Wednesday, December 14, 2005

Pengkalan Pasir: Kebenaran Atau Keadilan Untuk Siapa

Oleh: Petugas PAS dari Pahang

Pilihanraya Kecil Pengkalan pasir di Kelantan sudah pun berlalu. Semua sudah melihat keputusan. Samada kita gembira atau berduka diatas keputusan tersebut, maka itulah keputusannya. Samada berlakunya penyelewengan, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun sebagai penyokong Barisan Alternatif yang bekerja untuk kemenangan, kebenaran dan keadilan, sudah pastilah banyak pemerhatian yang dapat dilihat..

Secara kasarnya, adalah tidak munasabah PAS boleh tewas dalam keadaan seluruh jentera Barisan Alternatif bersedia dari segenap tipu helah Umno dan Barisan Nasional. Persoalan politik wang, janji-janji hatta pengundi khayalan (mengambil terma SPR) sudah menjadi asam garam Umno dan BN.

Tetapi setelah dikaji secara halusnya, terdetik hati ini mengatakan ‘they deserve to win’. Saya melihatkan konsep dan laungan para pemimpin umpama membaling batu sembunyi tangan, satu perumpaan yang tidak praktikal tapi bersesuaian dengan apa yang berlaku..

Walauapapun, saya melihat para pimpinan PAS sendiri kena berubah terutamanya dalam ‘lifestyle’ mereka. Laungan ‘PAS Mesra Rakyat, Mesra Pengundi’, hanyalah retorik semata-mata. Kita sering mengherdik para kepimpinan Umno dengan kemewahan dan cara hidup elit tetapi sepanjang Pilihanraya kecil Pengakalan Pasir, perkara yang selalu diulitkan kepada pemimpin Umno itu seolah satu fitnah pula.

Hati mana yang tidak terusik apabila Menteri Besar Selangor yang juga MKT Umno sanggup mandi air telaga dan tidur bersama pepijat dirumah kampung pengundi. Jiwa mana tidak gembira bila seorang individu bergelar YAB Dato Seri Shahidan Kassim boleh berbasikal bersama orang-orang kampong. Mulut manakah yang tidak boleh mengukirkan senyuman apabila insane-insan bergelar Menteri memenuhi rumah-rumah di sekitar Pasir Mas. Jika difikir dari logik akal, Bandar Kota Bahru tidaklah jauh dari Pasir Mas. Di Kota Bahru berjenis-jenis hotel mewah tersergam indah untuk didiami oleh mereka yang bergelar Menteri dan YB. Tapi seribu kali hairan, mereka tetap memilih kampong-kampung sekitar DUN Pengkalan Pasir.

Mungkin ada orang akan berkata, itu strategi politik Umno. Maka saya akan jawap, maka strategi politik mereka ‘bijak’. Bagaimana kita?

Kenapa saya berkata demikian, PAS dengan laungan ‘Mesra Rakyat’ dan ‘Mesra Penguindi’,namun tindak-tanduk mereka tidak menggambarkan slogan mereka itu. Saya amat terkilan dengan life style mereka yang selalu mendongak langit yang tinggi tanpa melihat alam didunia. Para pemimpin Pas yang hanya bergaul rapat dan turun berkempen ke tempat dan kawasan yang dianggap selesa sahaja. Selesa yang saya maksudkan ialah turun bnerkempen ke kawasan yang sedia baik tanpa perlu mangharungi becak kotoran air tanah. Kelihatan Timbalan Presiden PAS hanya turun padang bersama pimpinan PAS sahaja dan hanya pergi ‘menjenguk’ bilik-bilik gerakan tanpa bertanya khabar buat petugas-petugas parti amnya. Suasana life style eklusif ini hanya dibuat oleh pimpinan Umno dahulu sahaja. Namun pimpinan PAS yang sudah luput kerusi pula menyambung pengamalan Umno dulu kala. Pengarah Piliharaya PAS, Dato Muastafa Ali sudah menggunakan status ala-Dato’ nya untuk tidak bersama ahli-ahli petugas marhean tanpa menjenguk atau bertanya sapa. Kelibat pimpinan tertinggi PAS yang duduk di kedai kopi sangat baik, tapi malangnya kelibat mereka ini hanya bersama-sama mereka duduk berbual sesama pimpinan dan bukankan bersama pengundi , apatah lagi petugas parti.

