Thursday, January 27, 2005

Isu Kohilal: PAS NSembilan Ambil Langkah Proaktif

Oleh: ROSLAN SMS

Isu kerugian pelaburan yang dikendalikan oleh Koperasi Al-Hilal Berhad ataupun KOHILAL telah seringkali dibangkitkan oleh banyak pihak terutama yang berada di dalam PAS. Koperasi yang dikatakan memiliki aset hampir RM60 juta itu dilaporkan mengalami kerugian besar apabila langkah pihak pengurusan ketika itu melabur dalam portfolio pelaburan yang mencurigakan sejak tahun 1996 akhirnya membawa kerugian besar.

Akibat dari kerugian tersebut para pelabur koperasi berkenaan kini tidak dapat menebus pelaburan mereka oleh kerana KOHILAL tidak memiliki kecairan sebagaimana dahulu.

Rata-rata para pelabur KOHILAL terdiri daripada ahli-ahli PAS dari pelbagai peringkat dan ahli lembaga pengarah KOHILAL juga terdiri dari pimpinan dan ahli-ahli PAS. Kini ianya rugi dan ahli lembaga pengarah serta pengurusan lama telah pun meletakkan jawatan namun sebilangan besar masih memegang jawatan dalam parti.

Lantaran itu ketidakpuasan hati dikalangan para pelabur tidak dapat dielakkan tambahan pula mereka yang pernah meneraju KOHILAL masih berada dalam parti akan tetapi seolah-olah tidak memiliki pertanggungjawaban terhadap kerugian yang dialami.






Dr Rosli Yaakob

DR ROSLI YAAKOP -PESURUHJAYA 

PAS NS


Lalu langkah PAS Negeri Sembilan melalui Pesuruhjayanya Dr. Rosly Yaakob yang telah mengarahkan PAS Kawasan di NS agar mengumpulkan laporan dari ahli-ahli para pelabur untuk dikemukakan kepada pengurusan dan lembaga pengarah KOHILAL adalah merupakan satu langkah proaktif yang seharusnya dipuji dan dicontohi.

Sekurang-kurangnya ahli-ahli PAS dan para pelabur menyedari bahawa isu ini tidak dipendamkan begitu sahaja dan pimpinan PAS sedang memberi perhatian serius untuk menanganinya. PAS negeri-negeri seharusnya mencontohi tindakan ini.

Diperingkat ini kesemua ahli lembaga pengarah dan pihak pengrusan KOHILAL yang terlibat perlulah diarahkan oleh parti agar melepaskan jawatan parti mereka terlebih dahulu sehinggalah isu ini diatasi. Ini bukan soal mengkambing hitamkan mana-mana pihak akan tatapi ini adalah soal prinsip dan ketelusan yang seharusnya diberi perhatian serius oleh pimpinan tertinggi PAS.

Saya percaya PAS tidak berhasrat melindungi mana-mana pihak dalam hal ini. Oleh itu perlulah PAS Pusat juga mengambil sikap proaktif, dan langkah pertama adalah mengarahkan agar satu badan penyiasat bebas segera ditubuhkan dan dalam waktu yang sama semua yang terlibat tidak kira apa juga jawatan perlulah melepaskan jawatan mereka masing-masing terlebih dahulu.

Dr. Rosli dipetik sebagai berkata dalam Malaysiakini:

PAS is in the business of telling the truth. This is what the party is all about. We dont fight for the interest of any individual but work for the
betterment of the party as a whole. I dont think, committed members or leaders
would find any fault in that.

Saya setuju 100 peratus dengan pandangan beliau dan PAS di bawah KEPIMPINAN ULAMAK juga saya yakin akan setuju 100 peratus. Kita bukan berjuang untuk kepentingan mana-mana individu akan tetapi kita berjuang untuk agenda mulia iaitu memartabatkan perjuangan ISLAM sebagaimana yang telah dipelopori oleh Rasulullah saw. Dalam perjuangan ini sudah pasti ada kesilapan dan kelemahan maka wajarlah mereka yang telah silap memikul tanggungjawabnya demi memeprtahankan imej dan nama baik parti. ALLAHUAKBAR!

- ROSLAN SMS

4 comments:

Anonymous said...

