Friday, February 18, 2005

Tindakan JAWI bertentangan dengan Islam Hadhari!

Perspektif daripada sebelah sana...
----------------------------------------
Serbuan di Zouk:
Tindakan JAWI bertentangan dengan Islam Hadhari!
Oleh Sharifah Shahirah Syed Barakbah

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa simpati terhadap Jeslina Hashim, seorang artis yang terlibat dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di kelab Zouk di Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya juga turut bersimpati dengan lebih kurang 100 orang pemuda dan pemudi yang turut ditahan oleh JAWI.

Saya ingin jelaskan di sini bahawa serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh JAWI ini amat bertentangan dengan konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari yang bertamadun tidak pernah membenarkan seseorang diperlakukan dengan kasar oleh pegawai-pegawai JAWI apatah lagi dia ditahan di tempat yang jelek bagi seorang Islam untuk kunjungi serta dalam keadaan yang mengaibkan sehingga mendapat layanan seperti seorang ‘banduan’.

Saya ingin mempersoalkan mengapa tiada peraturan yang jelas mengenai pengunjung yang dibenarkan pergi ke pub-pub atau kelab-kelab malam, adakah orang Islam dibenarkan? Apakah pakaian yang dibenarkan? Mengapa tidak dijadikan ia peraturan, dan jika sesiapa yang langgar peraturan tersebut?

Ini tentunya membawa maksud tindakan ini amat bertentangan dengan Islam Hadhari. Islam Hadhari yang memfokuskan tentang ketamadunan bangsa dan kemajuan negara tidak pernah menyalahkan individu apabila individu terbabit tidak menutup aurat. Apatah lagi jika seseorang itu memakai baju tanpa lengan. Ini kerana individu terbabit bukanlah seksi sehingga meniru artis barat yang terang-terangan lari dari nilai ketimuran.

Islam Hadhari juga tidak mengharamkan hiburan kerana pemuda-pemudi Islam juga wajar mendapatkan hiburan selepas penat lelah bekerja atau belajar di siang harinya. Apakah mereka bersalah sekiranya mereka ingin bersuka dan berhibur sambil mendengar lagu kesukaan mereka secara ’live’?

Tindakan JAWI itu telah mencemarkan imej Islam Hadhari yang tentunya melarang seseorang menghina remaja wanita berikutan pakaian mereka yang dikatakan kurang sopan dan tidak membenarkan salah seorang daripada mereka ke tandas untuk membuang air kecil.

Saya amat menyokong tindakan yang diambil oleh kepimpinan Pergerakan Puteri Umno Malaysia yang menyediakan sebuah pasukan peguam untuk membantu remaja-remaja wanita yang terlibat bagi mendapatkan hak pembelaan yang sewajarnya di mahkamah.

Saya juga menyeru agar pihak JAWI atau mana-mana pihak berkuasa agama negeri supaya tidak menjalankan operasi penguatkuasaan tanpa mengikut garis panduan umum dan etika yang disediakan di samping mendapatkan aduan awam terlebih dahulu.

Saya juga mengambil kesempatan di sini mengingatkan para mufti dan agamawan tanahair khususnya Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria agar tidak membelakangi pihak berkuasa agama dengan mengeluarkan fatwa sebarangan seperti yang beliau katakan bahawa Konsert Sure Heboh TV3 adalah haram.

Saya berpandangan Konsert Sure Heboh TV3 patut diteruskan kerana ia mendatangkan keuntungan kepada syarikat televisyen terbabit yang secara tidak langsungnya menambahkan hasil pungutan cukai kerajaan.

Sekiranya pihak terbabit menganggap konsert tersebut menghalang orang ramai menunaikan solat Maghrib, orang ramai sebenarnya tidak dihalang untuk menunaikan solat Maghrib sebelum menyaksikan konsert terbabit.

Saya berharap kejadian yang memalukan sebegini rupa haruslah dijadikan iktibar oleh JAWI dan pihak berkuasa agama negeri yang lain supaya ia tidak lagi berulang di masa hadapan. Marilah kita sama-sama memajukan negara kita dengan memberikan sumbangan yang lebih berfaedah.

Sharifah Shahirah Binti Syed Barakbah
Alor Setar, Kedah.
Bekas Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia - 18.02.2005

72 comments:

Anonymous said...

Dalam A-Quraan dan Hadith/Sunnah kan dah ada garis panduan yang jelas...nak apa lagi...belajarlah ilmu agama kalau tak faham kerana itu satu kewajipan-Tak dapek den nak nolong ye,ehek.. Syarifah keturunan Syed dari tanah Arab yang satu masa dahulu dihormati oleh orang Melayu sebagai ulama yang membawa ajaran islam ke semenanjung tanah melayu..agaknya yang ini keturunan Abu Jahal atau Abu Lahab kot..buat malu jer

Anonymous said...

Dari Pak Ngah:
Inilah contoh ketaatan dan pengamalan nya Islam Hadhari yang sangat dititik beratkan oleh PM. Hayatilah sendiri hasilnya ,semoga Allah menjauhkan Pak Ngah dari golongan manusia seperti ini didunia apatah lagi diakhirat.

Anonymous said...

Hai Anonymous; artikel inikan ditulis dengan gaya menyindir! Perhatikan sedutan: "Islam Hadhari yang bertamadun tidak pernah membenarkan seseorang diperlakukan dengan kasar oleh pegawai-pegawai JAWI apatah lagi dia ditahan di tempat yang jelek bagi seorang Islam untuk kunjungi serta dalam keadaan yang mengaibkan sehingga mendapat layanan seperti seorang ‘banduan’".Janganlah sebut keturunan orang lain kerana salah sangka!Malu!

jingoza said...

Kalau dah tak nampak Islam sebenar (Al-Qu'ran & Sunnah)atau dikelabui oleh Islam Hadhari ,inilah hasilnya ! Jadi nampaknya kita kena baca 'Lakum Dinukum Waliyadeen'

Anonymous said...

tak usah melayan orang fasik. jahil haram-jadah macam tu. mereka dilaknati ALlah sampai akhirat.

Anonymous said...

Ceh...bedebah! Dulu masa blajo agama, cikgu tak sempat ajo ker?....mana nak sempat, baru bukak kitab, meninggal terus...Bagusler...Nak backing org camtu, mender yg ko dapat?

Anonymous said...

Disebabkan ada owang macam ko, Jeslina & lain-lain yang sekapal ngan ko buat owang bkn Islam keliru. Betapa ceteknya pemikiran ko tentang Islam. Ko ni jenis nak melaksanakan Islam Hadhari ke atau Islam "Ada Hari".... tp yg pasti ko dan owang2 yg sekapal ngan ko.... telah menegakkan bulu roma!!!! muheheheheheh

Anonymous said...

