Saturday, July 07, 2007

Suara Reformasi: Perjuangan Puteri Umno Yang Sia-Sia


KUALA LUMPUR: Kebimbangan Umno terhadap pengaruh blog semakin ketara.

Terbaru, Menteri Belia dan Sukan Azalina Othman Said mengumumkan Puteri Umno telah melancarkan sebuah website dalam usaha pergerakan itu menangani tohmahan, fitnah dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Azalina juga kelihatan gusar berikutan peningkatan pengunjung laman blog yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Menurut beliau, golongan belia lebih cenderung mendapatkan maklumat di portal berita internet.

Sehubungan dengan itu, Azalina mahu Puteri Umno serius bertempur di laman maya menerusi website GTPUTERI yang baru dilancarkan.

Mengulas perkembangan tersebut, penulis mengalu-alukan kenyataan Azalina sambil berharap beliau tidak menggunakan strategi lapuk yang biasa digunakan Umno untuk menegakkan benang basah.

Kebiasaannya, Umno menfitnah pembangkang dengan mengatakan pembangkang gemar menfitnah Umno.

Penulis juga mahukan penjelasan Puteri Umno berhubung dengan isu-isu semasa, antaranya ialah:-

Pertama, kerajaan telah membuktikan keupayaannya membina jambatan Pulau Pinang tanpa melibatkan pihak swasta. Justeru, apakah motif sebenar kerajaan menyerahkan projek-projek lebuhraya kepada konsesi swasta? Apakah ini ada kaitannya dengan hubungan akrab antara para politikus Umno dan kroni-kroni mereka?

Kedua, mengapakah harga minyak petrol kekal di paras RM 1.92 seliter sedangkan Petronas dibiarkan mencatat keuntungan bersih RM 46.4 Billion?

Mengapa keuntungan tersebut tidak dimanfaatkan untuk menyerap kenaikan harga minyak agar rakyat dapat membeli petrol pada harga yang lebih murah dan berpatutan?

Inikah yang dipanggil 'Tradisi Membela Rakyat'? Mengapa Puteri Umno tergamak menipu rakyat dengan slogan bodoh ini?

Jangan ingat semua rakyat Malaysia bodoh wahai puteri Umno!

Ketiga, apakah definisi 'Demokrasi' mengikut pandangan Puteri Umno?

Adakah demokrasi tafsiran Umno bermaksud menghalang permit penerbitan Suara Keadilan yang sehingga kini terpaksa beroperasi secara tidak sah?

Mengapa Umno sanggup menjadi parti pengecut dengan menafikan hak pembangkang untuk meraikan semangat demokrasi berparlimen di Malaysia ini?

Keempat, benarkah Umno dalam bahasa Melayu bermaksud Pertubuhan Cukong & Pengkhianat Bangsa Melayu?

Mengapakah Puteri Umno tutup sebelah mata dengan kekayaan melampau pemimpin Umno yang bersekongkol menambah kekayaan para cukong? Apakah Puteri Umno tidak sedar betapa susahnya kehidupan majoriti orang Melayu pada waktu ini?

Kelima, mengapakah di saat Islam Hadhari diperkenalkan jenayah dan maksiat semakin menjadi-jadi? Apakah ini ada kaitan dengan dasar pro-hedonisme Puteri Umno?

Mengapakah konsert-konsert hiburan maksiat yang melalaikan golongan belia dibiarkan berleluasa di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi Al-Hadhari, sedangkan kita tahu menerusi konsert-konsert inilah maksiat bercambah dan keruntuhan moral belia bertambah parah.

Penulis, bagi pihak blog M@rhaen menyeru puteri Umno supaya keluar parti dan sertailah perjuangan reformasi ke arah mewujudkan Malaysia yang Adil dan Sejahtera, di mana para belia tidak diperbodohkan dengan agenda hiburan yang bisa merosakkan jati diri.

Para reformis berjuang demi membebaskan minda belia dari berterusan dibelenggu penyakit sosial yang mampu membinasakan peradaban sesebuah tamadun manusia.

Sesungguhnya perjuangan Puteri Umno hanyalah berteraskan kepada sosok perkauman semata-mata. Ia tidak berupaya memulihkan kembali segala kehaprakan sosial yang telah mencengkam pemikiran anak muda sejak sekian lama.

Justeru itu, kepada Puteri Umno -- Marilah kita bersama-sama berpadu tenaga mengubah kepimpinan hari ini demi memastikan kebajikan rakyat terjamin dan terpelihara di bawah tampuk pemerintahan baru - Barisan Alternatif. Reformasi!

- Suara Reformasi dihoskan oleh Blog M@rhaen dan The Redline-

Saturday, June 30, 2007

B-S-U-R-S-I-C-U-B-4



Sebelum ini saya telah pun mempotretkan karakter Ezam di dalam Suara Keadilan isu 109 bertajuk Tuan-Tuan Hamba Rakyat. Namun apakan daya, beliau telah pergi meninggalkan perjuangan.

Secara peribadi, saya tidak berminat untuk mengulas berita pengunduran Ezam di dalam parti. Namun apabila membaca begitu banyak artikel dan komen di laman maya, maka saya tiada pilihan lain.

Selaku ahli Parti Keadilan Rakyat, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan sedikit huraian terhadap isu ini.

Parti Keadilan NASIONAL ditubuhkan pada tahun 1999. Nasional bermaksud 'Kebangsaan'. Parti ini adalah serpihan dari United Malays NATIONAL Organisation atau UMNO. Pada waktu ini, saya menganggap keADILan sebagai sebuah gerakan baru menggantikan Semangat 46 yang telah bungkus 3 tahun sebelum itu.

Di peringkat ini, Keadilan lahir hasil dari cetusan emosi rakyat yang mahukan reformasi. Tidak dapat dipastikan sama ada anak-anak buah Tun Daim Zainuddin juga turut terlibat mengapi-apikan kebangkitan rakyat. Yang nyata, Mahathir memang seorang pemimpin berhati kering apabila memecat Anwar sewaktu Malaysia sedang membilang jari menghitung hari perasmian Sukan Komanwel 1998.

Lalu Anwar pun diterajang keluar dari UMNO. Beberapa hari kemudian rumah beliau dikepung dan di celah-celah kerumunan orang ramai Anwar telah ditangkap dan dibawa keluar dari kediamannya. Di manakah Unit Tindakan Khas yang sepatutnya melindungi Anwar? Entahlah, mungkin mereka sudah berpaling tadah.

Selepas penangkapan Anwar, gelombang kebangkitan rakyat semakin memuncak sehingga tertubuhnya Parti Keadilan NASIONAL. Rakyat yang emo telah bertindak nekad berjuang di dalam reformasi namun akhirnya seorang demi seorang lenyap dari skrin radar. Ramai yang merujuk kembali ke dalam UMNO.

Emo atau baran orang Melayu tidak akan bertahan lama. Apabila hati mereka mulai sejuk maka gelombang reformasi pun surut.

Ketika ini barulah perkataan NASIONAL dipadam dan digantikan dengan nama baru -- Parti Keadilan Rakyat. Unsur-unsur kemelayuan mula berkurangan sedikit demi sedikit dan pada hari ini PKR dilihat lebih berwajah kemalaysiaan berbanding parti-parti lain. Ini semua hasil gabungan sistem pengundian dan sistem pelantikan pemimpin berdasarkan merit.

Ezam: Berundur Kerana Sengketa Dalaman

Ezam adalah anak Melayu. Beliau merupakan seorang emo. Dengar sahaja ceramah beliau yang berdentam dentum kita sudah terasa bahangnya. Semangat Ezam sangat kuat dan luar biasa namun beliau tidak dapat menerima hakikat 'politiking melampau' di dalam parti.

Untuk melihat keADILan benar-benar kukuh dan stabil bukanlah satu perkara yang boleh direalisasikan dalam masa terdekat ini. Suka saya mengimbau kembali di awal kewujudan PAS -- di mana parti itu juga berdepan dengan pelbagai rintangan ketika memperjuangkan daulah Islamiyyah.

Yang Dipertua mereka Asri Muda masuk UMNO. Ustaz Nakhaie juga melompat parti. Pendek kata, sebuah parti baru yang muda belia tidak akan terlepas dari perpecahan.

Ini saya panggil proses tumbuh gigi baru. Sekarang ini PAS sudah mempunyai gigi taring yang cukup tajam. Dan kerana itu politik di dalam PAS lebih stabil malah rata-rata pemimpinnya mempunyai ketokohan, kematangan dan kelebihan tersendiri. Syukur ke hadrat Illahi apabila perjuangan PAS masih kekal bertahan sehingga ke saat ini.

Namun, KeADILan masih lagi di fasa gigi susu. Gigi susu ini mudah rosak, mudah reput dan mudah patah. Tidak ada gigi susu yang kekal menunggul pada gusi. Menjelang dewasa semua gigi susu akan digantikan dengan gigi kekal yang lebih kuat dan teguh.

Di celah barisan gigi susu tersebut, muncullah sosok bernama Ezam Mohd. Nor. Beliau merupakan seorang pemimpin yang lantang mencela amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang diamalkan oleh UMNO - BN.

Ezam mahu menentang rasuah tetapi di dalam keADILan beliau terpaksa menentang ahli-ahli parti. Beliau sebenarnya keliru dan tertekan ketika memimpin keADILan. Kini segalanya sudah berakhir dan kita mendoakan semoga beliau kekal seperti Ezam yang kita kenal dahulu. B-S-U-R-S-I-C-U-B-4. Tamat.

Saya tidak akan mengungkit lagi perihal pengunduran Ezam. Saya hanya menyokong seseorang bukan kerana dirinya tetapi kerana perjuangan yang dibawanya. Saya menyokong Anwar kerana prinsip bukan kerana sosok tersebut bernama Anwar Ibrahim.