Isu kerugian besar di dalam KOHILAL mendedahkan kepincangan di dalam pengurusan dana dan kewangan PAS yang dikendalikan oleh golongan pemimpin yang malang sekali tidak menyedari dan tahu perihal selok-belok perniagaan dan kewangan yang amat perlu untuk menjayakan satu-satu program pelaburan itu. Di sini saya melihat kegagalan kepimpinan KOHILAL yang pada waktu itu dipimpin oleh Ustaz Hassan Shukri sebagai punca kepada masalah yang kini timbul.

Persoalannya ialah mengapakah tiada tindakan proaktif yang telah diambil sejak daripada berlakunya kerugian ini, apakah hanya kini jumlah kerugian yang besar ini diketahui, sedangkan sewajarnya setiap tahun penyata kewangan KOHILAL akan menyatakan jumlah keuntungan atau kerugian syarikat tersebut.

Di dalam perkara ini PAS Pusat perlulah telus dan bertindak pro-aktif serta tegas terhadap bukan sahaja ahli-ahli lembaga pengarah yang telah melakukan kesilapan; tetapi juga kepada kalangan juruaudit yang gagal mengenal pasti kepincangan dan kerugian yang telah berlaku akibat tindakan lembaga pengarah.

PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai hak semua umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawabnya kini untuk menyiasat dan memastikan hingga ke peringkat akar umbi punca kerugian besar KOHILAL di samping memastikan mereka yang bertanggungjawab memikul amanah dan beban ini; kerana ini adalah lumrah di dalam mana-mana organisasi - siapa yang membuat silap dan salah kenalah menerima hukuman dan bukanlah boleh bebas begitu sahaja.

Kegagalan PAS Pusat untuk bertindak demikian akan hanya membuktikan PAS yang selalu menuduh UMNO dan Kerajaan BN "cakap tak serupa bikin" hanyalah dua kali lima sahaja.

Haji Mat Rahman Mat Daud
Kuala Lumpur, WP

Anonymous said...

Semua ahli PAs sedar bahawa isu KOHILAL merupakan satu isu yang agak sensitif dan perlu ditangani dengan berhati-hati dan berhemah.

Penyiasatan yang rapi dan menyeluruh perlu diadakan oleh satu badan bebas yang mana ahlinya terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan dan terpilih.Hasilnya boleh dijadikan bahan rujukan dan juga sebagai benchmark untuk semua ahli KOHILAL khususnya dan PAS amnya bagi meneruskan perjuangan kerana ianya juga merupakan satu cabangan yang tak kurang pentingnya dengan politik dalam usaha kita sebagai Jemaah Islam untuk meletakkan ISLAM ditempat yang sewajarnya.

Tindakan menunding jari kepada individu-individu tertentu tanpa didahului penyiasatan yang rapi bukan lah satu tindakan yang bijak malah merugikan dan mengaibkan.Tepat lah bidalan orang tua-tua " Habis manis sepah dibuang", "Tiada gading tanduk pun berguna" dan " Marah kan nyamuk kelambu dibakar"

Dan perlu diingat bidang perniagaan terlalu luas dan berisiko malah sukar untuk diramal kan secara tepat umpama memancing dilautan luas.

Zahan @Namo37 said...

Saya lihat sejarah PAS berkembang dengan baik dari sudut ekonomi.Tetapi dari perspektif yang lain,sejarah ekonomi PAS telah menguncup setelah kejatuhan KOHILAL.Mengapa tidak diwujudkan dan diperkuatkan semula tenaga ekonomi PAS dengan menubuhkan koperasi/kedai sehenti di setiap cawangan,daerah,jajahan,negeri takluk PAS dan PAkatan Rakyat.PR tentu mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan pengurusan perniagaan yang benar-benar memiliki ruh perjuangan Islam di hadapannya.Sekiranya langkah proaktif dilakukan PAS dan PR akan lebih dihormati utk jangkamasa panjang.Apapakah sumbangan PAS kepada ekonomi negara masih lagi dipersoalkan bagi mengangkat martabat PAS dalam segenap bidang,bukan tertumpu kepada pembangunan politik semata-mata.Ayah,berubahlah untuk merubah!

Anonymous said...

KOHILAL dah bertukar namanya ... DUIT KO DAHILANG ....