Wednesday, February 16, 2005

SMS Atau Sindrom Melupakan Sejarah

SMS ATAU SINDROM MELUPAKAN SEJARAH
JADIKAN NEGARA-BANGSA CEDERA PARAH
Oleh Hang Nadim (Laman M@RHAEN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua?
Jangan tanya kenapa dah lama Hang Nadim tak bersuara. Tapi, tanya diri sendiri, dah baca ke belum interbiu Tun Mahathir Mohamad dalam Mingguan Malaysia 13 Febuari 2005? Sapalah agaknya yang miang dan kecoh-kecoh bawa mulut tempayan, kulu-kilir menjaja fitnah pasal Tun Mahathir? Kita kan bangsa beradab susila. Yang sudah, sudahlah. Pemimpin yang dah bersara, tak payah dicaci-caci lagi. Biarkan dia aman, sejahtera dan bahagia.

Kita kena ingat. Tun Mahathir pun besar jasanya pada Malaysia dan kepada kita semua. Dia buat industri kereta, ribu-ribu orang kita dapat niaga dan dapat kerja. Kalau dia tak buat, kita dok takat lama aje lah. Tercengang-cengang macam rusa masuk kampung. Tersengih-sengih bagai kera kena belacan. Nampak aja orang putih, kita tabik dan panggil dia tuan. Nampak aja orang Arab, kita panggil dia ustaz. Nampak aja orang Cina, kita terus panggil dia tokey besar. Sebab apa? Kerana minda kita minda abdi, minda kuli, minda hamba.

Mahathir

Sekurang-kurangnya Tun Mahathir dah berjaya mengikis minda kolot itu. Beliau berjaya merobah otak kita jadi pintar, cergas, cerdas, par excellence. Tapi, bila dah pintar, cergas, cerdas par excellence, bukannya kita nak berentap dengan orang putih atau orang-orang lain yang dulu kita anggap sebagai besar, mulia dan kaya. Kita pulak berentap sama sendiri. Kita kutuk sama sendiri. Kita maki hamun sama sendiri. Kita berkepak dalam kandang kita sendiri. Tun Mahathir mahu kita jadi global players, tapi kita jadi jaguh kampung. Adakah ini salah ibu mengandung atau salah kita, bila dah pandai, bila dah bijak, bila dah kaya, kita hanya bermegah sesama kita?

Oleh itu, sedar-sedarlah sikit. Kalau orang Singapura boleh hormat Lee Kuan Yew sampai dia tua bangka dan bongkok macam sabut, apa salahnya orang Malaysia hormat pada Tun Mahathir sepanjang hayatnya? Kalau orang Singapura boleh lantik Lee Kuan Yew sebagai penasihat PAP, dosakah atau hinakah kalau UMNO lantik Tun Mahathir sebagai penasihatnya? Kalau orang Singapura boleh dilantik Lee Kuan Yew sebagai penasihat kepada beberapa pelaburan strategik negara, jatuhkah maruah Pak Lah kalau Tun Mahathir terus menjadi penasihat Proton, penasihat Petronas dan lain-lainnya?

Tun Mahathir tokoh yang dihormati di seluruh dunia. Pemandu teksi kat London puji beliau. Penjual jubah kat Madinah sanjung beliau. Orang New York kenal dia. Orang Indonesia gelar dia Sukarno Kecil. Orang Tiongkok meminjam banyak buah fikirannya. Orang Jepang tak puas-puas menuai pemikiran beliau yang proaktif dan pragmatik. Orang Amerika Selatan terpukau dengan kepintarannya. Beberapa pemimpin Afrika jadikan dia tempat rujukan. Tapi kita? Kita caci Tun Mahathir habis-habisan macam esok dunia ni dah nak kiamat. Kita perhinakan Tun Mahathir macam kita ni orang tak ada tamadun, budaya, adab dan susila. Insaflah. Malaysia sebuah negara yang muda. Bangsa Malaysia juga tengah berjuang mengukir nama yang cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia.

