikap lebih moderate, toleran dan terbuka dalam segala segi yang mampu meyakinkan rakyat bahawa Pas sebenarnya lebih baik dr Umno/BN dan boleh dipercayai serta diyakini.
iii) Menjadi lebih progresif, inovatif dan komprehensif dalam merealisasikan keperluan rakyat terutama sekali dalam bidang ekonomi dan sosial dengan menyediakan peluang ekonomi rangkaian, kebajikan dan seumpamanya. Aktiviti yang dilakukan atas nama individu hendaklah dihentikan dan ditukar kepada aktiviti atas nama parti. Ia hendaklah menjadi tempat bagi rakyat untuk "berteduh" samada dr segi peluang pekerjaan perlindungan sosial dan sebagai Fenomena ahli PAS sendiri tidak menyokong kegiatan ekonomi PAS wajar di atasi. [contoh: Hassan Ali dengan summer campnya, Ismail Kamus dengan kismis mindanya dan sebagainya]
iv) Mewujudkan segmentasi kegiatan PAS yang terbahagi kepada aktiviti ekonomi, aktiviti sosial dan hiburan dan aktiviti politik agar lebih fokus dan objektif. Sekarang ini aktiviti PAS lebih bersifat rojak dan bercelaru. Sistem pengorganisasian PAS tidak berjalan dengan sempurna dan sistematik.
v) Kejayaan aktiviti ekonomi yang dinyatakan di atas hendaklah dijadikan sebagai titik tolak kepada ahli dan dpt menyediakan mereka tempat bergantung agar kegiatan kepartian tidak lagi menjadi kerja "part time" sahaja dimana mereka tidak perlu lagi memikirkan dimana dan cara mana nak mencari rezeki untuk menanggung keluarga dan dalam masa yang sama mahu bergiat cergas dalam parti. Senario sekarang - ahli Pas terpaksa bekerja dan berusaha sendiri mencari nafkah dan secara "part time" bergiat dalam parti. Jika PAS sendiri tidak mampu "membela" ahli-ahlinya bagaimana mereka akan mampu membela rakyat satu negara? Ahli sendiri bercempera mencari kerja/nafkah secara individu dan parti tidak mampu menolong apa-apa!
vi) Mewujudkan satu mekanisme pelaburan yang mantap melalui sumber modal yang ada dan menceburi bidang yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada parti dan dalam masa yang sama rakyat mendapat peluang pekerjaan. Fokus kepada politik yang menjadi agenda dominan selama ini hendaklah ditukar kepada fokus kepada kegiatan ekonomi secara lebih progresif.
vii) Hentikan hakikat yang ahli-ahli Pas sebenarnya bergerak secara "individu" dalam apa jua kegiatan mereka samada ekonomi, kebajikan dan sebagainya.
- Putra KB
19 comments:
Saya amat tertarik dengan kertas kerja ini dan saya juga bersetuju bahawa sudah tiba masanya PAS mengubah pendekatannya. Pendekatan yang digunakan sekarang ini telah dianggap ketinggalan. PAS tidak harus takut untuk mencuba pendekatan baru jika ia boleh mendatangkan manfaat kepada PAS. Kaji semula kelemahan dan ambil tindakan segera.
a good proposal
saya amat bersetuju dengan cadangan yang diketengahkan itu terutama sekali dari sudut pendekatan ekonominya seperti yang dipraktikkan oleh jemaah alarqam dengan rangkaian restoran kedai makannya,kedai runcit,mini marketnya,kedai jahit,kedai roti dan kek,bengkel besi dan kimpalan,kedai basikal,kedai komputer,kedai buku dan percetakannya dan berbagai lagi yang diusahakannya,begitu praktikal sekali untuk menjana dan memperkukuhkan ekonomi parti_satu cara dan pendekatan yang begitu menarik dan berkesan sekali untuk memikat hati rakyat jelata.
Satu cadangan yang baik. Walau apapun yang penting Presidennya sekarang kena ditukarkan..dari segi ilmu ok tapi keterampilan dan cara kerjanya banyak yang tak menyenanginya..keras kadang kadang tak bertempat..fikir fikirkanlah..terutama Presiden tu sendiri..kenapa terenganu terlepas???..sipresiden punyahallah..