Betapa sedihnya hati kami para petugas apabila kami sanggup bertemankan nyamuk dan unggas semasa tidur malam tetapi para pimpinan dengan selesa penghawa dingin di Hotel Perdana. Berstatus Ulama Elit, Ustaz Nasarudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden bersama kuncu-kuncunya Dato’ Hassan Ali, Dato Mustapa Ali, , Asmuni Awi dan ramai lagi para pimimpin bertaraf elit ini yang memilih hotel-hotel sebagai singgahsana sementara mereka. Di masa ahli sedang berjuang mati-matian ingin mempertahankan kerajaan islam Kelantan ,para pimpinan seperti Dr Hatta Ramli, Dr Syed Azman dan Dr Zulkifli Ahmad boleh minum pagi di Dining Room JKR 10 setelah nyenyak tidur disana.. Di saat ahli mengorbankan masa dan wang ringgit, kerajaan kelantan sudi menghabiskan sejumlah wang untuk mengabui mata pimpinan PAS dengan hotel dan makan-minum mewah.

Perkara ini adalah tidak sepatutnya berlaku terhadap ‘kepimpinan Islam mesra rakyat’. Bukan kami menghalang Timbalan Presiden berkereta mata belalang, bukan kami menghalang Naib Presiden berumah besar dan tidak kami halang pimpinan ingin merasa nikmat didunia ini, tetapi alangkah baiknya jika medan pilihanraya kecil ini dijadikan medan untuk kita merapatkan jurang sesama rakyat dan ahli PAS. Pimpinan PAS sepatutnya merasa perit maungnya pengorbanan ahli-ahli terutamanya yang menginfakan diri sepenuh masa dimarkaz-markaz. Susah senang bersama ahli itulah yang akan menjadi titik tolak kemanisan perjuangan dan nikmat sebenar jerih ahli kita.

Begitu juga kedatangan YAB Perdana Menteri ke Pengkalan Pasir, seingatan saya dalam semua pilihanraya kecil, YAB PM tidak pernah turun berkempen, selalunya beliau akan mengarahkan Timbalannya untuk berkampung dimana-mana pilihanraya kecil. Tapi kejutan kali ini ialah Pak Lah turun padang, mungkin kerana dia tahu akan ‘fiqh al-aulawiyat’nya. Tapi malangnya Presiden PAS, seorang yang aula akan hukum-hakam boleh meninggalkan ‘medan peperangan’ hanya atas nama Seminar ke Yaman. Saya merasa sungguh sedih, adakah pemergian Presiden PAS ini atas nasihat Setiausaha Politiknya, Dr Syed Azman atau arahan parti. Walau apa pun situasi, pilihraya kecil ini adalah pilihanraya yang sangat getir buat PAS kerana ianya akan menunjukkan kesan kepada bacaan wajah politik PAS akan datang. Ianya juga akan menentukan jatuh bangunnya kerajaan islam Pas kelantan , tapi apakan daya. Keputusan sudah tertulis. Apakah Hj Hadi gembira untuk berceramah nanti bahawa ketika ahli PAS dan seluruh jentera PAS sedang dalam ‘peperangan’ di Pengkalan Pasir, saya berada di Yaman untuk menghadiri Persidangan dengan bangganya.

Inilah hakikat kekalahan PAS di Pengkalan Pasir, selagi sikap dan karenah ini tidak diubah, saya yakin PAS akan terus tewas walaupun Umno dan BN lemah. Ya Allah berilah kami kekuatan.


PETUGAS PAS DARI PAHANG - 14.12.2005

7 comments:

Junichero Hayashi said...

Assalamualaikum Petugas Pahang

Mungkin benar kata Petugas Pahang, Saya yakin jentera BN mempunyai kajian yang cukup untuk menawan pengkalan pasir.

Dan di pihak kita pula terlalu "over confident"

Apapun semua telah tersurat daripada apa yang tersirat.