Assalamualaikum. Kepada Jeslina, saya harap bertaubatlah sementara pintu taubat masih ada. Sesungguhnya ISLAM sudah ada garis panduan tutup aurat. Saya nak tanyalah kepada awak ni, bila isi apa-apa borang, ruang agama awak isi tulis ISLAM ke? Ajaran, awak taknak ikut, lebih baik tulis LAIN-LAIN. Fikirkan. Jangan mengaku sahaja ISLAM, orang kata awak BUKAN ISLAM marah pulak. Ajaran taknak ikut. Macamana ni??? Seperkara lagi, sepatutnya kes ini tak payah dibesar-besarkan. Bila dah besar, inilah jadinya. Semua nak bagi komen. Masyarakat majoritinya marah. Saya kasihan pada awak sebab ditonjolkan oleh rakan-rakan yang khabarnya anak orang besar. Yang busuknya awak sorang aje. Taubat NASOHAH lah wahai JESLINA DAN PENGIKUT-PENGIKUT...... SEBELUM BALA ALLAH MENIMPA. KEPADA REMAJA JANGAN TERIKUT ARTIS YANG CETEK AGAMA INI. ALLAH MAHA AGUNG.Wassalam.

Anonymous said...

Kenapa org yg mcmtu harus dibela, sedangkan terang2 kita sebagai org islam harus tahu batas kita sebagai islam tambah pulak yg perempuan. sepatutnya dia harus malu dengan kenyataan yg telah dia buat. Kita harus paham maksud sebenar Islam Hadhari.Tp itu bkn bermaksud sesiapa yg bersalah boleh mendapat pembelaan dr mahkamah, kalau dia dpt pembelaan pun hanya di dunia dan akhirat mcm mana??? ada org nak tlg???? sebagai seorg bekas Exco Puteri Umno, patutnya sedar akan kesilapan yg telah si artis tu buat, bukannya cari jln tuk membela dia dan menyalah JAWI yg menjalankan tugas membenteras maksiat. Kalau difikirkan... bukan takde tempat yg sesuai untuk seorg islam remaja mencari hiburan, tp kenapa disco yg menjadi pilihan? Adakah hanya tempat seperti itu sahaja yg ade hiburan? atau tempat seperti itu sahaja boleh lepaskan penat setelah bekerja seharian??/ cari la alasan lain. Dari situ dah jelas menunjukkan yg si artis tu jahil dlm hal2 agama. Dan jgn la pulak kita membela dia dan menunjukkan yg kita juga sama jahil seperti dia. Si artis minta kerajaan tetapkan "cara berpakaian untuk remaja", ape dia dah tak tahu ke cara mana patut dia berpakaian. Jgn la kita nak ikut cara org kafir, mcm mana org bkn islam nak hormati kita sebagai islam sedangkan kita tak pernah nak tunjukkan ciri2 keislaman.Pikirkan lah wahai semua..., bertaubatlah, ini bkn sahaja melibatkan maruah anda sebagai artis dan wanita, tetapi juga telah melibatkan Agama Islam.

Anonymous said...

hang dengan agama hang, aku dengan agama aku, ikut suka hanglah!

Anonymous said...

hari ni saya dapat satu e-mail bergambar dari satu kawan. gambar jes beramai-ramai. mak oii..nak terkeluar 'buah' dari baju.Tak terperanjat. tapi tergelak jugak dengar penafian jes kat melodi tu. kan diam tu lebih baik dari berkata-kata? tapi nak tanya kat cik syarifah jugak adakah itu yg dinamakan islam hadari..??

Anonymous said...

Kesian sungguh kawan baca statement si minah Sharifah Shahirah tu.. Mintak mahaplah banyak2 kat dia sebab kawan rasa, memang jelas statement dia merupakan pasport free untuk dia masuk neraka! Cakap macam orang yang tak beriman.. Siap boleh bagi warning kat Pak Mufti lagi tuh,.. hebat sungguh ilmu agamanya.. Itulah hasil didikan dan turnover mindset semenjak duduk dalam Puteri UMNO. Dahlah Syarifah Aini buat hal hari tu pasal fitnah memfitnah, ini tambah lagi sekor group Sharifah tak sedar diri nak mempersendakan agama sendiri.
Doa kawan pada Allah SWT yang ESA agar mereka2 ini semua akan diberikan "petunjuk" yang sewajarnya,.. agar tak menjebakkan lebih ramai lagi orang Islam lain dengan fahaman Islam yang sesat lagi menyesatkan... Amin..

Anonymous said...

Wahai Sharifah Shahirah,

Apakah terdapat perbezaan antara Islam Hadhari dengan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W ?

Anonymous said...

islam hadhari menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah
dan menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah.

mari kita terus menyokong islam hadhari!

Anonymous said...

Daripada apa yg ditulis, ternyata penulis merupakan seorang yang cetek pengetahuan agamanya. Siapa anda wahai penulis untuk mengajar JAWI, Datuk Seri Harusssani tentang prosedur dan etika dalam melaksanakan tugas mereka? Saya suka menasihatkan penulis supaya meluangkan masa mengkaji semula apa yang telah diperkatakan dan ditulis dalam artikel ini...tetapi dengan satu syarat....fahami hukum syarak terlebih dahulu. Jangan Jadi ketam mengajar anaknya berjalan....

Anonymous said...

A'kum...

Saya pun tak lah arif sgt dalam isu keagamaan tetapi perlu ke buat garis panduan untuk pakaian dan boleh ke idak masuk pusat hiburan? Bukan kah itu dah bertentangan dgn hukum islam?

Sedangkan tak pakai tudung dah berdosa apa lagi la kalau ber"sleeveless" sedemikian rupa... Kalau dah salah tu admit jelah.. takyah ler nak menegakkan benang yg basah... malu je kat org bukan islam.... ini ke imej islam yg nak ditonjolkan?

Anonymous said...

Assalamualaikum,Kepada Pembaca Budiman, Amboi memang lancang artikel S.Shahirah ni. Takkan hendak berpakaian pun kena ada undang2. Nasib baik nak pergi bilik air tak payah prosedur. Apa gunanya mengaku aje ISLAM. Ajaran Islam taknak belajar habis2. Jangan ikut logik aje. Takut nanti terpesong.Kalau tak ada didikan agama sempurna jangan suka-suka keluar pendapat. Bertaubatlah sebelum BALA ALLAH MENIMPA. Wassalam.