Alhamdulillah, kita masih tabah dan sabar dalam mengahadapi segala kekalahan dan kesedihan setelah gagal sekali lagi. Cadangan Putra KB, walaupun nampak ekstrim, sewajarnya diperhalusi dan dibincang dengan lebih serius oleh pimpinan PAS. Perubahan nama memang boleh membantu, tetapi tidaklah begitu mendesak. Pengekalan nama Islam pada PAS tiada masalah, tetapi seperti yang Putra KB cadangkan, penguasaan ekonomi itu sangatlah penting. Islam tidak menghalang menjadi kaya, tidak menghalang kemajuan. Jadi PAS harus menunjukkan perkara yang Islam sarankan iaitu antaranya kemajuan , kekayaan dan penguasaan ekonomi. Seperkara lagi yang mesti diambil kira oleh pimpinan PAS ialah, isu pengundi hantu dan penyelewengan semasa pilihanraya. Benar pendapat Putra KB, kita sentiasa ditipu dalam pilihanraya, dan terus ditipu, dan mungkinkah akan terus ditipu sampai bila-bila? PAS juga wajar menyusun strategi dan muslihat untuk menghadapi UMNO. Jangan peduli lagi strategi UMNO, rancang strategi supaya UMNO pula kelam kabut menahan asakan dan strategi PAS.Jangan cakap lagi pasal pengundi hantu, sampai kiamat UMNO takkan mengaku. Rancang strategi lain yang lebih berkesan.
Perkara lain yang boleh diperbaiki ialah berkenaan syilibus usrah. Saya masih tertanya-tanya, kenapalah perjalanan usrah kita sangat streotype. Usrah perlu dijadikan medium untuk memajukan ahli, perancangan gerak kerja, pembaikpulihan segala kesilapan dalam perancangan dan sebagainya.
Mungkin terlalu banyak untuk diulas. Diharap pimpinan PAS dari Muryidul Am, Presiden dan AJK parti menelitikan perkara ini. Ini pendapat rakyat. Kami meletakkan kepercayaan kepada anda sebagai pimpinan kami.
Cadangan yg bagus dari segi cadangan ekonomi and cadangan politik juga tak kurang bagusnya tetapi masih boleh deperhalusi. Bagi pendapat saya, nama islam harus dikekalkan namun program-program yang dicadangkan boleh diteruskan. Dengan ini kita dapat memberi satu persepsi yang mana Islam itu universal dari semua segi, politik, sosial ataupun ekonomi
rasanya Mat Sabu maybe bleh diberi assignment ni. Kaji cammna Hamas Di Palestin & Ikhwanul Muslimin dapat sokongan rakyat wp depa ditekan. Kita buat dua2. Politik bergerak seiring ekonomi. Kohilal camna cite? Patutnya management tu perlu tukar. banyak dah kita rugi...
Assalamualaikum Wmt Wbt, selepas membaca kertas cadangan dari putra kb, saya terpanggil untuk memberi komen, semua cadangan dari putra kb tu berpaksikan kepada perhubungan dengan manusia, dengan ALLAH bagaimana? sedangkan kemenangan itu datang dari ALLAH. sudahkah kita menganalisa diri kita, jemaah kita, adakah betul-betul telah melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangannya? apakah semua aktiviti yang kita lakukan samada dengan ALLAH atau manusia mengikut kehendak ALLAH seperti yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW atau mengikut selera kita? ingat jika kita mengejar Akhirat dunia juga akan mengikut kita dan jika kita mengejar dunia hanya dunia sajalah yang kita dapat. sekian, Wassalam
w.salam Sdr/i Anonymous (Posting 9)
Sebenarnya Draf Kertas Kerja ini hanyalah rangka yg belum siap. Memang apa yg disebutkan oleh Sdr itu ada dlm kerangka saya tp tidak dimuatkan terlebih dahulu kerana ianya agak "sensitif" utk dibahaskan kerana melibatkan amalan pemimpin/org PAS sendiri. Saya teringat akan Sayyidina Umar Al Khattab di dalam suatu peperangan dimana beliau r.a telah melarang tenteranya yg tidak bangun solat malam drp menyertai peperangan. Soal "hablum minallah" dlm perjuangan PAS ini cuma akan saya sentuh sekiranya saya mahu menyiapkan sepenuhnya Kertas Kerja tersebut kerana tidak molek untuk mendedahkan kelemahan2 amalan seseorang secara terbuka. Memang saya sedar ramai ahli PAS sendiri yg tidak solat, membuat benda2 tak elok, penuh dgn sifat2 & nafsu ammarah dsbnya. Wajarkah hal2 seumpama ini dibahaskan secara terbuka? Sdr harus sedar yg kertas kerja tsbt hanya draf dan rangka shj, bukan lengkap !