Kita adalah daripada golongan yang bencikan kezaliman dan ketidak adilan. Maka saya rasa selepas PRU dan Pengkalan Pasir yang lepas saya rasa BA perlu berbuat sesuatu sebelum 2007.

Anonymous said...

Saya sokong pandangan yang ikhlas ini. Namun begitu perjuangan yang ikhlas akan TETAP meraih kemenangan dan pemimpin atau pembesar yang "hanyut" akan tersingkir.

Anonymous said...

Mungkin kita boleh mengambil pengajaran daripada cerita ini. Pandangan Petugas Pahang harus diambil kira oleh pimpinan agar kita berjaya merampas kembali kejayaan di Kelantan. Teringat semasa bertugas di Jengka 5 ketika PRU tahun 1999, apabila Tuan Ibrahim datang bersama, kami para petugas terasa begitu bersemangat untuk bertugas.

Anonymous said...

SPR:Pengadil Berat Sebelah.

Kekalahan PAS baru ni bukannya apa..taktik dan taktikalnya dah betul mengikut teori.

Tetapi kekalahannya adalah pengadil(SPR) yang mengendalikannya.Bagaimana sebuah pasukan(pengundi)bolasepak contohnya pemainnya mestilah 11 orang...tetapi pengadil benarkan pasukan biru bermain lebih daripada 11 orang.Pasukan hijau mesti menurut peraturan 11 orang...

Kalau camtu asyik kalah leee hijau.....

So,pengadil yg sepatutnya dibuang dan cari pengandil yg berwibawa dan adil....barulah perlawanan itu bersih-sebersihnya.

Sekian.
)

Junichero Hayashi said...

Benar tuan tapi sampai bila kita nak salahkan orang lain. Persoalan adil itu sudah lama terkubur.

Buatlah macam mana pun PAS tetap akan terus menjadi bola bukan pihak lawan kerana penonton hantu, pengadil spr dan umNO berkuasa didalam stadium.

Sekarang apa yang perlu ialah PAS menjadi bola yang cukup kental,efisien,dinamik dan mampu menyumbat gol dan mampu menyakitkan pihak lawan apabila bola terkena badan.

Pada saya tiada guna lagi untuk PAS dan BA meminta keadilan kerana keadilan sudah mati.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Catatan anda itu adalah bukti dari Allah bagaimana sikap se-setengah pemimpin PAS sekarang.Pemimpin-pemimmpin PAS mesti muhasabah diri.Mereka orang yg bijak pandai.Merangka strategi dan tindakan menegakan perjuangan PAS mesti lah dari Al Quran dan hadis.Segala langkah dan rahsia kejayaan ada didalamnya.Pemimpin yang kena buktikan dan lakukan sebagaimana yg ditunjukkan oleh nabi SAW dan para sahabat.

Kalau perkara ini tidak dapat dilakukan oleh PAS, sampai kiamat pun PAS tak akan berjaya. Buat penat je, kita diperingkat bawah yg berpeluh bekerja utk menyokong PAS.Lama dah perkara ini saya kemukakan kpd pemimpin-pemimpin PAS sejak 80an tapi masih tak ada usaha bersungguh kearah itu.

INGAT PESAN NABI SAW :IMAN >> ILMU >> AMAL

Anonymous said...

Saya juga dari Pahang dan bersetuju dengan pandangan Penulis, bukan sebab saya orang Pahang, tetapi kerana turut menjadi saksi kepada life-style setengah pemimpin PAS yang tidak kena tempatnya.

Sedarlah bahawa orang PAS kena berusaha berlipat kali ganda untuk sebarang kemenangan. Sekiranya Pemimpin bersama rakyat dan petugas, satu perkara tentang life-style ini tidak akan dibincangkan dan tumpuan boleh dibuat kepada perkara laian yang berfaedah untuk KEMENANGAN.

Kepada Petugas, hanya pahala yang mereka dapat, insyaALLAH. Kepada Pemimpin, baca-bacalah komen yang diberikan dan insaflah. Ada kebenarannya. Penasihat-penasihat Pemimpin mesti memberikan nasihat yang tepat, bukan menghancurkan PEminpin dan partai kita.

Muslimat dari Temerloh, 24.12.2005