Ezam: Tinggal Sejarah

Di saat ini Ezam sudah menjadi sebahagian dari lipatan sejarah keADILan. Lupakan Ezam kerana sekarang tumpuan saya terarah kepada dua orang pemimpin berprofil tinggi, MPT Badrul Hisham Shaharin dan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin.

Tuhan telah memberikan anda berdua mandat untuk membersihkan keADILan dari segala unsur negatif di dalam parti. Harap berkerjalah sedaya upaya dan jangan cuba mengkhianati amanat para perwakilan.

Pastikan tiada lagi politik sempit di dalam parti. Pastikan setiap anak muda tahu 17 Perkara yang menjadi teras perjuangan kita. Jadikan keADILan ini bebas dari bau busuk United Malays National Organisation.

Semoga Parti Keadilan Rakyat akan terus kekal sebagai wadah terbaik bagi membela rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Bersatulah kita dalam mendepani perjuangan ini. Lawan Tetap Lawan!

Nota: B-S-U-R-S-I-C-U-B-4 bermaksud 'Be As You Are As I See You Before' -- 'Semoga anda tidak berubah sebagaimana anda yang saya kenal dahulu' --

Thursday, June 28, 2007

Pembangkang Menggalas Harapan Rakyat

Oleh Redline (Penulis Tamu Laman M@RHAEN)

Pada mulanya, PAS mengambil keputusan memboikot pilihanraya kecil Batu Talam. Parti Keadilan Rakyat pula menghormati tindakan tersebut dan tidak meletakkan calonnya sesuai dengan semangat perpaduan Barisan Alternatif.

Namun tindakan boikot ini tidak berhasil apabila salah seorang pemimpin DAP Pahang membenarkan anaknya bertanding di atas tiket bebas. Seperti dijangka beliau tewas dan hilang wang pertaruhan.

Kemudian, secara kebetulan giliran Machap pula menjadi medan tempur politik antara parti pemerintah dan pembangkang. Tindakan DAP menyertai pilihanraya kecil Machap memberikan satu kesimpulan, yakni segala usaha memboikot pilihanraya bakal berakhir dengan kegagalan.

Mengapa? Kerana usaha-usaha pemulauan akan menemui jalan mati sekiranya salah sebuah parti pembangkang mengambil pendirian 'lawan tetap lawan'.

Menyedari hakikat ini Presiden PAS telah menyeru ahli-ahli parti supaya bangkit melawan kezaliman pemerintah menerusi penyertaan PAS di dalam pilihanraya umum akan datang, sekaligus memberi amaran keras kepada UMNO betapa ahli-ahli PAS tidak akan membiarkan diri mereka untuk terus diperkotak katikkan dengan pelbagai helah dan kong kali kong parti keris itu.

Dengan ini PAS, PKR dan DAP telah bersetuju untuk menyertai pilihanraya umum ke-12 yang diramalkan bakal berlangsung pada bulan Ogos ini.

Mendepani Perjuangan, Menggalas Harapan, Menjana Tenaga Kemenangan

Dalam barisan pembangkang PAS dianggap sebagai 'lead guitar', Parti Keadilan Rakyat pula 'bass' manakala DAP merupakan 'drums'. Ketiga-tiga parti mempunyai bunyi yang berbeza seperti contoh DAP berdentam dentum di Parlimen, sesuai dengan watak drums yang dipegangnya. PAS pula nyaring seperti gitar elektrik, tidak kira sama ada ketika kalah teruk pada PRU 1986 mahupun sewaktu mengecap kegemilangan era Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Al-Fatihah).

Biar apa pun keadaannya PAS kekal berperanan sebagai musuh tradisi UMNO. Dengan kekuatan menghampiri 1 juta ahli, PAS sememangnya mampu menghakis penguasaan UMNO di persada politik negara ini.

Manakala selaku bassist, ramai yang kurang perasan betapa pentingnya peranan yang dibawa keADILan, yakni menyatukan bunyi gitar dan drums agar rentak yang dihasilkan lebih merdu bunyinya. Jikalau seseorang komposer mahu menulis lirik lagu berdasarkan kepada gabungan bunyi-bunyi ini, maka lagu tersebut seharusnya diberi nama 'Tumbangkan BN'.

Tidak dinafikan keadaan pembangkang kini seperti 'tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain'. Namun ketika pilihanraya tahun 1999 misalnya, PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia tampil dengan satu agenda di bawah satu manifesto. Apakah manifesto tersebut tertulis 'pembentukan negara Islam' atau 'negara berkonsep sosialis'?

Dasar parti yang berbeza di kalangan pembangkang tidak membawa impak yang besar jika mereka berjaya mencapai kata sepakat di dalam manifesto pilihanraya. Justeru itu, mengapa kita perlu mengungkit perihal 'mimpi lain-lain' ini. Seperti yang dinyatakan tadi, sekalipun bunyi mereka berbeza namun mereka tetap membawa lagu yang sama.

Hari ini, para pemuka UMNO - BN cuba mengungkit isu 'impian berbeza' di kalangan pembangkang. PAS dikatakan mahu menubuhkan negara Islam, keADILan pula mahu mewujudkan kerajaan masa hadapan manakala DAP kekal dengan slogan Malaysian Malaysia. Ini kata UMNO. Mereka memang gemar mengelirukan rakyat.

Hakikatnya pada tahun 2004 PAS dan Parti Keadilan Nasional telah melahirkan Manifesto Barisan Alternatif di mana BA memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama jika diberi mandat memerintah negara. Sekali lagi tidak ada disebut perihal negara Islam di dalam manifesto tersebut.

Oleh yang demikian janganlah kita keliru dengan sikap pembangkang pada waktu ini. Mereka kekal sebagai sebuah band yang mempunyai gitar, bass dan drums. Vokalnya mungkin Anwar Ibrahim & Hj. Hadi Awang. Emcee pula MP Lim Kit Siang. Pembangkang juga mempunyai 'turntable' bernama Parti Sosialis Malaysia. Demikianlah adanya.

Biar apa pun keadaannya PAS kekal berperanan sebagai musuh tradisi UMNO. Dengan kekuatan menghampiri 1 juta ahli, PAS sememangnya mampu menghakis penguasaan UMNO di persada politik negara ini.

Manakala selaku bassist, ramai yang kurang perasan betapa pentingnya peranan yang dibawa keADILan, yakni menyatukan bunyi gitar dan drums agar rentak yang dihasilkan lebih merdu bunyinya. Jikalau seseorang komposer mahu menulis lirik lagu berdasarkan kepada gabungan bunyi-bunyi ini, maka lagu tersebut seharusnya diberi nama 'Tumbangkan BN'.

Tidak dinafikan keadaan pembangkang kini seperti 'tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain'. Namun ketika pilihanraya tahun 1999 misalnya, PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia tampil dengan satu agenda di bawah satu manifesto. Apakah manifesto tersebut tertulis 'pembentukan negara Islam' atau 'negara berkonsep sosialis'?

Dasar parti yang berbeza di kalangan pembangkang tidak membawa impak yang besar jika mereka berjaya mencapai kata sepakat di dalam manifesto pilihanraya. Justeru itu, mengapa kita perlu mengungkit perihal 'mimpi lain-lain' ini. Seperti yang dinyatakan tadi, sekalipun bunyi mereka berbeza namun mereka tetap membawa lagu yang sama.

Hari ini, para pemuka UMNO - BN cuba mengungkit isu 'impian berbeza' di kalangan pembangkang. PAS dikatakan mahu menubuhkan negara Islam, keADILan pula mahu mewujudkan kerajaan masa hadapan manakala DAP kekal dengan slogan Malaysian Malaysia. Ini kata UMNO. Mereka memang gemar mengelirukan rakyat.

Hakikatnya pada tahun 2004 PAS dan Parti Keadilan Nasional telah melahirkan Manifesto Barisan Alternatif di mana BA memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama jika diberi mandat memerintah negara. Sekali lagi tidak ada disebut perihal negara Islam di dalam manifesto tersebut.

Oleh yang demikian janganlah kita keliru dengan sikap pembangkang pada waktu ini. Mereka kekal sebagai sebuah band yang mempunyai gitar, bass dan drums. Vokalnya mungkin Anwar Ibrahim & Hj. Hadi Awang. Emcee pula MP Lim Kit Siang. Pembangkang juga mempunyai 'turntable' bernama Parti Sosialis Malaysia. Demikianlah adanya.

Saya amat yakin line-up band di dalam pembangkang ini lebih menarik dan menghiburkan berbanding konsep 'boy band' Barisan Nasional, di mana UMNO merupakan penyanyi utama manakala parti lain hanya berperanan sebagai penyanyi latar semata-mata. Parti-parti yang bernaung di bawah payung BN ini tidak lebih dari sekadar lembu yang dicucuk hidung mereka oleh UMNO.

Memang benar parti pembangkang ada kelemahannya, tetapi tidaklah sampai kelemahan itu cukup besar sehingga kita boleh menutup sebelah mata dan menghalalkan segala rasuah, rompakan, nepotisme, dasar-dasar membebankan rakyat, polisi Barang Naik dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh pakatan UMNO - BN.

Yakinilah kita di pihak pembangkang sentiasa berada di pihak yang benar. Dan kita akan terus konsisten menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh pengkhianat-pengkhianat negara yang bersekongkol dengan para cukong untuk menindas rakyat jelata. Lawan Tetap Lawan!


Penulis Tamu Marhaen
Parti Keadilan Rakyat

27 June 2007, 5.36 pagi

TAG 2236: Penipu dan Tidak Cekap

Oleh M.Bakri Musa

Selepas hampir empat tahun sebagai Perdana Menteri, saya masih mendapati sukar membuat penentuan apakah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi (AAB ) satu penipuan ataupun sengaja satu ketidakcekapan. Masalah saya ini berpunca daripada tanggapan awal yang memang tersilap bahawa kedua-dua unsur itu sememangnya jauh menyisih daripada Abdullah, sedangkan itu adalah bukan yang sebenarnya. Kepimpinan Abdullah memang mencerminkan kedua-duanya.