Anonymous said...

a'kum...kenyataan cik syarifah ni blh membawa kepada kemudaratan iman seseorang, kerana lidah binasa....jgn dihalakan hal yang dah jelas haramnya.....ini amat dilarang.Memang itu lah peranan JAWI mencegah segala perbuatan yang mendekati maksiat....bukan menangkap orang berkhalwat jer...pepatah inggeris pun da sebut 'prevention is better then cure' dan perlu diingat maksiat mempunyai konteks yang amat luas bkn setakat berkhalwat berpeganglah pada al-quran dan hadith jadikanlah ia panduan hidup kita...insyaalah kita sentiasa dilandasan keimanan

Anonymous said...

Aku rasa lah...
Cik Sharifah ni kita ni tak sokong Islam Hadhari..pasai appa..!!? Pasai dia sendiri pun BEKAS Exco Pergerakan Puteri UMNO..
Makna nya dia dah quit UMNO

Pastu ada banner gambar anwar pulak siap sebut Reformasi 2

Aku rasa lah...dia sendiri cuba nak kait kan suasana sosial semasa negara dengan apa yg UMNO dok canangkan sekarang (Islam Hadhari) yg aku sendiri percaya dia pun tak sokong.

Jadi semakin kuat kita dok hentam dia, semakin tercapai lah objektif artikal depa tu yang cuba membongkar kelemahan Islam Hadhari yg UMNO dok bangga..hmmm

Bukan apa..aku cuba nengok article tu dari perspektif yg lain.

Allah know the best...!

Anonymous said...

astaghfirullahalazim..mengucap la saripah.. buat apa nak di tegakkan benang yg basah...x cukup ka peringatan yg ALLAH tunjuk (tsunami)..islam tetap islam..yg haram tetap haram... semoga ALLAH buka pintu hati cik seripah agar sempat bertaubat...ALLAHUAKHBAR...

Anonymous said...

masa nak pegi enjoy clubbing, disco, party, pakai bukak sana sini, megah kalo orang tengok, kalo buleh, nak tunjuk lebih lagi.. tapi bila kena tangkap JAWI, kena amik gambo, komplen pulak malu, tak leh tengok 'barang' dia, ogling laa konon.. macam mana ni?? patut seronok laa, orang JAWI pun nak amik gambo..

Anonymous said...

assalamualaikum,, saya hanyalah student di salah sebuah universti awam tempatan. Mungkin saya tidak ada hak untuk bercakap tentang agama, kerana ilmu pengetahuan saya bukanlah setinggi mana. Apa yang boleh saya luahkan ialah, saya amtalah tidak menyokong kepada sesiapa yang simpati terhadap apa yang terjadi ke atas jeslina pada malam penahananya.sebagai seorang wanita kita seharusnya menjaga maruah kita dan meletakkanya setinggi yang mingkin. memang kalau nak dikutkan itu adalh perkara biasa bagi sebilangan artis yang suka berpakain mengikut trend kebaratan, tapi sebagai seorang artis melayu, lebih memalukan lagi dia seorang islam, cubalah berpakaian yang agak sopan, Nama pun artis, sepatutnya dia memberi contoh kepada anak2 muda pada zaman ini, tapi tidak ini memberi contoh yang tidak baik, saya lebih terkejut lagi, beberapa kuasa besar menyokong dan merasa simpati terhadapnya.. Saya sedih terhadap golongan sebeggini,,, Saya amat mengharapkan agar Jeslina Hashim berubah dan menerima kritikan ini sebagai kritikan menbina.. Memang saya tak berhak masuk campur dalm hal peribadinya, tapi... saya rasa sebagai seorang islam saya amat mengharapkan dia berubah.. Ingatlah dunia kita tak lama.. Kita tak sempt nanti.. Assalamualaiku,m..

Anonymous said...

jangan sampai dilaknat Allah wahai saripah .... nanti bala datang bukan ko sowang je yg kena.....

ko dengan menteri 'tutup sekerat' dan persatuan wanita 'tak tentu hala tu' sebokk sangat membela pompuan tu buat hape...?

cubalah cari alternatif berfaedah sket....jangan hanya kerana nak tunjuk power/cari kroni...ko jadi benteng si dungu
....dengan ko-ko sekali nampak dungu...

aku pun suka gaya hidup terkini....ada kelas!! nak lihat fenomena ini berlaku seiring dengan tuntutan agama memang sukar pasal negara kita ada pelbagai bangsa/agama/hak...tambahan pulak ada sesetengah pemimpinnyer yang islam pun hancur sebab terlalu moden....tetapi aku nasihat jangan lah hingga membelakangkan agama....

aku rasa kau masih tak jelas kepentingan agama dalam menjamin kesejahteraan/kemajuan sejagat....

ada masa ko patut baca tafsir Al-Quran....atau bahan ilmiah yang lain. ajak kawan-kawan ko yg lain...jadikan ia aktiviti persatuan....aku yakin kowang dapat jadi PELITA kepada golongan remaja pada masa depan...

Anonymous said...

Astaghfirullah hal 'azim,betapa jahilnya hamba Allah ni,sanggup dia bagi amaran kat mufti!Sanggup dia mempertahankan Jeslina Hashim!Cik Syarifah Shahirah blajalah dulu hukum-hakam agama sebelum buat kenyataan mcm ni.Ni dah menyimpang jauh dari Islam.Bertaubatla sebelum terlambat.Tinggalkan semua cara hidup jahilliah termasuk Islam Hadhari!

Anonymous said...

hoi mangong ????????????
apa nak jadi buat apa pakai baju berbogelkan lagi bagus. tak payah beli baju jimat duit.apa dah tak ada keja ke surau pun tah pernah jengok nak cerita islam hadhari.

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan syaitan betina,

Anonymous said...

Saya sebagai keturunan Syed berasa amat malu dan marah dgn komen cik Sharifah Shahirah ni..Jangan memalukan keturunan Syed dengan benda yang memang dalam agama kita iaitu Islam tak boleh disangkalkan lagi. Cik ni menjatuhkan maruah keturunan Syed..Inilah dikatakan Islam pada nama tapi tk mengamalkan. Insaflah wahai umat..Kita dah di penghujung dunia. Kalau tak tahu hukum hakam agama, jgn bg komen. Kalau asas agama pun teruk..maka adakah kita ni Islam? Renungkanlah..

Anonymous said...

nampaknya para pengunjung disko dan pembela2nya lagi dalam ilmunya berbanding pegawai2 JAWI. bukan AHLI lebih pandai dari AHLInya..dunia sudah terbalik!!!!!!