- Putra KB
assalamualaikum wbt.
saudara putra kb..andainya rakyat memberi peluang kepada pas untuk memerintah. tak mustahil..ia akan lebih baik dari apa yang ada sekarang.di malaysia negara yang kita sayang ini, sudah cukup pakar dari segala bidang untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan berdaulat.ahli pas sendiri pun, ramai yang terlibat secara langsung atau pun secara tidak lansung untuk meyumbang kepakaran yang ada pada mereka.sebenarnya, bukan rakyat yang tidak mengizinkan negara ini diperintah oleh pas.tapi kerajaan yang ada sekarang ini semacam tidak merelakan kerajaaan yang di bina sejak sekian lamanya terlepas di genggaman mereka. adakah mereka jujur memerintah ataupun hanya untuk mempunyai kuasa. contohnya. dengan kuasa yang ada. krususu aro angkasa upm di pindahkan ker ukm.betapa mantapnya aro angkasa yang dibina oleh pihak upm, dibandingkan dengan ukm.betul, sebabkan kuasa menteri,semua itu boleh berubah. dalam pilihanraya.pasa bukan berlawan dengan umno. tapi pas berlawan dengan kerajaan malaysia. susah lah nak menang. bagi putra kb..kertas keja tu sebahagiannya ok.tapi perlu di rujuk dulu. allahwaalam
Pandangan fundamental ahli/penyokong PAS yg sebeginilah sebenarnya akan memungkinkan PAS akan berterusan mungkin utk 20-30 tahun lagi mcm apa yg ada hari ini. Siaapa pun yg jadi Kerajaan tidak akan menyerahkan dgn mudah kuasanya kpd pihak lawan. Jika kita sentiasa melihat PAS asik melawan kerajaan shj tanpa mahu bermuhasabah dan menukar strategi, masa 50 tahun lagi pun PAS takkan kemana. Hujah skeptikal PAS ialah:
1. Kita berlawan bukan dgn BN/UMNO ttp dgn seluruh jentera kerajaan.
2. Kita diserang pengundi hantu
3. Dll.
Soalanya, tiada pendekatan lainkah patut kita fikirkan jk kita sentiasa berdepan dgn masalah2 yg dinyataklan itu? Benar kata Putra KB, yg patut ditawan adalah rakyat, bukan kerajaan. Jk kita sentiasa ingat yg kita nak tawan adalah kerajaan, ianya mungkin akan jadi mcm serigala dgn anggur masam sahaja.....Masa berubah, teknologi berubah, manusia berubah...yg tak mahu berubah cuma PAS shj. Saya walaupun ahli PAS tp byk tidak setuju cara PAS gunakan kaedah lama shj. Kenapa PAS takut ikut cara Arqam bina kekuatan ekonomi? Jepun dapat atasi Amerika pun dgn ekonomi shj, sampaikan satu dunia Jepun dah tawan dgn ekonominya. Cuba tengok, rumah siapa dlm dunia hari ini yg tiada barang Jepun? Honda, Sanyo, Toshiba, Nissan, bla bla bla. Renung-renungkan fikir-fikirkan ! Apapun syabas kpd Putra KB.
assalamulaikum..
