Saturday, February 19, 2005

Anak Menantu Yang Menjadi Hantu

(The son-in-law also rises)
Oleh: MGG Pillai 18-02-2005 06:09 pm
--------------------------------------
Ada sebuah buku baru bertajuk “Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri”, yang pasti akan menggegar suasana. Malahan, bapa mertuanya merangkap Perdana Menteri - Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi begitu terkejut dan naik angin sehingga memanggil anak perempuannya bersama suami beliau untuk menyerlahkan kemarahannya. Pelbagai usaha telah dibuat untuk menyauk bersih buku itu di pasaran. Kumpulan The New Straits Times telah mengeluarkan amaran kepada penjual akhbarnya agar tidak menjual buku itu kerana mereka boleh digugurkan kalau engkar. Demikianlah hangatnya isu buku itu sehinggakan ia tidak lagi terjual di mana-mana, namun ia masih laris di pasar gelap. Fenomena begini memang bukannya sesuatu yang pelik. Kira-kira satu setengah dekad yang lalu, ada sebuah buku mengenai Timbalan Perdana Menteri sekarang ini telah dijual laris di pasaran. Secara tiba-tiba buku itu lesap kerana telah dibeli oleh orang-orang beliau termasuk bahan percetakannya dan beberapa ribu naskhah yang masih belum terjual. Isi kandungan buku itu adalah sama hangatnya dengan isi buku mengenai Khairy Jamaluddin, tetapi tidak pula ada tindakan mengharamkan penjualannya. Di dalam buku mengenai Khairy Jamaluddin, ada diceritakan kisah pengaruh sekumpulan anak-anak muda yang bergayut pada Khairy yang bertanggungjawab menyekat Paklah daripada menemui orang-orang yang mahu ditemuinya. Ada seorang tokoh negara ingin ditemui oleh Paklah telah dihalang oleh kumpulan muda ini.

Penulis buku terbaru ini ialah Yahya Ismail, seorang wartawan upahan dan penulis politik. Beliau memang terkenal kerana tulisannya yang mengaibkan ramai tokoh politik. Ramai yang mengutuknya, tetapi ramai juga yang sukakan beliau, sambil mengupahnya menulis mengenai kebaikan mereka. Dengan kata mudah Yahya menulis untuk kantung sakunya. Memang, buku-buku berbaur politik adalah satu tarikan dalam industri percetakan Melayu. Orang Melayu menganggap politik sebagai benda yang serius, kerana itu buku-buku politik kerap menarik minat pembaca. Buku politik dan mengenai tokoh-tokoh UMNO memang diterima oleh orang Melayu dan terjual laris di setiap persidangan tahunan UMNO. Orang Melayu menganggap buku politik semacam ini adalah asam garam kehidupan mereka yang penting. Ramai tokoh UMNO yang mengupah penulis menulis buku mengenai ketokohan mereka semata-mata untuk menonjolkan peribadi mereka. Tidak banyak buku semacam itu yang menonjol gara-gara kes saman malu yang berbangkit. Ada sebuah buku yang mempersendakan Dato Seri Anwar dan mempertikai peluang beliau menjadi Perdana Menteri. Itulah buku yang merupakan sebahagian konspirasi politik, yang mengaibkan beliau dan berakhir dengan beliau meringkuk dalam penjara. Sesungguhnya petaka buruk yang ditimpakan oleh buku-buku politik seperti ini memang tidak boleh dipandang remeh.

