Thursday, December 29, 2005

Menteri Mulut Busuk Buta Fakta

Oleh Tun Paduka Tuan

Malam tadi saya sempat mengikuti rancangan “60 Minit Bersama Menteri” di saluran TV1. Tetamu undangan ialah Rais Yatim, si pembakar jambatan Umno kira-kira 15 tahun lalu. Topik yang dibahaskan ialah mengenai hal-hal bersangkutan dengan kementerian yang dipegang oleh ahli politik mulut busuk itu.

Kenapa dikatakan mulut busuk, ialah kerana dia tidak jujur pada janjinya. Si munafik harus digelar sebagai mulut busuk. Maknanya orang yang berjanji tidak betul, mungkir janji, mempermainkan rakyat, membohongi rakyat, banyak beretorik, tentulah bermulut busuk.

Ada dua perkara yang hendak saya sentuh berhubung penjelasan ahli politik mulut busuk tersebut menerusi rancangan itu malam tadi. Pertama ialah mengenai kenyataannya, kononya dikir barat (budaya) telah diharamkan di Kelantan.

Saya tidak tahu kenapa orang yang petah, celek undang-undang (berkelulusan peringkat Doktor Falsafah) seperti Dr. Rais Yatim tiba-tiba dungu dan buta mengenai hal budaya di Kelantan. Bila kerajaan Kelantan mengharamkan budaya seperti mak yong, dan dikir barat di Kelantan?

Ini satu fakta yang silap yang ada dalam kepala Rais Yatim dan harus disemak dan disucikan segera.

Ahli politik mulut busuk itu sebenarnya keliru. Dia tidak faham dan tidak membaca dasar-dasar atau arahan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan berhubung dengan kesenian dan kebudayaan. Aneh sebagai seorang pengamal undang-undang jadi buta dan kabur, tidak memahami antara dasar dan pekeliling.

Kerajaan Kelantan setahu saya tidak pernah mengharamkan kebudayaan itu. Apa yang dilakukan ialah tidak membenarkan kebudayaan itu dimaninkan degan melampau, yang menyalah hukum-hukum agama, sebab terdapat banyak unsur di dalam permainan itu khususnya mak yong dan wayang kulit ada unsur pemujaan ala animisme.

Unsur-unsur pemujaan itu pula jelas bertentangan dengan Islam dan boleh menyebabkan akiqah seseorang itu tergelicah. Jadi episod atau pun segmen itu tidak dibenarkan. Selagi unsur itu tidak ada maka permainan itu dibolehkan. Tegasnya tidak ada pengharaman terhadap kesenian dan kebudayaan turun temurun itu seperti mana difahami Rais.

Rais kata dikir barat dihapuskan di Kelantan. Itu kenyatan yang buta dan bohong sama sekali dan menambahkan kebusukan mulut menteri berkenaan. Apa yang berlaku dalam budaya ini, wanita tidak dibenarkan menyanyi di atas pentas. Penyanyi lelaki tetap dibenarkan dan tidak ada apa-apa halangan.

Begitu juga apa yang ditegur dalam budaya ini (karut mengarut) tidak dibenarkan menggunakan perkataan kesat, mencarut dan sebagainya. Rasanya Rais juga bersetuju dengan ini kerana sebagai rakyat Malaysia, orang Timur kita kena bersopan santun dan berbudi bahasa. Larangan menggunakan bahasa kesat itu seharusnya disokong oleh Rais!

Kalau Rais tidak terlampau prejudis, beliau boleh saksikan hampir setiap minggu persembahan dikir barat di Kelantan (kecuali pada musim banjir). Malah, semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir yang penuh dengan penipuan baru-baru ini pun persembahan itu diadakan, di mana ianya ditaja oleh pihak parti Rais.

Silalah ke Kelantan dan jika masuk kedai-kedai kopi, kedai gunting rambut (Rais tak payah masuk sebab rambut dah kurang), atau di market akan nampak poster dikit barat di tampal macam poster pilhan raya, menghebahkan mengenai program berkenaan.

Sebagai bukti bahawa budaya itu masih hidup sejak 15 tahun lalu, telah muncul berbagai nama baru dalam bidang dikir barat. Dan bagus boleh dikatakan semua mereka berjaya hidup dengan karjaya ini.

Kajo, Jin Andoro, Zainuddin Buluh Perindu, Megat Nordin, Halim Yazid dan macam-macam lagi (sekadar menyebut beberapa) nama. Mereka ini adalah angkatan baru yang menjadi pelapis dan pengganti kepada nama-nama hebat dan handal dalam bidang itu seperti, Seman Wau Bulan, Awang Ikan Duyung, Dollah Kulat Malam, Ariffin Ana, Daud Bukit Abal dan lain-lain. Semua nama itu muncul di zaman Kelantan diperintah Pas.

Jadi macam mana seorang menteri yang diberi tugas mengenai kebudayaan, keseniaan dan warisan boleh buta mengenai fakta ini? Rais tak buat kerja ke?

Kalau ya pun Rais tidak setuju dengan kerajaan Pas di Kelantan tetapi janganlah fakta yang terang berada di depan mata pun tidak nampak. Nampak sangat kita berhati busuk. Biarlah mulut busuk tetapi jangan keseluruh organ dalaman kita turut busuk sama seperti shit.

Seperkara lagi disebut oleh Rais semalam dan menampakkan bahawa kewujudannya di situ kerana seseorang, ialah apabila beliau mengatakan isteri Abdullah Badawi Hadhari, Endon Mahmud beriya sangat agar beliau mempertahankan wairsan bangsa. Dalam erti kata lain, tugas Rais di situ ialah kerana memenuhi kehendak Endon.

Kenyaatan Rais semalam mengesahkan ulasan pengacara TV3 pada hari kematian Edon dulu, yang mengatakan Endonlah yang memberi idea agar menubuhkan kementerian kebudayaan, kesenian dan wairsan. Dalam bahasa mudah kalau Endon tidak memberi idea mewujudkan kementerian itu barang kali sudah tentu Rais kini hanya menjadi ahli Parlimen biasa sahaja.

Dan apakah setelah Endon telah tiada maka kementerian yang penuh dengan maksiat, menghancurkan budaya Melayu itu, yang menjaga tengkorak kering dan segala macam artifak purba itu masih diperlukan? Fikir-fikirlah Abdullah Badawi al-Hadhari wei. - Reformasi

- Tun Paduka Tuan - 29.12.2005

2 comments:

Anonymous said...

Kita patut tabik kepada Tun Paduka Tuan yang membuktikan sensitiviti terhadap KEAQIDAHAN ISLAM supaya tidak mudah di kotori unsur KESYIRIKAN.

Jika kita memerhati kebanyakan kenyataan atau ceramah pihak BA terutama daripada Wilayah Pantai Timur sering disalah fahami oleh pihak luar khususnya.Seolah sengaja tidak mahu memahami dengan membiarkan objeksi negatif menjadi blok penghalang disamping mengambil kesempatan diatas kelainan susun kata dan maksud daripada loghat wilayah.

Anonymous said...

Tapi cara kau membica itu agak keterlaluan kurang manis lebih kurang sama dengan mat sabu. Saya nafikan ada betul apa yang kau bicara itu tapi banyak yang kau mengumpat