dari komen teratas sampai lah ke bawah, hampir setiap komen menggalakkan agar PAS berubah..dan saya sendiri juga amat bersetuju, PAS perlu berubah. Tapi inginlah saya utarakan sesuatu...ke manakah semua2 komen kita ini akan sampai?mungkin ker sampai ke 1000 org? atau 200, 000 ahli pas? atau sampai kah ke cuping telinga Presiden PAS sendiri?
kemungkinan besar, hanyalah berlegar2 di dunia cyber ini dan di kongsi sekerat 2 kerat geng2 kita yang mana org yang sama sahaja..dan inilah saja sebenarnya yg kita mampu lakukan..
dan sesuatu yg menyentuh hati saya adalah artikel petugas pas pahang (http://www.bakongnet.com/marhaen/mar_b_petugas_
pas_pahang_01.html)
yang menanyakan kabar apakah ceritanya Tuan Presiden PAS ke Yemen berseminar di kala pilihanraya Pengkalan Pasir berlangsung..terguris hati ini, gajah di depan mata x nampak, nyamuk di seberang nun sana pulak nampak..
saya tegaskan, sejak 'baligh' mengundi memang pangkah PAS, kerana sayangkan ISLAM, dan jnganlah kalangan pemimpin pas lupa akan pengorbanan rakyat2 marhaen ini.
memang UMNO bermain politik kotor, tetapi juga politik cerdik, amat cerdik (tapi mungkin nampak kebodohan di kalangan yg lain, sebab tu mereka tidak lakukan) sbg contoh, meminjam ayat petugas pas pahang "Hati mana yang tidak terusik apabila Menteri Besar Selangor yang juga MKT Umno sanggup mandi air telaga dan tidur bersama pepijat dirumah kampung pengundi".
Assalamualaikum, untuk berhadapan dengan umno ni kita kena kenal pasti apakah tipu muslihat yang digunakannya. Apa yang saya perhatikan penipuan pelbagai digunakan didalam setiap pilihanraya, penipuan ini 'overlap' antara satu sama lain dan ini menyukarkan pihak Pas untuk menggambil tindakan. antara penipuan yg dikenalpasti ialah; pemindahan pengundi karat biru kekawasan yg mereka kalah, pengundi tempatan mengundi 2 atau berulang kali, undi pos yang mengelirukan, pembayaran pendahuluan kepada pengundi yg tinggal diluar kawasan dan dibayar penuh apabila telah menang dan lakunan-lakunan kerja oleh pemimpin umno,pemuda umno, puteri umno dan putera umno serta tak lupa juga penggunaan media massa secara meluas yg menunjukan kebaikan umno dan keburukan Pas. oleh itu di samping usaha kita seperti yg dinyatakan Putera KB diatas kita hendaklah berdoa dan akhirnya bertawakkal kepda Allah.
Saya dari kelantan tapi sekarang menetap di kuala lumpur. Dun di kampung saya diwakili oleh pas dan wakil rakyatnya pula sebagai salah seorang ahli exco. Saya tak nampak apa-apa aktiviti yang diusahakan oleh exco tersebut di dun kami. Dun kami sejak turun temurun memang dikuasai pas. Saya tahu mungkin pas tak punya duit untuk membuat pembangunan. Bukan itu yang saya pinta, saya hanya mahu exco terbabit yang bergelar ustaz rancakkan kembali majlis-majlis ilmu di masjid-masjid sekitar rumah beliau seperti mana di zaman umno dulu. Bukan berpakat dengan ajk masjid untuk senarai hitamkan beberapa penceramah hanya kerana mereka tidak jelas pendirian politiknya. Apakah ini pun memerlukan belanja yang besar? Apakah sekarang saya perlu memangkah umno sebagai hukuman kepada exco terbabit(yang tak berguna kepada rakyat setempat) pada pilihanraya akan datang?
assalamualaikum w.b.t
komen anony, 16/12/05 2.53, boleh dikatakan ada kebenarannya.
saya juga tidak nampak apa2 yang menonjol di kawasan dun saya mengundi daripada sejak pas memerintah. tapi memang lah tak dinafikan bandar kota bharu ada perubahannya. saya juga bersetuju dengan pendapatnya, sekiranya Pas tidak mampun membangunkan sesuatu melalui ekonomi, wakil dun tersebut perlulah sekurangnya ada inisiatif untuk mengadakan majlis2 keagamaan yang lebih kerap. ini, nak tengok wajahnya di masjid untuk ceramah agama pun jarang sekali..
