Saturday, December 31, 2005

Paklah dan Syarikat Ali-Baba

(Paklah and the Ali Baba Firm)

Oleh MGG Pillai

Anak menantu Perdana Menteri, Encik Khairy Jamaluddin, sudah pun membeli saham sebuah ‘syarikat Ali Baba’ bernama ECM Libra dengan pelaburan bernilai RM9.2 juta. Bagaimanakah dia berjaya dengan pantasnya memiliki wang sebanyak itu sedangkan baru sahaja berusia sekitar tiga puluhan dan diketahui bukannya ada pekerjaan tetap ataupun perniagaan lumayan yang mampu menyuntik dana sebanyak itu? Beliau telah mengancam untuk menyaman malu sesiapa sahaja, termasuk saya yang sanggup mendedahkan perkara ini kepada umum. Akan tetapi ugut-mengugut seseorang sudah menjadi satu perkara lumrah dalam kehidupan orang atasan di negara ini, apabila mereka tidak mampu ataupun tidak berani memberikan penjelasannya. Cuba lihat sahaja kisah Pengerusi MAS, yang akan mengugut sesiapa ataupun mengadu dengan laporan agar polis menghentikan perbuatan sesiapa yang menghantar emel memburukkannya. Wakil rakyat PAS di Parlimen, YB Husam Musa, telah bertanya bagaimana mungkin Khairy boleh memiliki dana sebanyak itu untuk membeli saham ECM Libra. Apakah itu merupakan komisen yang diterimanya dalam penjualan aset kerajaan Malaysia kepada Singapura?

Cuba kita renungkan perkara ini satu persatu. ECM Libra mendapat galakan daripada kerajaan Paklah dan orang-orang Cina amat faham akan perkara itu. Terdapat tiga orang Melayu dalam Lembaga Pengarah syarikat. Dua daripadanya adalah rapat dengan Paklah – menantunya Khairy dan bekas Ketua Pengarang The New Straits Times, Dato’ Kalimullah Hassan. Syarikat ini mula menonjol apabila semakin jelas yang Paklah akan menjadi seorang Perdana Menteri. Walaupun wujud beberapa sekatan untuk syarikat milik bukan-Melayu naik membesar di negara ini, syarikat ECM Libra mengambil langkah yang teliti untuk berjaya. Jika tidak, ia akan menjadi satu syarikat mangkuk-hayun sahaja. Perhatikanlah di sekeliling kita, dan anda akan sedar bahawa hanya syarikat yang rapat dengan pihak atasan yang mampu hidup secara berkesan. Orang Melayu yang menganggotai Lembaga Pengarah adalah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak yang berkuasa. Semakin rapat mereka dengan puncak kuasa semakin selesa syarikat itu jadinya.

Akhbar Malaysia yang keseluruhannya milik Barisan Nasional dan parti komponennya, telah menyebut bahawa ECM Libra adalah satu syarikat pelaburan yang kononnya mempunyai pelabur Melayu yang menerajui kemudinya. Sesungguhnya itu adalah perkara yang tidak benar. Banyak syarikat menghadapi kesulitan untuk bernafas sejurus seseorang Perdana Menteri berundur. Inilah yang telah berlaku kepada syarikat milik orang-orang yang rapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Syarikat semacam itu mendapat rangsangan untuk membangun dengan cepat gara-gara wujudnya 'Faktor X ' semasa Perdana Menteri berkenaan masih berkuasa dan jatuh menjunam sejurus penaung agung itu berundur. ECM Libra tidak pun diketahui ramai sebelum Paklah naik menjadi Perdana Menteri. Akan tetapi sewaktu itu ECM Libra dikatakan terlibat dengan syarikat asing, khususnya syarikat Singapura yang ghairah membeli syarikat Malaysia milik kerajaan.

Akan tetapi, masih tidak ada penjelasan bagaimana Khairy Jamaluddin mampu memiliki wang yang banyak itu. Bapa mertuanya telah mencanangkan agar diwujudkan ketelusan, tetapi si anak menantu tidak pula mempercayainya. Khairy telah lulus dalam bidang PPE (politik, philosophy (falsafah) dan ekonomi) daripada Oxford dan telah mengikuti pengajian untuk ijazah ‘masters’ (sarjana) di tempat lain kerana memikirkan bahawa ijazah Oxford itu tidak mencukupi. Beliau juga tahu macam mana memilih isterinya untuk dikahwini. Pada tahap awal beliau telah mengendeng anak perempuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi telah mengalih pandangannya ke arah anak perempuan Paklah untuk dijadikannya isteri, sejurus Anwar Ibrahim ditangkap.

Kini sudah timbul berita bahawa Dato’ Seri Anwar akan menganggotai UMNO semula, tetapi itu hanya dongeng sahaja. Politik UMNO tidak akan mengizinkan perkara semacam itu. Anwar telah naik mencanak satu ketika dulu dan telah mendamparkan bahu-bahu orang yang pernah ditenggeknya untuk naik mencanak ke atas untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Apabila beliau ditangkap, ramai orang lain yang masuk mengisi kekosongan, dan orang-orang ini terpaksa berundur untuk mengosongkan tempat itu pula.

Ramai pemimpin UMNO yang menentang Anwar. Tun Mahathir yang pernah mengarahkan Anwar ditangkap, kini tidak memegang jawatannya lagi tetapi masih aktif walaupun sudah bersara. Beliau giat berkempen agar Dato’ Seri Anwar tidak menganggotai UMNO semula. Walaupun beliau telah lama berkhidmat untuk membangunkan Malaysia (dan menjahanamkan orang Melayu - penterjemah) selama 22 tahun, dia akan mudah dikenang orang sebagai musibat yang menangkap Dato’ Seri Anwar. Semasa Paklah menjadi Menteri Luar, dia taksub dengan satu tekad untuk menentukan Anwar jatuh daripada tampuk kuasa Timbalan Perdana Menteri. Walaupun mereka ada kaitan persaudaraan, Paklah tidak mahu melihat Dato’ Seri Anwar terus berkhidmat. Mereka berdua datang daripada kawasan Parlimen yang berjiran di Pulau Pinang, dan menganggap satu bahaya di masa depan kalau terus begitu.

Kisah kemasukan Anwar menganggotai UMNO semula adalah kerja Khairy dan para pembodeknya. Masa depan Khairy akan berakhir seandainya Dato’ Seri Anwar tidak menganggotai UMNO semula. Kini, Dato’ Seri Anwar sudah menafikan yang dia berminat masuk UMNO. Orang yang berkemungkinan besar menggantikan Paklah sebagai Perdana Menteri, yakni Dato’ Seri Najib, tidak akan berminat melihat muka Khairy sebaik sahaja dia memegang jawatan itu. Kini sudah terlalu ramai orang yang marah melihat Khairy naik mencanak memegang jawatan tinggi tanpa pengalaman. Semasa dia mahu bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO semua pencabarnya sedar akan risiko menentang beliau dan kerana itu beliau menang tanpa bertanding. Lagi pun bapa mertuanya adalah Perdana Menteri yang begitu taksub meyakini yang dia memang bijak bestari.

Pucuk pimpinan UMNO sedang hilang punca gara-gara seorang pemimpin yang dijolokkan naik ke atas. Beliau dikatakan seorang bijak bestari dalam bidang politik dan perniagaan. Kononnya, apa juga yang disentuh akan bercahaya. Mangkuk ayan yang disentuhnya akan bersinar menjadi kencana yang berkilauan. Kerana itu dia mampu menarik minat anggota UMNO yang rakuskan harapan untuk mendapat sedikit keuntungan politik dan perniagaan. Tukang karut beliau dalam bidang media yang sememangnya tidak boleh melupakan anak menantu Perdana Menteri mengedarkan propaganda betapa dia adalah seorang tokoh yang perlu dikagumi. Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir dulu, kononnya adalah satu kemenangan Khairy juga. Akan tetapi, Khairy harus mengingati apa yang terjadi kepada seorang lagi bintang bersinar UMNO, yang bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Khairy Jamaluddin bukannya datang dari satu keluarga yang kaya-raya. Sebagai anak seorang diplomat, dia mendapat biaya kerajaan untuk menuntut, termasuk di Oxford. Khairy pernah bercita-cita menjadi anggota Parlimen bagi kawasan Rembau, satu ketika dulu. Beliau gagal kerana tidak terpilih sebagai calon. Khairy mempunyai terlalu ramai musuh politik di Negri Sembilan. Salah seorang musuh itu ialah mantan Menteri Besar Negri Sembilan dan juga bekas menteri kabinet Persekutuan, Dato’ Isa Samad. Khairy berjaya mendalangi kerja busuk agar Isa tersingkir daripada kabinet, tetapi Isa masih mempunyai pengaruh besar di Negri Sembilan. Khairy masih mentah dalam selok-belok budaya Melayu dan amat yakin bahawa dia akan terus berada di puncak kuasa gara-gara hubungannya dengan Perdana Menteri dan kekayaan yang dibalunnya selama ini. Inilah yang menjentik persoalan bagaimana dia mampu menimbun harta sebesar itu dalam tempoh yang singkat. Dia percaya dapat terus kekal di atas tanpa memberikan penjelasannya, sambil memberi ugutan mahu menyaman sesiapa yang mempunyai pendapat bercanggah dan dengan terus merapati pihak yang mencengkam kuasa. Dia tidak dapat bertahan, kecuali dia menjelaskan sebagai seorang ahli politik dan seorang peniaga, apakah kerja dia sebenarnya serta bagaimana dia dapat mengumpul begitu banyak harta.


MGG Pillai - Terjemahan MT-SPAR - 31.12.2005

Thursday, December 29, 2005

Menteri Mulut Busuk Buta Fakta

Oleh Tun Paduka Tuan

Malam tadi saya sempat mengikuti rancangan “60 Minit Bersama Menteri” di saluran TV1. Tetamu undangan ialah Rais Yatim, si pembakar jambatan Umno kira-kira 15 tahun lalu. Topik yang dibahaskan ialah mengenai hal-hal bersangkutan dengan kementerian yang dipegang oleh ahli politik mulut busuk itu.

Kenapa dikatakan mulut busuk, ialah kerana dia tidak jujur pada janjinya. Si munafik harus digelar sebagai mulut busuk. Maknanya orang yang berjanji tidak betul, mungkir janji, mempermainkan rakyat, membohongi rakyat, banyak beretorik, tentulah bermulut busuk.

Ada dua perkara yang hendak saya sentuh berhubung penjelasan ahli politik mulut busuk tersebut menerusi rancangan itu malam tadi. Pertama ialah mengenai kenyataannya, kononya dikir barat (budaya) telah diharamkan di Kelantan.

Saya tidak tahu kenapa orang yang petah, celek undang-undang (berkelulusan peringkat Doktor Falsafah) seperti Dr. Rais Yatim tiba-tiba dungu dan buta mengenai hal budaya di Kelantan. Bila kerajaan Kelantan mengharamkan budaya seperti mak yong, dan dikir barat di Kelantan?

Ini satu fakta yang silap yang ada dalam kepala Rais Yatim dan harus disemak dan disucikan segera.

Ahli politik mulut busuk itu sebenarnya keliru. Dia tidak faham dan tidak membaca dasar-dasar atau arahan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan berhubung dengan kesenian dan kebudayaan. Aneh sebagai seorang pengamal undang-undang jadi buta dan kabur, tidak memahami antara dasar dan pekeliling.

Kerajaan Kelantan setahu saya tidak pernah mengharamkan kebudayaan itu. Apa yang dilakukan ialah tidak membenarkan kebudayaan itu dimaninkan degan melampau, yang menyalah hukum-hukum agama, sebab terdapat banyak unsur di dalam permainan itu khususnya mak yong dan wayang kulit ada unsur pemujaan ala animisme.

Unsur-unsur pemujaan itu pula jelas bertentangan dengan Islam dan boleh menyebabkan akiqah seseorang itu tergelicah. Jadi episod atau pun segmen itu tidak dibenarkan. Selagi unsur itu tidak ada maka permainan itu dibolehkan. Tegasnya tidak ada pengharaman terhadap kesenian dan kebudayaan turun temurun itu seperti mana difahami Rais.

Rais kata dikir barat dihapuskan di Kelantan. Itu kenyatan yang buta dan bohong sama sekali dan menambahkan kebusukan mulut menteri berkenaan. Apa yang berlaku dalam budaya ini, wanita tidak dibenarkan menyanyi di atas pentas. Penyanyi lelaki tetap dibenarkan dan tidak ada apa-apa halangan.

Begitu juga apa yang ditegur dalam budaya ini (karut mengarut) tidak dibenarkan menggunakan perkataan kesat, mencarut dan sebagainya. Rasanya Rais juga bersetuju dengan ini kerana sebagai rakyat Malaysia, orang Timur kita kena bersopan santun dan berbudi bahasa. Larangan menggunakan bahasa kesat itu seharusnya disokong oleh Rais!

Kalau Rais tidak terlampau prejudis, beliau boleh saksikan hampir setiap minggu persembahan dikir barat di Kelantan (kecuali pada musim banjir). Malah, semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir yang penuh dengan penipuan baru-baru ini pun persembahan itu diadakan, di mana ianya ditaja oleh pihak parti Rais.

Silalah ke Kelantan dan jika masuk kedai-kedai kopi, kedai gunting rambut (Rais tak payah masuk sebab rambut dah kurang), atau di market akan nampak poster dikit barat di tampal macam poster pilhan raya, menghebahkan mengenai program berkenaan.

Sebagai bukti bahawa budaya itu masih hidup sejak 15 tahun lalu, telah muncul berbagai nama baru dalam bidang dikir barat. Dan bagus boleh dikatakan semua mereka berjaya hidup dengan karjaya ini.

Kajo, Jin Andoro, Zainuddin Buluh Perindu, Megat Nordin, Halim Yazid dan macam-macam lagi (sekadar menyebut beberapa) nama. Mereka ini adalah angkatan baru yang menjadi pelapis dan pengganti kepada nama-nama hebat dan handal dalam bidang itu seperti, Seman Wau Bulan, Awang Ikan Duyung, Dollah Kulat Malam, Ariffin Ana, Daud Bukit Abal dan lain-lain. Semua nama itu muncul di zaman Kelantan diperintah Pas.

Jadi macam mana seorang menteri yang diberi tugas mengenai kebudayaan, keseniaan dan warisan boleh buta mengenai fakta ini? Rais tak buat kerja ke?

Kalau ya pun Rais tidak setuju dengan kerajaan Pas di Kelantan tetapi janganlah fakta yang terang berada di depan mata pun tidak nampak. Nampak sangat kita berhati busuk. Biarlah mulut busuk tetapi jangan keseluruh organ dalaman kita turut busuk sama seperti shit.

Seperkara lagi disebut oleh Rais semalam dan menampakkan bahawa kewujudannya di situ kerana seseorang, ialah apabila beliau mengatakan isteri Abdullah Badawi Hadhari, Endon Mahmud beriya sangat agar beliau mempertahankan wairsan bangsa. Dalam erti kata lain, tugas Rais di situ ialah kerana memenuhi kehendak Endon.