Anonymous said...

laa..hampa dok hentam buat apa seripah tu... apa dia kata memang betoii.....aku sokong 300% Orang macam ni la kita patut angkat jadi pemimpin.Keturunan seripah plak tu....baru la islam hadhari tercapai.Bila dah tercapai boleh la kita lulus banyak-banyak pusat hiburan macam zouk tu... Memang la ni orang KL perlu hiburan... baru boleh kerja kuat-kuat esok hari.
Hampa nak apa lagi ? Islam dah hadhari ..... pusat judi dah kebal...meh la kita pakat-pakat sokong seripah tu. Apakata kita calon dia jadi ketua bahagian ?

Anonymous said...

itu lah islam hadhari. sesiapa saja boleh pergi disko, dihalalkan minum air setan, boleh buat maksiat dan sewaktu dengannya. lepas ni kerja org JAWI duduk kat masjid/surau jeee. tak boleh buat tangkapan dan serbuan.

Anonymous said...

cik/puan sharifah nih kurang pengetahuan agama.. sian dia.. maafkan lah dia... jd jgn ambil peduli sgt komen2 yg dia kasi ;)

Anonymous said...

kita semua tak perlu hairan... ini kan dunia akhir zaman... nak kena tsunami macam di Acheh baru nak sedar kot...
Kita tak dapat nak tegur budaya UMNO yang dah ditanam dalam pemikiran masyarakat kita... Kalau kita nak ubah kita kena pastikan 2008 nanti kita yang ada kuasa..

Anonymous said...

dah sesat lagi nak menyesatkan..jgn nak kaitkan islam hadhari.pak lah tak de bermaksud mcm yg sharifah tu cakap.pandai2 interprete sendiri maksud islam hadhari tuh.kalau nak malukan diri sendiri,jgn nak bawak org lain sekali.

Anonymous said...

Ooo... memalukan orang tu bukan Islam Hadhari...
Yang Minum arak tu Islam celah mana cik saripah oii...
Lain kali kalau dah tau diri Jahil-Murakhabbun... diam-diam sajalah...

Anonymous said...

saya bukan nak komen apa, nak baca sampai habis pun malas sebab dah tahu sangat isi kandungannya dah sah menyokong kerajaan cuma terfikir sendiri mengapa nak ujudkan islam hadhari dan memecahbelahkan islam yang asli.Lagi satu yang saya tak faham dengan cara pemikiran syarifah nie tentang pengharaman konsert sureheboh tv3..kalau dah mufti kata haram tu haramlah maknanye dan dah tentulah atas sebab2 yang kukuh,kenapa nak dipertikaikan lagi.kalau difikir secara lojik pun jelas konsert2 sebegini melalaikan,menyumbang besar kepada gejala maksiat dan banyak sebab2 lain lagi yang dah pastinya ramai dikalangan anak2 bangsa melayu. janganlah terlalu nak menyokong kerajaan sampai diri sendiri menjadi fasik...nauzubillah.

Anonymous said...

Kenapa kita senang melatah bila benda yang baik dibuat dan senyap bila benda baik tidak dibuat? Bila perkara yang membuat dosa dan maksiat, kita sering membuat alasan untuk membenarkan perbuatan itu sedangkan perkara yang selari dengan tuntutan Allah disalahkan. Tanda2 hari qiamat. 'Dan galakkanlah/suruh perkara yang baik dan halanglah perkara yang mungkar' Sekurang2 orang JAWI telah menjalankan kewajipan sebagai orang Islam yang telah diberi kuasa dan mereka telah menunaikan amanah mereka. Mereka telah selesaikan tanggungjawab mereka kepada Allah. Kita?
Adakah kita bersedia menjawab pertanyaan Allah? Kalau setakat malu dengan manusia, cermin lah diri balik. KepadaNya jua kita kembali. Nyawa boleh ditarik bila2 masa, Adakah kita bersedia? sekurang2 pegawai JAWI mengelakkan orang Islam mati dalam kelab malam pada malam itu, nauzubillah min zalik. (minta dijauhi) Peringatan buat diri sendiri jua.
Hiburan pun ada syaratnya dalam Islam. Kalau bercampur lelaki perempuan dengan bebas, melalaikan dan pakaian tidak menurut aurat, tepuklah dada tanyalah selera. Selera ruh.

Anonymous said...

Sahabat2 semua, usahlah mencerca kak pah & jes tu... kerana mereka memerlukan terlalu banyak bimbingan, nasihat & tunjukajar dari kita semua. Cukuplah dgn kata2 keji & hina yg dilemparkan kepada mereka! Stop it! Adakah Rasulullah membalas dgn kata2 kesat terhadap kekejaman penduduk Taif bila dilemparkan dengan batu2 hinggakan malaikat pun tak sabar? Itulah ajaran sebenar Islam, bila dihadapkan dengan rintangan, maka kita lontarkan kata2 nasihat serta kasihsayang... bukan makihamun!
Yg benar2 bersalah adalah para ibubapa mereka serta pimpinan yg memimpin kak pah, jeslina & rakyat ke jalan yg sesat & menyesatkan, merekalah yg patut kita tuju nasihat2 & kata2 amaran yg keras. Tumpukan usaha kita kpd mereka, kerana mereka telah memimpin & menyesatkan mereka2 seperti kak pah & jes itu...
Allahu akbar!

Anonymous said...

Semoga Mendapat Hidayah Dari Yang Maha Esa. Ya ALLAH, sesunguhnya aku ini amat jahil dan banyak berdosa padaMU, tetapi aku memohon kepadaMU supaya tunjukkanlah kekuasaanMU dan berikanlah hidayahMU kepada wanita ini.

lebahdusun said...

Assalamualaikum wrt. wbt.
Etika berpakaian dalam ISLAM bagi wanita di hadapan org bukan muhram ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, manakala di hadapan muhram ialah hanya tutup antara pusat dgn lutut. Jadi kita nilai sendiri siapa yg salah, dan jgn nak tokok tambah atau ubahsuai ikut selera semasa.

Etika berhibur ialah berhibur tetapi tidak melakukan yg haram dan tidak meninggalkan yg wajib. Contoh haram ialah minum arak, membuka aurat, pergaulan bebas antara bukan muhram. Bila dah mabuk mestilah tak boleh solat.

Kalu ada kesilapan @ kesalahan yg dilakukan oleh saudara seIslam kita wajib tegur samada dgn kuasa yang ada, tangan atau selemah2 iman ialah dgn hati.

Ada pihak yg diberi kuasa utk menegur kenapa kita nak pertikaikan pulak? Jika ilmu agama kita setinggi buku lali kenapa seorang mufti nak kita pertikaikan.