mungkin begitu sukar untuk wakil2 dun ini mencontohi tok guru nik aziz, walau tok guru lebih sibuk daripada mereka sebagai menteri besar, lebih besar tanggungjawab daripada tok guru yang merupakan mursyidul am...
sekecil molek orgnye tok guru pun masih mampu berceramah agama, takzikrah pagi2 jumaat, bertemu rakyat...mereka yang lain2, mcm mana?
(Satu cadangan yang baik. Walau apapun yang penting Presidennya sekarang kena ditukarkan..dari segi ilmu ok tapi keterampilan dan cara kerjanya banyak yang tak menyenanginya..keras kadang kadang tak bertempat..fikir fikirkanlah..terutama Presiden tu sendiri..kenapa terenganu terlepas???..sipresiden punyahallah)
aku nak cakap kat member yg omen macam ni...ko kena belaja tentang qada' dan qadar Tuhan sikit..kemenangan dan kekalahan tu , manusia yg tetapkan ke?..Presiden yg tentukan ke?..kawasan ko menag jugak ke PAS??..dapat merintah jugak ke negeri ko?...kalau tak..usah cakap pasal Presiden...tengok batang hidung sendiri dulu la....ape punye idea....
Alhamdulilah
Ramai yang mendukung apa yang telah ditulis oleh Putera KB.
Harap topik ini tidak terkeluar tajuk.Secara peribadi saya tidak mahu perbincangan ini menyentuh tentang faktor kekalahan PAS, juga menyentuh tentang kesilapan pihak tertentu !
Gunakan cadangan putera KB sebagai panduan untuk berbincang. Cambahkan idea anda untuk kegunaan pimpinan PAS.
Yang paling utama ialah tanpa perlu modal yang banyak PAS mampu membina agenda ekonomi di setiap kawasan.
Ceramah Agama + Ceramah Pembangunan Usahawan = Ahli PAS berjaya (Modal Insan Cemerlang)
Sebenarnya ayat Pak Lah Modal Insan ni.Tapi bila Pak Lah cakap pada Ahli UMNO mcm cakap dengan itik, sebab jiwa UMNO dah rosak, mana mungkin ada hati nurani yang baik lagi.
PAS sudah ada model yang baik dan cemerlang, bangunkan mereka.Jadikan Ahli PAS model terbaik yang berjaya dalam Agama dan Ekonomi.
Hamas rancang tubuh stesen TV (UTUSAN MALAYSIA)
TEBING BARAT 20 Dis. - Pergerakan Hamas sedang merancang menubuhkan stesen televisyen satelit sendiri dan dijangka beroperasi selepas pilihan raya umum Palestin.
Sheikh Ismail Haniya yang merupakan salah seorang pemimpin kanan pergerakan itu berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menu-buhkan stesen penyiaran bebas tersebut.
Bagaimanapun jelasnya, masalah politik tempatan dan ekonomi menyebabkan rancangan ter-sebut ditangguhkan sejak beberapa lama.
KOMEN
Ini adalah satu contoh yang cukup baik. Sekarang saya perhatikan PAS sudah ada web TV dan ianya perlu di kembangkan dan dijadikan lebih canggih untuk rakyat mendapat berita sebenar.
Assalamualaikum;
Saya telah membaca kertaskerja Putera KB dan berpendapat bahawa kertaskerja ini dibuat dengan mengambilkira segala kelemahan yang ada pada Parti PAS serta sepakterajang politik dalam amalan Demokrasi dinegara kita ini.Pihak kepimpinan PAS perlulah membahaskan kertas-kerja ini dan mengambil tindakan susulan.Kalau syarikat-syarikat korporat seperti Telekom Malaysia dan RTM pun membuat 'rebranding' apasalahnya parti PAS ,agar wajahbaru,semangat baru dan pendekatan baru ini mendapat tempat di hati rakyat .
sekian.
Post a Comment