Kenyaatan Rais semalam mengesahkan ulasan pengacara TV3 pada hari kematian Edon dulu, yang mengatakan Endonlah yang memberi idea agar menubuhkan kementerian kebudayaan, kesenian dan wairsan. Dalam bahasa mudah kalau Endon tidak memberi idea mewujudkan kementerian itu barang kali sudah tentu Rais kini hanya menjadi ahli Parlimen biasa sahaja.

Dan apakah setelah Endon telah tiada maka kementerian yang penuh dengan maksiat, menghancurkan budaya Melayu itu, yang menjaga tengkorak kering dan segala macam artifak purba itu masih diperlukan? Fikir-fikirlah Abdullah Badawi al-Hadhari wei. - Reformasi

- Tun Paduka Tuan - 29.12.2005

AmBank perlukan pekerja Melayu!

Oleh: Ammar Yasir

Saudara Pengarang,

Saya adalah seorang pekerja yang pernah berkhidmat dengan AmBank di ibu pejabatnya di Menara AmBank Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur. Saya telah berhenti dan berhijrah ke sebuah syarikat konglomerat multinasional untuk mengembangkan lagi karier saya dalam bidang sumber manusia.

Saya amat kecewa menyaksikan perkembangan mutakhir yang berlaku dalam organisasi AmBank. Ini kerana boleh dikatakan kira-kira 70% warga kerja AmBank adalah terdiri daripada bukan-Melayu terutamanya di peringkat jawatan pengurusan tertinggi syarikat.

Saya merasakan bahawa saya patut kecewa kerana pemegang saham terbesar dan majoriti di AmBank adalah di kalangan orang yang satu bangsa dengan saya. Justeru, mengapa beliau boleh membiarkan gejala ini terus membiak sehingga mampu mengancam kedudukan Melayu dalam bidang perbankan?

Saya ingin mendedahkan pengalaman saya sendiri kerana saya mengetahui mengapa perkara sebegini boleh berlaku. Ini adalah kerana pihak pemegang saham majoriti ingin memperolehi pelanggan yang utama dari kalangan bukan-Melayu. Dengan itu, mereka telah mengambil golongan bukan-Melayu bagi mengisi jawatan-jawatan penting di AmBank.

Walaubagaimanapun, mereka tidak mengawasi pengambilan pekerja yang dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi yang terdiri dari kalangan bukan-Melayu ini di mana pengurusan ini telah merekrut pekerja baru lebih kurang 65% dari kalangan bukan-Melayu. Ia meninggalkan kesan besar apabila majoriti pekerja Ambank sekarang adalah terdiri daripada bukan-Melayu. Di manakah logiknya perkara ini boleh berlaku sedangkan pemegang saham majoriti AmBank adalah Melayu!

Saya merayu agar pihak pemegang saham majoriti segera melakukan sesuatu agar bangsanya sendiri dapat menumpang tuah mencari rezeki di syarikat yang dikuasainya. Hanya Melayu yang mampu menolong Melayu!

Ammar Yasir
ammar_jadid@yahoo.com

Saturday, December 24, 2005

TAG: Pengerusi MAS dan Champagne Dom Perignon

(The MAS chairman and Dom Perignon champagne )

Ketua Pegawai Kewangan MAS, Low Chee Tiong, telah mengumumkan peletakan jawatannya pada 23 Disember, setelah lama berkhidmat dengan MAS. Sebenarnya banyak sungguh kisah menarik mengenai insan ini yang tidak diketahui umum. Beliau mempunyai satu hubungan erat yang begitu lama dengan Citibank, gara-gara menyalurkan urusan perbankan MAS kepada bank itu. Akan tetapi si haprak ini sudah lama menyebabkan MAS terduduk juga. Ketika bertanggungjawab dengan urusan MAS di Arab Saudi, di mana MAS menjalankan urusannya selama sepuluh tahun, dia gagal menyediakan penyata cukai kepada kerajaan Arab Saudi seperti yang sepatutnya. Kerana itu MAS didenda RM10 (juta?) kepada kerajaan Arab Saudi di samping membayar cukai yang tertunggak. Namun di sebalik kegagalannya itu, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi CFO (Ketua Pegawai Kewangan).

Pada 2004 ketika salah seorang kroni beliau menjadi Pengurus Akaun di pejabat MAS di London, berlaku kerugian sebanyak RM40 juta gara-gara penipuan dan pelaburan yang dangkal. (Perkara ini tidak pernah dilaporkan kepada media tempatan dan masih lagi terbengkalai begitu sahaja). Ketika Pengurus Akaun itu mengambil cutinya, ada seseorang yang telah memalsukan tandatangan beliau dan mengalihkan simpanan MAS dalam akaun berjangka masa sebanyak RM40 juta di London untuk dipindahkan kepada beberapa pelaburan jangka-pendek yang meragukan. Wang itu hampir hilang lepas begitu sahaja. Pihak pengurusan MAS masih tidak tahu-menahu berapa banyakkah wang yang dapat dikembalikan daripada pelaburan yang meragukan itu. Low telah memanggil balik anak-didiknya daripada London, untuk dimarahi. Sebagai satu hukuman dia telah menghantar beliau bekerja di pejabat MAS di Los Angeles pula. Perkara ini tidak dilaporkan dalam media tempatan kerana Low telah membuat kepastian agar kisah kehilangan RM40 juta itu tidak digembar-gemburkan. Tidak ada sesiapa yang bertugas dalam Jabatan Kewangan MAS dibenarkan bersuara mengenai hal ini.

Kini MAS menghadapi satu masalah. Syarikat ini tidak tahu-menahu bagaimana Mr. Low telah mendapatkan khidmat sebuah syarikat bernama Tipro untuk kerja-kerja yang digelarkan ‘Asset Tagging’ (mengenal pasti asset). Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lukisan berjuta Ringgit menghiasi dindingnya, MAS tidak dapat pastikan di mana segala asetnya. Kalaulah seseorang keluar daripada MAS dengan membimbit sebuah komputer ataupun mesin faks, dia mudah berbuat begitu kerana tidak ada satu kaedah khusus yang memberikan kesedaran kepada MAS bahawa barang-barang itu sudah pun lesap. Sesungguhnya apa yang disebut sebagai ‘Asset Tagging’ itu bukanlah sehebat mana pun. Para petugas MAS pernah memberi tawaran untuk melaksanakan kerja-kerja itu dengan harga hanya sebanyak RM300,000 untuk kerja-kerja yang memakan masa hanya sekitar satu tahun sahaja. Akan tetapi Ketua Pegawai Kewangan MAS ini tidak bersetuju. Dia memberi peluang kepada Asset Tagging melakukan tugas itu. Ini membabitkan kos sebanyak RM5 juta, yakni lebih dari 12 kali ganda daripada tawaran yang dibuat oleh anak-anak buahnya. (he…heh bijak betul Lembaga Pengarah MAS yang meluluskan kontrak semacam itu…!! penterjemah) Bagaimana pula caranya Tipro melaksanakan kontrak mereka? Tipro telah meminta para petugas Jabatan Kewangan MAS untuk menyenaraikan semua kod palang (bar codes) dan nombornya. Malahan, Tipro telah meminta pekerja-pekerja MAS mencetak senarai kod palang itu untuk mereka lekatkannya ke atas mesin faks, mesin pendua dan sebagainya. Hairankah kita bagaimana MAS kerugian besar selalu?

Sejak skandal MAS menjadi pengetahuan umum, sudah ada perubahan dan kesedaran yang menghenyak MAS. Orang putih yang bergelar ‘con-sultan’ - Perunding Kelentung - dan bergaji harian sebanyak RM7,250.00 telah pun dikurangkan tugas dan tanggungjawabnya. Buah hatinya, Mazidah Mohamed Nor, juga mendapati bebanan tugas yang dikurangkan juga. Namun, pihak pengurusan tertinggi MAS masih tidak keruan juga. Mereka masih terus melakukan kesilapan seperti dahulu. Mazidah telahpun melantik seorang lagi pakar perunding kelentung mat salleh ‘Sourcing Value’ (Nilai Perolehan) untuk membuat rundingan dengan LSG Skychef (syarikat katering) dan kontrak perolehan IT dengan IBM. Selama 9 bulan daripada April hingga Disember 2005, MAS telah membayar RM100 juta sebagai kos perundingan, dan membayar RM100 juta kepada IBM kerana perolehan IT. Ramai betul bedebah yang membalun harta MAS dan wang caruman pembayar cukai sehinggakan kerja-kerja ini tidak melucukan lagi).

Perunding Mat Salleh untuk ‘Sourcing Value’ itu adalah perunding yang sama mendapatkan khidmat IBM sebagai sumber IT untuk MAS. Kenapakah Pengurus Besar Kanan, seperti Mazidah tidak membaca kontrak itu sendiri dan merundingkannya daripada menggunakan khidmat perunding luar untuk menjalankan tugas mereka? Pengerusi Munir Majid baru sahaja mendapatkan khidmat syarikat Ogilvy and Mather, satu syarikat seranta awam antarabangsa dengan bayaran RM80,000 sebulan, bersamaan RM900,000 setahun hanya untuk menguruskan imej pejabat Pengerusi MAS. Antara beberapa nasihat daripada Ogilvy and Mather (OM) kepada Munir Majid ialah agar beliau mengadakan ‘sesi bersemuka’ (roadshows) untuk memberi penjelasan sendiri akan masalah yang dihadapinya. Setakat ini Munir sudah menghadiri empat majlis semacam itu untuk membuat penjelasan – dengan Kesatuan Sekerja MAS, dengan Pengurus Besar Kanan syarikat, dengan Pengurus-pengurus Besar dan dengan para pengurus. Apa perlunya membayar RM80,000 setiap bulan hanya untuk diberitahu agar dia pergi bertemu dengan para pekerja syarikat yang dipengerusikannya? Apakah kita perlu pergi belajar hingga ke tahap universiti untuk belajar membasuh punggung?

Sepanjang sesi bersemuka dengan pengurus-pengurusnya, ada seseorang yang bertanya Munir Majid apakah kelayakan, pengalaman dan sumbangan Christopher Andrews sehingga MAS sanggup membayar gajinya sebanyak RM7,250 setiap hari? Munir Majid menjawab bahawa Christopher Andrews mempunyai pengalaman yang luas di Air New Zealand dan telah membantu beliau (Munir) memahami MAS dengan lebih baik lagi. Dengan lain perkataan, MAS perlu membayar orang putih RM7,250 sehari untuk membolehkan Munir memahami MAS, yang merupakan sebuah syarikat Malaysia. Munir Majid lupa menyebut dan memberitahu ahli-ahli kesatuan sekerja bahawa Air New Zealand telah muflis pada tahun 2002, dan kerana itu Christopher Andrews telah hilang punca rezekinya. Tapi dia difaraidkan satu jawatan mewah di MAS. Begitu juga halnya dengan Peter Read, Ketua Pegawai Operasi baru yang diambil daripada British Airways. British Airways pernah menghadapi kerugian besar yang berturutan dan terpaksa membuang beberapa pengurus besar kanan seperti Peter Read. Memang beruntung besar Peter Read kerana mampu meloncat ke dunia ketiga seperti Malaysia dan mendapat jawatan tinggi sedangkan itulah jawatan yang patut diberikan pada warga negara sendiri.

Satu lagi syarikat perundingan, McKenzie & Co telah diberikan kontrak untuk mencari jalan bagaimana MAS dapat mengatasi masalah kewangan dana. Akan tetapi kenapakah tidak ada usaha meminta semua pasukan pengurus kanan yang berpengalaman (bukannya Pengurus Besar ataupun Pengurus Besar Kanan) cara yang baik untuk menjimatkan belanja dan menjimatkan wang? Di Jabatan Sumber Manusia (HRD) ada seorang Pengurus Besar bernama Haji Yusif yang pernah dihumban keluar oleh Tan Sri Zeti Aziz daripada Bank Negara Malaysia. Dia telah diambil sebagai seorang perunding untuk menganjurkan satu bancian di kalangan para pekerja MAS untuk mengetahui pandangan mereka apa yang tidak kena dengan syarikat! Sebenarnya perkara semacam ini boleh dilakukan dengan menyediakan satu kotak cadangan di Kafeteria. Ataupun bertanya kepada semua pekerja bawahan. Pengurus atasan MAS (Pengurus Besar dan Pengurus Besar Kanan) bukannya tahu sangat akan kerja mereka. Kerana itu mereka lebih selesa menggunakan perunding daripada menjana otak sendiri.

Perunding HRD tadi telah merundingkan satu kenaikan gaji sebanyak 25% untuk semua juruterbang MAS yang akan menelan belanja berpuluh-puluh juta Ringgit setahun. Kerana kesilapan kenaikan 25% itu telah mengambil kira 30,000 jam cuti para juruterbang itu yang sudah terkumpul. Orang HRD yang selama ini ditugaskan merunding masalah juruterbang ialah Mr. Keong tetapi beliau tidak dibawa serta untuk perundingan itu.

Pada tahun ini MAS telah menjual satu pesawat terbang. Mereka fikir mereka telah membuat untung. Cuma mereka terlupa, penjualan pesawat itu mempunyai satu klausa dalam perjanjiannya di mana sebarang kecacatan dijamin tertanggung ke atas MAS. Ini bererti setiap kali berlaku sebarang kerosakan pada pesawat itu MAS terpaksa menanggung segala kos memperbaikinya. Kesannya, MAS terpaksa membayar lebih banyak wang berbanding dana yang diterima daripada penjualan pesawat itu. Bagaimana mungkin perkara semacam ini terjadi sedangkan begitu ramai perunding yang digaji oleh MAS?

Semasa memberikan taklimat kepada Dewan Senat pada 20 Disember 2005, Idris Jala, Pengarah Urusan yang baru dilantik, telah memberitahu para senator bahawa 75% laluan antarabangsa MAS tidak memberikan keuntungan. Memang sungguh benar kisah itu. Laluan Los Angeles yang sudah wujud sejak 20 tahun dulu, masih tidak memberi keuntungan kepada MAS. Kemudian ada pula laluan yang tidak berguna seperti daripada Kuala Lumpur ke Johannesburg di Afrika Selatan dan laluan ke Buenos Aires di Argentina yang sentiasa kosong. Laluan ini diwujudkan mengikut selera Perdana Menteri Mahathir dulu yang mahu menunjuk-nunjuk adanya syarikat penerbangan negara yang mengibarkan bendera Malaysia di Amerika Latin. Bolehkah Idris Jala melupuskan laluan yang tidak memberikan keuntungan ini? Bolehkah dia dibiarkan berbuat demikian?

Akan tetapi SIA pun terbang ke laluan yang sama dengan meraih keuntungan. SIA buat duit terbang ke Los Angeles. Bagaimana cara mereka? Apakah ada faktor lain yang menyebabkan MAS kerugian? Walaupun MAS menanggung kerugian besar, agen penjualan tiket yang mengaut keuntungan berlipat ganda. MAS telah melantik beberapa GSA ataupun General Sales Agents yang merupakan agen tunggal menjual tiket MAS di banyak negara. Syarikat GSA ini membalun banyak keuntungan sementara MAS menjadi mangsanya. Bagaimana? GSA menerima tiket dengan kadar potongan harga yang rendah daripada MAS, kemudian mereka naikkan harganya bila menjual kepada para penumpang. Semasa MAS merana, semua GSA mengaut keuntungan besar bernilai jutaan Ringgit. Siapakah GSA ini? Di Pakistan syarikat itu dimiliki oleh Sultanah Pahang. GSA di Italy adalah satu syarikat bernama Mal-Ital yang dimiliki oleh Tengku Mahkota Pahang (kerana adanya beberapa orang Dato’ daripada Pahang dalam MAS). GSA di Sweden adalah milik seorang warga Malaysia yang mendapat status penduduk tetap (PR) di sana.

