Wednesday, December 14, 2005

Jadikan Kelantan sebagai Kerajaan Pusat dan wujudkan kerajaan negeri milik PAS

Assalamualaikum wrt wbt

Pada pilihanraya yang lalu saya pernah menulis judul yang sama tentang perancangan strategik ini. Secara peribadi apabila saya membaca semua laman web yang menyokong PAS dan BA (rasmi atau tidak rasmi) yang menjadi bahan utama ialah tentang kebobrokan UMNO dan seluruh juak juak mereka. Namun berita tentang kejayaan-kejayaan PAS dan BA amat sedikit terutamanya dalam hal ehwal ekonomi.

Benar kata Tun Paduka Tuan bahawa PAS tidak dapat membuktikan apa apa setelah 50 tahun bertapak di Malaysia.Hasrat untuk berkuasa tidak dapat dikotakan sejak 50 tahun yang lalu. Secara peribadi hasrat ini juga akan cuma menjadi mimpi untuk beberapa tahun akan datang.Malah yang menjadi kebimbangan saya ialah pada PRU yang akan datang PAS akan kalah dan Kelantan akan kembali ke tangan UMNO.

PAS sudah mempunyai kelebihan iaitu memiliki modal insan yang sangat dinamik tidak seperti UMNO yang memiliki modal insan yang lemah akal fikiran dan mempunyai nilai nilai yang jahat dan kejam.Oleh yang demikian, jika PAS mampu memberikan keseimbangan maka Insya Allah PAS akan berjaya kelak.

PAS belum sepenuhnya menjadi juara rakyat kerana UMNO sehingga kini pun masih gagal membasmi kemiskinan (rujuk rancangan BERSAMAMU). Saya yakin ramai golongan bawahan mendokong PAS dan saya lebih yakin sokongan tersebut akan menjadi lebih kukuh.

Rakyat bawahan pasti tidak teragak agak untuk berjuang bersama PAS kerana PAS lah yang memberi kehidupan kepada mereka sekiranya PAs berjaya dalam membentuk satu komuniti ekonomi yang berjaya.

Sekarang perjuangan bukan lagi secara bersemuka kerana sudah pasti sama ada dengan strategi atau dengan perang saraf yang kuat sekalipun PAS tetap akan kecundang.

Saya yakin sebenarnya PAS mempunyai dana yang banyak untuk memulakan cadangan daripada Putera KB.PAS mampu untuk laksanakan. Mulakanlah langkah ini mulakan dengan membina sebuah klinik di setiap negeri milik PAS.

Kemudian bangunkan satu IKS di setiap negeri.Ambil pekerja-perkerja dikalangan mereka yang daif dan miskin.

Jadikan Kelantan sebagai kerajaan pusat dan negeri lain sebagai kerajaan negeri milik PAS. Setiap negeri menjalankan projek pembangunan setempat dan Kelantan adalah pusat pentadbiran utama. Secara tidak langsung ekonomi negeri Kelantan dapat dibangunkan dengan lebih rancak lagi.

Mulakanlah ! saya berharap agar selepas ini akan banyak peluang peluang ekonomi yang dapat dijana oleh PAS. Saya rasa kuasa ekonomi adalah lebih kuat daripada kuasa politik. Dengan kefahaman bahawa "Pengguna memiliki kuasa beli dan pelanggan sentiasa benar" maka kita boleh terjemahkan kepada "Pengundi memiliki kuasa memilih dan pengundi adalah sentiasa benar"

Siapa yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat maka merekalah juara rakyat yang sebenar.

Kalaulah PAS boleh membangunkan klinik atau hospital sendiri dan apabila orang orang SPR datang berubat maka mereka juga tidak tergamak untuk menyeleweng kerana mereka terhutang budi dengan PAS begitu juga dengan para pengundi hantu. Ini adalah kerana mereka mempunyai keluarga yang berkerja dengan syarikat syarikat milik PAS. Mereka juga tidak tergamak menganiaya orang fakir miskin yang berkerja dengan PAS.Allah juga akan memelihara PAS kerana membantu golongan kurang upaya dan fakir miskin.

Saya akan mendukung penuh blog ini dan akan menjadi pendesak utama untuk melihat perubahan dalam rangka strategik PAS.

Sekian

Ikan jenahak - 14.12.2005

3 comments:

Junichero Hayashi said...

Terima Kasih Kerana menyiarkan komen saya. Harap Putera KB juga dapat join kita dalam blog ini.

Saya juga berharap agar ramai lagi yg dapat memberikan sumbangan dan menjadikan blog ini satu blog yg mampu membantu organisasi Barisan Alternatif merangka plan dan strategi baru.

"sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya" - "sekilas pengundi sudah tahu hantu atau tidak"

Anonymous said...

Saya rasa PAS perlu ambil iktibar dari gambar cina Sholin soccer...sebab pada awal penubuhan team bola tuu kita tengok mereka kena belasah dalam permainan yang serba menipu...perlawanan mereka tidak pernah menang asyik kena bedal aja 2,3 biji gol...pastu ada pulak pemain yg belot...dan macam2 lagi benda yang ada...

TETAPI...kenapa pada akhir perlawanan mereka MENANG...kita lihat permainan mereka...! Mereka tidak bertahan sahaja didepan pintu gol...MEREKA telah memperbaiki teknik dan skil serta bermain dengan keadaan menyerang sehingga skill..teknik..serta serangan mereka telah mengakibatkan pihak lawan terpukau dan menang akhirnya...

JADI pengajaran pada PAS mereka kenalah
mengubahkan tektik jangan asyik nak bertahan sahaja...dan menggunakan skill yg sama w/pon segala bukti dah ada..kini kita perlu berubah..gunakan segala skill yg ada...jika mereka guna skill A kita guna skill B..jika mereka guna skill C kita guna skill D...jadi itulah dikatakan lawan tetap lawan tetapi lawan kenalah berskill...

Junichero Hayashi said...

Terima Kasih atas respon tuan.

Saya setuju dengan Putera Wan Kembang dan Taraknama.

Dah sering sangat kita kalah mesti ada sebab musababnya, yang pasti saya yakin pucuk pimpinan tahu akan jawapannya.

Saya juga yakin akan skill-skill yang ada pada pucuk pimpinan kerana sudah 50 tahun PAS menyertai pilihanraya dan sepanjang pemerintahan Tun Madet PAS telah dibuli dengan teruk sekali.(Jelas di ingatan saya semasa kecil saya menganggap PAS jahat dan BN benar,bila dah dewasa saya sedar siapa benar siapa salah)

Cukuplah dengan 50 tahun tersebut.Pada perkiraan saya sepatutnya PAS menjadi Parti yang digeruni UMNO bukan dibuli.

Sekarang bergerak daripada bawah, dalam keadaan ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan, PAS perlu hadir untuk mengubah nasib mereka.