Zaman yg perlu ikut ISLAM bukan ISLAM yg ikut zaman. Apapun benda dalam dunia ini boleh berubah menjadi lebih baik sebab ISLAM sendiri menyuruh umatnya mencari ilmu kearah kebaikan dan kemajuan tapi etika aurat tetap kekal, solat tetap kekal, halal-haram tetap kekal, tiada ISLAM lebih baik dari ISLAM yg di bawah oleh Rasulullah SAW yg di wahyukan oleh ALLAH SWT.

INGATLAH KIAMAT MAKIN HAMPIR, SAMA2LAH KITA MEMPERBAIKI DIRI. SESUNGGUHNYA GOLONGAN YG PALING RAMAI MENGHUNI NERAKA IALAH GOLONGAN WANITA KERANA WANITA ITU MENENTANG ETIKA AURAT YG DITENTUKAN OLEH ALLAH.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

amenderrrrrrr.... la ko nih,jangan buatkan ANGAT lagi ati aku nih yang dah sememangnya ANGAT.Kalo tak tau nak pakai pakaian yang macam mane yang islam suruh pakai,baik ko tak yah pakai pakaian langsung.Kalo ko nak buat jahat jangan ler ajak orang lain bersubahat atau join skali.Orang macam ko nih sepatutnya JAWI tangkap,ubuh kat satu tempat yang lain yang ada orang yg sekepala dengan ko.Senang.....ko ni tau kasi orang susah jer,dulu sruh balajar tak nak, lari......
Ko nih aku dah tak tau nak cakap aper dah,orang jenis aper ko nih haaaaaaa.Taubat laaaaaa.....

Anonymous said...

assalamualaikum,

Jika sekiranya benarlah kenyataan itu dikeluarkan oleh sharifah bekas exco puteri umno kedah saya merasa amat sedih sekali malah malu kerana macam mana seorang yang mengaku islam dan mengucap dua kalimah syahadah boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. Kita harus ingat bahawa apa yang dibawa oleh pak lah ialah ISLAM HADHARI. Islam telah menerangkan dengan jelas perkara asas yang mana halal dan yang mana haram. Menutup aurat Wajib, minum arak Haram jelas didalam islam. Jadi buat apa kita nak layan dengan baik orang yanfg melakukan kesalahan seperti si Jeslina tuh. Kalo perkara asas seperti tutup aurat pun pemimpin umno takleh nak laksanakan pada isteri dan anak-anak janganlah dok nak bercakap pasal islam hadhari seolah-olah meludah kelangit je. Pimpin keluarga dulu baru pimpin masayarakat. Paklah tarbiyah makcik endon dulu baru matlamat islam hadahri akan tercapai. Wassalam.

PEMUDA UMNO

Anonymous said...

bezakan ISLAM HADHARI ngan ISLAM DIRECT DR ALLAH. pikir2kan lah.

Anonymous said...

erm..seronok gak ade ruangan camni..leh gak knal mana satu yg ade akal, ada ilmu tapi masih kena cucuk hidung lagi..

cik syarifah..dah cukup ke pedoman kat dada awk untuk bg kenyataan macam tu.?ape yang awak nak banggakan dengan membela puak yang sememangnya mungkar..kerana nama? publisiti? atau ape saja yg hanya awk sendiri tau.kan?

cuba awk fikir..sejauh mana landasan yg islam telah bentuk ..dipatuhi dan diamalkan. adakah sikap anak2 muda yg awak sokong itu lebih elok dan mengikut landasan islam sebenar. x guna awk cuba memancing ikan disaat kemarau.tindakan awk hanya melambangkan kebodohan diri yg sebenar..kedaifan dlm ertikata pemahaman ajaran islam yg sebenar.

kalau org yg melanggar hukum islam..tidak lagi tertakluk kepada ruang kuasa syariah..buat ape ade mahkamah syariah dan jabatan yang berlandaskan syariah.kalau undang2 sivil lebih berkuasa dari undang2 syariah..lebih baik hapuskan undang2 syariah..MENGAPA undang-undang syariah PERLU TUNDUK KEPADA UNDANG-UNDANG SIVIL..ini yang penting sekali..fikirkan laa..

Anonymous said...

kalau benar sharifah yang membuat pengakuan begitu, bermakna tahap penguasaan agamanya agak berat untuk dibayangkan.

tidak mustahil negara kita akan dilanda bala dari Allah. tengoklah petanda awal sudah menjelma.

oleh itu, marilah sama-sama kita sembahyang hajat di tempat masing-masing untuk menjauhkan bala daripada Allah yang ternyata amat pedih dan penuh seksaan yang tidak boleh digambarkan dengan akal manusia. Serta memohon agar kepada semua insan-insan yang telah tersesat ke lembah hina itu balik ke pangkal jalan. Juga berdoa semoga negara kita aman makmur dan sejahtera, amin.

Tweety said...

Sebenarnya kedua-dua pihak bersalah, kita mesti lihat dari pelbagai sudut... jgn disebabkan kita ni remaja, kita pun meyokong tindak tanduk yang salah drpd remaja... perbaiki kesalahan yg dilakukan, artis adalah model kpd remaja... untuk JAWI pula perlu perbaiki cara anda bekerja,jgn jadikan kekasaran satu jln yang mudah untuk menyelesaikan masalah...

Anonymous said...

Ini baru sikit, belum ditangkap zina, agaknya apa kata kak pah ni kalau hukuman rejam dan rotan dikhalayak ramai menurut hudud dilaksanakan pada penzina, zalim ke? kejam ke?.Dalam islam had_hari ada tak hudud? kak pah ni pengikut kuat ajaran astora jabat ke?
Sama-samlah kita belajar islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kalau nakkan ketamadunan biarkah hadhariah islamiah, bukannya islam hadhari. ALLAHUAKBAR!

Anonymous said...

ape punyer pompuan la ko ni.ko tau tak ape yg ko cakapkan.dari care ko cakap aku dah tau yg ko ni mmg cetek agama.mcmane la maksiat tak berleluasa kalau adenyer org mcm ko nih..kalau dah namenyer pompuan,tindakan pun ikut emosi la..same la mcm puteri umno ngan angkatan2nyer tuh.baik ko pk bebaik la pompuan sebelum buat ape2 kenyataan..ko mmg tak layak bercakap pasal agama dengan ilmu yg ko ade sekarang ni...

Anonymous said...

inilah tulisan islam hadhari...membela artis jahat yang mendedahkan tubuh badan dia...kalau cantik takpe gak...barangkali cik sharifah ini juga ingin menjadi seperti jeslina hasyim...

Anonymous said...