Lukisan Botero sudah menjadi bualan hangat. Para senator telah meminta Idris Jala menjual semula lukisan itu. Munir Majid telah mempertahankan pembelian lukisan Butero dengan berkata ia menaikkan imej MAS sebagai sebuah syarikat bernilai berbilion Ringgit. Bagaimanakah pula ini dapat mewajarkan kisah penjualan ibu pejabat MAS di Jalan Sultan Ismail? Kalau bangunan itu sudah dijual, di mana mahu digantung lukisan yang bernilai RM1.5 juta? Sudah tentu bukan di hangar di Subang. Munir Majid sudah jual kelentung mengenai lukisan itu. Dia berkata bajet untuk pembelian telah diluluskan dua tahun dahulu. Ini adalah tidak benar. Dia juga berkata bahawa lukisan ini adalah termasuk dalam akaun ‘capital expenditure’ dan tidak menyangkuti kerugian syarikat. Bagaimana dengan aliran wang tunai? Bagaimana mungkin membayar lukisan itu tanpa gunakan tunai? Di manakah satu syarikat yang sedang kerugian mendapatkan RM1.55 juta dalam bentuk tunai untuk membayar harga lukisan tersebut?

Peruntukan bajet yang diluluskan dua tahun dahulu oleh Pengerusi (Allahyarham) Tan Sri Azizan, adalah untuk perkara lain seperti ubahsuai pesawat. Namun, apabila MAS mula menunjukkan kerugian, beliau telah memotong segala perbelanjaan yang tidak perlu dan tidak pun membelanjakan bajet yang diluluskannya.

Munir Majid juga telah mendedahkan kesilapan besar semasa menunjukkan lukisan Butero kepada Jawatankuasa Kesatuan Sekerja MAS. Dia memberitahu mereka betapa dia sendiri pun mempunyai koleksi peribadi lukisan Botero di rumah. Dia telah meluluskan pembelian lukisan itu daripada peniaga lukisan yang sama menjual koleksi peribadinya. Ini jelas menunjukkan percanggahan dalam kepentingan diri.

Semasa Tajuddin Ramli mengepalai MAS dan menjahanamkannya, dia telah mengarahkan MAS membeli apartmen mewah yang bernilai dua juta Ringgit di Kensington London di mana para kroni beliau turut membeli apartmen yang sama di situ. Kalau timbul imbuhan daripada pembelian apartmen itu siapakah yang meragutnya? Tajudin Ramli ataupun MAS? Begitu juga halnya apabila Munir Majid mengizinkan pembelian lukisan Botero daripada pembekal koleksi peribadi beliau. Siapa gerangan yang akan meraih keuntungan kalau wujud sebarang potongan harga? Munir Majid ataupun MAS?

Akan tetapi bagaimanakah caranya Munir Majid mengabui perhatian Lembaga Pengarah MAS? Bagaimana dia dapatkan kelulusan pembelian lukisan itu? Bagaimanakah Mazidah dapat mengambil Chris Andrews dengan membayar gaji harian sebanyak RM7,250 sehari? Bagaimanakah kontrak perolehan dari luar keperluan IT boleh difaraidkan kepada IBM? Bagaimanakah Symphony Group milik Pengarah MAS Azman Yahya yang sudah tenat itu dapat membalun wang melalui skim perolehan luar MAS? Mudah sahaja. Mereka wujudkan Jawatankuasa Kecil kepada Lembaga Pengarah MAS dan memberikan kuasa yang penuh kepada Jawatankuasa Kecil itu. Kemudian, Jawatankuasa Kecil ini yang membuat keputusan yang penting-penting untuk diperakui kemudiannya oleh Lembaga Pengarah. Salah satu Jawatankuasa Kecil ini diberikan nama Jawatankuasa Strategi Lembaga (Board Strategy Committee) yang dipengerusikan oleh Munir Majid, di mana Azman Yahaya dan Tengku Azmir turut menganggotainya. Segala urusan memperolehi sumber luar dan pengambilan perunding luar diputuskan oleh Jawatankuasa ini.

Syarikat milik Azman Yahaya (kroni Khairy Jamaluddin) yang bernama Symphony Group telah mendapat banyak keuntungan gara-gara teknik perolehan sumber luar ini, sedangkan dia adalah anggota Jawatankuasa pemilihan itu. Bijak sungguh mereka. Kontrak mendapatkan perunding luar telah dibuat melalui satu memo kepada MD (bertarikh Januari 2005) yang ditulis oleh Mazidah Mohamed Nor kepada Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Sokongan. Mazidah memberitahu MD, Dato Ahmad Fuad Dahlan, bahawa Jawatankuasa Strategi Lembaga telah membuat kelulusan agar Christopher Andrews diberikan kontrak kerja. Mazidah telah berjaya menulis dan memuji akan kebijaksanaan pilihan mereka. Kontrak Chris Andrews adalah mengikut gaji harian berasaskan dari satu bulan ke satu bulan, di mana jumlah kos tidak melebihi RM650,000 (termasuk cukai) untuk tugas fasa pertama. Kemudian Mazidah menandatangani surat itu. Dalam memo itu beliau telah sengaja mengulang-ulang nama Jawatankuasa Strategi Lembaga.

Bagaimana mungkin seorang MD menolak kuasa seorang Pengerusi syarikat, dan cuba memandai-mandai buat lain pula? Akan tetapi, inilah caranya bagaimana Lembaga Pengarah MAS telah dipinggir dan selalunya menjalankan peranan sebagai tukang angguk sahaja.

Perkara semacam ini memang amat lumrah kerana Ahli Lembaga MAS dianggotai oleh wakil Khazanah yang tidak berguna, dan ramai lagi anggota yang mempunyai otak di kepala lutut sahaja. Kerana itu mereka tidak mampu menangani karenah satu kumpulan yang diberikan gelaran Mafia Kejuruteraan (Engineering Mafia), dan masalah Perjanjian Kolektif Juruterbang, masalah cuti terkumpul, masalah C-checks, lukisan Botero, masalah penukaran lampu ataupun apa sahaja. Dalam bahagian kejuruteraan, ada satu panggilan yang bernama ‘Mafia kejuruteraan. Mereka ini adalah golongan jurutera, mekanik dan petugas di landasan yang menyebabkan MAS berbelanja berjuta-juta Ringgit dalam bentuk tuntutan overtime dan kerja-kerja yang tidak memuaskan.

Pada waktu mereka sepatutnya bekerja, mereka sengaja membuang masa bersembang dan bersuka ria. Mereka hanya mulakan tugas selepas tamat waktu kerja tetap untuk menuntut bayaran ‘overtime’. Sesiapa yang cuba bekerja keras dan tekun akan dimarahi dan diugut oleh Mafia Kejuruteraan ini. Keadaan begitu dahsyat sehinggakan jurutera ekspatriat turut menjadi pak turut dalam budaya menipu begini. Inilah yang menyebabkan MAS membayar banyak wang dalam bentuk ‘overtime.’

‘C-checks’ tidak dilakukan oleh kakitangan MAS dengan baik. Tugasan ‘C-checks’ adalah mudah dan merupakan pemeriksaan ke atas peralatan MAS di atas pesawat seperti lampu dan tandas. Pesawat MAS gagal melalui C-checks kerana mafia dalam kejuruteraan tidak membuat tugasan itu dengan sempurna. Penerbangan yang tertunda menyebabkan kerugian. MAS mempunyai satu perjanjian dengan British Airways di London. Setiap kali pesawat MAS mendarat di London, juruteknik BA akan menjalankan kerja memeriksa peralatan dan lampu yang rosak. Berapa banyak lampu (bulb) yang ditukar untuk MAS oleh BA dan apakah harganya? Di London, MAS membayar segala-galanya dalam bentuk paun sterling. Setiap paun sterling bernilai RM7.00. Tetapi di Malaysia, mafia mahu kerja-kerja itu dilakukan pada masa overtime dan tidak melakukannya dengan sempurna. Kerana itu MAS membayar BA untuk menukar bal lampu dan membayarnya dengan paun sterling.

Semasa Munir Majid bersemuka dengan ahli kesatuan sekerja, dia cuba memberi penjelasan atas tindakannya, dengan kelentungan lagi. Kalaulah skandal beliau tidak didedahkan, Munir tetap terbang percuma dengan tempat duduk kelas pertama daripada KUL ke London hampir setiap hujung minggu. Munir menjelaskan bahawa ini adalah dalam bidang kuasa beliau untuk mendapatkan tiket percuma. Tetapi dia tidak menjelaskan bahawa sebagai seorang Pengerusi dia hanya layak mendapat empat penerbangan percuma dalam setahun dan bukannya empat tiket kelas pertama untuk setiap bulan!

Lagi pun, semua petugas kabin kelas pertama amat faham bagaimana Munir mahu serba-serbi percuma. Dia menogok minuman keras ketika berada dalam bilik menanti ‘Golden Lounge’. Tetapi selalunya dia banyak minum ketika pesawat sudah berada di udara. Minuman kegemarannya ialah Dom Perignon (sebut Perinyo.. penterjemah) yang berharga RM450 sebotol. Mereka menyebut kisah perlunya membuka botol baru setiap kali si Pengerusi terbang ke London setiap hujung minggu. Apabila dia turun, dia akan meminta paramugari membungkus (ta pau) apa juga botol Champagne yang separuh kosong untuk disambung minumannya di darat. Jadi, MAS ini bukan sahaja menyediakan santapan atas permaidani terbang, ia juga merupakan bar minuman terbang, setidak-tidaknya untuk Munir Majid!!!!!!

Terjemahan MT-SPAR - 24.12.2005 (suntingan M@RHAEN)

Friday, December 23, 2005

Inkuiri Awam Isu Bogel Ketuk Ketampi Perlu Ada Alim Ulama

Oleh Ramosa

Negara dikejutkan dengan peristiwa sedih “Tahanan Wanita Berbogel dan Ketuk Ketampi Dalam Lokap Polis”. Asalnya dikatakan wanita “ Cina “ tetapi rupanya wanita “Melayu” selepas Inkuiri Awam ditubuhkan oleh kerajaan. Semua pihak memberikan pendapat dan pandangan sehingga negara terpaksa menghantar wakil bertaraf menteri untuk menerangkan kepada kerajaan lain akan prosedur yang diguna pakai oleh pasukan polis Malaysia dalam menyiasat tahanan reman. (sepatutnya pergi selepas Inkuiri Awam memberi keputusannya)

Tetapi malangnya sebelum atau selepas Inkuiri Awam ini yang sedang menunggu keputusan atau cadangan sekitar 15 Januari tahun depan (tahun 2006) TIDAK ADA satu kenyataan yang berani dikeluarkan para Alim dan Ulama di Negara ini untuk memberikan pandangan dari sudut agama Islam tentang prosedur oleh jabatan polis ini. Inilah yang amat menyedihkan saya. Perkara ini telah dipolitikkan begitu hebat di Parlimen, Dewan Negara dan di Ceramah Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir yang lalu. Malah disebar meluas melalui Internet yang dapat diakses di seluruh dunia.

Saya menganggap tindakan Perdana Menteri adalah bijak dalam menubuhkan Inkuiri Awam itu tetapi ada kurangnya kerana tidak memasukkan Ahli Inkuiri Awam itu dari anggota Alim Ulama yang dapat memberikan pandangan dan nasihat dalam agama Islam iaitu Agama Rasmi Malaysia dan ke arah Islam Hadhari.

Ini kerana perkara malu atau aib itu amat di murkai ALLAH s.w.t.. Walau apa pun kesalahan mereka mengaibkan seseorang itu berdosa besar dan ada cara dan adabnya untuk melakukan siasatan. Hatta jika nak siasat hingga memerlukan bertelanjang bulat untuk mengeluarkan benda-benda dari alat sulit itu, berilah hak untuk berkemban iaitu ada kain untuk membalut badannya. Hatta Islam menyuruh kita berkemban jika mandi berseorangan dalam bilik mandi. Malah mayat lelaki dan perempuan yang telah meninggal dunia (memang dah tak ada perasaan malu lagi) tetapi Allah meminta kita menjaga aibnya ketika memandikannya dan mengkafankanyan.

Agama Islam amat mengutamakan peradaban baik dalam ibadat, dalam pergaulan, dalam perhimpunan dan dalam segala tempat. Di antara peradaban itu ialah memelihara kesopanan peribadi menurut ertikata tidak mahu menempatkan sesuatu yang memalukan atau yang merendahkan maruah atau mengerjakan perkara yang terlarang atau tidak sesuai dengan kedudukan diri seseorang. Kerana apalah erti hidup seandainya seorang itu tidak menganggap malu itu satu perasaan yang amat pengaruh atas dirinya hingga kerananya ia tidak lagi mempunyai rasa malu kepada ALLAH dan kepada manusia dalam masyarakatnya.

Perkara ini ada dalam hadith diriwayatkan oleh Bukhari dari Abi Mas’ud Uqbah bin Amru al Ansari : Rasullullah s.a.w. bersabda “ Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.”

Jika kita amati bahawa perintah itu merupakan satu peringatan bukannya satu suruhan. Bermakna jika engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa saja yang engkau kehendaki dan Allah s.w.t. akan membalas kamu. Ini bertepatan dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah Fussilat ayat 40 “Kerjakanlah apa yang kamu kehendaki, kerana sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu kerjakan itu”.

Oleh itu saya mencadangkan pada pasukan Inkuiri Awam itu supaya dikeluarkan satu Garis Panduan untuk diguna pakai oleh pihak berkuasa (terutamanya Jabatan Polis) dalam menjalankan tugasnya menurut nilai-nilai murni Islam dan tidak mengikut hawa nafsu dan peraturan lapuk yang tidak dicatatkan sebagai satu peraturan yang bertulis pun. Juga cubalah mengkaji Convention Geneva (Human Rights) pasti ada klausa terhadap tatacara/prosedur siasatan. Jika tiada pun klausa tersebut di dalam Convention Geneva itu ikutilah peradaban Islam yang suci murni itu.

Wallahuallam.

- Ramosa - 23.12.2005

Kenapa Susah Sangat Nak Pulihkan MAS?

Oleh Marhaintua

Kisah kemelesetan MAS tidak akan selesai selagi pucuk kepimpinan yang ada dalam MAS dibiarkan terus memegang jawatan mereka. Yang pertama mesti dinyah keluar ialah Munir Majid. Cuba beri saya satu contoh di mana pertubuhan ataupun organisasi pimpinan Munir Majid yang tidak bermasalah? Sebagai bekas orang akhbar Munir pandai menyuntik imej beliau dengan propaganda. tetapi laksana bangkai, propaganda itu akan mereput dan terhidu juga.