Kalau gitu, mestikah kita terus-terusan mewarisi mentaliti generasi dua batu? Kalau gitu, mestikah kita mewarisi sifat haloba Abu Lahab? Kalau gitu, adakah mesti kita jadi iblis macam Abu Dajal? Kalau gitu, mestikah kita tak sudah-sudah berlagak macam Pak Kadok? Kalau gitu, mahukah kita terus mondar-mandir macam Pak Pandir? Kalau gitu, mahu kita terus jadi pencacai macam si Luncai? Kalau gitu, mahukah kita melihat negara dan bangsa ini hancur dan musnah kerana yang penting kepada kita hanya diri kita, bukannya negara-bangsa kita? Kalau gitu, jahanamlah kita semua. Teruskanlah kita caci, maki, hamun, sumpah, seranah, tohmah dan fitnahkan Tun Mahathir sepanjang hayatnya. Moga-moga kita semua puas hati dan negara-bangsa ini cepatlah meredum ke tahap pada kedana par excellence, dan anak cucu kita kembali merempat di negaranya sendiri.

Rasuah

Bagaimanapun Yang Empunya Cerita (YEC) yakin, sebilangan kita semua tak akan tergamak bertindak macam barbarians terhadap pemimpin-pemimpin kita. Baik atau buruk, kita kenalah hormati mereka. Tapi, kalau yang rasuah besar, kenalah kita sumbu mereka habis-habisan. Siapakah mereka yang rasuah besar? YEC rasa kita semua pun tau. Orang macam ni, kata YEC, bukan aja rasuah. Macam-macam lagi yang kotor pun dia orang hentam, sebat, pulun, hayun dan balun. Nak tau kisah selanjutnya mengenai hentam, sebat, pulun, hayun dan balun ini, YEC rekomen anda cuba-cubalah tanya pada MB Perlis, TYT Melaka, Menteri jaga Parlimen di JPM, KM Melaka, MB Johor, Menteri budak-budak dan main-main, Menteri tadika, Menteri KL-Putrajaya-Labuan, Menteri MIMOS dan kuncu-kuncunya.

Puak rasuah dan songsang ni langsung tak takut dan tak hormat pada Pak Lah. PM nak hapus rasuah, dia orang belasah rasuah besar-besaran. Itu pun orang yang kata. Betul ke tidak, YEC kurang pasti. Yang YEC pasti, banyak orang bercerita mengenainya. Pak Lah nak tegak Islam Hadhori, dia orang pulak nak tegakkan masyarakat joli. Ada lubang, dia orang tereh. Ada peluang, dia orang sapu. Ada kesempatan, dia orang balun. Orang lain punya rezeki, dia orang habis pulun! YEC dapat tau, yang di keliling Pak Lah pun ada yang kaki kebas, kaki balun, kaki sebat, kaki rembat, kaki balun dan kaki tereh. YEC dapat tau, satu lagi kumpulan yang bernama Pakeda ke Pakkedah pun dah mula tunjuk belang. Lagak macam mafia. Silap sikit, jual nama Pak Lah. Silap sikit, jual nama Pak Lah! Apa boleh buat? Macam-macam ada!!!! Apa kita nak buat? Kita serahlah pada Pak Lah!! Apa kita nak buat? Entahlah!!! Lantaklah!! Biarlah!!! Nasiblah!!! Pak Lah! Pak Lah! Kami rakyat biasa. Kami hanya mampu memerhati dan berdoa semoga segala-galanya akan kembali ke jalan yang benar.

Khairy

Tapi, yang teruk sekali adalah pasal Khairy. YEC dapat tau, sekarang ni, nak hidup dalam politik, kena sembah Khairy. Nak dapat tender besar, kena bodek Khairy. Sesetenga-setengah projek besar pulak, Khairy yang belasah. Ada peluang niaga, Khairy yang bedal. Apa saja, semua Khairy. Masuk jamban, ada nama Khairy kat tembok-tembok. Masuk opis kerajaan, opisboi pun mengumpat pasal Khairy. Dalam hal ini, YEC ada terjumpa satu orang besar. Dia pun hot dengan Khairy. Tak tentu pasal, dia meletup. Kata orang besar tersebut, semua Khairy, semua Khairy. Pemuda UMNO, Khairy. Menteri-menteri, Khairy. Kalimutu NST, Khairy. Annuar Zaini Bernama, Khairy. Tan Sri Zaini JKR, Khairy. MOF, Khairy. Eh. Apa dah jadi? Sapa perintah Malaysia? Pak Lah perintah, ke Khairy perintah?