Inikah manusia yg dilahirkan oleh pengasas Islam Hadhari, syg skali manusia yg dijadikan 4JJl & yg mengaku Islam, tapi sebenarnya tlh sesat entah kemana. Dia beri komen ikut fikirannya yg bodoh lagi tolol itu. Engko dgn marina mahathir dan mereka2 yg sewaktu dgnnya tlh banyak menyesatkan ramai pemuda/di Islam.

aku berdoa agar 4JJl lindungi umat Islam yg beriman khususnya dari bencana yg akan dtg menimpa disebabkan tangan2(perbuatan)dan mulut (perkataan) manusia yang kafir dan munafik. Wallahu aklam.

Anonymous said...

klu dah terlalu mengejar kemajuan,manusia sering lupa atau sengaja utk tidak sedar bahawa al-quran adalah sebaik2 garis panduan yg telah di tetapkan oleh ALLAH SWT kepada hamba2nya,dari segenap aspek.jdi mengapa nak di gubah dan nak di gubal agar lebih manis jika utk melakukan maksiat.serupa juga bila di tuduh jadi pencuri,manusia akan marah.tapi jika di panggil "mengambil tanpa izin" adalah lebih manis.Juga bagi wanita yg tidak menutup aurat telah jelas adalah haram dlm al-quran,tidak akan diterima oleh manusia yg naif,dgn lebih arif konon nya dlm bab2 agama, akan kata "belum sampai seru"...jadi..kafir sajelah...marah pulak kalau cakap kafir..habis kalau segala yg dah dilarang dalam al-quran semua dihalalkan..apa guna lagi fungsi isi al-quran...?dan al-quran bukanlah satu isi yg telah di tulis dan dturunkan oleh pengetua sekolah yg boleh di ambil mudah.apa pun..,semua tu dah tak jadi hal.kerana semua itu adalah tanda2 kiamat dah semakin hampir.subhanallah.

Anonymous said...

klu dah terlalu mengejar kemajuan,manusia sering lupa atau sengaja utk tidak sedar bahawa al-quran adalah sebaik2 garis panduan yg telah di tetapkan oleh ALLAH SWT kepada hamba2nya,dari segenap aspek.jdi mengapa nak di gubah dan nak di gubal agar lebih manis jika utk melakukan maksiat.serupa juga bila di tuduh jadi pencuri,manusia akan marah.tapi jika di panggil "mengambil tanpa izin" adalah lebih manis.Juga bagi wanita yg tidak menutup aurat telah jelas adalah haram dlm al-quran,tidak akan diterima oleh manusia yg naif,dgn lebih arif konon nya dlm bab2 agama, akan kata "belum sampai seru"...jadi..kafir sajelah...marah pulak kalau cakap kafir..habis kalau segala yg dah dilarang dalam al-quran semua dihalalkan..apa guna lagi fungsi isi al-quran...?dan al-quran bukanlah satu isi yg telah di tulis dan dturunkan oleh pengetua sekolah yg boleh di ambil mudah.apa pun..,semua tu dah tak jadi hal.kerana semua itu adalah tanda2 kiamat dah semakin hampir.subhanallah.

Anonymous said...

buat pak lah..rakyat akan lebih respek jika nak melaksanakan islam had-dari jika pak lah dapat meng
"HAD kan aurat DARI rambut" mak endon....muahahaha,....

Anonymous said...

MasyaAllah....cik sharifah shahirah....awak ni buta ker????dah terang lagi bersuluh....dah sah2 salah...orang kata pe???!!!trang tang tang..memalukan orang islam btoila...macam mana ne???semoga Allah buka pintu hati cik nie...sama2 la kita berdoa yek...sume..
Assalamualaikum..

Anonymous said...

teruknya. tapi kalu baca keseluruhan komen dia tu, separuh macam tak sokong islam hadhari, baca separuh lagi, macam pembela Jes. org macam ni tak yah terngkan ikut agama. tapi kalau ikut pikir akal logik pun apa yang dibuat oleh Jes atau sapa sapa yang seangkatan dgnya tu dah gila. kalau ikut adat pun dah salah,memalukan, ikut budaya timur pun dah salah, ikut setan laknat, tu betul.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Saya ingat lagi kata-kata seorang ustaz sewaktu belajar di ITM. Keadaan sesuatu zaman/peradaban itu hendaklah disesuaikan dengan kehendak ajaran Islam, bukannya ajaran Islam itu disesuaikan dengan kehendak sesuatu zaman. Walaupun pengetahuan agama kita mungkin tidak sampai ke taraf ulama',sekurang-kurangnya kita kena tahu apa yang halal dan haram (basic tu!). Kita doakanlah semoga muda-mudi di Malaysia sedar daripada mimpi. Yakinlah, syurga dan neraka menanti kita. Mati boleh datang pada bila-bila masa.

mcy0077 said...

Tentulah susah juga jadinya kalau Cik/Puan Syarifah tak dapat nak bezakan atau tak pernah rasa "the real taste of being a true Muslim " (maaf, saya ngaku bukanlah saya ni baik sangat),tetapi percayalah, kalau semuanya main guna akal aje, ikut mana sedap dan ikut selera saja, roooosak.

Kemanisan dan keindahan berakhlak baik dan mulia, lebih manis dari segala yang manis dan lebih indah dari segala yang Indah.

InsayAllah

mcy

Anonymous said...

THIS ARTICLE WRITTEN BY A FUCKERS... WHO FUCK THEIR SELF SO THAT THEY CAN BOOK THEIR NAME IN HELL LIST... WANT TO KNOW WHY...

E-MAIL ME... l1ght0fh34v3n@hotmail.com (copy and paste it)

Anonymous said...

askum..
tula dulu orang suruh blajo ngaji agama duk sibok blajo joghet nyanyi..artis la konon,artis kan populer, mesti dedoh sana dedoh cni baru ada klas..tul dok??buat geng2 yang selori nge jeslina,moga allah masih bukakan hati kalian untuk insaf dan sedar diri skit bahwa hidup ni sementare..andai kalian smemangnya dah sedar menda tu salah tapi masih lagi dok reti2..ikut panda awok munglaa,masyarakat dn ulama` dah nasihat..tepuk dahi sendiri!!..al ghazali yang ku cari jeslina hashim ku temui

Anonymous said...