Kalau Munir dinyahkan, seluruh anggota lembaga pengarah pun mesti dihalau pergi. Jangan berlembut dengan kata-kata mereka berkhidmat untuk negara. Kalau mereka boleh meluluskan pembelian lukisan warga asing dengan harga berjuta-juta, apakah mereka mempunyai semangat patriotisme? Kenapa tidak dibeli lukisan anak-anak tempatan walaupun harganya tidak mencecah ratusan ribu dan edarkan yang original merata dunia di semua pejabat MAS, sudah tentu lebih besar maknanya.

Apa salahnya gabungkan MAS dengan AirAsia untuk menyerahkan pengurusan keseluruhan syarikat itu kepada gabungan pengurusan AirAsia dan pegawai MAS yang berkerakyatan Malaysia? Apa gunanya membayar berjuta-juta dollar kepada orang asing hanya untuk melihat MAS jatuh terperosok lagi tahun hadapan?

Mesti ada satu pelan konkrit bagaimana MAS boleh uruskan syarikat tanpa banyak ‘free-loading’ oleh pihak kerajaan. Semua tiket percuma yang digunakan oleh wakil rakyat mesti dihapuskan. Wakil rakyat dan golongan istana (tidak termasuk Sultan dan Raja-raja serta Permaisuri pertama mereka) harus menggunakan tiket kelas biasa dan tidak memerlukan layanan istimewa di mana mesti ada petugas khas dalam penerbangan yang mereka gunakan.

Kalau MAS boleh diserah untuk ditadbir oleh pengurusan Air Asia dan pegawai pilihan rakyat Malaysia dalam MAS masa kini maka bolehlah digabungkan pengurusan mereka untuk satu tempoh tertentu sehingga MAS dapat naik semula seperti yang dijangka.

Janganlah menyibuk untuk menjual bangunan MAS kalau duit itu adalah daripada pinjaman bank di Malaysia juga. Harga pembelian sekarang sudah tentu harga premium persis ‘forced-sales-value’ ataupun dengan premium harga rendah kerana terdesak dan sudah tentu ini merupakan satu rencana haprak pengurusan yang masih ada di bawah naungan Munir Majid dan pengaruh Khairy Jamaluddin. Siapa yang akan membelinya nanti? Itu juga yang mesti kita tahu. Dalam hal ini saya ingin sebut dua contoh: 1) Munir Majid dan pengurusan MAS sudah pasti tidak akan membeli lukisan yang mahal bikinan asing kalau bukan atas arahan orang ’atas’. Munir Majid pernah menuntut di ITM di mana sudah sedia ada Kajian Senilukis di mana dia juga kenal pelukis handalan lepasan institusi itu Kenapa tidak pilih lukisan hasil graduan itu dan jabatan seni lukis institusi lain di negara lain untuk menjadi harta MAS dan negara?

Sekarang ini Khairy Jamaluddin sudah menjadi satu nama berpuaka pulak dalam dunia perniagaan negara ini. Bukan sahaja dalam dunia politik Melayu yang membunuh ekonomi Melayu. Khairy Jamaluddin kerap adalah disebut-sebut sebagai salah seorang ‘orang atas’.

Contoh kedua ialah desas desus yang saya terima betapa syarikat Melayu yang selalu menerima AP untuk mengimport kereta tidak akan menerimanya lagi kecuali syarikat itu sanggup membayar ‘saguhati’ kepada “orang atas” sebanyak satu juta.

Dalam pemulihan MAS selepas gugurnya pegangan Tajuddin Ramli dulu hampir semua pengurus kanan yang baru adalah orang-orang yang menjadi pilihan dan lantikan Khairy Jamaluddin. Kerana itulah muncul pembaziran yang banyak kerana ada restu orang atas.

Kini, orang pilihan ‘orang atas’ terpaksa undur dan digantikan oleh seorang bekas pegawai Shell. Kenapa ambil seorang pegawai syarikat minyak dan bukan seorang pegawai yang berpengalaman dalam industri penerbangan? Apakah pelantikan beliau secara khusus untuk menyelesaikan masalah bekalan minyak MAS? Dan sekali gus tidak menjejaskan peranan pegawai ‘ekspatriat’ yang dikatakan pakar dalam industri penerbangan? Sudah tentu pegawai Shell ini ditunjuk kepada Khairy Jamaluddin dulu untuk dipersetujuinya sebelum Paklah turut menyetujuinya. Kalau diambil kira amalan penjualan harta berharga negara ini kepada syarikat di Singapura sudah tentu pegawai yang menerima tawaran kerajaan untuk memimpin MAS sudah dikenakan beberapa syarat untuk mengikut skrip yang sudah diatur untuknya.

Soalnya sekarang apakah skrip itu turut diatur oleh Jabatan Polis Khas (SB) Singapura dan Jabatan Perisik Israel?

MAS tidak boleh salahkan kerugian disebabkan harga minyak yang naik melambung tinggi kerana penerbangan negara Singapura (SIA) tidak pun mengalami kerugian semasa harga minyak naik. Malahan keuntungannya berlipat ganda dan laluannya ke destinasi jarak jauh semakin meningkat. Tidak pun kita dengar SIA menjual bangunannya untuk meningkatkan keuntungan tahunan.

Siapakah gerangannya yang akan membeli bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail itu kalau tidak syarikat asing seperti Shell ataupun syarikat Singapura yang mendapat pelaburan bebas daripada kerajaan Israel? Berapa agaknya komisen kepada tukang atur dalam urusan jual beli itu? Di manakah komisen itu dibayar agaknya?

- marhaintua - 23.12.2005

TAG: Santapan Permaidani Terbang MAS

TAG: Santapan Permaidani Terbang MAS
(MAS The Flying Buffet)

Sumber: http://ginger-dl-loca.blogdrive.com/


Tidak lama lagi MAS akan menyiarkan laporan kerugian sebanyak RM260 juta bagi tempoh penggal kedua. Kerugian itu yang sebenarnya adalah hampir RM300 juta tetapi MAS telah berjaya menyuntik pelbagai hiasan untuk menunjukkan keupayaan Pengerusi Munir Majid berjaya dalam tugasnya. Akan dinyatakan nanti pelbagai kaedah ‘kiraan semula’, peruntukan berlebihan, dan sebagainya yang mampu mengurangkan dakwat merah yang menandakan negatif dan kerugian.

Apakah ini akan menahan penggelungsuran MAS? Tentu tidak. Syarikat itu sudah jauh terhumban dalam tong taik.

Pengarah Urusan (MD) yang baru ialah Idris Jala yang memulakan tugas pada 1 Disember selepas diumumkan penyata penggal kedua yang penuh kerugian itu. Itulah tolak ansurnya. Akan tetapi Munir Majid sedang cuba melengahkan pengumuman kerugian tersebut dengan menjadikan perkara itu tugas Idris Jala. Sudah tentu sikap itu tidak akan menyelerakan fungsui seseorang MD yang baru dengan kerja pengumuman kerugian syarikatnya.

Sesungguhnya MAS merupakan satu permaidani terbang untuk orang-orang yang mencengkam kuasa. Syarikat itu adalah milik kerajaan, sudah tentu mereka tidak menggunakan wang saku sendiri. Mereka terbang sana-sini dan berseronok dengan kemudahan MAS sambil menghabiskan harta kerajaan.

Pengerusi Munir Majid yang dilantik sekitar bulan September dulu, sudah bergaya sakan membuatkan MAS tersungkur. Hampir setiap hujung minggu Munir terbang dengan tiket kelas pertama MAS ke London, secara percuma semestinya. Dia salah gunakan kuasa sebagai seorang Pengerusi syarikat. Munir mempunyai seorang isteri ‘orang mat salleh‘ di London yang mungkin diceraikannya tidak lama lagi dan berkemungkinan digantinya tidak lama lag juga. Sudah tentu penerbangan percuma ke London memudahkan kerjanya.

Malahan, Munir pernah juga terbang ke London dan pulang pada hari yang sama. Dia pernah menaiki pewasat di KLIA pada malam hari dan tiba di London pada waktu pagi. Di san aaa satu limkosin mewah yang menunggu dengan supir mat salelh memandunya di lapangan terbang London untuk membawa beliau ke sebuah kondo tertentu. Supir ini pernah ditugaskan men unggu selama tujuh jam sambil Munir menyudahkan ‘tugas khas’ di kondo itu. Kemudian si supir membawanya pulang semula ke lapangan terbang Heathrow untuk membolehkan Munir menaiki pesawat yang pulang ke KL. Semua ini dengan menggunakan cukai rakyat Malaysia tetapi adakah sesiapa yang ambil peduli?

MAS mempunyai anak syarikat sendiri di London yang memberikan khidmat kereta mewah. Sudah tentu Munir tidak menganggap selesa dengan kemudahan yang ada. Sebagai seorang Pengerusi sebuah syarikat penerbangan unggulan Asia kononnya, dia mahu yang lebih baik dari itu. Tidak kiralah kalau MAS akan merana dengan kerugian lagi bagi penggal kedua tahun ini. Munir mahu menggunakan Rolls Royce ataupun Bentley dengan seorang putih sebagai supirnya. (hehe raja-MAS- Munir... penterjemah)

Sejurus beliau menjadi Pengerusi MAS, Munir telah mengarahkan agar dibuat perubahan kepada dekor pejabatnya di tingkat 34 bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail. Ketika itu pengurusan atasan MAS sudah pun tahu mereka akan menanggung kerugian sekitar RM280 juta dalam penggal suku pertama 2005.

Dalam perubahan yang bernilai RM841,000 itu termasuklah kelengkapan dapur bernilai RM33,515.00

Berikut ialah sedutan invois para kontraktor:

1. Peralatan Dapur

Kontraktor: SI Corporation Sdn Bhd.
12, Jln Kenari 8, Bandar Puchong Jaya,
Batu 10, 47100. Pucong Slangor DE.
Tel: 8075 7788


INVOICE NO 6809
3 MARCH 2005.
Sum RM 33,515.00

2. INTERIOR RENOVATIONS (Hiasan Dalaman):

Contractor: Design Practice Consultants
3A, 48 & 50, 4th Floor, Block A,
Kelana Centre Point,
No 3 Jln SS 7/19,
47301 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 7803 4328

Cert of Progress Payment No 3
24th March 2005
Contract
Sum RM 760,000.00

Cert of Payment No 02
4th April 2005
Sum RM 48,000.00

JUMLAH: RM 841,515.00

Apabila sudah disediakan sebuah pejabat yang diubahsuai bernilai RM841,000, sudah tentu beberapa lukisan yang kononnya berseni perlu digantung menghiasi dinding. Kerana itu Munir membazirkan RM1,557,000 (bermakna sekitar 1.6 juta cukai pendapatan rakyat ini) untuk membeli lukisan tersebut.

Berikut adalah butirannya:

PEMBEKAL LUKISAN :

RUMAH SENI NUSANTARA SDN BHD
1st Floor, 17 Jln Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
Tel : 2284 2348

INVOICE FOR SOPHIA VARI / FERNANDO BOTERO
1st April 2005.

i. Sophia Vari (Coeur de L'Impenetrable ) RM75,000.00

ii. Fernando Botero (Still Life With Violin) RM1,140,000.00

iii. Fernando Botero (Still Life With Lobster) RM342,000.00


JUMLAH RM 1,557,000.00

Fernando Botero ialah seorang artis Kolombia. Semua lukisan beliau kelihatan pelik sikit kerana dia suka sangat ‘membesarkan’ ataupun melukis secara oversaiz, terutama akan figura manusia. Sebagai contoh:

Salinan lukisan beliau boleh dibeli dengan harga US25.00 (RM100.00) daripada barewalls.com seorang peniaga lukisan di Internet.

Yang menghairankan, lukisan berjudul 'Still Life With Violin' tidak tersenarai dalam koleksi karya Botero. Namun ada karyanya berjudul 'Still Life With Mandolin'. Mungkin MAS tersilap judulnya ataupun mungkinkah mereka membeli lukisan yang salah?

Tentu kita terfikir kalau MAS kerugian RM 540.0 selama tempoh dua penggal tentulah seorang Pengerusi yang baru dapat mengurangkan belanja dengan membeli sahaja salinan lukisan itu dan tidak membeli yang asli..

Akan tetapi MAS sudah dianggap sebagai satu permaidani terbang oleh manusia-manusia rakus yang mencengkam kuasa dan diberikan amanah menguruskannya.

Beberapa eksekutif kanan syarikat yang berpangkat daripada AGM ke atas telah
diberikan satu kemudahan pembelian kereta sendiri bernilai RM10. juta yang mungkin membuatkan orang terperanjat. Di sebalik segala kerugian besar itu MAS memberikan kemudahan kepada pegawai atasannya dan melancarkan satu skim di mana MAS membeli secara langsung 75% harga pembelian kereta yang dipilih oleh pegawai atasannya. Bagaimana dengan baki 25% itu? MAS memberikan pinjaman kereta kepada mereka dengan kadar pinjaman yang murah dan rendah. Bererti segala-galanya merupakan kemudahan 100%.

Bayangkan para eksekutif itu yang bertanggungjawab dengan kerugian sebanyak RM540 juta selama dua penggal suku-tahun.

Kemudian ada pula kisah bagaimana MAS disembelih oleh skim kontrak pembelian tiket yang dibuatnya dengan agensi penjualan tiket. Beberapa agen penjual tiket (GSA) diberikan monopoli di negara tertentu untuk menjual tiket MAS.

Syarikat agensi ini diberikan potongan harga yang begitu besar daripada Ibu pejabat MAS di KL. Kerana potongan harga sedemikian mereka mampu menjual tiket tersebut dua hingga tiga kali ganda daripada harga pembelian dan masih mengaut untung yang besar untuk syarikat mereka.

Kenapakah Jabatan Jualan MAS memberikan potongan harga yang besar? Ramai di antara GSA - General Services Agents) itu adalah rapat dengan pegawai-pegawai penjualan MAS. (Ada yang merupakan saudara mara mereka). Ada yang dikatakan pernah membeli satu kondo di KL untuk rakannya di MAS. Mungkin ialah caranya mendapatkan imbuhan potongan harga. Ini juga sebabnya MAS dianggap sebagai permaidani terbang.

Kita tentu tidak lupa akan skandal pembekalan makanan bermasak yang disediakan oleh Sky Chef, sebuah syarikat milik adik Perdana Menteri Islam Hadhari. MAS memang menanggung kerugian besar tetapi Sky Chef membalun keuntungan tinggi. Tentu tidak pelik perkara ini kan?

Selama tiga tahun berturut-turut MAS telah diberikan anugerah ‘Best Cabin Crew. Rupa-rupanya ada pihak tertentu yang mahukan MAS menang anugerah ‘Best Airline Food’!!! Kerana itu mereka lancarkan satu projek yang dinamakan ‘Project Relish’ (Santapan Nikmat). Inipun satu kelentungan juga. Daun salad (lettuce) yang ditanam di Cameron Highlands telah diketepikan kerana mahu diganti dengan salad tanaman Australia yang lebih mahal harganya dan diterbangkan khas supaya sentiasa segar, kononnya. (Tetapi tidak siapa yang terfikir kenapakah Qantas yang menggunakan salad yang sama tidak pernah menang anugerah semacam itu?)

