Thursday, December 29, 2005

AmBank perlukan pekerja Melayu!

Oleh: Ammar Yasir

Saudara Pengarang,

Saya adalah seorang pekerja yang pernah berkhidmat dengan AmBank di ibu pejabatnya di Menara AmBank Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur. Saya telah berhenti dan berhijrah ke sebuah syarikat konglomerat multinasional untuk mengembangkan lagi karier saya dalam bidang sumber manusia.

Saya amat kecewa menyaksikan perkembangan mutakhir yang berlaku dalam organisasi AmBank. Ini kerana boleh dikatakan kira-kira 70% warga kerja AmBank adalah terdiri daripada bukan-Melayu terutamanya di peringkat jawatan pengurusan tertinggi syarikat.

Saya merasakan bahawa saya patut kecewa kerana pemegang saham terbesar dan majoriti di AmBank adalah di kalangan orang yang satu bangsa dengan saya. Justeru, mengapa beliau boleh membiarkan gejala ini terus membiak sehingga mampu mengancam kedudukan Melayu dalam bidang perbankan?

Saya ingin mendedahkan pengalaman saya sendiri kerana saya mengetahui mengapa perkara sebegini boleh berlaku. Ini adalah kerana pihak pemegang saham majoriti ingin memperolehi pelanggan yang utama dari kalangan bukan-Melayu. Dengan itu, mereka telah mengambil golongan bukan-Melayu bagi mengisi jawatan-jawatan penting di AmBank.

Walaubagaimanapun, mereka tidak mengawasi pengambilan pekerja yang dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi yang terdiri dari kalangan bukan-Melayu ini di mana pengurusan ini telah merekrut pekerja baru lebih kurang 65% dari kalangan bukan-Melayu. Ia meninggalkan kesan besar apabila majoriti pekerja Ambank sekarang adalah terdiri daripada bukan-Melayu. Di manakah logiknya perkara ini boleh berlaku sedangkan pemegang saham majoriti AmBank adalah Melayu!

Saya merayu agar pihak pemegang saham majoriti segera melakukan sesuatu agar bangsanya sendiri dapat menumpang tuah mencari rezeki di syarikat yang dikuasainya. Hanya Melayu yang mampu menolong Melayu!

Ammar Yasir
ammar_jadid@yahoo.com

4 comments:

Anonymous said...

Kebanyakkan syarikat yg pekerjanya majoritinya orang melayu pasti lingkup, sebabnya sikap semulajadinya PEMALAS DAN TIADA PERASAAN TANGGUNGJAWAB. Contoh syarikat yg dah jadi pengemis - MAS, BANK ISLAM, TABUNG HAJI, PROTON, CELCOM (sebelum TM ambil alih)dll.

Ibn Abd Halim said...

"Saya merayu agar pihak pemegang saham majoriti segera melakukan sesuatu agar bangsanya sendiri dapat menumpang tuah mencari rezeki di syarikat yang dikuasainya. Hanya Melayu yang mampu menolong Melayu!"

Nak harap Melayu tolong Melayu? Jangan harap nanti tertiarap. Apa selama ini UMNO (Melayu) tolong Melayu ker? Ya, tolong pelingkup ader ler.

Melayu ni nama jer Islam tapi banyak yg kurang amanah. Takut kalau banyak sangat pekerja Melayu nanti jadi macam Bank Islam, Tabung Haji, BMF, MAS dll. Kalau nak cari Melayupun kena cari yg betul-betul ikhlas dan amanah. Susah tu!

Anonymous said...

Kebanyakkan syarikat yg pekerjanya majoritinya orang melayu pasti lingkup, sebabnya sikap semulajadinya PEMALAS DAN TIADA PERASAAN TANGGUNGJAWAB

I agree with this

Anonymous said...

Kebanyakkan syarikat yg pekerjanya majoritinya orang melayu pasti lingkup, sebabnya sikap semulajadinya PEMALAS DAN TIADA PERASAAN TANGGUNGJAWAB

I agree with his.

Kedua2 komen ini saya langsung tak setuju kerana pengomen ini menjawab secara pukal dang tidak bertanggungjawab serta secara lalai MALAS BERFIKIR. Persoalannya di sini, jika syarikat dan kerajaan hanya terfikir hanya keuntungan maksimum sebagai rukun iman, jangankan pekerja melayu saja dipersalahkan, pekerja bangsa apa pun akan marah juga. Keuntungan maksimum tiada kaitan dengan agama. Ianya adalah segala punca nafsu untuk menindas pekerja, memerah tenaga dan pemikiran mereka dengan upah yang rendah, mengurangkan kebajikan pekerja, menipu pekerja dgn bonus rendah dan kerajaan pula asyik laparkan cukai pendapatan pekerja yg tinggi dan pejabat zakat pun mcm org kebuluran bila terima duit zakat. Syarikat juga asyik laparkan tenaga, pemikiran dan masa pekerja dgn upah yg rendah dan mengurangkan kebajikan mereka serta mencari2 jalan untuk menipu pekerja selagi termampu dgn menggunakan pelbagai akta2 mereng kerajaan yg 99% nya membela majikan. Ini berlaku dimana2 negara, di amerika, di india, di jepun dan di uk sendiri sekalipun, sistem anti buruh ini digunakan Apa kaitan pekerja melayu sahaja perlu dipersalahkan. Anda seolah2 tidak pernah tahu bilamana satu sistem yg pincang digunapakai, ianya adalah masalah utama sistem karma akan memainkan peranan pembalasannya.

Lain kali, jangan main pukul rata saja nak menuduh.

Bila bangsa lain dgn rukun sistem kapitalis diamalkan seperti keuntungan maksimum ini diamalkan, pekerja melayu islam juga dipersalahkan. Kenapa nak membela pekerja bukan melayu dan bukan muslim saja? Adakah mereka ikhlas bekerja? Saya rasa A BIG TIDAKKK juga dlm hal ini.

Kegagalan ini sepatutnya dilihat secara menyeluruh, bukannya terfokus kepada satu2 masalah pekerja melayu saja. Bila satu sistem bangang iaitu sistem kapitalis digunakan dalam mana2 institusi perniagaan yg mementingkan keuntungan maksimum, keadilan sosial secara pastinya mustahil dpt dilaksanakan. Apakah ini perlu disalahkan melayu, islam atau bangsa lain jika majikannya menindas?