Yahya Ismail telah memberitahu Paklah betapa beliau telah berkali-kali mahu bertemu dengannya tetapi telah disekat oleh orang-orang beliau sendiri. Beliau mahu menyatakan segala bahaya yang dicetuskan oleh anak menantu Paklah terhadap kerjaya beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Cara terbaik untuk menarik perhatian Paklah ialah menulis buku itu. Yahaya mempertahankan tulisannya yang menceritakan empat jurusan yang diceburi oleh Khairy sedangkan dia sepatutnya terlibat dalam perkara-perkara itu semua. Khairy menjatuhkan martabat bapa mertuanya sambil menonjolkan diri sebagai seorang pembantu yang tidak ada tolok bandingnya kerana sibuk dengan dunia politik dan niaga. Pada waktu yang sama, dia sibuk dengan satu persekongkolan rahsia dengan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Tun Razak. Tujuan komplot itu ialah menentukan beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri seandainya Anwar Ibrahim muncul semula untuk menjadi Perdana Menteri. Yahya mencadangkan agar gelagat Khairy Jamaluddin harus dibendung kalau Paklah mahu menang semula pemilihan pada 2007 nanti.

Yang menjadikan isu itu lebih hangat ialah tindakan Yahya mengedarkan buku itu kepada semua menteri kabinet UMNO, ahli Parlimen, ahli dewan undangan negeri, dan Exco negeri. Ada seorang menteri kabinet yang mahukan Yahya mengautograf salinan buku yang diterimanya. Gelagatnya itu adalah sesuatu yang rahsia memandangkan adanya rombakan kabinet pada bulan depan. Kerana itu usaha menyekat penyebaran buku itu telah menemui jalan buntu. Tidak hairanlah kalau tidak lama lagi akan muncul versi onlain buku itu di internet, sama ada dengan izin Yahya ataupun tidak. Pentadbiran Paklah ternyata goyah di luar kawalannya. Segala usaha beliau untuk memperketatkan kawalannya ternyata masih goyah semacam dia mula-mula merangkul tampuk kuasa pada November 2004 dahulu. Keadaan ini tidak akan berubah selagi anak menantu beliau tidak dapat dikekangnya. Memang orang tidak yakin Paklah mampu melaksanakannya.

Khairy Jamaluddin sengaja memburukkan keadaan. Kehidupan peribadinya memang sudah membuatkan Paklah naik meluat. Baru-baru ini Paklah terpaksa memanggil anak perempuan beliau bersama suaminya untuk menyoal si menantu secara terus terang akan kisah penglibatan beliau dengan seorang gadis kacukan Burma. Beberapa orang sahabat anak perempuannya telah mengumpulkan maklumat akan kisah itu. Walaupun si anak perempuan tadi tidak ingin memberitahu hal itu kepada bapanya, ada seorang menteri kabinet yang telah memberitahu Paklah akan ceritanya. Paklah naik angin tetapi tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Akan tetapi ada kisah lain yang lebih dahsyat lagi. Khairy telah mengambil alih tampuk penerajuan Pemuda UMNO daripada Hishamuddin Hussein, walaupun secara rasminya Hisham masih lagi merupakan Ketua Pemuda pergerakan itu. Pengaruh Khairy dalam pergerakan itu sudah ternyata begitu kuat sehingga mencetuskan kemungkinan jawatan itu akan dicabar dengan hebatnya pada 2007 nanti. Anak Tun Kepala Taik Mahathir yang bernama Dato’ Mukhriz Mahathir sudahpun memulakan kempen politik beliau dengan mengadakan mesyuarat mingguan bersama ANSARA yang dianggotai oleh bekas pelajar kira-kira 30 Maktab MARA, yang pernah digunakan oleh UMNO untuk mengumpan anak-anak muda Melayu menganggotai parti itu.

Khairy memang berpengaruh dalam bisnes. Wakil pilihan beliau yang memegang jawatan tinggi dalam Tenaga Nasional Berhad turut bersekongkol dengan beliau menentukan siapa yang patut mendapat kontrak dengan TNB. Kisah ini telah diketahui oleh Menteri Besar Selangor semasa beliau cuba melobi agar orangnya dapat tender TNB. Kontrak pendawaian TNB yang berusia 50 tahun itu telah disuruh membayar kepada Encik S sebanyak Seratus Ribu Ringgit kalau beliau mahu bertemu dengan Khairy Jamaluddin. Dato Khir Toyo naik marah, tetapi dia sepatutnya tahu akan peraturan baru itu. Karenah seperti inilah yang memecah-belahkan UMNO. Malahan penyokong Paklah sudah berpecah menjadi dua pasukan (kem). Kini muncul pula skandal dalam TNB di mana orang-orang yang dilantik oleh Khairy telah menjadikan TNB satu institusi yang berbelah-bagi antara kumpulan teknikal dengan kumpulan eksekutif lantikan politik yang ternyata akan membawa padah kepada TNB. Kisah kegelapan disebabkan putus-bekalan elektrik adalah salah satu contoh wujudnya pecah-belah ini.

