Tuesday, February 01, 2005

Isu Mercedes: Hati Ku Sangat Hiba

Oleh Ahem

Membaca artikel “Kerajaan Kelantan Akan Membeli 8 Buah Mercedes Lagi?” membuatkan hati saya sangat hiba terhadap segala tuduhan yang telah dilemparkan. Sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan Islam ini dipenuhi dengan ujian-ujian. Teringat ayat Al-Quran yang mafhumnya:

"Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan KEDENGKIAN dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS 59:10)

Marilah kita cuba berfikir dengan fikiran yang terbuka terhadap isu ini. Sebagai orang yang hendak mendaulatkan Islam, bila berlaku sebarang perselisihan faham tentang sesuatu, marilah kita kembali kepada Al-Quran, Al-Hadis dan sunnah Rasulullah untuk menyelesaikan isu ini.

Marilah kita berbaik sangka sesama Islam

Marilah kita cuba melihat isu ini dalam suasana persaudaraan dalam Islam. Janganlah sampai kita mengkritik seseorang Islam dengan kritikan yang seolah-olah saudara seIslam kita ini musuh kita. Di dalam Islam, hubungan minimum antara saudara seIslam adalah berbaik sangka dan maksimumnya adalah mengutamakan saudara seIslam kita lebih daripada diri kita. Ada satu kisah pada zaman Rasulullah yang diceritakan dalam satu hadis yang mafhumnya:

Di suatu hari Nabi sedang duduk di Masjid bersama para sahabatnya. Tiba-tiba Nabi berseru, "akan datang penghuni syurga." Serentak para sahabat memandang ke arah pintu. Ternyata datanglah seorang sahabat yang memberi salam pada majlis Nabi lalu shalat.

Keesokan harinya lagi, pada situasi yang sama, Rasul berseru, "Akan datang penghuni syurga." Tiba-tiba hadir dari arah pintu sahabat yang kemaren juga digelari Rasul penghuni syurga.

Selepas bubarnya majlis Nabi, seorang sahabat mengejar "penghuni syurga" tersebut. Ia berkata, "maafkan saya wahai saudaraku. Aku bertengkar dengan keluargaku bolehkah aku barang satu-dua hari menginap di rumahmu?"

"Penghuni syurga" ini lalu berkata, "baiklah..." Satu hari berlalu, dua hari berlalu dan tiga hari pun berlalu. Akhirnya sahabat ini tak tahan dan berkata pada "penghuni syurga". "Wahai saudaraku sebenarnya aku telah berbohong padamu. Aku tak bertengkar dengan keluargaku. Aku bermalam di rumahmu untuk melihat apa amalanmu kerana aku mendengar Rasul menyebutmu penghuni syurga. Tapi setelah aku perhatikan amalan mu sama dengan apa yang aku kerjakan. Aku jadi tak mengerti....."

"Penghuni syurga" itu menjawab, "maafkan aku, memang inilah aku! Ibadah yang aku jalankan tidak kurang- tidak lebih sebagaimana yang engkau saksikan selama tiga hari ini. Aku tak tahu mengapa Rasul menyebutku "penghuni syurga".

Sahabat itu lalu pergi meninggalkan "penghuni syurga". Tiba-tiba "penghuni syurga" itu memanggil sahabat tersebut. "Saudaraku, aku jadi teringat sesuatu. Aku tak pernah dengki pada sesama Muslim. Mungkin ini......"

Sahabat tersebut langsung berseru, "ini dia yang membedakan engkau dengan kami. Ini dia rahasianya mengapa Rasul menyebutmu penghuni syurga. Ini yang tak dapat kami lakukan."

Subhanallah….. cukup besar ganjaran orang yang berbaik sangka ini.

Adakah Salah Membeli Mercedes?

Untuk memulakan perbincangan ini, marilah kita melihat isu ini dari pandangan atau neraca Islam/Syarak. Kita kena mengambil neraca Islam/Syarak dalam menentukan sesuatu itu boleh atau tidak. Jika Islam/Syarak kata boleh, maka kita kena kata boleh walaupun dari segi peribadi kita rasa tidak boleh. Jika Islam/Syarak kata tidak boleh, kita kena kata tidak boleh walaupun secara peribadi kita rasa boleh. Jika kita ambil neraca selain dari neraca Islam/Syarak, maka kita akan tersesat.