Assalamu'alaaikum
Saudara dan saudari pembaca, cubalah hayati tulisan Cik Sharifah tu baik-baik.Jangan terburu-buru membuat andaian.Lihat yang tersirat bukan yang tersurat.Kesian Cik Sharifah tu!Bukan seperti apa yang anda semua faham akan maksud tulisannya. Sebenarnya Cik Sharifah tu menyindir! Cik Sharifah ni memang faham betul apa itu halal dan haram. Saya minta pembaca sekelian cuba baca dan renung isi
artikel itu betul - betul tanpa rasa marah dan benci yang mungkin akan menutup pintu hati untuk melihat inti pati maksud artikel berkenaan.Kesian Cik Sharifah. Kepada yang menuduh Cik Sharifah macam-macam tu , cepat-cepatlah minta maaf.

Anonymous said...

Dah baca statement yang di buat puteri umno yang jauh tersesat dari landasan Islam......Jadi dahlah tu undi umno.... Nak tunggu bala dari Allah menimpa kita??? Insaflah wahai umat ISlam,tidak takutkah kamu dengan bala allah.....Ini Islam Hadhari yang dibangga-banggakan hari ini??? Jauh tersesat....Insaflah!!!!! Bertaubat banyak2.....Tak berakidah betul orang yang buat statement macam tu....Tidak layak hidup dalam muka bumi ini..... Orang macam ni nak dihormati baling dengan batu lagi bagus biar mati terus....

Anonymous said...

jika tak tau ttg islam..jgn byak songeh..jgn ckp bak islam...lbih baik ko duk diam. lagi bgus jika ko pi blajar islam...jgn jd dajal akhir zaman.

Anonymous said...

Betapa malunya aku orang kedah, apabila ada satu spesies seperti ini yang mengeluarkan kata-kata tak berilmu, PERCAYALAH pintu neraka sentiasa terbuka untuk orang-orang munafiq, janganlah kita menjadi salah satu daripada golongan itu. Fikir-fikirlah....

Anonymous said...

Kamu ni syarifah bercakap macam orang tak ade agama..... insaf la..

Anonymous said...

bukan nak cakap apa...banyak aku baca pasal artikel nih.itu baru yang buat cam tu.yang memeluk agama islam dibangga kan.heran ler...hanya dia tau apa dosa atau tidak...anda semua yang memberi komen ini pun satu dosa jugak..jangan lah cepat menilai orang dari petikan yang ditulis....ade yang seksi pun mereka tetap sembahyang jugak...kalau macam tuh....saya percaya income anda semua tetiap bulan mesti turun..sebab terlalu ingin kan nilai agama islam di negara ini.....salah satu income terbesar di malaysia ialah dari pelancong yang datang berurus niaga disini....ini akan menyebab kan para saudagar ini tidak akan berurus niaga disini..kerana cara disini di hitung kan sepertin itu...kalau lah benar ingin negara ini dilaksanakan seperti agama islam...mana nak letak orang yang bukan islam dinegara ini...jangan lupa...kalu bukan sebab satu keruntuhan negara ini tidak akan maju..bukan nak memberontak...yang saya lihat di sini...terlalu mengagungkan sifat keislaman.ini kah islam...islam dimata dunia...mengaib kan orang sehingga menutup periuk nasi orang tuh..adakah islam memberi jalan untuk orang2 seperti anda mengaibkan orang.....jawi memang tidak salah untuk menyerbu orang yang membuat maksiat...tapi mengaibkan orang adakah tidak berdosa...percaya lah...jangan terlalu taksub ngan agama islam....saya bukan nak kutuk sebab saya pun akan memeluk islam..tapi saya kecewa ngan sifat orang islam sekarang...kalau macam tu..kenapa ada yang melanggan astro...siaran swasta tv berbayar....kan lagi banyak sumber2 keruntuhan akhlak di siaran tersebut...bukan dari laman web ini saje yang saya ada baca tentang artikel ini.....saya percaya kalau begini lah agama islam yang saya akan peluk saya rasa x wajar saya menerus kan niat saya ini....saya rasa lebih baik kalau saya bukan agama islam kalau begini lah jadi nya..saya rasa orang yang bukan islam lebih berfikiran terbuka untuk menerima kemajuan sesebuah negara yang mereka diami.mereka tahu jika itu baik untuk kemajuan negara...saya percaya diluar sana...tentu tidak suka perkara ini berlaku jika semua income yang boleh menaik taraf wang di malaysia ditutup.....dah secara x langsung duit gaji yang anda terima akan kurang nilai nya...nilai moral diri seseorang itu tidak perlu di kritik dengan apa yang dia pakai..kritik lah dengan amalan seharian yang dia lakukan.......saya pernah jugak dengar seorang imam yang dah tentu2 kita semua tahu amalan dia..tapi saya heran kenapa tidak anda2 semua mengaib kan dia seprti jeslina hashim........imam yang memegang tongkat saya x tau apa nama semasa sembahyang jumaat melaku kan maksiat dimasjid sendiri..sesama kaum...kenapa anda semua tidak membesarkan hal ini seperti hal jeslina hashim ini.....anda fikirkanlah...orang yang kita tengok daripada pakaian adakah wajar kita mepertikaikan amalan nya.....

Anonymous said...

oi saripah oi.....tobat le ngko.ko sedar tak apa yg ko tulis nih?bila baca tulisan ko nih,mencerminkan pemikiran putri umno.korang ni memang jenis suka cium bontot orang-orang yg ko gelar pemimpin yg pertahankan nilai-nilai islam tp hakikatnya tak gitu.apa ke jadahnya ko sokong betina bangang tuh?buat malu kaum pompuan je.pk la sket sebelum nk tulih apa-apa.jgn sebab nk glamer ko lupa prinsip diri seorang islam. apa lah ko nih?

Anonymous said...

Kesian saripah. Harap jadi pejuang melayu? tak layak. Harap muka comel, tak jugak. jadi , apa yang boleh diharap sangat ngan saripah ni? saperlaa lelaki paling malang di dunia walakhirah yang nak ke dia nih?