Dalam projek Relish itu telah dianjurkan dulang yang baru direka khas. Beberapa pereka khas telah diambil oleh MAS untuk membuat rekaan baru tersebut. Alangkah baik kalau para petugas di syarikat penerbangan itu diminta membuat lakaran dulang baru mereka yang dibuat daripada plastik sahaja? Kerana MAS adalah satu permaidani terbang mesti ada skandal dalam urusannya Ini bermula dengan kisah khas yang membabitkan Mazidah dan Chris Andrews.

Chris Andrews ialah seorang perunding warga Britain yang dibayar gajinya sebanyak RM7,250 setiap hari oleh MAS. Bayangkanlah kawan-kawan si musibat ini diberikan gaji yang lebih lumayan daripada gaji Perdana Menteri Malaysia dan lebih banyak lagi dari gaji ketua eksekutif Sime, MayBank dan ramai lagi yang lain.

Hanya dengan bertugas selama lima hari seminggu Chris Andrews mendapat gaji sebanyak RM36,250 daripada MAS. Ini merupakan dua kali ganda gaji tahunan seorang graduan lulusan Malaysia yang bekerja sepenuh masa.. Dalam masa kurang dari satu tahun, Chris Andrews telah dibayar lebih RM1.3 juta sebagai ‘perunding’ MAS. Orang semacam ini adalah sultan kelentungan.

Siapakah yang melantik Chris Andrew dan apakah tugas beliau? Chris Andrew telah dibawa masuk melibatkan diri dengan MAS oleh seorang wanita bernama Mazidah, yang memegang jawatan ketua Pengurus Perkhidmatan Sokongan.. Sebabnya jadi semakin jelas kini, Mazidah berjaya meyakinkan MAS mengambil Chris Andrew dengan gaji bernilai RM7,250 sehari untuk menangani keperluan IT MAS (heheh. semasa itu ada masalah Y2K dulu kita gunakan perunding daripada Bangalore sahaja kan? Kini pun Amerika menggunakan ‘IT outsourcing’ dengan menggunakan perunding Pakistan dan Bangalore. penterjemah)

Apakah tugas Chris Andrews? Dia berjaya membuatkan MAS mendapatkan segala sokongan IT daripada IBM. Dan sokongan ini adalah untuk tempoh dua tahun. Kerana itu kos bajet IT MAS sudah melambung naiknya tiga kali ganda. Begini cara mereka membuat kelentungan itu. Setiap kali adanya komputer yang terencat, kakitangan MAS akan menelefon Meja Bantuan (Help Desk), yang diberikan khidmatnya oleh kakitangan IBM.

Khidmat ‘outsourcing’ IT oleh IBM memang menyeluruh sehinggakan IBM turut mengeluarkan Pesanan Pembelian bagi pihak MAS kepada syarikat sendiri untuk alat-alat ganti.

Sebagai Perunding Perolehan IT luar untuk MAS dan sekali gus merupakan pembekal utama kepada MAS, IBM berada dalam satu kedudukan istimewa untuk menentukan apakah dan bagaimana caranya MAS membeli peralatan daripada IBM. “Ini bukan kisah mesin niaga tetapi inilah kisah orang Melayu tak tahu berniaga.”

Sambil MAS menanggung kerugian, tidak ada siapa pun yang ambil peduli berapa banyak IBM sudah balun MAS pada tahun ini. Apabila disoal oleh lembaga kenapa kos IT sudah naik melambung tinggi, Mazidah telah meyakinkan Lembaga Pengarah betapa MAS telah membayar kos yang tinggi untuk mencapai taraf dan tahap teknologi yang terkini.

Semua ini adalah hasil kerja Mazidah dan pakwe dia, Chris Andrew, di MAS. Adakah saya sebut perkataan ‘pakwe”? Memang tersebar desas-desus di kalangan MAS betapa Chris Andrews dan Mazidah kerap ‘meluncur’ di lapangan terbang itu ketika ini. Mazidah yang mempunyai tiga orang anak memang dikatakan sudah lama renggang dengan suaminya dan menjadi ‘buah hati’ Chris Andrews. Selama dua tahun mereka bersahabat intim, dia mungkin akan dinikah oleh Chris Andrews ataupun akan terus menjadi kendaknya sahaja. (hehe buat masa ini kahwin jerlah yer??)

Baru-baru ini Chris Andrews telah diberikan jawatan tetap dalam MAS. Dia kini bergelar Pengurus Besar Kanan ditugaskan mengurus perihal (Strategy) Mazidah pula bertanggungjawab dengan Pengurusan Bekalan. Mereka berdua mempunyai kuasa yang amat perkasa dalam Jawatankuasa Pentadbiran MAS dan dalam setiap mesyuarat inilah pasangan yang lebih hebat kuasanya kalau dibandingkan dengan pengaruh wakil Khazanah, Kementerian Kewangan dan agensi lain.

Kira-kira dua bulan dulu, pakar kelentung IT Chris Andrews yang sudah bertukar watak menjadi Ketua Strategi telah meyakinkan MAS agar menaikkan tambang Kelas Satu dan Kelas Bisnes hampir tiga kali ganda harga dulu. Sebelum itu MAS menggunakan tambang Kelas Pertama yang termurah di rantau ini. Kini tambang MAS merupakan antara yang paling mahal di seluruh dunia. Sudah tentu tempahan kelas sini menjunam dan ada kalanya penerbangan MAS mendapati bahagian kelas ini sentiasa kosong sahaja.

Chris dan Mazidah memang pakar dalam hubungan awam. Pada 25 November 2005, mereka telah mengadakan satu jamuan alu-aluan kepada Idris Jala. Hanya orang pilihan yang terhad di kalangan elitis MAS yang diundang. Mereka dari luar kandang ini sengaja dipinggirkan. Tetapi jamuan itu diadakan dalam kawasan milik syarikat menggunakan dana syarikat.

Kononnya, Idris Jala telah meminta restu kerajaan agar melancarkan skim persaraan awal secara sukarela untuk kakitangan MAS. Skim VSS ini dianggap satu langkah baik kerana MAS mempunyai kakitangan yang berlebihan sehingga mencecah 23,000 orang sedangkan jumlah yang diperlukan hanyalah 13,000 petugas. Akan tetapi membayar pampasan kepada 8,00o pekerja bukannya murah kerjanya. Hairan apa pulak, kerana Menteri Kewangan Kedua sudah pun menjanjikan pinjaman wang kepada MAS. Ramai kakitangan MAS yang pakar dan pintar serta berpengalaman dan setia kepada tugas mereka dan naik mendaki anak-tangga jawatan selama berdekad ini, memang sudah naik muak dan hanya menunggu masa agar skim persaraan awal secara sukarela itu akan dilaksanakan.

Mereka sedang menanti untuk mengucapkan selamat tinggal kepada MAS dan kakitangan yang muda-muda dan kurang berpengalaman yang akan menjadi mangsa perunding kelentungan dunia itu semua. Tunggulah sahaja berita MAS yang selanjutnya.

Sumber: http://ginger-dl-loca.blogdrive.com/

Terjemahan MT-SPAR - 23.12.2005

Monday, December 19, 2005

Muhasabah dan Terus Melangkah

Dari : Husam Jr

Kekalahan kita di Pengakalan Pasir adalah sesuatu yang amat pahit untuk diterima. Sekali lagi kita dikalahkan dengan alasan yang sama - pengundi hantu, rasuah, SPR tidak telus dan sebagainya. Tidak kurang juga cerita-cerita dari petugas PAS yang mengatakan ada pimpinan yang tidak menunjukkan sikap kebersamaan ketika berkempen. Lebih menyedihkan, dalam kita mengatakan PRK Pengkalan Pasir adalah yang terkotor, kita terpaksa juga menerima hakikat kemenangan tetap berpihak kepada UMNO.

Saya juga merasa begitu tertarik denga saranan dan sumbangan idea dari mereka yang menyayangi perjuangan PAS (Putera KB, Tun Paduka Tuan, Ikan Jenahak, SriBunian, - sekadar menyebut beberapa nama). Nampak keikhlasan mereka di dalam memberi idea untuk kita sama-sama melihat perjuangan PAS terus utuh. Cadangan supaya PAS menitikberatkan pembangunan ekonomi merupakan antara yang banyak disentuh dan diulas. Memang agak jelas PAS agak terkebelakang dalam menampakkan usaha menjana ekonomi rakyat. Kita yakin PAS mempunyai ramai yang pakar di dalam bidang ekonomi dan berharap agar mereka boleh bersama-sama menyediakan satu plan tindakan untuk memajukan ekonomi rakyat.

PAS juga boleh mengkaji kembali saranan yang pernah disuarakan oleh PAS Wilayah Persekutuan supaya membuka keahlian kepada bukan Islam sebagai ahli bersekutu. Kita boleh lihat sokongan yang begitu kuat diberikan oleh bukan Islam kepada PAS ketika PRK lalu. Tentu mereka akan lebih merasa kemanisan perjuangan PAS kiranya mereka menjadi ahli PAS.

Kita harap agar pimpinan sudi menerima teguran dan saranan dari ahli-ahli dan mereka yang menyayangi perjuangan PAS. Akhir sekali, saya ingin mengajak diri saya, pimpinan, ahli-ahli, penyokong dan pengundi agar bermuhasabah dan menghayati surat Amirul Mukminin Umar al-Khattab kepada pasukan muslim di bawah pimpinan Sa'ad bin Abi Waqas yang dikirim untuk menakluki Parsi. Umar r.a. telah menyentuh pelbagai aspek agar dalam berjuang agar dengan keizinan Allah, kemenangan berpihak kepada tentera Allah. Cuba kita buat checklist, adakah kita semua tidak kira pimpinan, ahli-ahli, penyokong dan pengundi PAS mengikuti saranan Umar r.a. ini?

Kalau boleh print salinan surat ini dan cuba hayati isi kandungannya agar menjadi panduan kepada semua. Juga tidak lupa, cuba tanya diri kita semua yang mengaku berjuang untuk menegakkan agama Allah ini, berapa kali kita semua melakukan Qiyamulail dan bermunajat kepada Allah memohon kemenangan kepada kita? Adakah setiap hari atau ketika musim pilihanraya?

Surat Umar bin Khathab ra.

Sebuah riwayat diambil dari Al Bidayah wan Nihayah nya Ibnu Katsir bahwa Umar ibn al Khatthab ra. Telah mengirim pasukan muslim di bawah pimpinan Sa'ad bin Abi Waqas yang dikirim untuk menaklukkan Parsi. Ia (Umar ra.) menulis sepucuk surat kepadanya, sebagai berikut:

Saya memerintahkan engkau dan pasukanmu untuk takut kepada Allah pada setiap saat karena taqwa adalah senjata terbaik menghadapi musuh dan strategi terbaik dalam peperangan. Dan saya memerintahkannmu dan pasukanmu untuk takut melanggar perintah Allah SWT lebih dari ketakutanmu terhadap musuhmu. Jika sebuah pasukan lebih takutkan berbuat dosa dari pada musuh mereka, Allah SWT akan memberikan kemenangan, untuk orang Muslim kemenangan adalah hasil dari ketidak taatan orang-orang kafir kepada Allah SWT. Ingatlah bahwa tidak ada kekuatan kecuali bersama Allah walaupun mereka selalu lebih banyak dari kita dan memiliki persenjataan serta perlengkapan yang lebih baik. Jika kita sama seperti mereka dalam ketidak taatan kepada Allah SWT, mereka akan menaklukkan kita dengan senjata mereka yang lebih hebat dan jika tidak kita taklukkanlah mereka dengan adil, kita tidak dapat menaklukkan mereka dengan kekuatan.

Kalian harus belajar bahwa kalian memiliki beberapa Malaikat bersama dengan kalian yang melindungi kalian dan amal kalian. Jadi berhati-hatilah dan jangan melakukan suatu dosa ketika kalian sedang berjuang dijalan Allah SWT. Dan jangan menganggap musuh kita lebih jelek dan mereka tidak dapat mendapat kemenangan dari kita walaupun mereka melakukan perbuatan dosa. Banyak bangsa yang telah jatuh ke tangan bangsa yang lain yang mereka kurang memiliki keyakinan sebagaimana Bangsa Magi yang mendapat kemenangan dari Bani Israil ketika mereka melakukan perbuatan dosa.
Kalian harus meminta kepada Allah SWT kemenangan terhadap diri kalian sendiri sebagaimana kamu meminta kemenangan terhadap musuhmu.
Mintalah kepada Allah SWT untuk kami dan kamu sekalian.


"Muhasabah dan Terus Melangkah"

Dari : Husam Jr

Sunday, December 18, 2005

Boikot Pilihan Raya?

Oleh Tun Paduka Tuan.

Semacam suatu tradisi pula bila setiap kali selesai sesuatu pilihan raya, baik pilihan raya kecil atau umum kalau kebetulan pembangkang kalah, maka akan terdengarlah berbagai komentar mengenai pilihan raya berkenaan. Kritikan kepada perjalanan pilihan raya itu pun terhembur dengan berbagai versi yang lengkap dengan bukti-bukti kejelekannya.

Dua pihak yang selalu kena ‘bambo’ ialah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga parti lawan Barisan Nasional (BN). Tuduhan yang biasa ialah SPR tidak adil, tidak telus dan berpihak kepada parti BN. Sementara kepada BN pula dilemparkan dengan kata-kata kesat; berpolitik secara jahat, melanggar peraturan atau pun menyalahgunakan jentera kerajaaan.

Selain itu dari serangkaian tuduhan itu, BN juga dituduh mengamalkan politik wang, tekan dan ugut pengundi serta menimbulkan suasana tidak selesa bagi pengundi untuk menyertai pilihan raya itu. Kekacauan dan insiden tidak sepatutnya, dicipta dan digelombang untuk menakut-nakutkan pengundi.

Itulah yang selalu berlaku bila setiap kali selesai pilihan raya. Seolah-olah pembangkang tidak pernah tahu sebelum ini, bahawa sudah lama tidak ada ketelusan, kejujuran dan keadilan di dalam sistem plihan raya yang kendalikan SPR itu. Seolah-olah ia baru diketahui!

Padahal secara logiknya sahaja, apabila SPR dibentuk oleh kerajaan parti yang memerintah, maka ia tentu akan berpihak, tidak banyak tentulah sikit kepada parti memerintah. Dan selalunya dalam apa juga bidang, tidak terhad kepada SPR, badan-badan bebas lain juga akan condong kepada parti pemerintah, ini termasuklah pasukan Polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mahkamah dan jabatan-jabatan awam lain. Jarang badan bebas yang dibentuk kerajaan bersimpati kepada pembangkang.

Kemuncak kemarahan pembangkang terutamanya Pas kepada SPR dan juga BN ialah apabila Pas kalah di Terengganu pada piliahan raya umum 2004 lalu yang menyebabkan kerajaan yang dikuasainya selama empat tahun tumbang. Pas tidak mahu mengikhtiraf kemenangan BN itu kerana ia menang dengan cara tipu muslihat yang melampau.

Satu demonstrasi membantah penyelewengan itu dicadangkan secara besar-besaran, tetapi malangnya ia dibatalkan pada saat-saat akhir. Pembatalan demonstrasi ini sempat menjadi isu sesama sendiri di dalam Pas dan juga Barisan Alternatif.