Dari segi hukum

Dalam Islam hukum yang ada adalah Haram, Makruh, Harus, Sunat dan Wajib. Dari segi dasar umum hukum, segala sesuatu adalah harus kecuali yang telah diharamkan oleh Allah. Jadi, apakah yang akan menyebabkan membeli Merc ini haram?

  • Dari segi duit yang digunakan, ia bukan duit zakat dan tidak tertakluk kepada pembahagian zakat. Duit yang digunakan adalah duit cukai dan cukai adalah daripada Undang-undang yang dibuat oleh manusia yang dibenarkan oleh Islam. Pengagihannya juga tidak tertakluk pada pengagihan zakat. Pada pendapat saya, Exco yang dilantik oleh TG Nik Aziz adalah mantap dan majoritinya tidak ada kepentingan peribadi dan berupaya membuat keputusan yang berkesan. Dan perlu diingat, TG Nik Aziz sendiri adalah Ketua Exco dan keputusan yang beliau buat saya yakin InsyaAllah mengikut Islam/Syarak.
  • Dari segi pembaziran, saya rasa jika dinisbahkan dengan keseluruhan peruntukan, peruntukan untuk membeli Merc ini adalah terlalu kecil. Dan satu perkara yang perlu dilihat adalah Merc yang dibeli adalah yang terpakai dan bukan baru. Dari segi penyelenggaraan, Merc adalah antara kereta yang tahan lasak dan jarang rosak jika dijaga dengan betul. Saya berpendapat, Merc adalah sesuai untuk digunakan di Kelantan kerana secara geografinya, Kelantan adalah sebuah negeri yang besar dan Merc adalah kereta yang sesuai untuk digunakan untuk mengurangkan keletihan jika ahli Exco perlu untuk bertugas di kawasan pedalaman. Dengan itu ahli Exco akan dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang ingin dilakukan.
  • Merc yang dibeli adalah tetap asset kerajaan negeri dan bukan diberi kepada ahli Exco.
Jadi setakat ini saya tidak merasakan yang membeli ini mempunyai masalah dari segi Syarak.

Dari Segi Kezuhudan

Zuhud ini tidak boleh diukur oleh seseorang seperti mana dari segi hukum di atas. Zuhud terletak di hati dan berbeza antara seseorang dengan yang lain. Sebagai seorang Islam kita mesti berbaik sangka dan tidak boleh menghukum seseorang itu tidak Zuhud.

Untuk membincangkan perkara ini, marilah kita melihat hadis di bawah yang mafhumnya:

Dari Abul Abbas, Sahel bin Sa'ad as-Sa'idi RA berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah aku suatu amalan, jika aku kerjakannya, nescaya aku dicintai Allah, dan dicintai orang ramai". Bersabda Rasullulah SAW, "Berlaku zuhudlah di dunia, nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah kepada pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai orang ramai" – Hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang hasan

"Zuhud di dunia itu bukanlah dengan mengharamkan yang halal atau mensia-siakan harta. Tetapi zuhud di dunia yang sebenarnya, ialah jangan sampai anda merasakan apa yang ada di dalam tanganmu itu lebih utama dari apa yang ada di tangan Allah"


Secara umumnya zuhud bukan membuang dunia tetapi mengambil dunia kesemuanya tetapi dalam masa yang sama tidak meletakkan dunia di dalam hati. Kita lihat Abdul Rahman Al Auf, seorang Sahabat Rasulullah, merupakan seorang yang kaya dan mempunyai harta yang banyak. Tetapi beliau tidak mencintai harta kepunyaan beliau yang mana sanggup membelanjakan hartanya yang banyak untuk keperluan Islam.