Anonymous said...

astaghfirullah al 'azim....
mengucap byk2..pandangan anda di pengaruhi oleh bidaah liberalisme..Islam itu ada batasnya..jgn dikaburi oleh propaganda musuh2 Islam..demokrasi itu pn dtg dr kapatalisme..kalau semua org mampu mempertahankan hak individu(kononnya)@bersuara, mengapa di halang fatwa yg dikeluarkan oleh mufti perak trsebut..mengapa tak dihalang hak bersuara artis yg akhlaknya pn kita boleh pertikaikan..apatah lg kalau dh terang artis tu melakukan maksiat..mempertahankan hak apakejadahnya kalau benda tu melanggar syarak..mengambil satu drp prinsip Islam Hadhari (8.Keutuhan Budaya & Moral)..adakah berpeleseran di kelab2 mlm demi nk melepaskan keletihan sbg alasan itu merupakan moral yg baik???inikah yg dikatakan keutuhan budaya & moral yg nk diterapkan oleh Islam Hadhari..inikah nilai ketamadunan yg kita ingin capai?..bukankah ini mggalakkan lg org utk melakukan maksiat..Islam itu tertegak bukan hanya berlandaskan peraturannya,tp juga pada perlaksanaannya..perlu ada satu sistem @ badan yg mampu utk memastikan hukum Allah itu terlaksana..jgn meliberalkan Islam sesuka hati..inilah idea salah yg semakin meluas di Malaysia..artis pn dh pandai mengucap syukur kpd Allah atas bakat (kononnya) apbila menerima anugerah..setiap acara dimulakan dgn al-fatihah,tp sepanjang acara dipenuhi dgn maksiat..ini antara konsep liberal yg cuba dipupuk..mengambil Islam megikut juzuk2 yg disukai dan dicampur aduk dgn pemikiran barat..sure heboh ni lg satu hal..jgn dinilai baik buruk program tu dr segi keuntungan.. cuba lihat dr perspektif Islam..percampuran lelaki dan perempuan yg bukan mahram di dlm satu tmpt tak terkawal..soal solat pula,mmg tak dilarang mereka yg hadir utk solat maghrib..tp adakah penganjur dpt memastikan semua pengunjung menunaikan solat..mmg dh sah tak dpt & mmg takde usaha pn utk memastikan perkara tu kalau dh semua menonggok nk tggu konsert..tmpat solat pn adakah dipastikan mencukupi utk pengunjung yg ribuan jumlahnya sedangkan waktu solat maghrib itu pendek..ini semua perlu diambil kira..itu tak diulas lg ttg destinasi pengunjung2 slps acara selesai..terlalu byk kemungkinan yg menjurus kpd perlakuan maksiat..ini terang2an punya maksiat..secara kesimpulannya saya nasihatkan kpd penulis supaya menghentikan dakyah ini..jgn kelirukan dan memberi harapan kpd mereka yg mmg tak paham Islam. Semoga Allah memberi hidayah kpd anda untuk kembali ke pangkal jalan.

anak cine said...

ish..ish..ish..camenelah cik saripah leh jadi mcm ni sgt nie.saye ni pun walau pengetahuan agama agak kureng yelah mak pun seorang mualaf tapi saya tau jugak mane yang baik yang buruk.kite islam ni tak leh la nak pakai hentam keromo je..fikir dulu sebelum bercakap takut nnt emudaratkan diri sendiri..

Anonymous said...

salamullahialaikum..
huhu..saye tataw..ape perasaan saye skang..rase cam nak nanges..nak gelak..pelik..sedih..syukur..~syukur..??syukur sebab Allah kurniakan akal fikiran nak fikir mane baik..mane salah..bole bace quran dan tafsirnye skali..Allah kurniekan kuarge yg islamic dan yg memberi saye tarbiyah..pelik..??~pelik sebab ade manusie yg berani..berani mendaulatkan kebatilan di muke bumi ni..~nak t'gelak..?sebab ade plak yg kate cik Sharifah nie sekadar menyindir..kalo laa saye muallaf..saye rase saye akan tros tersesat kalo t'bace artikel nih..~rase cam nak nanges lak..sebab fikerkan ..kenape ade sorang umah islam(islam ke?)yg sanggup berkate-kate camtuh..kenape ummat islam sekarang nih tak sedar-sedar lg..??kenape bile bende baik ditegah..dibangkang..bende buruk..bende x senonoh plak..disokong..dipersilekan dgn sgl hormatnye..WHY..!??sampai bile..sampai bile lg ummat Islam nih nak tido..nak mimpi..kiamat dah dekat sgt dah..sblom terlambat..meh laa reramai kite amek Quran..bace Quran..bace tafsir..hayati Quran..kalo boleh..hafal laa sekali..semoge hidayah Allah mencucuri kite semue..Aamin ya rabbal-'aalamiin

Anonymous said...

assalammualaikum sedari,jika kita nak mempersoalkan sesuatu apa ayng dibuat oleh orang yang lebih ilmu agamanya,kita cermin dulu diri kita,adakah kita layak bercakap tanpa mengenali sesuatu.kita memakai ada batasnya,kita bercakap ada tahapnya,aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan,tp kalau memakai seperti pihak yang saudari sokong,maka lebih baik saudari mempelajari ilmu agama,sebab dari teks saudari sendiri menunjukkan tahap keyakinan diri saudari kepada Allah S.w.t.jgn disebabkan perbuatan,Allah melaknati kita.

Anonymous said...

woi sharifah,,aku pun org kedah juga tp tak la jahil mcm hang,,,awat hang jahil sangat pak hang tak hantar p ngaji ka,,,,dah bodoh sombong pulak...p la jumpa
ustaz2 sama ...tak kan nak bodoh smpai tua kot,,,,,

ROYALCLUB said...

oKsayanak bagi pendapata saya tntg prk d atas pelik .... tah nak kata tapi saya nak bagi tahu tentang tongang terbalik dunia ni dan yg berlaku di maysia.ok contoh cd nvcd cetak ropak kenapa ada ..pasal itu balasan bagi mereka yang memhalalkan yang haram pelakun pakai tak tutup aurat la tak salah dlm undang2 tapitu dosa ..dosa tahu bila jawab dalam soalan spm tapi di luartak pasal tak langgar dasar negarakan jadi cd/vcd tipu ada pasal itu tak termaktuk dlm undang dan tu balasan yang kita tak nampak ..ha baru GAM haramtu halal jadi cetak rompak tu halal . satu lagi cuba kita sebut is hadhari.. tu apa
saya rasa bila mati bagi org islamla cam mana nak sebut dok iman kita..yang dikata nabisaw...islam agamaku ..yang tu nak jawab tak yah tambah banyak 2 tu pun tak tertsebut tambah hadhari pulak.satu lagi kelab malam nak masuk klbmlm ..gila ke kena bom nanti OOOOOOOOO mati oooooooo.kata tadi pakaian tu bagi saya tangkap gambar aje bagi setiap serbuan baru tahu siapa yang betul..satu lagigambar tu masuk ke internet seluruh web bagi aku tenguk pastu aku simpan ..bukan apa wak tu meminang nanti senang nak tawar harga trak mahal sangat 150 ke 2000 rggt ke bukan apa buat modal kenduri tiga talam dah la HISSSSSSSSS MALU anak awak cam ni rope nya la 300 dah lah habuan modal lauk... nape ni ha rupa betina tu ...la... buat seronok aje la nak oi pom ini...........HAAAAA baru padan gan harga bak kata hadhari ...sederhana ok dah tu balik ..