Riak dan keangkuhan Khairy Jamaluddin, ketaksuban bahawa Paklah tidak ingin melihat Najib naik sebagai pengganti beliau, karenah para pemimpin UMNO yang menunjukkan kuasa mereka, serta peralihan kuasa daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri-negeri dan yang lebih penting lagi ialah usaha Paklah mahu menunjukkan kuasanya dalam UMNO sedangkan beliau sentiasa memberikan penyelesaian yang sukar dilaksanakan telah menyebabkan UMNO serta pucuk kepimpinannya sentiasa berbalahan dan bercelaru. Pada waktu yang sama orang Melayu UMNO sedang berbalah mengenai pengaruh wilayah mereka. Secara lahiriah, yang bertanding ialah Paklah dan Dato Seri Najib. Tetapi, konfrontasi begini akan bergantung kepada siapa yang menyokong siapa. Paklah menganggap beliau mendapat sokongan kumpulan Anwar Ibrahim dan anak menantunya bersama lulusan Oxbridge. Najib pula menerima sokongan kumpulan yang disokong oleh Tun Kepala Taik Mahathir. Tidak kiralah kalau barisan yang bertembungan itu benar-benar wujud. Yang dipentingkan ialah kisahnya sahaja.

Sesungguhnya konflik semacam ini memang sudah alma wujud dalam UMNO. Hanya ketokohannya yang berubah. Satu ketika dahulu wujud pertembungan antara Dato Sir Onn Jaffar yang inginkan kemodenan, bertembung dengan kumpulan cauvinis Melayu yang menyingkirkannya. Kumpulan cauvinis itu akhirnya mendapatkan pembabitan seorang putera istana yang suka berseronok sahaja dan bernama Tunku Abdul Rahman Putra. Kemudian muncul pula pertelingkahan antara Tun Razak dengan Tunku Abdul Rahaman gara-gara tema yang serupa. Selepas itu timbul kisah Tun Husein dengan Tun Kepala Taik Mahathir dan disusuli pula dengan kisah Tun Kepala Taik dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Kini, muncul pula kisah Paklah dengan Dato Seri Najib. Impian besar zaman silam sudah pun terkubur kerana dilupakan. UMO sedanga mereka-reka satu laluan baru untuk menggugat PAS. Persinggitan ini semacam dilupakan kini kerana selama enam dekad dulu lagi sudah ada usaha merobah agenda berpolitik daripada prinsip kepartian kepada ketokohan yang ada. Walaupun UMNO terus berusaha gigih, UMNO akan terus kehilangan sokongan seandainya ia menghumban prinsip politiknya untuk berpaut kepada tokoh kepimpinan. Penekanan terhadap ketokohan akan terus bertahan selagi pusat dapat terus mencengkam kuasa. Akan tetapi apabila pusat sendiri sudah terumbang-ambing kemunculan panglima politik, seperti Khairy Jamaluddin sudah pasti membebankan tanggungjawab sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO. Karenah ini akan tetap berterusan sahaja.

- MGG Pillai
pillai@streamyx.com
Terjemahan MT-SPAR - 19.02.2005

1 comment:

Anonymous said...

bukan salah khairy nakkan perempuan kacukan burma,

salah sister in islam, mak mertua dan isterinya,

apa nama kempen monogami!
at least khairy anak jantan!