Adakah dengan menggunakan Merc seseorang itu dianggap tidak zuhud? Kita lihat Rasulullah pernah menggunakan pedang Zul-Fiqar yang bertatahkan permata. Kita lihat Rasulullah pernah memakai pakaian yang cukup bagus sehinggakan Abdul Rahman Al Auf yang kaya tu pun mengagumi pakaian Rasulullah. Rasulullah juga mempunyai beberapa unta yang baik-baik. Bagaimana pula dengan hadis beliau yang mafhumnya:

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Jadi kenderaan yang bagus ini disebut sendiri oleh Rasulullah. Walaupun begitu, Rasulullah adalah orang yang tersangat Zuhud. Beliau tidak mencintai harta beliau ini dan banyak yang beliau belanjakan kepada Islam sehinggakan pernah tiada makanan di rumah Rasulullah kerana habis dibelanjakan kepada Islam.

Oleh itu Merc tidak boleh mengukur atau menentukan kezuhudan seseorang.

Kesimpulan

Daripada fakta di atas, saya rasa tidak ada salahnya pembelian Merc ini. Saya yakin ahli Exco Kelantan yang dipilih oleh TG Nik Aziz mempunyai kredibiliti untuk membuat keputusan yang tidak mempunyai kepentingan diri. Jika mereka mempunyai kepentingan diri, lebih baik mereka melompat ke Umno yang boleh memberi berjuta Ringgit dan membentuk kerajaan BN.

Bagi pengkritik, saya berpendapat kritikan adalah penting untuk membina parti yang kuat. Tetapi ia mempunyai adab-adab yang perlu diikut. Kritikan mestilah membina dan tidak menimbulkan fitnah kepada parti. Jangan sampai kritikan kita akan menyebabkan ramai orang memandang negatif kepada parti dan seterusnya menjatuhkan parti. Jangan sampai kita membina budaya memburuk sangka sesama kita dan seterusnya menjatuhkan diri kita sendiri. Jika kita tidak puas hati dengan individu tertentu, jangan kritik individu tersebut secara terbuka, tetapi terus dikemukakan pada pimpinan parti untuk mengelakkan fitnah kepada parti. Jangan sampai kita menjadi agent yang menjatuhkan parti.

Semoga Allah memberi kita semua hidayahnya dan diampunkan segala dosa kita.

Wallau A’lam

Ahem

ahem0209@yahoo.com

6 comments:

Anonymous said...

yaang haram haram laa,yang halal tu halal laa ,aper nak halalkan yang haram,kan tu satu kemudahan ,takkan nak naik kuda naik unta zaman sekarang ni ,mana laa kuat tuan guru nik aziz tu nak naik kuda ngan unta ke sana sini ,

Anonymous said...

Bukan soal naik Unta tapi soal kos. Kalau P.Perdana pun dah kira ok dan kos lebih rendah berbanding Merc.Jadi aset kjaan juga. Hebat kat Kelantan ialah banyak taxi adalah Merc. Aku naik sejak kecik lagi Merc kat kelantan. So, sapa kata Kelantan" miskin"? Hidup Tok Guru!!!

Anonymous said...

komen saya pasal bila kena tak orang demo, semua ok belaka. carilah macam-macam hadith nak justify. tapi bila orang umno buat, semua salah. sebenarnya sdr. ni terlalu fanatik pada parti, otak tak terbuka. orang awak aje yang betul. orang lain semua salah. nilah sebabnya rakyat dah benci dan meluat dengan pas. ketua, bila ada peluang bantai habislah. rakyat selalu diulang-ulangi pasal pengorbanan, tapi ketua dok senang lenang. le ni nik aziz dah tak larat. sakit. mana boleh buat kerja. kepala selalu pening. tapi sebagai ketua kerajaan, semua keputusan perlu rujuk kepadanya. kalau Mahathir dulu, riuh suruh letak jawatan.Takkah gentleman Mahathir letak jawatan ketika namanya sedang harum? Open you mind. Don't be too fanatic. Then you know the real world outside there. REALTISTIS.

Anonymous said...

