Tuesday, February 01, 2005

Mana Mungkin PAS Mampu Lahirkan Ulama’ ?

Oleh Marwaan Hadid

“Saya menulis bererti saya ada”. Kata-kata ini saya modifikasi dari definasi Albert Camus “aku melawan, bererti aku ada”. Ungkapan ini sengaja saya tegaskan kerana untuk mengingatkan parti politik PAS (bukan gerakan Islam!) bahawa budaya yang terbentur dalam PAS tidak bisa melahirkan tokoh Muslim yang ulung, apatah lagi untuk melahirkan teolog yang berwibawa dan dikenang dalam sejarah manusia.

PAS semenjak 1951 masih gagal dalam konteks ini. Budaya intelektual hampir tidak dibina dalam PAS. Sebab itulah, PAS sentiasa cuba mengelak untuk terlibat dalam wacana perdebatan yang bersifat rasional dan logika. Kerana apa? Kerana PAS lemah dan tidak berjaya menguasai segala aspek keilmuan. Apa yang mampu PAS kemukakan ialah, hujah Al-Quran yang literal semata-mata tanpa cuba untuk menghurai maksud dengan satu gaya penafsiran yang sezaman!

Saya secara peribadi melihat deretan ulama-ulama dalam PAS hanyalah tempelan semata. Ini ditambah lagi konsep kepimpinan ulama yang kini menjadi hagemoni trio Harun Taib, Azizan Razak dan Hassan Shukri untuk mengekalkan kuasa politik dalam partinya. Walhal idea kepimpinan ulama’ yang direalisasikan pada muktamar PAS 1982 ini diciplak (mungkin mencuri) dari kejayaan revolusi Shiah Iran 1979. Justeru, bukti nyata menunjukkan PAS meniru idea teologi Shiah dan diaplikasikan dalam partinya – untuk kepentingannya sendiri!

Saya ingin tegaskan bahawa tidak salah PAS meniru teologi Shiah, tetapi persoalan yang timbul ialah sejauh mana cakupan keupayaan ilmu pimpinan agamawan PAS itu. Jika sekadar menulis buku provokasi “berbilang-berbilang jamaah”, ia tidak cukup untuk menggambarkan karismatik agamawan PAS. Malah buku ini amat memalukan! Sebab itu ulama salafus-saleh menegaskan “untuk menjadi seorang ulama amat mudah, tetapi untuk menjadi seorang insan sangat sukar sekali”. Ini terbukti di dalam PAS, bila untuk menjadi seorang ulama dalam definisinya cukup simplistic, hanya belajar agama secara formal, dan digelar Ustaz anda sudah bisa bergelar ulama’. Kerana itu majlis shura ulama PAS hanya terdiri dari golongan agamawan formal sahaja.

Manakala definasi ulama dalam Islam lebih luas pegertiannya. Ia mengajak seorang insan menuju kepada ketaqwaan dan taqarrub illalLah. Kalau takrif ini diguna pakai dalam konteks PAS, maka slogan kepimpinan Ulama tidak relevan untuk dijadikan laungan perjuangan PAS. PAS masih perlu pergi belajar dengan banyak dengan Ikhwanul Muslimin dan PKS untuk menjadi kembali menjadi sebuah gerakan Islam. Tetapi jangan pula belajar dengan Taleban, Usama dan Al-Qaeda, kerana mereka semua ini adalah talibarut Amerika, CIA dan Mossad. Sebab itu saya sangat-sangat tidak bersetuju apabila sebelum ini PAS menyokong Taleban!

Jika PAS masih tidak berubah, maka PAS bisa menjadi musuh gerakan Islam lain kerana ia mengelirukan arah sebenar gerakan Islam. Justeru, dengan kondisi ini mana mungkin PAS bisa melahirkan ulama, atau yang paling kurangnya ilmuan ulung upama Abdul Karim Zaidan, Sayyid Quthb dan Qaradawi jika masih gagal berubah. Memang benar, PAS (UMNO apatah lagi) tiada produk bermutu langsung yang bisa dibanggakan oleh ummat Islam di Malaysia!

Akhir, mohon maaf jika tulisan ini tidak teratur dan ringkas sahaja. Ia memang disengajakan!

- Marwaan Hadid
Mahasiswa UiTM Shah Alam, Selangor
marwaanhadid@yahoo.com

9 comments:

Anonymous said...

Alahai .. sapa la kau ni, memandai-mandai nak kritik takde asas

Anonymous said...

a'kum...
aku sokong apa yg ko cakapkan tuh.apa yg ko zahirkan,org lain mmg tak dapat nak fikir sebab dah dibutakan hidup2 oleh pas.

Anonymous said...

dok dalam hutan,kawan dengan kera.jangan belajar tinggi2,akai kat lutut..

Anonymous said...