Peristiwa perkahwinan beliau yang terbaru adalah jelas menjadi satu contoh dan gambaran tentang kepimpinannya. Pertama sekali, tersebut kisah pengarah seranta beliau yang memanggil semua editor di negara ini dan memberi arahan mengenai apa yang boleh dilaporkan oleh mereka. Seperti ragam biasa, laksana kanak-kanak kecil yang masih bersekolah, mereka semuanya akur dan menurutinya. Siaran dan terbitan mereka jelas merupakan cerminan pengumuman rasmi kerajaan, sehinggakan kepada titik dan noktahnya. Cuma mungkin si editor itu berpeluang memilih ‘font’ dan kebijaksanaan menyusun perenggan iklan mereka.
Demikianlah caranya Abdullah menangani pihak media dan itulah dia konsep kebebasan akhbar. Sesungguhnya semua editor ini memang layak dilayan sedemikian rupa.

Kedua, Abdullah mahukan sebuah majlis perkahwinan yang sungguh menyendiri (kerana dia berhak kepada konsep itu), namun majlis itu telah merangkul tajuk gembar-gembur di merata Malaysia dan di rantau ini. Malahan semasa pasangan mempelai menziarahi pusara isteri pertama Abdullah, yang seharusnya menjadi satu lawatan peribadi dan merupakan suasana yang penuh emosi, telah digembar-gemburkan. Ini jelas merupakan satu jalinan seranta untuk memaparkan imej seorang manusia yang masih lagi sayang kepada bekas isteri yang sudah pulang ke alam baqa.

Seandainya Abdullah benar-benar mahukan satu perkahwinan yang menyendiri, ini bererti beliau memang tidak cekap dan sememangnya tidak pandai menguasai pergerakan kehendaknya. Dia tidak mampu mengawal “New Straits Times” yang dimiliki oleh UMNO agar tidak menerima segala pengiklanan yang memualkan kerana semua itu ternyata penuh dengan unsur-unsur pembodekan. Cara yang paling berkesan, tentulah mengadakan majlis akad nikah yang secara berahsia dan selepas itu baru membuat pengumumannya. Dengan membuat pengumuman upacara itu lebih awal daripada masanya, Abdullah sesungguhnya mahukan istiadat perkahwinannya itu bukanlah sesuatu yang menyendiri tetapi sengaja mahu disinari publisiti.

Sebagai alternatif, kalaulah Abdullah mahukan perkahwinan itu digembar-gemburkan, sudah tentu permintaan awal agar peristiwa itu di jadikan satu peristiwa menyendiri adalah merupakan satu helah untuk menentukan keriuhannya. Jika demikian caranya, Abdullah sebenarnya sudah bersalah kerana mengadakan kelangsungan satu penipuan yang sungguh jijik dan secara bersahaja mempersenda dan memperkotak-katikkan emosi rakyat jelata.
Apakah reaksi rakyat dan dunia sejagat terhadap lakonan ini?

Sesungguhnya kepalsuan dan merupakan satu lakonan hidup yang menyerlahkan kepimpinan Abdullah. Baik daripada cara beliau pada mula dahulu mewar-warkan usaha memerangi korupsi yang ternyata hangat-hangat tahi ayam ataupun ketika mahu merombak perkhidmatan-perkhidmatan awam. Si malaun in memang ternyata tidak tahu buat kerja.

Saya tidak akan terperanjat seandainya Abdullah membuat pengumuman tentang pilihan raya umum semata-mata mahu meraih kesempatan kemasyhuran diri yang muncul daripada limpahan kemegahan perkahwinannya. Dia sedang menikmati limpah suluhan majlis perkahwinan itu untuk menutup segala capuk-capuk yang terdapat pada kepimpinannya.
Setakat ini para pembodek dan ilmuwan yang kuat mengampu sudahpun mewar-warkan populariti Abdullah semakin ‘mencanak’ disebabkan perkahwinan yang baru itu. Mungkin mereka telah membuat satu pungutan suara (poll) dalam membuat rumusan demikian. Ada pula yang begitu berani bersuara lantang betapa Abdullah akan menjadi semakin perkasa dengan kelakiannya. Malangnya, sesuatu perkahwinan tidak akan menyuntik pembaharuan kepada seorang pemimpin yang tidak berguna. Belum ada lagi suntikan ala Viagra untukkepimpinan yang haprak.

Meskipun demikian, rakyat Malaysia akan sekali lagi membuang undi memihak kepada partinya. Sekali lagi Abdullah dan para penasihat beliau akan riang ria dan menjadi bongkak dengan tanggapan iaitu adalah satu endosmen (akuan sokongan) yang kuat kepada kepimpinannya sedangkan yang sebenarnya ia hanya merupakan satu kemestian disebabkan tiada pilihan yang lain. Seandainya ada unsur pilihan yang menyebut ‘tidak ada yang patut dipilih’ pada kertas undi, sudah tentu ia akan menjadi pilihan yang paling tinggi daripada para pengundi.

Fakta daripada Fantasi dan Khabar Angin daripada Realiti

Pada 1971, Pierre Trudeau, merupakan seorang bujang yang paling layak di Kanada selain daripada tugas beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Pada tahun itu beliau telah membuat pengumuman perihal perkahwinan rahsia antara beliau dengan seorang wanita bernama Margaret Sinclair yang 28 lebih muda daripada umurnya. Pada mulanya para pembantu beliau berfikir bahawa dia telah pergi main ski (luncur salji) sedangkan anggota keluarganya berfikir bahawa mereka perlu berpakaian rapi untuk satu sesi bergambar rasmi berkeluarga. Itu merupakan satu-satunya helah pembantu khas Trudeau mahu mereka berpakaian rapi tanpa mendedahkan tujuan sebenarnya.

Trudeau bukan sahaja penuh karisma, tetapi memang bijaksana serta merupakan seorang pemimpin yang cekap. Dia pintar menangani keadaan baik dalam mentadbir negara mahupun menjaga rahsia peribadinya. Dia terus berkhidmat menjadi Perdana Menteri Kanada yang paling lama dalam sejarah sedangkan ketika itu negaranya sedang dihantui satu perpecahan antara rakyat yang berbahasa Peranchis dan Inggeris.

Aduhai, Abdullah bukanlan semacam Trudeau. Hari ini Malaysia sedang dihantui satu polarisasi disebabkan isu perkauman dan keagamaan. Kepimpinan Abdullah yang haprak menyumbang kepada jurang perpisahan yang amat berbahaya ini. Tabiat Abdullah yang suka menipu menentukan kelangsungan kerja-kerja pemalsuan dan putar-belit ke atas rakyat jelata. Kerana kebodohan beliau itu menjauhkan dirinya daripada menelah betapa bahayanya kesan penipuan itu.

Penipuan dan putar-belit Abdullah yang paling nyata ialah konsep Islam Hadhari. Seperti yang disebut oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) ketika khutbah Baginda yang terakhir, akan berlakunya percanggahan antara mazhab selepas Baginda wafat. Lantas tidak perlu kita tokok-tambah apa-apa kepada anjuran Islam Baginda. Dengan penuh kepalsuan Abdullah telah memimpin rakyat Malaysia kepada satu titian kepercayaan bahawa pengharaman buku-buku dan pemenjaraan orang tanpa usul periksa adalah menepati ajaran Islam Hadharinya.

Kalaulah Abdullah mengambil sedikit masa lagi melaksanakan segala idealisme Islam Hadhari beliau dan berfatwa tidak tentu hala, sudah tentu banyak kebaikan yang dapat dilaksanakannya kepada diri sendiri dan juga negara ini. Ini tidak termasuk usaha menaikkan imej agama itu. Islam Hadhari hanya mencapai kejayaannya daripada segi memecah-belahkan umat Islam dan rakyat Malaysia, dan ini merupakan satu hakikat yang amat ketara kepada semua orang tetapi tidak kepada Abdullah.

Satu ketika dahulu Abdullah telah membuat penafian keras tentang hubungannya dengan Jeanne Danker. Saya tidak peduli langsung akan butiran penafian itu kerana itu adalah hal peribadinya, melainkan, ingin dinyatakan di sini, bahawa penafian Abdullah itu adalah satu gambaran ketidakupayaan ataupun ketidaksanggupan Abdullah membezakan fakta daripada fantasi, dan desas-desus daripada realiti.

Percanggahan yang amat ketara itu selalunya menggugat pertimbangan daya fikir seseorang, namun Abdullah nampaknya buat endah tak endah sahaja. Hanya orang biasa ataupun seorang pembohong besar yang dapat melakukan dengan sewenang-wenangnya seperti apa yang dibuat oleh Abdullah.

Abdullah sesungguhnya tidak perlu berbohong, hanya cukup setakat diam membisu, seperti yang pernah dilakukannya beberapa kali sebelum itu. Dengan terbongkarnya kisah benar, apakah pendirian kita tentang penafian beliau sebelum ini? Saya menganggap ini adalah gambaran betapa Abdullah mudah memperlekeh rakyat jelata. Dia tidak mahu menghohmati dan mempercayai mereka. Seseorang yang pandai berbohong memang tidak mempercayai orang lain, kerana dia beranggapan orang lain adalah semacam dia juga.

Abdullah ialah seorang pemimpin yang tidak akan merasa malu berbohong kepada rakyat seperti mana dia pernah berbohong menafikan anak lelakinya pernah meraih kepentingan daripada kontrak kerajaan. Apabila disanggah dengan fakta, dia menjelaskan tanpa rasa malu dan berkerut di dahi bahawa dia sendiri tidak tahu-menahu akan kebenarannya. Jelas, ini adalah seorang pemimpin yang bergelumang dengan kebodohan dirinya!