YEC menggigil dengar cetusan orang besar macam tu. Tapi, YEC tanya pada orang besar tu, apa kita boleh buat? Sabo ajelah!! Kata orang besar tu, awak pegilah ngadu kat Pak Lah. YEC jawab, saya orang kecil, tuan orang besar. Kenapa saya yang kena ngadap Pak Lah. Orang besar tu terdiam. Jadi, YEC pun kata lagi, biarkanlah lingkup. Orang besar itu setuju. Jadi, kalau semua orang ambil sikap macam YEC dan orang besar dalam cerita ni, sampai bila Pak Lah nak tau kisah sebenarnya? Sapa yang berani mengadu pasal Khairy kepada Pak Lah? Siapa?

Ooopppsss!!! Sekali lagi YEC terbabas pasal Pak Lah dan Khairy. Entah pasal apa, asal cerita pasal Pak Lah dan Khairy YEC susah nak berenti. Sori, sori, sori. Jom, lah ni kita balik kat cerita Tun Mahathir. YEC fikir punya fakir, puak-puak yang dok tereh Tun Mahathir dengan macam-macam songel lah ni, tentu puak yang kena rasuk SMS. Lah… Bukan!!! Bukannya SMS untuk undi peserta Akademi Fantasia!! SMS ni singkatan kepada perkataan Sindrom Melupakan Sejarah atau Historical Amnesia Snydrome. Ehhhh. Ini berat punya cerita. Apa? Anda ingat YEC kolot sangat ke sampai tak boleh nak cerita pasal Historical Amnesia Syndrome atau SMS?

Ok. Ok. Orang yang dok balun Tun Mahathir adalah puak dijangkiti SMS. Bila seseorang tu dan kena rasuk dek SMS, dia jadi kemamai, meroyan, gembelong, melelong, gila. Dia jadi gitu kerana dia tak tau dia tu bangsa apa, agama apa, dan warganegara mana. Dia tak tau yang orang hidup ada adab, ada adat, ada tertib, ada etika, ada susila, ada peraturan, ada undang-undang. Dia main hentam sakan. Ikut selera dia, ikut nafsu dia, ikut agenda, ikut strategi dia, ikut niat dia aja. Orang SMS ni, dia fikir diri dia aja. Orang lain tak penting. Soal agama, tak penting. Soal bangsa, tak penting. Soal negara, tak penting. Soal maruah tak penting. Yang penting, dia dan dunianya yang sempit, dunia orang kena rasok SMS, dunia orang kena rasok polong first class par excellence.

SMS

YEC tau pasal cerita SMS ni dari Abang Ron. Di akhir-akhir tahun 90-an, Abang Ron punya topik kegemaran bila ceramah di kampus-kampus adalah SMS atau Sindrom Melupakan Sejarah. Kata Abang Ron, kalau nak faham soal SMS ni, ikutilah episod Mac Gyver, spy Amerika yang serba boleh. Satu hari, spy tu menjalankan misi bahaya untuk negaranya. Dia cuai, lalu dia pun tiba-tiba terjatuh dan kepalanya terhantuk ke batu. Dia tak parah. Tapi, dia hilang ingatan. Penyakit hilang ingatan tu namanya Amnesia Syndrome. Dalam Bahasa Malaysia dipanggil Sindrom Lupa. Dalam hal perjuangan, manusia yang lupa sejarah dipanggil manusia yang dijangkiti SMS atau Sindrom Melupakan Sejarah.