Awak pikir awak bagus ke semua org awak kutuk. Org lain makin tinggi belajar makin dekat dgn ALLAH makin hormat org lain, makin rasa diri kerdil tp awak makin sombong makin ego dgn ilmu yg sejengkal. Awak kutuk kiri kanan ni awak nak tubuh parti baru ke? Hidup berpijak dibumi nyata jgn angan2 macam siti di alam fantasi.
Dah awak kutuk semua org apa kata saya cabar awak jd org pertama di Malaysia yg awak kategorikan layak jadi ulama. Jgn pandai kutuk aje tapi buktikan.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya setuju... PAS memang tak lahirkan Ulama. Ulama dalam PAS tak dilahirkan oleh PAS. Tetapi dilahirkan oleh Institusi pengajian Islam yang ulung macam Al-Azhar, UIA dan sebagainya. Mereka belajar agama dari situ, bukan dari PAS. Tetapi sekurang-kurangnya mereka berjaung untuk menegakkan Undang2 Islam. Bukan macam UMNO, mempertahankan perlembagaan penjajah dan bukan macam anda yang cuma setakat ITM jer...itupun entah Grade entahkan tidak. Ilmu agama paras lutut nak tunjuk pandai. Dan UMNO pulak langsung tak boleh harap lahirkan Ulama, yang lahir cuma Ular Dalam Semak je ( macam anda ) dan artis2 rosak akhlak macam Jeslina. Pemimpin yang Lesbo macam Azalina dan menteri2 geng kaki judi.

Anonymous said...

Disini ingin saya maklumkan, jika anda kata Taliban, Osama dan Al-Qaeda tu adalah tali barut Amerika dan Yahudi, cuba anda sertakan bukti dan anda bersumpah dengan nama Allah, anda tidak ada2kan bukti tersebut. Pernahkah anda bercampur dengan Kumpulan Taliban tersebut?..Cuba bayangkan wartawan Inggeris(British) seorang kafir pada masa dia ditangkap oleh puak Taliban, iaitu Rodney, telah memeluk islam setelah dibebaskan oleh Taliban tapi tidak diwar-warkan oleh media barat. Kenapa dia boleh terpaut hati dengan islam yang diamalkan dan dipertontonkan oleh puak Taliban ?Sedangkan dia tidak dipaksa atau mesti buat perjanjian..kalau nak dibebaskan mesti peluk islam..kenapa awak yang mungkin beragama islam boleh kata Taliban tu adalah talibarut U.S dan yahudi?adakah anda terdiri dari salah seorang yang ingin memperlekehkan ajaran islam sejati yang ditunjukkan oleh Taliban.. Saya telah bersama mereka semasa saya berkhidmat di sana bersama Tentera PBB.. brapa punya sedih dan sayu hati dan amat tenang semasa saya bersama mereka semasa melakukan ibadat kepada Allah S.W.T.. adakah anda perlu dihantar kesana dan lihat serta alami sendiri ?.. Janganlah anda tergolong dalam golongan yang menjatuhkan ajaran Islam..tahukah anda, zaman sekarang ni, orang-2 kafir tidak perlu bersusah payah berdakwah untuk memburukkan ajaran Islam kerana orang-2 Islam sendiri (yang pada zahir shj)telah melakukan tugas mereka untuk memusnahkan dan menyesatkan orang-2 Islam lain ke jalan yang dilaknat Allah..Kalau setakat masuk belajar kat ITM, dah rasa macam ITM tu pusat pengajian yang paling tinggi kat dunia... sedarlah sikit...baik anda mencucap, semoga diampunkan tuhan dan diberi hidayah ke jalan yang lurus....Amin

Anonymous said...

ape ingat ITM tu bagus sangat ke arr.. Tahukah anda bahawa ITM bukan tempat melahirkan Ulamak atau yang berjiwa islam sejati... tapi ITM TELAH BANYAK MELAHIRKAN ANAK DILUAR NIKAH melebihi ANGKA SASARAN..nak banggakan tak? BANGGA ... BANGGA... BANGGANYEEEEEEEEEE..

Anonymous said...

PAS bukan sekolah pondok atau universiti agama tempat mengajar agama kepada org yang nak belajar, tapi tempat orang yang dah belajar agama, menerima agama, tempat org benci kejahatan/ ketidak adilan berbincang, bejuang, kearah kebaikan dan mengajar org yang jahil tuke (macam awak) dan tak nak terima agama. salah satunya adalah membela SAR, tempat org belajar agama untuk melahirkan ulama' sebenar bukan Ular Dalam Semak (pinjam unngkapamn). paham tak

Anonymous said...

Assalamualaikum..
'innamal mu'minuuna ikhwah'..sepotong dalil yg..spatotnye setiap umat islam dah hafaz..jd..saye rase..kan ke patot..kalo semue umat islam bersatu..??takde puak2..bile ..sampai bile kite nak tgk al-aqsa dlm cengkaman yahudi..sampai bile kite nak tido lg..??sampai darah sedare..abang-abang..kakak-kakak..adik-adik..anak-anak kite kat palestine tu abes..??org kat Malaysia nie..dah kenyang sgt kot..kenyang sampai tertido..ntah bile bomb jato atas perot baru nak terjage..a sleeping giant..kuat..tp..x seda lg..rase2..seswai ke nak samekan ngan kitorang..xyah arapkan mane2 parti politik..patot nye..setiap individu muslim tue..ade kesedaran sendiri..kalau semue umat islam kat dunie nih bersatu..dgn iman kuat kat hati memasing..insya-allah..kite semue boleh tumpaskan yahudi la'natullah..TAKBIR..!!