Ketika Raja Petra mendedahkan perihal kerajaan membeli sebuah jet korporat serba mewah yang berharga hampir RM200 juta untuk kegunaannya, Abdullah sekali lagi menafikan keadaan yang sebenar. Bukan kerajaan yang membeli jet itu katanya, tetapi ia telah dibeli oleh syarikat milik kerajaan. Alangkah aibnya penjelasan itu.

Abdullah telah mempersendakan ucaptama beliau sebagai Presiden UMNO. Ketika itu dengan segala lagak dan lakonan persis seorang penyair hebat, dia telah melalak, “Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Aku cari bukan wang berjuta-juta…untuk hidup bergaya. Jelas cakap tidak serupa bikin. (Marhaintua kata: cakap kosong daripada otak yang lompong, milik kaki kelentong!)

Kepimpinan Abdullah kalaulah boleh kita sebutkan demikian) adalah semata-mata persis mainan wayang kulit; satu sandiwara, yang ketiadaan plot, tema dan selalunya tidak ada garisan penamatnya.

Tipu Sekali Kamu Yang Malu; Tipu Dua Kali Aku Yang Malu!

Demikian kata peribahasa Cina. Akan tetapi berbeza menyongsang peribahasa Cina itu, rakyat Malaysia bukanlah semudah itu ditipu oleh kelentungan Abdullah. Memang sudah lama rakyat melihat kelentungan tersebut dan bersabar menghadapinya. Akan tetapi, yang sebenarnya tertipu bontang adalah puak yang begitu percaya dan taksub kepadanya, khususnya para menteri kabinet, ahli Majlis Tertinggi UMNO, dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
Secara selamba mereka ini sanggup menelan apa sahaja yang dimuntahkan oleh Abdullah. Mereka seolah-olah beranggapan setiap yang dimuntahkan oleh Abdullah adalah laksana kudapan yang telah dikhadamkan, sesuai untuk disuap oleh seekor ibu helang ke mulut anak-anak yang masih kecil di sarangnya. Jelas mereka mudah menganga untuk membaham semuanya.

Semasa Abdullah mencipta syairnya, mereka pantas meniru-niru, walaupun mereka tahu itu adalah kerja memplagiat hakcipta orang lain. Lagi pun kalau mereka sudah sedia menerima kelentungan sebagai satu kebenaran, perkataan menciplak tidak boleh dimuat turun dalam istilah kata kolektif mereka.

Kini baru kita tahu bahawasanya segala ucapan tahniah yang dibuat dengan seikhlas hati itu termasuk yang sengaja diada-adakan bukan pun dikirim secara peribadi oleh para menteri pembodek itu semuanya. Kerja itu pun mereka wakilkan kepada para pembantu!

Apabila disebut pula para penasihat muda-muda yang berada di Tingkat Empat, mereka memang terlalu mentah untuk melompat dan sedar tentang kelentungan Abdullah selama ini, yang pasti akan menghenyak mereka juga nanti. Kalau diambil kira kecerdikan mereka, jelas mereka bukanlah secerdik mana seandainya tidak memahami bahawasanya tuan mereka itu adalah seorang penipu dan tidak cekap. Yang terhenyak akhirnya nanti ialah mereka juga, walaupun perkara ini belum lagi mereka sedari.

Terjemahan oleh marhaintua (suntingan: M@RHAEN)

Friday, May 11, 2007

TAG 2320: Menjinakkan Seteru

Menjinakkan Seteru
(Taming of the shrew)
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

”Ikutilah pergerakan Mahathir dengan teliti,” kata suara di hujung talian. Hmm... ini sudah menarik dan semakin intrig, fikir Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah pada dirinya sendirian. Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li di kalangan sahabat dan seterunya, apabila ada panggilan telefon dengan berita ini diamenganggapnya sebagai desas-desus semata-mata dan berkemungkinan tidak ada guna untuk diambil kira. Akan tetapi ini adalah kali ketiga dia menerima panggilan orang dalam satu hari menyebut perkara yang sama. Mesti ada sesuatu kebenaran di sebalik apa yang dianggapnya desas-desus sahaja.

Apa yang sedang terjadi dan apa yang sedang dilakukan oleh Mahathir yang memerlukan pantauan yang teliti sudah tentu ini bukan panggilan terakhir dalam sehari mengenai perkara ini. Sudah tentu ada sesuatu yang sedang diperam. Tetapi apa? Kenapa pula semua panggilan suara misteri mengenai perkara yang dikatakan tadi? Ku Li amat benci kalau seseorang menceritakan sesuatu tanpa lengkap babnya. Ia lebih menyakitkan hati kalau seseorang itu memberitahu sesuatu yang kononnya satu rahsia mengenai orang tertentu ataupun peristiwa tertentu tetapi tidak pula mampu mendedahkan apa sebenarnya rahsia itu. Kenapa tidak diam membisu? Kenapa mendedahkan sesuatu yang diamanahkan sebagai satu rahsia dan rahsia itu mesti dikekalkan tanpa penyudahnya?

Ceh!!! Itu sahaja yang perlu dibuatnya seharian. Apapun, apa sahaja yang mahu dilakukan oleh Mahathir, apa juga arnab silap mata yang akan dikeluarkan daripada topi saktinya, sudah tentu ia ada kena mengena dengan sambutan ulang tahun UMNO ke-56 di Stadium Merdeka, tempat asal Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman, mengumumkan kemerdekaan daripada Britain kepada hadirin yang ghairah dan ceria. 11 Mei 1948 adalah waktunya UMNO ditubuhkan dan mereka akan menyambut ulang tahun itu secara gah dan mungkin juga satu majlis terakhir di mana Mahathir bertindak sebagai Perdana Menteri.

Sesungguhnya, sambutan ulang tahun UMNO pada malam itu memang tidak membawa sebarang makna besar. Kalaulah ia sambutan ke-25, 50, 75 ataupun 100 tahun tentulah ada juga maknanya untuk diperbesar-besarkan. Akan tetapi, sambutan tahun ke-56 bukannya ada membawa sebarang makna. Lagi pun itu bukannya sambutan ulang tahun UMNO yang menjadi fokus utama ketika itu. Ia hanya secara kebetulan merupakan kali terakhir Mahathir hadir sebagai seorang Perdana Menteri, dia akan mengepalai satu upacara terakhir sebelum menyerahkan kuasa kepada pengganti yang dipilihnya sendiri.

Sememangnya Mahathir akan berundur juga pada akhir tahun itu. Pada Persidangan UMNO tahun lalu ketika di pertengahan 2002, Mahathir telah mengejutkan seluruh negara ketika mengumumkan persaraannya. UMNO tidak pun tahu menahu sebelum itu. Begitu juga dengan ahli keluarganya. Ada pihak yang berkata, Mahathir sendiri pun tidak tahu mengenainya sebelum itu.

Apakah penyebab yang mendesak Mahathir secara tiba-tiba mengumumkan persaraannya? Tanpa ribut dan tanpa taufan? Tahu-tahu pokok sudah bergoyang. Tanpa apa yang dianggap sebab yang berasas dia telah secara tiba-tiba menjadi longlai dan mengabaikan kewaspadaannya dan mengumumkan betapa dia sudah merancang untuk berundur sambil cuba menahan sebak di hati dan menahan titisan air mata yang membasahi pipi. Sesungguhnya 22 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Malahan ia adalah semacam lebih lama daripada 50 tahun kalau diambil kira khidmatnya dengan UMNO sebelum mengisi jawatan terunggul dalam parti. Selepas setengah abad seseorang tidak akan berundur tanpa sebarang emosi, walaupun orang itu mempunyai hati yang kental seperti Mahathir. Seperti yang ditulis oleh Shakespeare dalam ‘Romeo dan Juliet’ - perpisahan dalam suatu kesedihan yang ada kemanisannya.

Akan tetapi apakah berundur daripada parti merupakan sesuatu yang manis? Memang tidak syak wujud kesedihannya. Linangan air mata Mahathir pada hari itu bukannya titisan air mata gembira. Sudah tentu ia menggambarkan kesedihannya. Sudah tentu perpisahan itu mengandungi keperitan kerana ia tidak dilakukan secara sukarela tetapi kerana tertekan. Apakah penyebab beliau mengambil tindakan terakhir yang sungguh getir? Perkara ini tidak dirancang? Sudah tentu ia tidak dirancang kerana ketika itu pengikutnya yang paling setia, Rafidah Aziz, telah terkejut beruk sehingga patah tumit kasutnya yang ditempah daripada pereka unggulan; dalam usaha beliau meluru menjadi orang pertama berada di sisi Mahathir? “Apa yang akan jadi kepada kami?” jerit Rafidah (Sebenarnya dia sebut why…why why dulu….. penterjemah), seolah–olah malaikat Izrail sedang mencabut nyawanya juga. Memang apa yang akan jadi kepada kami? Apa yang akan jadi kepada anda adalah tidak penting. Apa yang jadi kepada kita yang penting. Kalau anda undur dan tinggalkan kami, kami yang akan merana.

Memang betul, Mahathir memang telah menyebabkan banyak kejutan. Ku Li sudahpun pelajari perkara ini sekarang. Dia telah mengetahuinya sejak lama dahulu lagi. Lagi pun bukankah ada kata-kata hikmah betapa seseorang itu perlu mengetahui musuh ketatnya untuk mampu menumpaskannya. Memanglah Mahathir adalah seorang saingan. Ku Li sudah lama mengsayki bahawa Mahathir ada kalanya mengejutkan dirinya sendiri. Apalagi perbuatannya mengejutkan orang lain. Ahad 11 Mei, 2003, boleh menjadi satu tarikh yang mengejutkan. Akan tetapi keadaan berlegar dengan begitu pantas. Dalam sekelip mata peristiwa itu boleh tamat, memerlukan penelitian yang rapi dan satu pandangan mata unggas untuk mengawas keseluruhan senario itu sebagai usaha memahami gambaran keseluruhannya.