Masalah pengundi hantu – pengundi yang tidak dikenali dan bukan orang tempatan menjadi isu utama. Pas meletakkan kekalahan mereka disebabkan isu berkenaan, di samping menuduh penggunaan wang yang terlalu banyak oleh parti pemerintah (BN).

Mulanya sikap Pas di dalam hal ini tegas dan serius dan ia disokong oleh kumpulan hak asasi khasnya di negara ini. Kalau sudah ada bukti jelas bahawa kemenangan itu (di Terengganu) diperolehi secara tipu, buat apa diikhtiraf. Pas berhak untuk membantah dan menolak kemenangan itu.

Bagaimana pun suara Pas membantah atau enggan mengikhtiraf kemenangan itu lama kelamaan menjadi sejuk. Akhirnya terjawab bahawa bantahan itu tidak dibuat apabila wakil Pas yang menang ikut sama pergi mengangkat sumpah di DUN Terengganu.

Pemergian itu secara tidak langsung membatalkan cadangan dan pendirian asal Pas. Dengan ikut sama mengangkat sumpah, Pas menerima dan mengikhtiraf pilihan raya itu dan pembentukan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Nampak di dalam hal ini Pas tidak tegas dan konsisten degan keputusan awalnya. Walhasilnya kerajaan Terengganu diikhtiraf. Semacam ada kepentingan peribadi di kalangan ADUN Pas yang menang di Terengganu di dalam hal ini?

Memerhati perkara ini timbul persoalan apakah Pas main-main dengan kata-katanya. Apakah Pas sekadar mengacah untuk membantah ketidakadilan di dalam pilihan raya? Tidak bersungguh-sungguh. Kalau sekadar hendak mengacah, Pas tidak perlu buat kerana sesiapa pun tidak mudah takut dengan acahan Pas, sebaliknya acahan itu akan dilayan sebagai ‘geletek’ oleh BN yang akan mengasyikkannya sahaja.

Nampaknya perkara yang sama berlaku lagi selepas selesai pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember lalu. Dalam ulasan awal, Pas telah meletakkan kekalahan tipisnya itu disebabkan oleh perkara yang sama. Pengundi hantu dan politik wang mendominasi alasan kekalahan itu melebihi daripada sebab-sebab lain.

Pas nampaknya begitu kesal dan sedih di atas apa yang berlaku. Tindakan yang paling hebat setakat ini untuk membela dirinya, ialah cadangan untuk membuat petisyen di atas pilihan raya berkenaan.

Memikirkan hal ini, timbul sedikit pertanyaan kepada kita, apakah Pas serius di dalam melayan hal-hal kepincangan SPR dan kejahatan BN di dalam bermain politik? Atau Pas hanya setakat berkokok seperti mana pahat berdentum-dentam selepas rumah siap.

Pas sepatutnya tegas dan serius di dalam menentang kepincangan ini. Pas tidak boleh setakat menghimpunkan segala kepincangan, mendedahkan kepada umum, tanpa mengambil tindakan serius secara berkesan. Bantahan ke atas plihan raya itu yang kemudian diadilkan oleh mahkamah adalah instrumen biasa dilakukan sejak lama dulu. Itu pun ada bantahan diterima dan ada yang tidak. Petisyen pilihan raya itu pula tidak lebih daripada sekadar tuntutan seperti melepas batuk di tangga.

Pas harus beralih daripada menggunakan instrument itu. Untuk tujuan ini Pas harus memperbetulkan SPR itu terlebih dahulu dan bukannya memperbetulkan perbuatannnya ketika menjalankan urusan pilihan raya. Salah sau cara untuk memberi kesan kepada SPR memperbetulkan dirinya ialah dengan memboikot pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.

Untuk tujuan ini Pas perlu berkorban selama satu penggal kira-kira lima tahun untuk tidak mengambil bahagian di dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Biarkah parti memerintah menang tanpa bertanding di semua kerusi negeri dan Parlimen. Kata-kata berbunyi “kalau kita boikot pilihan raya menyedapkan mereka (BN)” bukan sesuatu yang praktikal!

Sekiranya tindakan ini dibuat, ia memberi kesan psikoligi yang besar kepada SPR serta kerajaan yang mendokong badan bebas itu. Sudah tentu kalau pilihan raya umum negara ini diboikot, ia akan menjadi perhatian dunia. Dunia akan memberi respons yang serius dan mempertikaikan mengenai kredibilit badan berkenaan selama ini. Juga ia memberi kesan secara tidak langsung kepada negara ini.

Intergriti Malaysia juga akan jatuh. Apa lagi dalam saat Malaysia mengakui dirinya sebagai negara yang sedang membangun dan sangat mengambil berat soal hak asasi rakyat akan terkesan dengan tindakan itu kelak.

Apabila dunia memberi perhatian dan menyoal Malaysia, ketika itulah negara akan berbuat sesuatu. Apa yang diharap ialah memperbetulkan mirzan SPR di dalam menguruskan perjalanan pilihan raya. Dalam pada itu parti pembangkang pula boleh memberi janji (cagaran) mereka tidak akan bersedia untuk menyertai pilihan raya, selagi kepincangan, kebobrokan SPR tidak diperbetulkan.

Tindakan ini tidak salah, dan pembangkang boleh lakukan jika mahu dan yakin dengan cadangan ini. Apalah salahnya berkorban untuk lima tahun dengan harapan membaiki sesuatu kepincangan dan kejahatan. Lima tahun tidak lama, tetapi hasil yang bakal diraih darinya tentulah efektif. Ia lebih berkesan daripada cakap-cakap menuduh SPR kotor, BN jahat dan sebagainya. Kita perlu bertindak dengan tindakan yang praktikal dan bukannya sekadar berkata-kata sahaja. Dan ingatlah sekiranya kita sudah tahu tanah tidak rata dan kita bersedia juga untuk bermain, itu adalah kebodohan kita! – Reformasi.

- Tun Paduka Tuan - 18.12.2005

PAS Perlu Pada Perubahan

Oleh SriBunian

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Berbagai saranan, idea dan pandangan diberikan oleh mereka yang concerned dan cintakan perjuangan Islam selepas ia kalah dalam pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, Kelantan pada 6.12.2005 yang lalu. Dalam pilihan raya itu PAS mengalami kekalahan dengan majority kecil melalui undi pos. Ianya menimbulkan satu kejutan akibat putar-belit UMNO dalam banyak perkara hal-ehwal pengundian yang dijalankan oleh SPR seperti mana yang berlaku dalam pilihan raya umum ke 11 tahun lalu.

Timbulnya perasaan yang tidak mahu melihat PAS kecundang lagi dalam setiap kali pilihan raya hasil tipu-daya UMNO, maka tercetuslah saranan, idea dan pandangan untuk memperkasakan PAS di kaca mata masyarakat pelbagai kaum di Negara ini dan juga masyarakat antarabangsa pada masa-masa akan datang.

Dalam banyak-banyak cetusan minda itu seorang yang menamakan dirinya sebagai Putra KB [Perjuangan PAS - Satu Penilaian Semula] melontarkan pandangan dalam bentuk sebuah kertas kerja yang terkandung beberapa saranan yang boleh dilaksanakan dan yang tidak boleh dilaksanakan atau relevan atau tidak dengan dasar perjuangan PAS dan juga perlu diambil kira suasana dalam iklim demokrasi di Malaysia. Kita perlu ingat bahawa Negara ini bukan demokrasi, ia diperintah secara dictator. Oleh itu, bukan mudah untuk melaksanakan pelbagai saranan yang dibuat oleh Putra KB. Ia hanya indah di atas kertas, tetapi apabila untuk dilaksanakan ia akan menghadapi banyak halangan dan rintangan akibat perbuatan UMNO yang takut menyainginya merebut pengaruh.

Adalah tidak bijak membuat perbandingan di antara PAS dan Al-Arqam yang diharamkan itu. Al-Arqam adalah pertubuhan dakwah bukan pertubuhan politik seperti PAS, sebab itu di awal penubuhannya ia berjaya memperkembangkan empayar perdagangannya ke seluruh dunia dan mempunyai penerbitannya sendiri, kerajaan pimpinan UMNO tidak menyekat pergerakannya, tetapi apabila ia berjaya dalam perniagaan dan pengaruh Al-Arqam mulai berkembang meluas di tengah-tengah masyarakat tempatan dan di luar negeri dan Ashaari Mohamad mula berjinak-jinak dengan politik, maka secepat kilat langkah Ashaari dimatikan dengan mengharamkan Al-Arqam.

Sistem pilihan raya yang ada yang diuruskan oleh SPR sudah tidak boleh diyakini lagi, oleh itu lebih baik PAS sebagai sebuah parti politik bergerak mengubah sedikit anjakan paradigma dari perjuangan menumpukan perhatian 100% merebut kuasa dari tangan UMNO adalah lebih baik PAS memberi perhatian usaha memperkemaskan organisasi, ahli dan kepimpinannya supaya ia selari dengan kehendak perjuangan PAS dan juga masyarakat masa kini yang lebih rencam kehendak mereka lebih daripada masyarakat terdahulu.

Persoalan ekonomi menjadi perbincangan oleh dua orang penulis [Tun Paduka Tuan: Plan Strategik 10 Tahun Suatu Langkah Baik dan Ikan Jenahak: Jadikan Kelantan sebagai Kerajaan Pusat dan wujudkan kerajaan negeri milik PAS] menyokong proposal yang dibuat oleh Putra KB tentang menggalakkan PAS melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, perniagaan, keusahawanan, pertanian, perkilangan, runcit dan sebagainya. Saya sependapat dengan mereka dalam soal ekonomi ini.

Selama ini PAS kelihatan tidak menitik beratkan usaha memperkayakan parti dan ahli-ahlinya, sedangkan PAS mempunyai ramai pakar-pakar yang boleh melibatkan diri dalam perekonomian secara serious, bukan secara main-main. Sebahagian besar ahli-ahlinya bergerak bersendirian mencari rezeki tanpa panduan dan pertolongan dari PAS. Mengikut kepandaian dan kepakaran masing-masing. Mereka tidak disatukan. Tidak ada peluang-peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan disediakan, tidak ada bantuan modal untuk ahli-ahli bagi memulakan perniagaan, tidak ada bantuan kepada ahli-ahli yang mendapat kesusahan dalam pelbagai hal kehiduapan harian, semuanya bergantung kepada sumbangan ahli-ahlinya. Pendapatan PAS begitu merosot sekali apabila ceramah-ceramah awam diharamkan mulai 1.7.2000. Melalui ceramah-ceramah inilah PAS dapat mengutip wang yang banyak untuk disalurkan kepelbagaian perkhidmatanya kepadaahli-ahlinya dan kepada rakyat, disamping untuk mengerakkan aktiviti parti.

Kemajuan ekonomi akan dapat menyediakan pekerjaan kepada rakyat dan dapat melengkapkan keperluan asas rakyat. Tanpa persediaan pekerjaan yang cukup, kemiskinan akan bertambah mencengkam. Kemiskinan boleh menyulitkan kehidupan hingga menyebabkan kekufuran. Pas boleh berdiri di atas kaki sendiri dan tidak perlu bergantung kepada kerajaan BN dipimpin Umno yang menjadi musuhnya paling ketat untuk membangunkan negeri yang diperintahnya nanti [insyaAllah]. Pas mesti menggunakan sumber dan kepakarannya sendiri untuk membangunkan ekonomi �mengikut cara Islam.

Selain itu, Pas perlu banyak berkerja dan bertindak dari bercakap [berceramah], �melipatgandakan usaha merancang kejayaan di negeri Kelantan [Kelantan dijadikan pusat bagi negeri-negeri lain seperti saranan yang dibuat oleh Ikan Jenahak] yang diperintahnya atau sekurang-kurangnya berusaha untuk ahli-ahlinya bagi membuat perubahan dan menjayakan pembangunan, perancangan dan pelaksanaannya secara berkesan.

Muktamar ke 51 yang lalu sangat baik bagi PAS untuk membuat perubahan kerana pada ketika ini PAS dipimpin oleh campuran orang lama-orang muda dari pelbagai dimensi ilmu, kerjaya dan pengalaman. Pas kini mempunyai pemimpin yang berpengetahuan mengenai Islam yang relevan dengan perubahan zaman dan masa. Elakkan penafsiran dan penjelasan Pas mengenai Islam daripada produk penafsiran dan kefahaman zaman keruntuhan tamadun Islam. Pemimpin Pas mesti mempunyai pengetahuan yang bersifat kontemporari bagi menjelaskan kebenaran Islam pada zaman ini.

Sekian pandangan dari saya, semoga PAS mengutip sedikit sebanyak saranan-saranan yang dibuat ini sebagai tanda kami sayangkan PAS dan kepimpinannya. Wassalam.

- SriBunian - 18.1.2005

Kongres Kepentingan Melayu Luluskan 29 Resolusi

Oleh Tun Paduka Tuan.

Kuala Lumpur: Kongres Kepentingan Bangsa yang berakhir hari ini telah mengeluarkan 29 resolusi yang mencakupi ekonomi, pendidikan dan sosial budaya.

Kongres berkenaan diadakan dua hari, 16 dan 17 Disember dianjurkan oleh Gabungan 100 NGO Melayu, telah dihadiri kira-kira 2,000 peserta anggota NGO.

Turut sama menyertai kongres yang julung kali diadakan itu, tokoh korporat, ahli akademik, sasterawan dan budayawan, ahli undang-undang, ahli politik Melayu, Pas dan individu yang komited dengan perjuangan Melayu.

Tujuh perkara resolusi berhubung pendidikan, antara lain mendesak kerajaan untuk menilai semula keutuhan dan keberkesanan sistem pendidikan negara yang belum pernah dibuat sejak merdeka.

Selain dari itu, kerajaan juga didesak mengembalikan semula geran perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) supaya berfungsi seperti asal dan mengembangkan sektor pendidikan aliran agama.

Manakala di antara lapan ketetapan bersabit ekonomi pula, mendesak kerajaan mempertahankan hartanah orang Melayu seperti Tanah Rezab Melayu yang tersepit di seluruh negara pada masa kini.

Syarikat multi nasional negara, Petronas, diharap berperanan sebagai agensi penjana yang bertanggungjaab dalam melahiran usahawan-usahawan Melayu dalam bidang gas dan minyak.

Sementara 14 resolusi mengenai sosial budaya telah diputuskan. Di antara resolusi itu ialah, mendesak kerajaan menubuhkan satu pasukan peguam-peguam Melayu untuk mengkaji pelanggaran terhadap peruntukan dan undang-undang menyentuh kepentingan dan hak istimewa Meleyu.

Selain itu kongres juga memutuskan supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) dijadikan badan bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen demi memainkan peranan berkesan memerangi gejala rasuah yang meluas dewasa ini.