Alamak. Apa hal YEC nak lecture pasal SMS pulak? Cukuplah. Ok. Ok. Cukup. Tapi, tolonglah. YEC benci pada SMS, macam orang Iraq benci Bush, atau macam orang Malaysia bencikan AIDS dan denggi. Oleh itu, kita pakat-pakatlah rentikan kerja gila memperkecil-kecilkan Tun Mahathir. Cukuplah dengan label Mahafiraun, Mahazalim dan Mahanajis. Cukuplah. Cuba kita tengok pada Shahnon Ahmad, sasterawan negara yang merapu pasal najis dan bagai-bagainya untuk mengutuk Tun Mahathir. Mana dia sekarang? Uzur dan sudah dilupakan? Cuba kita imbas kembali kisah seorang pemimpin pembangkang di Kelantan yang menuduh kononnya Tun Mahathir menonton video lucah bersama cucu-cucunya. Mana dia sekarang? Allahyarham? (Moga-moga Tun Mahathir telah memaafkan beliau!). Cuba kita imbas keimbali kisah Mat Sabu. Satu masa dulu dia top dengan kisah uuuk-uuuk-uuuukkkk untuk kutuk Tun Mahathir. Cuba tanya Mat Sabu, sapa yang pernah bimbing dia belajar matematik, bahasa inggeris dan sains? Bukankah manusia tu bernama Mahathir? Cuba tanya Mat Sabu, waktu dia sakit campak, sapa yang pernah mengobatinya? Bukankah manusia uuuk-uuuuk-uuuuuuk bernama Mahathir yang mengobati dia? Tapi, kalau katalah Mat Sabu dah dijangkiti SMS, kita yang waras ni jangan pulak nak jadi macam Mat Sabu. Oleh itu, kalau kita nak marah kat Tun Mahathir, marahlah secara beradab dan bersusila. Berpada-padalah. Jangan sampai fitnah yang bukan-bukan. Jangan sampai cakap kononnya kita tak puas sebelum Tun Mahathir disumbatkan ke jail. YEC tau, tentunya YEC akan kena godam oleh warga reformasi bila YEC berceloteh pasal Tun Mahathir kali ini. Tapi, apa nak buat? Nak godam, godamlah. Arwah bapak YEC telah mendidik YEC - yang benar, katakanlah benar. Yang salah, katakanlah salah. Berani kerana benar. Takut kerana salah.

Ejen Singapura

Sekarang, kita balik ke cerita YEC pasal Malaysia. YEC dapat tau, kononnya sekarang ini ada kelompok manusia Malaysia yang berkomplot dengan media asing untuk menelanjangkan Tun Mahathir. Sebab itulah yang bukan-bukan pasal Tun Mahathir keluar dalam suratkabar asing. Part yang ni, Tun Mahathir tak hairan. Yang kita semua kena hairan ialah, kelompok manusia berkenaan kononnya berada dalam kalangan yang rapat dengan Pak Lah. YEC tengah korek lagi cerita ni. YEC juga dapat tau kononnya sekelompok manusia ni pun rapat dengan kumpulan pelobi yahudi di Amerika. Jadi, mungkinkah setengah-setengah ahli kumpulan ni juga rapat dengan CIA, Mossad atau spy mata sepet di selatan Selat Teberau? Yang ni YEC belum pasti. Tetapi, banyak pihak yakin, salah seorang daripada manusia yang rapat dengan Pak Lah, adalah ejen temasik! Siapa? Nanti YEC korek dalam-dalam lagi. Ini soal bahaya. Ini soal musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam. Waduh!!!!!!!

Nampak gayanya, di zaman Pak Lah ni macam-macam ada. Ejen Singapura ada. Ejen Yahudi ada. Ejen Amerika ada. YEC dapat tau, ini kerana Pak Lah kononnya percaya sangat dengan nasihat kelompok SMS, iaitu kelompok yang rela jadi kuda tunggangan kuasa asing, dan kelompok yang mungkin gila harta dan mabuk kuasa, mau jadi kaya raya dengan sekelip mata. Golongan SMS seperti ni bahaya pada kita semua. Kalau mereka berkuasa, habis digadaikan negara, bangsa dan agama kita. Di warong kopi Hotel Concord pun soal SMS dan ejen-ejen ni dah mula dibicarakan secara serius. Syabas!

Mudah-mudahanlah banyak lagi pihak mahu ceng-congkan soal SMS ni kerana di zaman neo-imperialisme seperti sekarang, minat kuasa asing terhadap negara membangun seperti Malaysia adalah meningkat. Silap haribulan, kita lebur. Silap cai, kita musnah. Silap cakap, kita tergadai. YEC rasa kita semua tak rela dengan keadaan seperti ni berlaku. Kalau tak rela, waspadalah selalu. Sensitiflah selalu. Dan, ikhlaslah selalu dalam perjuangan kita.