Pengumuman Mahathir yang secara mendadak dan mengejutkan itu adalah satu kes yang dibincangkan ini. Semua mata tertumpu terhadap Mahathir. Lensa kamera pun tertumpu kepada Mahathir. Mahathir adalah fokus utama. Mahathir menjadi pusat dan tumpuan keseluruhan dunia sejagat dan semua yang hadir di dewan itu, termasuk mereka yang mengikuti peristiwa itu di rumah, yang turut resah-gelisah. Akan tetapi Ku Li tidak pun mengikuti peristiwa itu. Anda tidak akan memantau sesuatu yang pasti untuk menjangkakan apa tilikan ahli silap mata. Dia mahu anda melihat tangan kanannya sahaja. Tangan kanan itulah yang akan melakukan triknya. Tetapi untuk memahami trik si ahli silap mata, anda perlu memerhati tangan kirinya. Itulah tangan yang sesungguhnya akan melakukan trik itu.

Ketika semua biji mata tertumpu kepada Mahathir, Ku Li cuba melirik ke arah Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah memang lambat untuk menunjukkan reaksinya. Dia memang lembab sikit. Tetapi anda tidak boleh menyalahkan beliau. Bukankah dia itu seorang ulama. Dan ulama tidak pernah tidur. Mereka tetap terjaga pada malam hari beribadah kepada Allah tanpa henti. Memang menyeronokkan untuk tidur. Tetapi mengorbankan tidur ke jalan Allah adalah lebih menyeronokkan. Jadi Abdullah memang kurang tidur. Dia kurang tidur kerana Allah diutamakannya. Kerana itu dia perlu mencuri-curi tidur bila ada kesempatannya. Dan kesempatan itu boleh merupakan sepanjang hari. Pada hari di pertengahan 2002 itu dia sedang nyenyak tidur untuk menyempurnakan hutang lama, seperti biasa. Sudah tentu dia dikejutkan secara kasar oleh jeritan dan bunyi tumit kasut yang baru patah. Dia memerlukan beberapa saat untuk sedar daripada lenanya. Akan tetapi saat yang hilang itu adalah saat yang amat diperlukan. Apabila dia sedar apa yang sebenarnya sudah terjadi, betapa Mahathir sudahpun melafazkan persaraannya, Abdullah mula mengorak senyuman. Ku Li sedar akan perkara ini seperti anda sedar lenggok Miss Malaysia berlenggang tanpa baju di Bintang Walk.

Secara tiba-tiba Abdullah sedar akan perbuatannya. Kita tidak harus menyambut persaraan Mahathir itu dengan suka hati. Ini bukannya sesuatu yang mesti disambut dengan ghairah. Ini adalah satu bencana. Ini adalah musibah. Ini adalah sesuatu yang kita seharusnya berdoa kepada Allah tidak akan berlaku juga. Secara tiba-tiba Abdullah sedar akan dirinya. Dia berpura-pura terkejut beruk dan meluru arah Mahathir untuk berada di sisi dan memimpinnya ke belakang pentas di mana mereka cuba memujuk beliau mengubah pendirian dan menarik balik pengumumannya. Tetapi masyaAllah, takkan Abdullah sanggup lakukan perkara itu. Mereka lebih sedia mahukan Mahathir menarik balik kata-kata pengundurannya serta mereka mahukan sebutir peluru mengenai kepala. Sesungguhnya ini mesti dilakonkan untuk menampakkan ketulenannya. Ini adalah tindakan politik yang sepatutnya dilakonkan dengan sempurna. Inilah dia wayang kulit di saat yang paling cemerlang.

Persaraan Mahathir pada 2002 itu adalah sesuatu yang telah melepasi tarikh luputnya. Sesungguhnya semua itu telah dirancang pada 1995 lagi. Mengikut aturcara yang dirancang, dia sepatutnya melepaskan jawatan pada 1997. Itulah rencana asalnya. Akan tetapi pada 1997 berlaku masalah besar yang melibatkan Anwar Ibrahim. Duri dalam daging ini mesti diselesaikan dahulu. Tetapi dia mesti dinyahkan mengikut cara budaya Melayu, laksana menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Tidak boleh ikut cara Kung Fu, mesti gunakan kaedah Tai Chi – tanpa kuasa ganas menentang kuasa yang buas. . Mesti gunakan gerak musuh untuk menumpaskan dirinya. Ini bererti memberi masa kepada musuh melakukan gerak mautnya dan gerakan itu menjadi penyebab kejatuhannya. Jadi pada 1997, kejatuhan Mahathir tidak berlaku. Mahathir tidak pun bersara. Dia mempunyai beberapa perkara yang mesti diselesaikannya.

Pada 1995, UMNO telah berpecah-belah menjadi dua. Begitulah keadaannya sejak 1988 lagi ketika ia bertukar rupa laksana amoeba menjadi UMNO Baru dan Semangat 46. Apakah itu kesalahan Mahathir? Apakah itu kerja Ku Li? Perkara itu tidak menjadi penting lagi. Kalau kuda sudah meloncat lari, pintu kandang tidak lagi perlu dikunci. Walaupun kerja itu boleh dilakukan ia menjadi sia-sia sahaja. Nasi sudahpun menjadi bubur. Mahathir dan Ku Li boleh bedebat sepanjang malam untuk menyalahkan sesiapa antara mereka berdua. Ini tidak akan membetulkan keadaan asal. Bukannya boleh dikembalikan zaman silam. Yang berlalu tetap akan menghilang juga, tidak boleh dihidupkan semula. Sebaliknya mereka tumpukan usaha untuk memperbetulkan kesilapan, tanpa memikirkan siapa yang patut dipersalahkan kerana kesilapan yang terjadi.

Mahathir dan Ku Li membincangkan perihal perpaduan Melayu. Mereka bincangkan perihal mengembalikan kegemilangan UMNO. Mereka telah bincangkan apa yang boleh dilakukan di hari muka. Mereka bincangkan bagaimana caranya seseorang dapat bernaung di bawah satu payung. Ketika itu dicapai sepakatan betapa perlunya dilakukan kebangkitan perpaduan Melayu dan solidariti. Mesti ada hanya satu parti Melayu. Akan tetapi PAS tidak pernah menganggap partinya sebagai parti Melayu. Itu parti Islamik, kata para pemimpin PAS. Jadi Pas perlu menunggu. Lagi pun PAS merupakan parti serpihan UMNO satu ketika dahulu. PAS telah dilahirkan oleh ultra-nasionalis menolak anjuran agar golongan ultra agamawan memperkenalkan lebih banyak program Islamik kepada Malaysia yang belum merdeka. Itu merupakan satu tindakan yang keras. Seperti orang China yang akur kepada kepimpinan Chin Peng dalam MCP (Parti Komunis Malaya). British masih tidak berpendirian tetapi apakah memberikan kemerdekaan kepada Malaya, negara itu tidak semestinya berasaskan nasionalisme tetapi multi-kaum jua. Itu sahaja yang akan menjamin kemerdekaan Malaya, yang diikuti oleh kedamaian dan stabiliti seterusnya.

Kerana itu kelompok ultra–agamawan telah keluar daripada UMNO untuk melahirkan sebuah parti yang digelar Pan-Malayan Islamic Parti ataupun PMIP. Kemudiannya parti itu bertukar menjadi PAS. Akar umbinya tetap berasal daripada UMNO. Ini berlaku pada satu masa yang lama dahulu. kira-kiri dua generasi yang lalu. Ketika itu PAS mungkin lahir daripada serpihan UMNO. Tetapi itu kisah dulu. Hari ini perkara yang sama sudah tidak berasas lagi. Bukan pula begitu jadinya dengan Semangat 46. Ia masih lagi merupakan parti serpihan UMNO. Ia telah dilahirkan untuk mengembalikan martabat UMNO. Tetapi ketika itu sudah wujud dua parti seperti itu. Kalau ada pun yang membezakan dua parti itu ialah namanya, yang merupakan topeng sahaja. Kalau dialihkan topeng itu memang sukar untuk membezakan kedua-duanya. Ia bukan lahir dua generasi dahulu seperti PAS. Memang sudah lama sangat usia PAS, tetapi Semangat 46 masih lagi muda. Semangat 46 dan UMNO Baru boleh menjadi satu seperti dahulu, memperjuangkan kepentingan Melayu dengan satu pendirian yang padu.

Itulah yang terjadi pada 1995. Pada Mei 1996, betul-betul sempena tujuh tahun sebelumnya fikir Ku Li sendirian, Semangat 46 telah gulung tikar dan hampir semua anggota parti itu kembali menyertai UMNO secara menyeluruh, kecuali segelintir yang telah membuat keputusan untuk berhenti berpolitik dan bersara. Dengan itu direcana satu percaturan baru. Mengikut peredaran masa, tokoh baru akan berlenggang di serambi kuasa. Namun demikian masa terus berlalu, seperti yang terbukti berulang kali manusia hanya pandai merancang, yang membuat penentuan muktamad adalah Allah juga. Esok tidak muncul juga. Apa yang patut berlaku pada tahun Anwar Ibrahim undur dan Ku Li muncul untuk menggantikannya tidak pernah terjadi. Sebaliknya, 1997 menjadi tahun munculnya Krisis Kewangan Asia yang membanjiri pantai Malaysia. Untuk meningkatkan masalah Mahathir, itulah juga tahunnya Anwar cuba mengnyahkan Mahathir untuk menafikan peluang Ku Li merangkul takhta dan sebaliknya cuba merampas singgahsana untuk dirinya.