Ello sedara.. ni bukan masalah kena kat sapa-sapa. Benda ni simple, depa ada duit dan bukan dari sumber haram dan nak beli kreta Merc. APA MASALAH..? Akhbar Jumud yang lebih-lebih. Tu.. yg BN bagi lesen Pusat Judi, Disco, Kilang Arak. Tu memang benda salah. Bukan PAS kata... ISLAM yang kata. Guna ayat Al-Quran & Hadith.. tak salah. UMNO cari la ayat Al Quran & Hadith yg membenarkan Judi & Arak kalau ada.. Mai tunjuk kat kami. Kita hidup memang kena berpandukan Al-Quran dan Hadith, Bukan Hawa Nafsu.
Bila ikut hawa nafsu, tu yang Haram jadi Halal dan Halal jadi Haram Yang tu pun hang BODO ka..? Mengaji skolah mana..? Sorry.. kami tak Fanatik Parti... UMNO & BN yang Fanatik, Pemimpin jahil agama pun hangpa pilih jadi pemimpin. Mula-mula jadi pemimpin tunjuk alim dulu (jadi Imam, baca Khutbah) dah sekarang rasmi pesta nyanyian, bercampoq laki pompuan..
abih la jahanam...

Anonymous said...

Someone said
"Takkah gentleman Mahathir letak jawatan ketika namanya sedang harum? Open you mind. Don't be too fanatic. Then you know the real world outside there. REALTISTIS"

1. Mahathir Step Down masa nama tengah harum..? What A JOKE...! You smell shit and you said Shit smell good! How stupid.. please re-wake up (if you thought you're already awake) and smell that shit again (either your own shit or Mahathir shit.. up to you..).
Nama Mahathir dah terlalu busuk untuk keep on going as P.M. Hang buleh kata wangi..? Ha.. ha.. haa.!

2. Nak suruh orang open mind and dont be too fanatic..? Siapa yang fanatic..? Penyokong PAS atau UMNO?. Orang PAS fanatic Islam bukan pemimpin sebab tu bila Datuk Asri (Bekas Presiden PAS) keluar parti atau Nakhaie Ahmad keluar parti orang tak ikut. Fanatic Islam tak salah. Ayat Fanatic / Fundamentalis / Militant dan ayat-ayat Extreme yang lain hanyalah ayat yang mengundang ketakutan orang pada Islam, dan itulah dakyah Yahudi. Penyokong UMNO lagi teruk, Fanatic pemimpin...
Pemimpin terang2 buat benda HARAM sokong semacam. Itulah dipanggil JUMUD.

3. You said again "Then you know the real world outside there. REALTISTIS". Realistis..? Do you really know what is that mean..? Hangpa yang duduk bawah tempurung sebenarnya. Lemme tell you what is really happen outside there in this world. Dunia sekarang sedang menuju kehancuran akibat perbuatan tangan manusia sendiri. Perang. Bunuh. Rogol. Cabul. Rompak. Ragut. dan macam-macam lagi.. sebab apa..? Manusia jadi semakin materialistik sebab apa..? Jadi jahat yang tiada batasan sebab apa..? Sebab mereka tak percaya tuhan! Sebab mereka lupa bila mereka mati, mereka kena jawab akan perbuatan mereka di depan tuhan. Mereka orang2 yang tak percaya tuhan lebih percaya kepada theory of evolution "DARWIN" tulis undang2 sendiri menggantikan Undang2 tuhan. Dan orang2 macam BN & UMNO ambil pakai undang2 tu. Maknanya sama saja BN & UMNO dgn DARWINIST/EVOLUTIONIST. Antara orang2 yang taksub dgn teori DARWIN ialah Hitler, Lenin, Stalin, Karl Marx, Engel, Trotsky, Mousollini, Franco, Mao Tse Dong, Pol Pot, Mustafa Kamal Attartuk.. ni lah orang yang sebenarnya menjahanamkan dunia yang membunuh 1 pertiga penduduk dunia pada perang dunia 1 & 2 dan undang2 mereka yang di banggakan..? HAH mampus jugak macam mereka... Realitinya, Dunia barat mula memandang pada Islam dan dunia kita mula meninggalkan Islam.
ISLAM THE FASTEST GROWING RELIGION sekarang ni di Amerika, France German, Itali dan lain-lain. BIla orang barat sedar hidup perlu pedoman sebab itu mereka mencari tuhan dan orang kat Malaysia kononnya nak maju macam barat pakat ramai2 lupa agama.