Kali ini memang YEC akan menutup celoteh ini dengan gurindam. Macam biasa. Tapi, sebelum tu, YEC nak ingatkan diri sendiri dan semua peminat lamanweb ini, bahawa Malaysia kini macam telur di hujung tanduk. Pelabur katanya makin kurang, keyakinan antarabangsa katanya kian merosot, rasuah nampaknya menjadi-jadi, penyelewengan kuasa berleluasa, dan kemunafikan tindak-tanduk sesetengah pemimpin semakin jelas dan menjolok mata. Dalam keadaan macam ni, YEC harap kita murnikan dan rasionalkanlah kembali naluri, jiwa, sanubari dan nawaitu kita supaya perjuangan kita juga sentiasa diberkati dan direstui Allah SWT.

Akhir kata, renungkanlah Gurindam Pasal Yang Pertama nukilan Raja Ali Haji, cucu-cicit Hang Nadim, Panglima Bentan, seperti berikut:

Barang siapa tiada memegang agama
segala-gala tiada boleh dibilangkan nama.

Barang siapa mengenal yang empat
maka yaitulah orang yang ma’rifat.

Barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada menyalah.

Barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal Tuhan yang bahri.

Barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terpedaya.

Barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat.


Mudah-mudahan kita sentiasa berpegang kepada agama dan mengenal yang empat – iaitu Allah, diri, dunia dan akhirat. Kalau kita boleh fahami intisari gurindam ini, pastinya kita tak jadi generasi SMS yang boleh meruntuhkan negara-bangsa yang tercinta.

HANG NADIM - 16.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

6 comments:

Anonymous said...

Masih ada lagi Hang Nadim moden yang mempertahankan TKT Mahathir yang secara terang-terangan menghina Al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW. Saudara Hang Nadim cubalah baca balik kenyataan yang pernah diucapkan oleh TKT Mahathir sewaktu masih memegang tampuk kekusaan sbg PM. Semuanya telah terbukti secara terang lagi bersuluh. Tak payahlah saudara jadi pembela TKT. Seluruh alam sudah tahu perangai TKT tu. Tidak dinafikan ada juga kebaikkan TKT tapi byk yg lebih buruk & kesannya pada sejarah Malaysia & dunia.

Anonymous said...

Sejarah jadilah iktibar. Yang baik kita sanjung, yang buruk kita simpan bukannya lupa. Kita percaya segala-gala dipertimbangkan oleh ALLAH di Hari Pembalasan nanti. Apa yang penting, keadaan semasa yang sedang berlaku di Malaysia. Kita laung KERANAMU MALAYSIA tapi apa yang Pemimpin lakukan untuk negara. Semuanya kerana WANG. Rakyat miskin sebab tiada WANG. Rasuah kerana WANG. WANG memang perlu tapi sama ada HALAL atau HARAM. Inilah satu kesedaran yang perlu diterapkan kepada masyarakat tidak kiralah Hadhari atau tidak. Harap penulis pasa masa akan datang membincangkan keadaan semasa dan kesedaran rakyat. Insyallah.

Anonymous said...

Anak lelaki Kutty ini tetap pariyah nombor satu diMalaysia ini,jasa hanya sedikit tapi memboros harta rakyat berbilion dan hutang lapuk yang tak terbalas dengan jasanya yang sekelumit dan merosakkan. Malah menyeleweng wang rakyat Malaysia ! Angkara siapa Perwaja ? Putarjaya berapa ongkosnya ? Bukalah mata dan janganlah menegak benang basah keling ini!

Anonymous said...

tanpa Tun melayu masih blh buka minda? sape nak buka minda hang? hang?

Anonymous said...

bagi saya dia punya jasa mmg banayk. tapi bila pk balik apasal dia suka snagat projek juta2. harta rakyat. duit minyak, duit rakyat dia tak leh ambik terang2, org namapk, buat projek,buat projek tu dan projek ni. harga projek 10 juta, dia kata 50 juta. org nampak jugak. tak per, kita bgf anak beranak / kroni projek, pusing sana pusing cni masuk dia jugak. berjasa dan merompak pada masa sama.

Anonymous said...

dia memperguna org melayu punya kelemahan. orang melayu mudah kenag jasa. dia bagi kita jalan sampai depan rumah kita suka tapi dr jalan yng dia bagi tu, dia rompak kita balik, pendek kata apa yang kita dok agungkan dia buat tu, sebenarnya dia dah rompak banyak dah,