Adalah tidak munasabah untuk Mahathir berundur ketika itu, memandangkan bencana yang melanda negara. Kalau dia berundur, orang akan berkata bahawa Anwar telah menang. Orang akan kata Mahathir telah ditolak ke tepi, Kalau Mahathir undur, mereka akan kata Mahathir menikus cuba melompat keluar daripada kapal yang akan karam, kerana negara sedang dilanda krisis kewangan. Mahathir tidak punya pilihan lain. Memang, 1997 adalah tahun Mahathir sepatutnya menyerahkan kuasa kepada Ku Li. 1997 adalah tahunnya bila Ku Li mula berlenggang di serambi kuasa. Tetapi apakah mereka sudah tahu ketika itu bahawa 1997 adalah tahunnya Asia mengalami krisis kewangan. Itulah krisis yang akan menggagalkan perancangan mereka? Ini bermakna mereka terpaksa menangguhkan rencana asal dan krisis kewangan perlu dibereskan dahulu. Anwar perlu diganyang dahulu dan buat sementara waktu Ku Li terpaksa mengurut ibu jarinya sendiri sambil menunggu masa gilirannya.

Demikianlah kisahnya pada 1997. Ketika itulah Krisis Kewangan Asia dan masalah Anwar menjadi tumpuan negara. Sekarang semua itu sudah lama berlalu. Pada 2002, Mahathir sudahpun menyuarakan keputusan untuk bersara. Beliau telah mengumumkan mahu undur pada 2003. Tetapi 2003 sudahpun berlalu, Kenapa Mahathir masih ada lagi? Kenapakah Mahathir tidak mula membersihkan mejanya. Kenapa dia berlagak semacam dia mahu melengah-lengahkan masa. Abdullah sudah semakin tertekan. Diam sudah menjadi lebih tertekan.

Mungkin juga Mahathir perlu didesak dan dipujuk dalam hal ini. Desakan adalah caranya. Malam itu akan merupakan malamnya. Ku Li berfikiran panjang. Pada malam itu dia akan memerhatikan Mahathir. Inilah sebabnya ramai orang menelefon beliau. Tetapi memerhatikan Mahathir untuk apa? Apakah yang akan terjadi pada malam nanti? Apakah trik yang akan ditunjukkan oleh Mahathir? Tidak mengapa. Ku Li akan tahu jawapannya tidak lama lagi. Masanya adalah beberapa jam sahaja lagi. Dia sudah lama menunggu saat ini untuk merangkul kerusi Perdana Menteri Malaysia. Tambahan masa beberapa jam tidak akan membunuhnya.

Pengumuman pengacara pada malam itu, Mahazir Lokman bergema seluruh stadium. Itu merupakan kemuncak sambutan ulang tahun UMNO pada 11 Mei 2002. Setiausaha Agung parti, Khalil Yaacob, sepatutnya mengemukakan dua bilah keris ke pentas utama. Mahathir dan Abdullah mengambil tempat masing-masing dan berdiri sambil menanti. Mahathir dijadualkan mengambil keris lok tujuh yang sedikit panjang dan memotong pulut kuning untuk melambangkan ulang tahun hari jadi UMNO ke-56. Abdullah pula dijadualkan mengambil keris pendek yang berkelok lima, untuk melakukan perkara yang sama. Mahathir menghunus kerisnya dan menyucuknya pada pulut kuning. Tetapi dia tidak menarik mata keris itu. Dia biarkan mata keris itu tertanam pada pulut kuning itu laksana seseorang membiarkan kerisnya menghunjam musuh untuk merasa keperitan dan kepedihan tikamannya sebelum mati. Ini perbuatan yang amat pelik dan luarbiasa. Demikian bisik Ku Li pada dirinya. Kini muncul giliran Abdullah. Apakah dia akan melakukan istiadat yang serupa? Kris Mahathir masih terbenam dalam pulut kuning itu. Apakah Abdullah akan menarik keris itu dulu sebelum melakukan tikaman dengan kerisnya pula. Tetapi Abdullah terlewat dalam dilemma itu. Dia tidak perlu memikirkan apa yang harus dilakukannya. Apapun Abdullah memang tidak berapa bijak di otaknya. Mahathir berpusing dan sambil membelakangkan Abdullah, dia ambil keris pendek itu dan menikamnya ke dalam pulut kuning yang sama sehingga mata keris itu sama-sama tertanam dengan mata keris panjang yang dihunjamnya sebelum itu.

Abdullah terkejut beruk. Itu bukannya yang sepatutnya mereka lakukan.. Itu bukan perancangan asal. Berapa ramai yang sedar akan perkara itu pada malam tersebut? Berapa ramaikah yang sedar apa yang disebut lebih awal oleh pengacara sebelum itu tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Ku Li sedar apa yang berlaku. Dia juga sedar apa yang disebut oleh si pemanggil pada siang hari itu dan meminta beliau memerhatikan segala-galanya dengan teliti. Apakah Mahathir tersilap? Apakah Mahathir terlupa akan rencana asal? Apakah usia membuatkan Mahathir mudah lupa? Tidak, ini bukan satu kemalangan. Lebih tiga orang telah menelefon Ku Li betapa sesuatu akan terjadi pada malam itu. Tidak syak lagi inilah yang sepatutnya berlaku. Mahathir ternyata tenang setenang-tenangnya. Dia tidak gelojoh, dia tidak gelabah. Abdullah yang tidak mampu memahami keadaan yang terjadi. Apa yang terjadi? Bukankah itu kerisnya? Kenapa pula Mahathir menafikan keris yang patut dipegangnya?

Ku Li menjenguk ke arah kanan memandang si pemanggil yang pada siang itu telah memberitahunya apa yang akan berlaku. Ku Li tidak perlu berkata apa-apa. Bibirnya tidak bergerak langsung. Si pemanggil itu telah berada jauh di atas di tempat VIP dan telah jauh untuk mendengar apa yang mahu dikatakannya. Memang tidak berguna untuk berkata-kata, Perkataan tidak diperlukan. Mata si pemanggil dan mata Ku Li bertentangan. Itu sahaja yang perlu mereka lakukan. Itulah tentangan mata yang lebih berharga daripada seribu perkataan. Kerdipan mata Ku Li seolah-olah berkata: Jadi inilah yang anda cuba sebutkan siang tadi agar saya memerhatikannya dengan teliti.” Si pemanggil itu mengorak satu senyuman. Memang lemah senyumannya. Tidak mungkin ada sesiapa mengerti senyuman itu kecuali anda memang menunggunya. Itulah senyuman sebagai balasan. Di sebalik senyuman itu seolah-olah ada pesanan. “Bukankah saya sudah katakan tadi?”

Sejurus kemudian muncul pengumuman daripada pengacara. Mahathir dan Abdullah akan melangkah ke tengah-tengah stadium. Untuk menunggang kuda pedati mengelilingi stadium sambil menerima kehormatan. Dengan tenang Mahathir menuruni anak tangga stadium itu. Dia terhenti seketika di pertengahan jalannya untuk memanggil isterinya Dr. Siti Hasmah, agar mengiringinya. Dengan pantas Siti Hasmah menurut kehendak suaminya Mereka berdua telah menaiki pedati yang sebelum itu patut dinaiki oleh Perdana Menteri dan bakal penggantinya, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kereta kuda itu bergerak ke hadapan meninggalkan Abdullah tercegat dan termangu-mangu apa yang patut dibuatnya sendirian di tengah-tengah stadium itu.

Mahathir boleh bercakap berjam-jam tanpa henti. Dan dia boleh berdiri lama-lama tanpa bantuan kerusi, hingga ke hari ini. Tetapi dia juga boleh diam membisu. Pada ketika semacam ini bukan penting sangat apa yang dikatakannya tetapi apa yang dilakukannya yang lebih utama.

Memang seronok menyaksikan Mahathir ketika dia penuh dengan retoriknya. Akan tetapi Mahathir yang tidak banyak cakap adalah lebih berbahaya. Lalakannya yang amat kuat memang membingitkan telinga. Tetapi kebisuannya adalah satu gigitan senyap yang membawa maut. Ketika dia berhenti melalak ketika itulah dia amat berbahaya. Itulah satu pertanda bila dia akan menggigit. Abdullah memang dengar pesanan itu dengan amat jelas pada malam itu. Memang tidak ada perkataan sedemikian pada malam itu. Tidak ada satu patah pun yang telah disebutkan. Akan tetapi isyaratnya amat jelas dan lantang. Bukannya Abdullah yang akan menjadi pengganti Mahathir seperti yang dimahukan oleh Daim.

Memanglah, Abdullah telah dilantik Timbalan Perdana Menteri seperti yang diinginkan oleh Daim. Tetapi itu adalah kehendak Diam. Dan apa yang dikehendaki oleh Daim adalah laksana satu undang-undang. Ketika itu Daim sedang berkuasa penuh. Krisis Kewangan sedang menghenyak Malaysia. Anwar Ibrahim sedang berusaha mengnyahkan Mahathir ke tepi. Satu bencana memang sudah cukup untuk menyingkirkan Mahathir. Bila muncul yang kedua, dua-dua datang sekali itu bukan sahaja laksana pukulan maut tetapi sudah menjadi satu jaminan untuk membenam Mahathir dalam-dalam. Daim merupakan Wirawan dengan berkuda putih. Daim adalah wirawan yang sepatutnya menyelamatkan Malaysia dan menyelamatkan Mahathir. Tetapi harga khidmat itu adalah amat tinggi nilainya. Mahathir mesti melantik Abdullah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas itu Mahathir mesti berundur. Abdullah mesti mengambil alih tempatnya. Selepas itu Abdullah mesti melantik Khalil sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Akan tetapi gelagat Mahathir pada malam itu menjadi satu isyarat jelas kepada semua pihak. Kehendak itu tidak akan terjadi. Dia tidak akan mudah menyerahkan kuasa kepada Abdullah, Abdullah dan Khalil tidak akan jalan berlenggang di serambi kuasa. Boneka Daim tidak akan ditabalkan di singgahsana. Mahathir mempunyai rencana lain. Dan semua rencana itu tidak termasuk Daim, Abdullah ataupun Khalil. Ini membuatkan Daim perlu melakar semula rencana lama. Rupa-rupanya bukan semudah itu mengusir Mahathir ke tepi. Mereka pukulan satu rampasan kuasa, rampasan kuasa berbentuk politik. Mereka perlu lakukan perkara itu kepada Mahathir seperti mana Anwar lakukan enam tahun sebelum itu. Daim mula merancang. Abdullah pun merancang juga. Khairy Jamaluddin, si anak menantu pun turut merancang juga.