Sehubungan itu pihak penganjur juga akan mewujudkan sebuah Sekretarit tetap NGO-NGO Melayu yang akan menggerakkan perjuangan dan aspirasi umat melayu. Kongres berkenaan dipelopori oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), sementara Pengerusinya ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Berikut ialah resolusi sepenuhnya:


PENDIDIKAN

1. Menggesa kerajaan untuk menilai semula keseluruhan keutuhan dan keberkesanan sistem pendidikan negara yang belum pernah dibuat sejak merdeka sesuai dengan dasar dan falsafah dan pendidikan negara
2. Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu mengembalikan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sains dan Matematik. Pada masa yang sama mempertingkatkan pengajaran subjek Bahasa Inggeris dengan serius.
3. Mengembalikan semula peruntukan geran perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) supaya boleh berfungsi seperti asal dan mengembangkan sektor pendidikan aliran agama supaya dapat menyumbang kepada pembangunan Negara.
4. Membiayai sepenuhnya pelajar Melayu yang layak masuk dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui biasiswa.
5. Menyarankan agar MARA memfokuskan peraanannya dalam pendidikan dan modal insan dan kerajaan memperkasakannya dengan memberikan peruntukan yang secukupnya mulai sekarang.
6. Menggesa kerajaan memberi perhatian kepada beberapa aspek lain pendidikan, iaitu: pendidikan luar bandar, prasekolah, penyerapan nilai-nilai murni, latihan teknikal, biasiswa, latihan guru, perpustakaan luar bandar, pendidikan khas kanak-kanak kurang upaya, pendidikan orang asli, dll.
7. Akta Universiti dan Kolej hendaklah dimansuhkan secara tuntas kerana ia mewujudkan suasana yang tidak sihat dan kondusif bagi pertumbuhan kecerdasan minda, kebebasan berfikir dan kreativiti di kalangan para akademik dan mahasiswa.

EKONOMI

1. Mengambil usaha untuk mempertahankan hartanah orang Melayu seperti Tanah Rezab Melayu yang terdapat di seluruh negara. Kerajaan hendaklah mengganti tanah-tanah yang telah di ambil di tempat-tempat strategik.
2. Kualiti pengurusan badan GLC mestilah mencerminkan nilai akhlak yang tinggi dan cemerlang. Sementara pemantauan hendaklah dilakukan oleh kumpulan NGO dan professional yang berkelayakan yang berkaitan dengan urus tadbir.
3. Petronas hendaklah berperanan sebagai satu agensi penjana yang bertanggungjawab dalam melahirkan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang gas dan minyak.
4. Meneruskan matlamat dan falsafah DEB secara berkekalan supaya pencapaiannya menggambarkan komposisi penduduk Malaysia dalam proses penjanaan kekayaan baru (new wealth creation).
5. Mengadakan gerakan pembudayaan keusahawan di kalangan masyarakat Melayu. Ia adalah sebagai usaha untuk mempertingkatkan martabat ekonomi orang Melayu khususnya dalam sektor peruncitan dan perdagangan kecil.
6. Mendesak kerajaan supaya penginstitusian zakat dilakukan mengikut proses undang-undang supaya pelaksanaanya berkesan. Sebagai contohnya, institusi-institusi kerajaan (GLC) seperti Pertonas, Telekom Malaysia, TNB dan lain-lain wajib mengeluarkan zakat. Pentadbiran zakat dilaksanakan secara telus supaya pengagihannya memberi manfaat kepada umat seperti tabung pendidikan, tabung membasmi kemiskinan dan sebagainya.
7. Memperkenalkan Akta Makanan Halal Malaysia supaya industri makanan halal berkembang di kalangan orang Melayu dan Islam. Sebuah Perbadanan Industri Makanan Halal hendaklah diwujudkan bagi menjadikan Malaysia sebagai Halal Hub.
8. Menggalakkan semua NGO Melayu menubuhkan koperasi masing-masing untuk mengembelengkan sumber daya orang Melayu bagi menjalankan aktiviti ekonomi yang akan meningkatkan taraf hidup dan sosio-budaya orang Melayu.

SOSIO-BUDAYA

1. Menubuhkan satu pasukan peguam-peguam Melayu untuk mengkaji pelanggaran terhadap peruntukan dan undang-undang yang menyentuh kepentingan dan hak istimewa Melayu serta mencadangkan tindakan yang sewajarnya.
2. Mengembalikan perkhidmatan awam, pegawai keselamatan dan professional ke peranan asal mereka sebagai institusi yang bebas, beramanah dan tidak mengamalkan rasuah.
3. Mendesak kerajaan supaya membudayakan masyarakat melalui amalan demokrasi yang tulen dan telus serta memulih dan memperkukuhkan institusi-institusi urustadbir negara termasuk institusi raja.
4. Mendesak semua pihak agar memberi keutamaan kepada proses membudayakan nilai murni bagi membetulkan kekacauan nilai dalam masyarakat.
5. Mendesak semua pihak memainkan peranan yang berkesan untuk memerangi gejala rasuah dengan:
I. Menjadikan BPR sebagai badan bebas dan bertanggungjawab kepada parlimen.
II. II.Menggerakkan semua NGO Melayu untuk bergabung tenaga mengadakan kempen yang berkesan dalam menangani budaya rasuah di dalam negara ini.
6. Menganjurkan agar semua pihak menjaga dan memelihara integriti kekeluargaan yang semakin rapuh.
7. Menolak fahaman dan amalan gerakan Islam liberal dan mencegah daripada berkembangnya pemikiran Melayu liberal.
8. Badan-badan NGO Melayu hendaklah mempunyai saluran media bagi tujuan menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara telus terutama berhubung dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan Melayu.
9. Kerajaan melalui semua kementerian, agensi dan jabatan perlu menyerapkan unsur-unsur kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan Kebangsaan dalam dasar dan program.
10. Badan-badan penyiaran dan media massa perlu merancang pewujudan citra kebangsaan dalam programnya.
11. Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu diperundang-undangkan dalam bentuk akta seperti dasar bahasa dan dasar pendidikan.
12. Masalah kebejatan sosial yang melanda masyarakat Melayu perlu ditangani secara serius oleh kerajaan dan semua pihak lain.
13. Budaya berfikir hendaklah dijadikan amalan dalam semua sektor dan semua peringkat sebagai teras tamadun bangsa.
14. Kebudayaan Melayu yang berteraskan Islam hendaklah disuburkan dan diterapkan dalam pentadbiran, pendidikan dan bidang-bidang lain.

17 Disember 2005.

- Tun Paduka Tuan

Friday, December 16, 2005

Jadikan Pertanian Sebagai Projek Mega Pas

Oleh: Ikan Jenahak

Assalamualaikum wrt wbt

Sebagai kesinambungan beberapa artikel mengenai PAS perlu mantapkan ekonomi dan lebih mengutamakan perjuangan untuk memulihkan ekonomi rakyat. Idea ini masih belum kelihatan berikutan daripada dasar PAS yang cenderung ke arah mengumpulkan kekuasaan politik yang jelas sekali tidak memihak kepada PAS. Melihat kepada perkembangan kini, kehendak rakyat haruslah menjadi agenda utama yang perlu difikirkan kerana kini ia adalah satu gelombang yang tidak dapat dihalang lagi.

Tanpa penguasaan dalam ekonomi, secara peribadi sampai kapan pun PAS tidak akan dapat menawan hati rakyat. Pernyataan ini mungkin cuma secebis pandangan yang kecil namun hakikatnya ia adalah umpama tsunami yang mampu membantu PAS untuk berjaya di kemudian hari.

Melihat kepada keadaan sekarang, masyarakat kita telah dibentuk oleh UMNO untuk menjadi masyarakat yang bersifat materialistik, cintakan budaya hedonisme dan hilang jatidiri. Oleh yang demikian, cuma sedikit yang benar-benar faham apa yang cuba dibawa oleh PAS dan saya percaya pembinaan karektor ala UMNO tersebut akan terus berkembang dengan pesat dan pantas seiring dengan pembangunan dalam negara.

Di sini ingin saya mencadangkan kepada PAS supaya menjadikan pertanian sebagai salah satu projek mega PAS untuk membantu rakyat.

Projek pertanian ini boleh dilakukan di setiap negeri dan diusahakan oleh golongan kurang upaya dan juga golongan miskin untuk menampung kehidupan mereka selain daripada merancakkan ekonomi setempat.

Pada pandangan saya ini merupakan satu satunya projek yang mampu untuk dirintis dan dikelolakan oleh PAS untuk membangunkan ekonomi negeri (seolah-olah setiap negeri adalah milik PAS dan Kelantan adalah kerajaan pusat).

Sebuah cerita yang dapat di kongsikan bersama ialah keupayaan sekumpulan pelajar universiti di UK yang telah turun ke sebuah perkampungan di India. Mereka telah membekalkan 10 ekor lembu dan mengajarkan kaedah penternakan lembu kepada penduduk kampung. Di akhirnya seluruh penduduk kampung dapat memanfaatkan 10 ekor lembu tersebut dan berupaya menjana ekonomi setempat apabila lembu-lembu tersebut mula membiak. Hasil-hasil tenusu juga dapat dijadikan sumber ekonomi. Ini merupakan sebuah kisah benar yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Jika pelajar tersebut mampu lakukan inikan pula sebuah organisasi yang besar dan mapan seperti PAS.

Terdapat banyak cawangan PAS yang terdapat di seluruh negara. saya yakin projek ini dapat dimulakan di cawangan-cawangan terbabit. Secara tidak langsung masyarakat dapat menilai sejauh mana keupayaan PAS membangunkan ekonomi kepada ahli-ahlinya.

WUJUDKAN MLM MILIK PAS

Selain daripada cadangan menjadikan projek pertanian sebagai projek mega PAS. Saya berpendapat aktiviti Multi Level Marketing juga dapat dibuat di bawah 1 label milik PAS. Kecenderungan pengguna terhadap produk suci dan halal kini berkembang dengan pesat. Oleh yang demikian, saya yakin ia akan dapat berkembang bukan sahaja kepada ahli-ahli PAS tetapi kepada rakyat.

Saya amat berharap akan ada usaha sebegini. Sekiranya wujud seperti apa yang dicadangkan maka saya sendiri ingin menyertai projek pembangunan yang bakal dilaksanakan. Saya yakin dengan jatidiri yang ada pada setiap ahli PAS, saya yakin projek-projek ini dapat di laksanakan dengan jayanya.

PAS tidak perlu lagi megumpul dana untuk membiayai program program yang lain. PAS pasti akan menang pilihan raya kelak!

Sekian.

- Ikan Jenahak - 16.12.2005

Wednesday, December 14, 2005

Pengkalan Pasir: Kebenaran Atau Keadilan Untuk Siapa

Oleh: Petugas PAS dari Pahang

Pilihanraya Kecil Pengkalan pasir di Kelantan sudah pun berlalu. Semua sudah melihat keputusan. Samada kita gembira atau berduka diatas keputusan tersebut, maka itulah keputusannya. Samada berlakunya penyelewengan, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun sebagai penyokong Barisan Alternatif yang bekerja untuk kemenangan, kebenaran dan keadilan, sudah pastilah banyak pemerhatian yang dapat dilihat..

Secara kasarnya, adalah tidak munasabah PAS boleh tewas dalam keadaan seluruh jentera Barisan Alternatif bersedia dari segenap tipu helah Umno dan Barisan Nasional. Persoalan politik wang, janji-janji hatta pengundi khayalan (mengambil terma SPR) sudah menjadi asam garam Umno dan BN.

Tetapi setelah dikaji secara halusnya, terdetik hati ini mengatakan ‘they deserve to win’. Saya melihatkan konsep dan laungan para pemimpin umpama membaling batu sembunyi tangan, satu perumpaan yang tidak praktikal tapi bersesuaian dengan apa yang berlaku..

Walauapapun, saya melihat para pimpinan PAS sendiri kena berubah terutamanya dalam ‘lifestyle’ mereka. Laungan ‘PAS Mesra Rakyat, Mesra Pengundi’, hanyalah retorik semata-mata. Kita sering mengherdik para kepimpinan Umno dengan kemewahan dan cara hidup elit tetapi sepanjang Pilihanraya kecil Pengakalan Pasir, perkara yang selalu diulitkan kepada pemimpin Umno itu seolah satu fitnah pula.

Hati mana yang tidak terusik apabila Menteri Besar Selangor yang juga MKT Umno sanggup mandi air telaga dan tidur bersama pepijat dirumah kampung pengundi. Jiwa mana tidak gembira bila seorang individu bergelar YAB Dato Seri Shahidan Kassim boleh berbasikal bersama orang-orang kampong. Mulut manakah yang tidak boleh mengukirkan senyuman apabila insane-insan bergelar Menteri memenuhi rumah-rumah di sekitar Pasir Mas. Jika difikir dari logik akal, Bandar Kota Bahru tidaklah jauh dari Pasir Mas. Di Kota Bahru berjenis-jenis hotel mewah tersergam indah untuk didiami oleh mereka yang bergelar Menteri dan YB. Tapi seribu kali hairan, mereka tetap memilih kampong-kampung sekitar DUN Pengkalan Pasir.

Mungkin ada orang akan berkata, itu strategi politik Umno. Maka saya akan jawap, maka strategi politik mereka ‘bijak’. Bagaimana kita?

Kenapa saya berkata demikian, PAS dengan laungan ‘Mesra Rakyat’ dan ‘Mesra Penguindi’,namun tindak-tanduk mereka tidak menggambarkan slogan mereka itu. Saya amat terkilan dengan life style mereka yang selalu mendongak langit yang tinggi tanpa melihat alam didunia. Para pemimpin Pas yang hanya bergaul rapat dan turun berkempen ke tempat dan kawasan yang dianggap selesa sahaja. Selesa yang saya maksudkan ialah turun bnerkempen ke kawasan yang sedia baik tanpa perlu mangharungi becak kotoran air tanah. Kelihatan Timbalan Presiden PAS hanya turun padang bersama pimpinan PAS sahaja dan hanya pergi ‘menjenguk’ bilik-bilik gerakan tanpa bertanya khabar buat petugas-petugas parti amnya. Suasana life style eklusif ini hanya dibuat oleh pimpinan Umno dahulu sahaja. Namun pimpinan PAS yang sudah luput kerusi pula menyambung pengamalan Umno dulu kala. Pengarah Piliharaya PAS, Dato Muastafa Ali sudah menggunakan status ala-Dato’ nya untuk tidak bersama ahli-ahli petugas marhean tanpa menjenguk atau bertanya sapa. Kelibat pimpinan tertinggi PAS yang duduk di kedai kopi sangat baik, tapi malangnya kelibat mereka ini hanya bersama-sama mereka duduk berbual sesama pimpinan dan bukankan bersama pengundi , apatah lagi petugas parti.

Betapa sedihnya hati kami para petugas apabila kami sanggup bertemankan nyamuk dan unggas semasa tidur malam tetapi para pimpinan dengan selesa penghawa dingin di Hotel Perdana. Berstatus Ulama Elit, Ustaz Nasarudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden bersama kuncu-kuncunya Dato’ Hassan Ali, Dato Mustapa Ali, , Asmuni Awi dan ramai lagi para pimimpin bertaraf elit ini yang memilih hotel-hotel sebagai singgahsana sementara mereka. Di masa ahli sedang berjuang mati-matian ingin mempertahankan kerajaan islam Kelantan ,para pimpinan seperti Dr Hatta Ramli, Dr Syed Azman dan Dr Zulkifli Ahmad boleh minum pagi di Dining Room JKR 10 setelah nyenyak tidur disana.. Di saat ahli mengorbankan masa dan wang ringgit, kerajaan kelantan sudi menghabiskan sejumlah wang untuk mengabui mata pimpinan PAS dengan hotel dan makan-minum mewah.

