Friday, December 16, 2005

Jadikan Pertanian Sebagai Projek Mega Pas

Oleh: Ikan Jenahak

Assalamualaikum wrt wbt

Sebagai kesinambungan beberapa artikel mengenai PAS perlu mantapkan ekonomi dan lebih mengutamakan perjuangan untuk memulihkan ekonomi rakyat. Idea ini masih belum kelihatan berikutan daripada dasar PAS yang cenderung ke arah mengumpulkan kekuasaan politik yang jelas sekali tidak memihak kepada PAS. Melihat kepada perkembangan kini, kehendak rakyat haruslah menjadi agenda utama yang perlu difikirkan kerana kini ia adalah satu gelombang yang tidak dapat dihalang lagi.

Tanpa penguasaan dalam ekonomi, secara peribadi sampai kapan pun PAS tidak akan dapat menawan hati rakyat. Pernyataan ini mungkin cuma secebis pandangan yang kecil namun hakikatnya ia adalah umpama tsunami yang mampu membantu PAS untuk berjaya di kemudian hari.

Melihat kepada keadaan sekarang, masyarakat kita telah dibentuk oleh UMNO untuk menjadi masyarakat yang bersifat materialistik, cintakan budaya hedonisme dan hilang jatidiri. Oleh yang demikian, cuma sedikit yang benar-benar faham apa yang cuba dibawa oleh PAS dan saya percaya pembinaan karektor ala UMNO tersebut akan terus berkembang dengan pesat dan pantas seiring dengan pembangunan dalam negara.

Di sini ingin saya mencadangkan kepada PAS supaya menjadikan pertanian sebagai salah satu projek mega PAS untuk membantu rakyat.

Projek pertanian ini boleh dilakukan di setiap negeri dan diusahakan oleh golongan kurang upaya dan juga golongan miskin untuk menampung kehidupan mereka selain daripada merancakkan ekonomi setempat.

Pada pandangan saya ini merupakan satu satunya projek yang mampu untuk dirintis dan dikelolakan oleh PAS untuk membangunkan ekonomi negeri (seolah-olah setiap negeri adalah milik PAS dan Kelantan adalah kerajaan pusat).

Sebuah cerita yang dapat di kongsikan bersama ialah keupayaan sekumpulan pelajar universiti di UK yang telah turun ke sebuah perkampungan di India. Mereka telah membekalkan 10 ekor lembu dan mengajarkan kaedah penternakan lembu kepada penduduk kampung. Di akhirnya seluruh penduduk kampung dapat memanfaatkan 10 ekor lembu tersebut dan berupaya menjana ekonomi setempat apabila lembu-lembu tersebut mula membiak. Hasil-hasil tenusu juga dapat dijadikan sumber ekonomi. Ini merupakan sebuah kisah benar yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Jika pelajar tersebut mampu lakukan inikan pula sebuah organisasi yang besar dan mapan seperti PAS.

Terdapat banyak cawangan PAS yang terdapat di seluruh negara. saya yakin projek ini dapat dimulakan di cawangan-cawangan terbabit. Secara tidak langsung masyarakat dapat menilai sejauh mana keupayaan PAS membangunkan ekonomi kepada ahli-ahlinya.

WUJUDKAN MLM MILIK PAS

Selain daripada cadangan menjadikan projek pertanian sebagai projek mega PAS. Saya berpendapat aktiviti Multi Level Marketing juga dapat dibuat di bawah 1 label milik PAS. Kecenderungan pengguna terhadap produk suci dan halal kini berkembang dengan pesat. Oleh yang demikian, saya yakin ia akan dapat berkembang bukan sahaja kepada ahli-ahli PAS tetapi kepada rakyat.

Saya amat berharap akan ada usaha sebegini. Sekiranya wujud seperti apa yang dicadangkan maka saya sendiri ingin menyertai projek pembangunan yang bakal dilaksanakan. Saya yakin dengan jatidiri yang ada pada setiap ahli PAS, saya yakin projek-projek ini dapat di laksanakan dengan jayanya.

PAS tidak perlu lagi megumpul dana untuk membiayai program program yang lain. PAS pasti akan menang pilihan raya kelak!

Sekian.

- Ikan Jenahak - 16.12.2005

3 comments:

Junichero Hayashi said...

Terima Kasih WMMarhaen

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Satu cadangan yang sangat baik.Masih belum terlambat untuk memulakan sesuatu dan saya sangat gembira melihat beberapa cadangan dan idea yang realistik sudah mula diketengahkan.

Tidak perlu projek mega atau bertaraf korporat, mulakan secara kecil-kecilan tetapi dapat merangkumi seramai rakyat yang mungkin, terutamanya rakyat bawahan.

Saya pernah berkhidmat sambil belajar secara sukarela dibawah Grameen Bank diBangladesh.Dapatkan buku "The price of a dream" karya David Bornstein. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan modal yang paling minima.

Junichero Hayashi said...

Terima Kasih mat saman kati.

Saya amat berharap benarlah PAS dapat buat buat program program ini.

Simple namun ia dapat beri impak yang cukup besar kepada masyarakat.

Tiada guna menyalak kepada bukit kerana bukit tetap tidak akan runtuh.

Tetapi jika kita tanam sesuatu diatas bukit. Sudah pasti bukit itu adalah milik kita !

Jadi jangan runtuhan bukit kit takluk bukit itu.

Sila rujuk program SIFE (Student in Free Enterprise) Merekalah yang saya maksudkan tentang program ternak lembu di India.

Program ini mengajar mahasiswa bagaimana untuk menjana ekonomi dengan sumber yang paling sedikit.Dan program ini di pertandingkan di peringkat dunia.

Sila rujuk website http://www.sife.org/

Ambil lah iktibar ini segera.Hentikan retorik dan omongan kosong yang tiada kesudahannya.

PAS cuma ada 2 tahun saja lagi, Jika tidak saya sudah dapat meramalkan apa yang akan berlaku.

PAS sudah hilang taring di beberapa buah negeri dan Kelantan seperti telur dihujung tanduk.UMNO perlu fokus dibeberapa buah negeri sahaja dan mereka akan kembali mencengkam kelantan.

Lebih baik bimbang sekarang daripada bimbang kemudian hari.

Fikirkanlah....