Khairy pergi ke Singapura untuk berbincang dengan orang yang berkuasa di sana. Mereka berbincang dan bertolak ansur. Singapura memerlukan pasir. Itu amat diperlukan untuk menambak laut kerana Singapura mahu membesarkan kepulauannya supaya menjadi besar dua setengah kali ganda ;lebih besar daripada saiz asalnya. Sudah tentu Malaysia akan membekalkan pasir itu, walaupun Mahathir tidak pernah menyetujuinya. Memang Mahathir telah mengharamkan pengeksportan pasir ke Singapura sejak 1997 dahulu lagi. Setelah menyedari Menteri Besar Johor mula menjadi salah seorang Melayu yang paling kaya di negara ini dengan menjual pasir kepada Singapura. Kerana itu Mahathir mesti disingkirkan kalau Singapura mahukan pasir dan menyingkirkan Mahathir memerlukan banyak wang.

Khairy telah membawa balik RM200 juta daripada Singapura. Daim telah menambahkan jumlah itu berkali-kali ganda. Setiap Menteri besar dan Ketua Menteri telah diberikan imbuhan dengan lumayan dengan jumlah antara RM3 juta hingga RM12 juta bergantung kepada saiz negeri mereka dan jumlah bahagian yang mereka kuasai. Para menteri kabinet pun diberikan imbuhan juga. Kini Diam dan Abdullah sudah mampu memulas telinga semua tokoh untuk berada dalam kocek mereka. Inilah caranya Anwar mengetepikan Ghafar Baba pada satu masa dahulu. Inilah juga caranya Anwar cuba mengetepikan Mahathir pada 1997. Inilah caranya Diam mengetepikan Anwar pada 1998. Inilah juga caranya mereka mahu menjahanamkan Mahathir pada 2003. Mahathir boleh merampas dua-dua keris dan menjunamkan matanya kepada dulang pulut kuning. Dia boleh menaiki pedati kuda bersama isterinya sambil meninggalkan Abdullah tercegat dan termangu-mangu di tengah-tengah stadium, satu ketika dahulu. Semua itu adalah lambang sahaja. Tujuannya untuk memberi isyarat semata-mata. Akan tetapi isyarat Daim adalah lebih berbisa. Mesej Daim ialah anda boleh pergi jahanam. Daim sudah masukkan sesiapa sahaja yang perlu dalam sakunya. Semua mereka itu telah dibeli dengan beratus-ratus juta ringgit.

Kerana itu Mahathir tidak ada pilihan kecuali akur untuk bersara. Persaraannya itu telah dirancang juga. Penggantiannya telah dirancang. Semua itu akan dipatuhi untuk dilaksanakan. Mahathir sedar betapa dia tidak punya banyak pilihan dalam perkara ini. Apa yang diingininya adalah tidak penting. Apa yang Daim mahu adalah dianggap penting. Orang yang pengecut musnah beberapa kali sebelum betul-betul mati. Akan tetapi mereka yang melawan, dan berundur akan hidup untuk melawan lagi di satu hari nanti. Mao (Tze Tung) pernah berkata: “Kalau musuh menghambat kita, berundurlah dahulu. Apabila musuh berhenti untuk berehat, kita serang mereka semula. Jadi, musuh sudah menghambat, Mahathir berundur dahulu. Dan pada 1 November 2003, Abdullah naik mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Kini musuh sedang berehat. Tidak..... sedang tidur.... bukan rehat saja-saja lagi. Inilah masanya untuk menyerang balik. Kalau Mao boleh berjaya dengan muslihat itu sudah tentu Mahathir akan berjaya untuk meniru.

Bagaimana nanti serangan balas itu akan muncul? Bila ia akan menjelma? Bagaimanakah Ku Li akan terlibat dengan keseluruhan skema itu nanti? Apakah perjanjian 1995 itu masih segar lagi? Apakah pembubaran Semangat 46 pada Mei 1996 satu kerja sia-sia? Yang amat penting sekali, apakah si seteru sudahpun dijinakkan? Ooooooh ya, ada satu lagi soalan penting? Bagaimana pula Najib Tun Razak dan bukannya Khalil yang dipilih untuk menjadi Timbalan Abdullah?

Sememangnya banyak persoalan yang belum terjawab. Mungkin pada waktu lain, kalau saya ada mud anda akan dapat jawapan kepada soalan itu semua. Sementara itu… tungguuuuuuuuuu!!!

- Raja Petra - 11.05.2007 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Wednesday, May 02, 2007

Keroncong Untuk Ijok

Pada 29 April 2007 yang lalu, TV3 telah membuat satu poll 'peratusan keluar mengundi membuktikan demokrasi di Malaysia subur'. Didapati 70% rakyat menyokong usul ini. Keesokan harinya pembaca berita berkokok lagi. Kali ini mereka bersandarkan kepada keputusan poll tersebut untuk menguatkan hujah betapa cemerlang, gemilang & terbilangnya demokrasi di negara kita ini.

Maka ramailah tokoh-tokoh BN yang diwawancara, semuanya senada menyatakan sistem demokrasi semakin utuh dan subur. Adakah dengan melihat 82% orang Ijok keluar mengundi maka kita sudah berpuas hati dengan amalan demokrasi di Malaysia ini?

Inilah akibatnya jika rakyat gagal berfikir di luar kotak! Inilah silapnya apabila rakyat memperlekeh Glokal sebagai sebuah gagasan pemikiran paling ulung abad ini!

Janganlah kita berfikiran tipikal. Cubalah menerima idealogi Glokal! Episod Ijok telah membuktikan bahawa kerajaan Malaysia tidak ubah seperti rejim komunis di mana pemerintah memilik BNkan segala hasil mahsul dan ufti - ufti yang dibayar oleh rakyat selama ini.

Media - media perdana ditugaskan untuk mencerca, memutar belit fakta dan mencincang pembangkang. Untuk menunggu TV3 dan RTM membuat liputan penuh mengenai manifesto keADILan jika menang di Ijok adalah sama seperti menunggu Khir Toyo membuat pengakuan bersalah kerana melakukan korupsi. Tidak mungkin. 'Nehi' kata Samy Vellu.

Di Ijok, wartawan TV3 Teynmoli Subramaniam barangkali terlupa untuk bercerita tentang sebuah kumpulan yang bernama Sedia Gempur "Hancur PKR!" kelolaan seorang Menteri Pelajaran & seorang lagi adalah graduan Oxfarts. Samseng ini bekerjasama dengan Special Branch melakukan provokasi terhadap keADILan. FRU yang telah dimilik BNkan telah bertugas dengan cemerlang menyekat dan menafikan hak pembangkang untuk mengadakan ceramah. Alasannya ialah tiada permit.

Hanya kerajaan Komunis sahaja yang mewajibkan permit perhimpunan. Amalan demokrasi membenarkan rakyat untuk bebas berhimpun & menyuarakan pendapat. Dengan menafikan hak seseorang individu untuk bebas berhimpun, maka tidak syak lagi inilah komunis moden.

Tidak cukup dengan monopoli media dan Sedia Gempur "Hancur PKR!", maka dibelenggu pula minda rakyat dengan gula - gula pembangunan. Duit ditabur seperti menabur bertih padi kepada ayam - ayam kampong. Tatkala ayam - ayam itu gemuk maka bersorak giranglah UMNO dan Barisan Nasional menyembelih mereka dengan kenaikan harga tol, harga minyak, duit susu anak dan belanja barang dapur. Inilah hadiah pembangunan yang dicari - cari rakyat selama ini.

Maka sampai matilah minda rakyat terperuk di dalam reban usang yang dibina BN. Rakyat diajar untuk bersyukur kerana mereka hidup aman damai walaupun jenayah rogol, ragut, rompakan bersenjata, bunuh dan bakar serta gejala mat rempit semakin menggugat keharmonian negara. Rakyat disuruh mengubah gaya hidup di saat pemimpin - pemimpin BN semakin galak menikam kantung duit negara demi memenuhi tembolok masing - masing. Dan rakyat Ijok majoritinya redha untuk diperkotak katikkan buat kesekian kalinya oleh pemimpin - pemimpin korup ini.

Lalu diungkit lagi betapa suburnya demokrasi di Malaysia kerana 82% rakyat Ijok telah keluar menunaikan hak mereka. Tidak diketahui sama ada kesemua 82% itu adalah manusia atau ada hantu yang dibangkitkan dari liang lahad untuk mengundi, atau mungkin hantu - hantu dari Perlis yang bertuankan Norita… ooops Shahidan Kassim. Kenal tak Shahidan Kassim? Di zaman pemerintahannya Majlis Perbandaran Kangar jatuh bangkrap dan hampir dilelong kepada tauke besi buruk. Untuk rekod Kangar adalah ibu negeri Perlis Darul Sunnah.