Perkara ini adalah tidak sepatutnya berlaku terhadap ‘kepimpinan Islam mesra rakyat’. Bukan kami menghalang Timbalan Presiden berkereta mata belalang, bukan kami menghalang Naib Presiden berumah besar dan tidak kami halang pimpinan ingin merasa nikmat didunia ini, tetapi alangkah baiknya jika medan pilihanraya kecil ini dijadikan medan untuk kita merapatkan jurang sesama rakyat dan ahli PAS. Pimpinan PAS sepatutnya merasa perit maungnya pengorbanan ahli-ahli terutamanya yang menginfakan diri sepenuh masa dimarkaz-markaz. Susah senang bersama ahli itulah yang akan menjadi titik tolak kemanisan perjuangan dan nikmat sebenar jerih ahli kita.

Begitu juga kedatangan YAB Perdana Menteri ke Pengkalan Pasir, seingatan saya dalam semua pilihanraya kecil, YAB PM tidak pernah turun berkempen, selalunya beliau akan mengarahkan Timbalannya untuk berkampung dimana-mana pilihanraya kecil. Tapi kejutan kali ini ialah Pak Lah turun padang, mungkin kerana dia tahu akan ‘fiqh al-aulawiyat’nya. Tapi malangnya Presiden PAS, seorang yang aula akan hukum-hakam boleh meninggalkan ‘medan peperangan’ hanya atas nama Seminar ke Yaman. Saya merasa sungguh sedih, adakah pemergian Presiden PAS ini atas nasihat Setiausaha Politiknya, Dr Syed Azman atau arahan parti. Walau apa pun situasi, pilihraya kecil ini adalah pilihanraya yang sangat getir buat PAS kerana ianya akan menunjukkan kesan kepada bacaan wajah politik PAS akan datang. Ianya juga akan menentukan jatuh bangunnya kerajaan islam Pas kelantan , tapi apakan daya. Keputusan sudah tertulis. Apakah Hj Hadi gembira untuk berceramah nanti bahawa ketika ahli PAS dan seluruh jentera PAS sedang dalam ‘peperangan’ di Pengkalan Pasir, saya berada di Yaman untuk menghadiri Persidangan dengan bangganya.

Inilah hakikat kekalahan PAS di Pengkalan Pasir, selagi sikap dan karenah ini tidak diubah, saya yakin PAS akan terus tewas walaupun Umno dan BN lemah. Ya Allah berilah kami kekuatan.


PETUGAS PAS DARI PAHANG - 14.12.2005

Jadikan Kelantan sebagai Kerajaan Pusat dan wujudkan kerajaan negeri milik PAS

Assalamualaikum wrt wbt

Pada pilihanraya yang lalu saya pernah menulis judul yang sama tentang perancangan strategik ini. Secara peribadi apabila saya membaca semua laman web yang menyokong PAS dan BA (rasmi atau tidak rasmi) yang menjadi bahan utama ialah tentang kebobrokan UMNO dan seluruh juak juak mereka. Namun berita tentang kejayaan-kejayaan PAS dan BA amat sedikit terutamanya dalam hal ehwal ekonomi.

Benar kata Tun Paduka Tuan bahawa PAS tidak dapat membuktikan apa apa setelah 50 tahun bertapak di Malaysia.Hasrat untuk berkuasa tidak dapat dikotakan sejak 50 tahun yang lalu. Secara peribadi hasrat ini juga akan cuma menjadi mimpi untuk beberapa tahun akan datang.Malah yang menjadi kebimbangan saya ialah pada PRU yang akan datang PAS akan kalah dan Kelantan akan kembali ke tangan UMNO.

PAS sudah mempunyai kelebihan iaitu memiliki modal insan yang sangat dinamik tidak seperti UMNO yang memiliki modal insan yang lemah akal fikiran dan mempunyai nilai nilai yang jahat dan kejam.Oleh yang demikian, jika PAS mampu memberikan keseimbangan maka Insya Allah PAS akan berjaya kelak.

PAS belum sepenuhnya menjadi juara rakyat kerana UMNO sehingga kini pun masih gagal membasmi kemiskinan (rujuk rancangan BERSAMAMU). Saya yakin ramai golongan bawahan mendokong PAS dan saya lebih yakin sokongan tersebut akan menjadi lebih kukuh.

Rakyat bawahan pasti tidak teragak agak untuk berjuang bersama PAS kerana PAS lah yang memberi kehidupan kepada mereka sekiranya PAs berjaya dalam membentuk satu komuniti ekonomi yang berjaya.

Sekarang perjuangan bukan lagi secara bersemuka kerana sudah pasti sama ada dengan strategi atau dengan perang saraf yang kuat sekalipun PAS tetap akan kecundang.

Saya yakin sebenarnya PAS mempunyai dana yang banyak untuk memulakan cadangan daripada Putera KB.PAS mampu untuk laksanakan. Mulakanlah langkah ini mulakan dengan membina sebuah klinik di setiap negeri milik PAS.

Kemudian bangunkan satu IKS di setiap negeri.Ambil pekerja-perkerja dikalangan mereka yang daif dan miskin.

Jadikan Kelantan sebagai kerajaan pusat dan negeri lain sebagai kerajaan negeri milik PAS. Setiap negeri menjalankan projek pembangunan setempat dan Kelantan adalah pusat pentadbiran utama. Secara tidak langsung ekonomi negeri Kelantan dapat dibangunkan dengan lebih rancak lagi.

Mulakanlah ! saya berharap agar selepas ini akan banyak peluang peluang ekonomi yang dapat dijana oleh PAS. Saya rasa kuasa ekonomi adalah lebih kuat daripada kuasa politik. Dengan kefahaman bahawa "Pengguna memiliki kuasa beli dan pelanggan sentiasa benar" maka kita boleh terjemahkan kepada "Pengundi memiliki kuasa memilih dan pengundi adalah sentiasa benar"

Siapa yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat maka merekalah juara rakyat yang sebenar.

Kalaulah PAS boleh membangunkan klinik atau hospital sendiri dan apabila orang orang SPR datang berubat maka mereka juga tidak tergamak untuk menyeleweng kerana mereka terhutang budi dengan PAS begitu juga dengan para pengundi hantu. Ini adalah kerana mereka mempunyai keluarga yang berkerja dengan syarikat syarikat milik PAS. Mereka juga tidak tergamak menganiaya orang fakir miskin yang berkerja dengan PAS.Allah juga akan memelihara PAS kerana membantu golongan kurang upaya dan fakir miskin.

Saya akan mendukung penuh blog ini dan akan menjadi pendesak utama untuk melihat perubahan dalam rangka strategik PAS.

Sekian

Ikan jenahak - 14.12.2005

Plan Strategik 10 Tahun Suatu Langkah Baik

Oleh Tun Paduka Tuan.

Terima kasih kepada Putra KB kerana membentangkan rangka kertas kerja bertajuk “Perjuangan Pas – Satu Penilaian Semula (Plan Strategik 10 Tahun). Rangka kertas kerja berkenaan amat menarik sekali dan boleh dijadikan panduan untuk Pas memperkasakan pertubuhan itu seterusnya merangka blue print bagi mencapai impian untuk menjadi kerajaan di Malaysia suatu hari nanti.

Dengan adanya individu (Putra KB) yang sudi membentangkan rangka cadangan itu, ini jelas menunjukkan Pas mendapat perhatian dan diperhatikan umum. Bahawa bukan sedikit cerdik pandai yang boleh menuangkan idea seperti Putra KB memberi perhatian kepada Pas. Secara langsung juga ia menunjukkan Pas kini sudah bertakhta di hati rakyat dan ini merupakan potensi besar untuk Pas menjadi parti mengganti BN di masa akan datang.

Saya percaya bukan seminit dua untuk Putra KB menggarapan deraf berkenaan. Ia memerlukan penelitian mendalam dan juga pangamatan jauh. Dari cara tulisan Putra KB menggambarkan beliau juga seorang yang berpengalaman luas dalam bidang berkenaan. Masa yang banyak tentu diperlukan untuk menuangkan segala idea itu. Justeru Pas seharusnya tidak biarkan sahaja deraf itu lesu dalam laman ini.

Walaupun ianya dicadangkan secara ‘layang’ tetapi hal-hal yang baik begitu harus diberi perhatian. Saya mencadangkan kepada Putra KB agar mengulas lebih luas lagi kertas berkenaan dan dikompalkan menjadi buku untuk ditatapi oleh semua masyarakat, khasnya para penggerak Pas dan juga badan politik lain.

Dari banyak cadangan yang dikemukakan itu saya menjadi terfokus kepada perkara (iv) di bawah Perkara 13 yang berbunyi; mewujudkan satu mekanisme pelaburan yang mantap melalui sumber modal yang ada dan menceburi bidang yang mampu memberi pulangan kepada parti dan dalam masa sama rakyat mendapat pekerjaan. Fokus kepada politik yang menjadi agenda dominan ini hendak ditukar kepada fokus kepada kegiatan ekonomi secara lebih progresif.

Sebenanrya idea atau cadangan demikian sudah lama menentas di dalam minda saya. Apabila kita menyedari bahawa tahun demi tahun, dekad demi dekad Pas tidak melonjak naik dan jauh sekali menampakkan tanda-tanda mampu mengambil alih kekuasaan, (arus sokongan juga turun naik), maka wajar kalau Pas mengubah strategi dan pendekatan seperti mana yang dicadangkan itu.

Saya sangat bersetuju kita tidak perlu merasa sayang dengan apa yang ada sedangkan ianya tidak memberi manfaat besar kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.

Realiti politik hari ini bukan mudah untuk Pas mengapai impiannya. Dengan realiti masyarakat yang rencam, fahaman politik yang berbeza, dibezakan oleh entik, budaya, agama dan sebagainya, bukan mudah bagi Pas menguasai Malaysia. Selamanya kaum Cina dan India (non muslim) akan menentang perjuangan Pas yang dicanangkan dengan cara kini. Itu hakikat.

(Satau kefahaman dalam hal ini, apakah mereka (non muslim) akan bersedia mengorbankan pegangan dan amalan atau budaya mereka untuk membolehkan kita merealisasikan cita-cita dan impian kita yang tidak sama dengan mereka?)

Sedangkan dalam naluri Pas, ia mahu membawa kesejahteraan kepada ahli dan rakyat seluruhnya. Itulah perjuangan Pas, membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Kenapa, sesudah kita menyedari bahawa harapan kita untuk membantu rakyat, bukan mudah, kita tidak berpaling mencari idea dan pendekatan baru? Setidak-tidaknya kalau kita tidak dapat membantu rakyat, kita bantu ahli dan penyokong kita dahulu. Kita buktikan bahawa kita mampu untuk menjaga dan memelihara penyokong dan ahli kita. Bukankah setelah ahli kita yakin dan terikat kejap dengan kita mereka akan menjadi agen yang ampuh untuk menyemarakkan idealisme perjuangan.

Cara yang dipraktikan oleh Pas kini hanya membuang masa. Ia tidak banyak memberi manfaat kepada ahli sedangkan ahli telah menghabiskan masa dan tenaga yang banyak kepada perjuangan Pas. Cara politik provokasi juga sedikit sebanyak memberi impak yang tidak baik kepada negara.

Benar, semua (sesuatu yang baik) itu akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah, tidak di dunia tentu di akhirat. Itu janjiNya. Tetapi adalah kurang bijak kalau kita meneruskan juga jalan yang sukar, yang tidak memberi banyak kemenangan serta degil pula untuk mengubah strategi baru. Peringatan Allah yang berbunyi nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah kalau bangsa itu sendiri tidak melakukan perubahan, haruslah dihayati dalam konteks ini.

Nah untuk memberi erti kepada perjuangan; memberi manfaat kepada ahli maka cadangan agar Pas menumpukan kepada bidang ekonomi, memberi pulangan bentuk kebendaan kepada ahli adalah lebih afdal di samping terus bermimpi dan berteriak untuk menawan Malaysia. Pas tidak seharusnya menjanjikan kepada penyokongnya akan memberi kesenangan hidup setelah mendapat kerajaan kelak, sebaliknya perlu buktikan Pas dapat menyumbang sesuatu di sepanjang masa sebelum menjadi kerajaan.

Pas harus melakukan – memberi sesuatu yang mereka boleh berikan tanpa kerajaan. Caranya seperti mana yang dicadangkan itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi ahli dan penyokongnya. Untuk tujuan ini Pas boleh mewujudkan institusi yang boleh dimanfaatkan oleh ahli walaupun tanpa kerajaan.

Seperti dijelaskan oleh Putra KB dalam kertas rangka “Plan Strategik 10 Tahun” itu, Pas boleh manfaatkan banyak modal yang sedia ada. Modal fizikal dan juga modal insan (ahli). Misalnya Pas boleh mulakan projek pilot dengan menggunakan modal insan ahli Dewan Pemuda Pas yang rata-rata bertenaga dan bersemangat jihad untuk mewujudkan kegiatan ekonomi.

Kita tahu ahli Dewan Pemuda Pas wujud di seluruh negara. Dewan ini mempunyai keahlian yang ramai yang terdiri dari lapisan masyarakat serta berlatar belakang pelbagai pendidikan. Dewan ini boleh mengorak langkah ke arah mewujudkan kegiatan ekonomi ahli. Paling remeh, misalnya Dewan Pemuda boleh wujudkan kebun ubi kayu di seluruh negara kemudian dirikan kilang ubi kayu.

Buat permulaan wujudkan kebun ubi kayu di salah sebuah negeri sebagai projek contoh. Ambil ahli Dewan Pemuda sebagai pekerjanya. Sekiranya ahli Dewan Pemuda tidak mempunyai ketrampilan di dalam bidang ini, Dewan itu boleh menghantar ahlinya pergi mengikuti kursus di dalam negeri atau di luar negeri.

Saya yakin kalau projek ini dilaksanakan setidak-tidaknya ia boleh memberi peluang pekerjaan kepada ahli Dewan berkenaan. Secara tidak langsung juga Dewan ini telah mengatasi masalah pengangguran yang serius dewasa ini. Kemudian kebun itu boleh diperluaskan ke seluruh negara. Bertolak dari projek yang mungkin diketawakan ini nanti tidak mustahil kalau suatu hari kelak Pas akan berjaya membuka ladang sawit, kilang dan sebagainya.

Trend perjuangan Dewan Pemuda yang ‘berhoha’, dengan tunjuk perasaan, serah memorandum rasanya tidak pratikal lagi. Dewan itu harus kaji dan nilai balik sudah berapa banyak memorandum diserahkan kepada kedutaan asing, kepada kerajaan atau berapa banyak tunjuk perasaan diadakan, apakah ia merubah mutu dan juga graf perjuangan Pas?

Mulai sekarang, cubalah mengorah ke arah baru dengan langkah dan pendekatan baru. Method di dalam perjuangan tidak statik dan rigid kepada suatu kaedah sahaja. Alla memberikan kitab al-Quran untuk dibaca dan di dalam Quran itu berbagai kaedah, strategi peperangan ditunjukkan untuk kita teladani. Mengapa Allah menurunkan banyak peperangan di zaman Nabi Muhammad dahulu adalah untuk dikaji dan difikirkan oleh kita semua. – Reformasi.

- Tun Paduka Tuan - 14.12.2005