Anonymous said...

emm...keterangan byk kekeliruan...
"Kita lihat Rasulullah pernah menggunakan pedang Zul-Fiqar yang bertatahkan permata. Kita lihat Rasulullah pernah memakai pakaian yang cukup bagus sehinggakan Abdul Rahman Al Auf yang kaya tu pun mengagumi pakaian Rasulullah." alahai...bile mase 'kita tgk' Rasulullah buat semua tu...perkataan biar betul kalau tak jgn ngaku melayu. Lagi...selalu ada perkataan 'rasa' maknanya u sendiri pun tak pasti tapi nak jugak buat kenyataan.dan yang lagi menarik..."TAK PUAS HATI DENGAN INDIVIDU TERTENTU, JGN KRITIK INDIVIDU ITU SECARA TERBUKA...." ape ni..???bahasa apa yg ko pakai ni...tulis tak serupa bikin? tak sedar diri ker..kutuk mahathir siap mencarut lagi SECARA TERBUKA, boleh..??usik PAS sikit melenting..kalau betul ikut ajaran Islam...kene la bersabar...betul kata sedara kat atas tu...semuanya PAS yang betul...UMNO semua salah..saya tak sebelah mana2 parti sebab naik menyampah tgk gelagat you all..biasanye org atas tak apa2..anak2 buah yg melebih2...nak beli merc utk exco PAS..? tak salah kalau betul sumber duitnya lg pun itu bukan hak individu..hak parti/kerajaan negeri,tapi kenape perlu Merc? sebab kelantan tu teruk sgt jalannye? sebab terlalu jauh nak sampai pendalaman? jgn jadikan alasan, kalau betul nak yg lasak..beli la Storm ker...tapi kalau setakat wira/waja/perdana pun mantap, apa masalahnye? bukan nak kate ape,sya dok KL, keje tiap2 bulan jelajah kelantan sampai pedalaman, tapi pakai KENARI jer..!!! takde hal pun, tak plak rosak,sebab tu sya kate 'jgn cari alasan'. Dan, betul jugak kate sedara kat atas tu, mmg Pas selalu nampak die saja betul. Kalau betul nak jadikan kelantan tu negeri Islam, biar buat bebetul.Saya sokong masa solat jumaat premis makanan tutup, bulan puasa plak buka kul 3 ptg, pekerja wanita pakai lengan panjang,tak boleh balik lewat dr kul 10 mlm,tapi kenape tak ada kuat kuasa wanita wajib bertudung?? selalu di kota bahru, bersepah wanita Islam tak pakai tudung, pakai baju sendat sampai nampak punggung, jalan bekepit.Tgk dekat airpot kb, malam2 berdua2 dlm kereta kat kaw. gelap..? ape nie??.Sikap pengotor lagi teruk..Islam tak ajar kite jadi pengotor.Premis makanan kotor, lantai tak bersapu, lepas berniaga di pasar,sampah biar berlonggok.Wanita byk berniaga cari rezeki, lelaki dok kedai kopi? Islam ajar supaya suami cari nafkah,WAJIB bang..betulkan dulu keadaan di kelantan baru PAS boleh mentadbir semua negeri. Tu laa..jgn dok kutuk org..saper pun ader silap, takde yg sempurna, apa parti sekalipun.Yang penting, jgn suka menuding jari sampai tak sedar yg kita pun sebenarnya silap, kalau ramai yg kutuk mahathir makan duit rakyat, mungkin betul..kita pun tak tahu. Tapi kalau yg kaki kutuk tu jadi PM pun, percayalah you all pun akan jadi mcm mahathir.Sape yg jadi PM nak tgk ahli keluarganya susah? you all pun akan agihkan duit rakyat tu kat keluarga korang dulu.kalau org yang dok kutuk PM tu tak puas hati lg, ape kate u je la jadi PM,senangkan? pandai kutuk jer...cubala buat. yang lagi memalukan, kutuk kerajaan itu ini, sekali tengok dia pun kerja kerajaan, anak masuk IPT pun amik loan kerajaan tapi tak jugak reti bersyukur ikut ajaran Islam.Sedarkan diri sendiri dulu ye....