Oleh Pak Ngah
Amat menarik sekali tajuk yang disiarkan di akhbar utama mereka. Beginilah caranya mereka membenarkan sesuatu perkara sekali pun ianya kurang elok atau dalam usaha menegakkan keburukan yang telah mereka lakukan. Ianya amat berbeza sekiranya pihak BA yang mengeluarkan kata-kata kasar tersebut berbagai telahan dan serangan bertubi-tubi dilakukan. Daripada Ahli politik mereka, Professor Kangkung mereka dan dari berbagai kalangan pihak yang dikerah supaya memihak kepada mereka.
Beginilah petikan cerita mereka;
Wakil rakyat perlu guna bahasa `kasar' di Parlimen
Oleh: ZABRY MOHAMAD
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bahasa `kasar' perlu digunakan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya mahu sesuatu perbahasan itu menjadi lebih bermakna dan mampu disampaikan dengan lebih berkesan.
Beberapa ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dihubungi hari ini berkata, kekuatan mesej dalam sesuatu perbahasan bergantung kepada kaedah ia disampaikan.
Rata-rata ahli Parlimen dan ADUN yang dihubungi berpendapat, ketegasan ketika berbahas amat penting bagi mereka sekiranya mahu mempertahankan pendirian atau menyelesaikan sebarang permasalahan.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, sebagai pemimpin masyarakat, beliau perlu serius dalam menyampaikan perbahasan kerana ia merupakan suara hati rakyat sendiri.
"Kadangkala kita terlalu emosi dalam menyuarakan masalah rakyat dan menyebabkan bahasa yang digunakan agak kasar.
"Dalam mengejar kemajuan, kita sesekali kena bertegas supaya matlamat tercapai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas saranan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam yang mahukan semua ahli Parlimen dan ADUN parti komponen Barisan Nasional (BN) menggunakan bahasa sopan ketika berbahas di Parlimen atau DUN.
Apabila membuat perbandingan memang beginilah sikap mereka. Kalau kita orang yang baik-baik tentunya kita membuat perbandingan dengan orang yang lebih baik daripada kita dan bukannya melihat kepada orang yang buruk perangainya daripada kita.
Bukankah Islam menyeru kita apabila membuat kebaikan bandingkan dengan orang yang lebih baik dari kita. Ini tidak, lihatlah perbandingan mereka:
Bung Moktar menambah, perbahasan Parlimen atau DUN di negara ini dianggap beretika berbanding negara-negara lain seperti Taiwan atau Jepun di mana terdapat insiden membaling kerusi dan bertumbuk.
Apakah kita telah lupa apa yang mereka katakan apabila Tuan Guru Nik Aziz, Shahnon Ahmad dan beberapa tokoh BA yang lain. Kalau telah lupa diperlihatkan petikan serangan salah seorang penyokong mereka iaitu A. Jalil Backer:
Kalau dikaji susur galur sejarah Islam, ternyata Nik Aziz adalah ulama (kalau boleh dianggap ulama) pertama yang berani mengeluarkan kenyataan begini. Alangkah hebatnya Nik Aziz. Nabi Muhammad pun tidak pernah bekerjasama dengan syaitan, tapi Nik Aziz dengan lantang sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk menumbangkan sebuah pimpinan Islam (Umno)
Jadi siapa yang lebih teruk akhlaknya? Antara Dr. Mahathir yang membincangkan hadis 'Ahad' dengan Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut. NIK Aziz berkata demikian ketika mengulas buku Shahnon Ahmad yang berjudul Shit. (Petikan Shit :"Haramzadah punya pemimpin! PukiMak punya pemimpin! Mentang-mentang dapat kerusi, rakyat dilupakan langsung...")
Sampai bila pemimpin Pas harus bersembunyi di sebalik jubah, serban dan imej Islamik mereka untuk mengelirukan umat Islam demi kepentingan kelompok, ideologi dan kuasa?
Yang menjadi takjub dan bertambah hairannya kita, bagaimana umat Islam boleh terkeliru dan percaya kepada pendustaan mereka ini.
Saya menyeru mereka yang benar-benar berminat tentang Islam dan politik turut membaca idea-idea Yussuf Qardawi, Isma'il al-Faruqi, Muhammad Shaltut, Dr. Mohamed Sayed Tantawi, Dr. Mahathir, Astora Jabat dan ramai lagi pemikir Islam
Beliau telah meletakkan Dr. Mahathir dan Astora Jabat setaraf dengan Dr Yussuf Qardawi. Tetapi apabila kita melihat kepada kenyataan DS Anwar Ibrahim berhubung mereka ini tentunya sungguh mengaibkan. Pak Ngah perlihatkan kembali kenyataan DSAI:
Mahathir utus ulama Umno jumpa Qardhawi
Oleh Zulkifli Mohamed
PERMATANG PAUH- 22 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengarahkan tiga orang ulama Umno menemui ulama tersohor dunia, Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi bagi menghalalkan tindakannya menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada jawatannya pada 2 September 1998.
Demikian, diberitahu oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya kepada rakyat Permatang Pauh, ketika menghadiri Program Qurban dan Majlis Ramah Mesra sempena Eidul Adha di sini. Menurut beliau, perkara itu telah dimaklumkan kepadanya oleh Dr. Yusof dalam pertemuan mereka 3 minggu lalu.
Dr Yusuf, antara sebahagian ulama dunia yang pernah mengeluarkan fatwa pendirian syariat yang menolak hukuman bersalah ke atas Anwar. Selain beliau, Dr. Shaikh Taha Jabir Al-Alwani, Pengerusi Majlis Fiqh Amerika Utara dan Kanada turut menyatakan pendirian yang sama.
Tanpa menyebut nama ketiga-tiga ulama Umno terbabit, Anwar menjelaskan pertemuan antara Dr Yusuf dan ulama Umno itu berlangsung ketika beliau masih terpenjara. Namun, misi mereka untuk mempengaruhi Dr Yusof gagal, apabila mereka membisu seribu bahasa dan termalu setelah diperdengarkan ayat-ayat Quran dan Hadis berkaitan fitnah dan Qazaf.
“Dr Yusof sendiri membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada mereka,” jelas Anwar.
Menurut Anwar, Dr Yusuf turut melahirkan kekesalan dan malu dengan sikap orang-orang agama dalam Umno yang sanggup datang bertemunya semata-mata untuk memenuhi nafsu pemimpin mereka. Malah, berasa runsing dan kecewa kerana ulama sebegini tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam Umno.
“Ulama-ulama sebeginilah yang akan merosakkan kebenaran dan kesucian Islam. Umat Islam akan rosak,” ujarnya.
Mulai esok, Anwar akan berangkat ke luar negara untuk memulakan tugasnya sebagai pensyarah jemputan di universiti-universiti terkemuka dunia, antaranya di Oxford, Howard, Georgetown dan beberapa buah universiti lain. Anwar juga ditawarkan sebagai penasihat Raja Qatar.
Benarlah kata orang tua dulu dulu, dalam menegakkan sesuatu hal biarlah yang benar dan jangan sekali menegakkan benang yang basah. Semua rakyat nampak yang benang tersebut basah dan akuilah rakyat telah arif dan faham setiap perlakuan pemerintah. Kalau yang benar rakyat akan katakan benar dan kalau yang salah, rakyat tetap katakan salah. Wassalam.
- Pak Ngah
No comments:
Post a Comment