Dengan segala helah, manipulasi media dan pihak berkuasa, sikap berat sebelah SPR serta provokasi yang dimainkan Pemuda UMNO - BN, dibantu pula dengan 500 makhluk Special Branch di Ijok, maka ketahuilah politik Malaysia kini sedang beransur - ansur berubah menjadi politik komunis di mana parti pemerintah bertindak nekad menyekat suara pembangkang dari mendedahkan segala kudis sopak penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Najib Razak, Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Rafidah Aziz, Samy Vellu, Muhammad Muhd. Taib dan Khir Toyo kepada pengetahuan rakyat marhaen.

Segala pecah amanah, rasuah, amalan nepotisme dan penipuan terhadap rakyat ini akan berterusan selagi mana masyarakat Malaysia tidak peka terhadap pengkhianatan yang telah dilakukan oleh pemimpin - pemimpin tersebut. Sampai bilakah rakyat sanggup menjadi ayam sembelihan BN?

Tinta Tun Adil

Saturday, March 24, 2007

Kepentingan Nasional Yang Palsu Menyekat FTA

Kepentingan Nasional Yang Palsu Menyekat FTA
(Pseudo National Interests Blocking FTA)
Oleh M. Bakri Musa and Din Merican

Perdana Menteri Abdullah sudahpun mengulangi apa yang memang terbaik dapat dilakukannya: mengelak daripada membuat keputusan yang sukar-sukar. Kegagalan menamatkan perundingan FTA pada akhir bulan ini, bererti keputusan yang amat penting untuk negara sudah berganjak jauh darinya. Dari situ nanti pelbagai peristiwa akan menentukan keputusan pendiriannya. Tidak mungkin akan ada perjanjian dengan Amerika mengikut FTA pada masa yang terdekat dan dengan itu akan berlangsung peluang melepas. Sekali lagi Abdullah mengorbankan masa depan negara dengan menonjolkan segala kepentingan yang dianggap pendek sahaja jangka hayatnya.

Walaupun beliau menafikannya, Abdullah sesungguhnya sedang mengintai kemungkinan mengadakan pilihan raya umum sebagai langkah mengelak kemunculan semula Anwar Ibrahim dalam arena politik. Dia amat takut kalau FTA akan dilihat sebagai anti-Melayu dan anti-DEB. Inilah silapnya kerana tidak dapat menundukkan para pengkritik yang kurang tahu seperti si anak menantu.

Kegelojohan mengumumkan bahawa dia tidak terikat kepada sekatan masa, menunjukkan betapa Abdullah tidak berunding dengan serius dan secara ikhlas dengan orang Amerika. Dia mencemar martabat Malaysia di pentas antarabangsa, dan kini cuba menyalahkan Amerika kerana kegagalan itu.Kerana terlalu lama bertugas dalam kerajaan menyebabkan Abdullah semacam lali dengan sikap mengejar masa. Dalam isu FTA yang sungguh penting, sekali lagi dia menyerlahkan betapa dia memang ketandusan wawasan dan keberanian untuk bertindak. Memang dia terlalu tidak cekap; cara pengurusan beliau memang menampakkan kecenderungan mengelat, daripada melaksanakan tanggungjawab dan sekali gus menghampakan amanah yang diberikan kepadanya oleh rakyat jelata.

Sepatutnya kita telah berunding secara serius dengan orang Amerika dari tahap awal lagi dan bukan selalu menyimpang jauh disebabkan pergocohan kabinet.Walaupun semasa di bawah kepimpinan yang unggulan, kabinet beliau yang besar kelihatan tidak bermaya. Di bawah kepimpinan Abdullah ia semacam satu bilik darjah yang dihuni pelajar kelas tiga yang mundur, cakap besar mereka yang berdegar-degar hanya melambangkan kebingitan yang ada.

Jaminan Abdullah bahawa dia akan menjaga kepentingan negara adalah cakap kosong dan tidak bermakna. Memanglah dia patut menyebutnya. Tetapi cuba fikirkan perkara berikut ini.Mujur, Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyuarakan sokongan peribadinya kepada FTA. Memang tepat kalau dia menolak golongan nasionalis baru dan penyokong palsu terhadap para petani kita. Kami amat mengharapkan mereka yang lain dalam jawatan awam yang bertanggungjawab akan menyuarakan sokongan mereka, seperti Yong Poh Kon, Pengerusi Persekutuan Pengeluar Malaysia dan seorang pemimpin korporat yang berpengalaman, Adam Kadir. Bidang pembuatan adalah sektor ekonomi kita yang berpada skalanya, pertanian khususnya penanaman padi berada di bahagian corot senarai kita.

Duta kita di Washington sepatutnya memaklumkan kepada Abdullah akan hakikat sebenar politik Amerika. Ini adalah tugas beliau dan bukannya menyibuk selalu dengan minit perundingan. Puak Demokrat Amerika yang bersikap proteksionis berkemungkinan tidak akan melanjutkan peruntukan “laluan laju” (fast track” yang ada kini dan mereka berkemungkinan besar akan mengambil-alih kepimpinan di Rumah Putih dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Dakwaan bahawa Amerika mengenakan sekatan masa adalah satu dakwaan jahat. Keputusan untuk memulakan perundingan sudah pun dibuat awal tahun lalu, di mana kedua pihak memang amat sedar akan tarikh penentuan. Dari memberikan tumpuan kepada perkara yang penting-penting, para pemimpin kita telah sibuk dengan perkara titik- bengik seperti Islam Hadhari.

Kalau diimbau kedunguan Abdullah, nyata sangat betapa dia terlalu bergantung kepada para penasihatnya yang haprak seperti Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop, dan anak menantu Abdullah yang tidak pun teruji kepintarannya. Sikap liar Nor Mohamed terhadap Amerika memang tidak mengejutkan sesiapa.Agensi ‘Federal Reserve” (berperanan semacam Bank Pusat di Amerika - penterjemah) telah mengenali Nor Mohamad sebagai seorang penyagak matawang yang ditaja oleh kerajaan” semasa dia berkhidmat dengan Bank Negara. Kemelut negara kehilangan berbilion ringgit dan peranan besar Noh Mohamed dalam skandal itu masih belum didedahkan lagi.

Kembali Kepada Yang Asas

Di sebalik sikap nasionalisme palsu para pemimpin yang tamak haloba dan para bijak pandai, adalah baik kalau diimbau prinsip asas perundingan dan rasional mendapatkan satu FTA.Yang utama, kita berunding hanya dengan pihak yang kita percayai. Kalau ada perasaan anda bahawa pihak lain akan cuba mengenakan anda eloklah tidak menyertai perundingan itu. Selain itu pula sesuatu perjanjian itu mesti membawa faedah kepada kedua-dua belah pihak, di mana setiap pihak akan merasa untungnya dengan perjanjian itu dan bukan ketiadaannya.

FTA dengan Amerika memenuhi kedua-dua kriteria. Kita tidak yakin bahawa hanya satu pihak yang mahu mengena pihak yang lagi satu, dan kalau berlaku tambahan dagang daripada itu, ia akan memberi faedah bersama.Perdagangan adalah satu alat berkesan untuk pembangunan, ekonomi dan bukan-ekonomi. China pada hari ini adalah satu lambang positif akan kebijaksanaan ini. Di Myanmar terletak contohnya yang negatif. Zaman kegemilangan kesultanan Melaka dahulu ada kaitan dengan hakikat bahawa kerajaan Melayu dahulu berada di laluan maritim yang aktif dan pedagang Melayu bergiat aktif ketika itu.

Para pemimpin kita menyedari perkara ini, setidak-tidaknya secara superficial, Lantas mereka kerap melaungkan angka dagang yang berjumlah trillion ringgit. Perdagangan kita dengan mereka merupakan sebahagian besar angka itu.Pertukaran dagangan dan perkhidmatan akan disusuli dengan aliran pemikiran dan manusia. Adalah penting diingat kembali betapa Islam masuk menerjah dunia Melayu melalui perdagangan. Perdagangan dua hala kita dengan Singapura telah menampan banyak resah-gelisah antara dua negara ini. Amerika dan China yang satu ketika dahulu musuh ketat, hari ini menjadi rakan dagang yang utama dan dengan itu memperkasakan kedamaian dunia.

Sepatutnya kita galakkan perdagangan dengan merobohkan segala hambatannya - dan inilah intipati FTA. Ia tidak menghapuskan segala hambatan itu, hanya tarif terhadap eksport dan import. Lonjakan dagang yang mengekorinya sudah tentu akan menjadi sumber pampasan kepada kerugian cukai. Ini tidak ada kena mengena dengan kapitalisme, ia lahir secara empayarikal. Namun demikian, apa juga hambatan ‘bukan-tarif’ akan kekal dan akan memanjang mengikut kepintaran manusia meleret-leretkannya.Amerika merupakan rakan dagang Malaysia yang paling besar dan sudah tentu terus akan memihak kepada kita. Sepatutnya kita pelihara pakatan itu dan bukan mengambil jalan mudah sahaja. Kita memang perlu menjaga hati pelanggan kita yang terbaik setiap masa.

Buat masa ini Amerika sudah menjalin FTA dengan Singapura, dengan itu boleh dijangkakan betapa perdagangan Amerika, pelaburannya, dan apa juga kepentingannya yang lain akan mengalir secara memihak ke sana. Sudah menjadi lumrah dalam pasaran, apabila sesuatu corak telah ditempa, adalah amat sukar untuk menukarnya. Apabila kita kehilangan sesuatu pasaran adalah amat sukar untuk mendapatkannya semula.

Falsafah hidup ini semacam tidak dimengerti oleh Abdullah; dia tidak pernah memikirkan perlunya menyediakan gaji sesiapa. Hakikat ekonomi yang asas ini memang tidak didedahkan kepadanya dan kerana itu adalah di luar kefahamannya.Setakat ini Amerika sudahpun menjalin FTA dengan empat negara Islam. Sekali lagi Malaysia melunturkan peranan kepimpinannya dalam blok yang amat penting ini.

Asas Perundingan

Ada isu hangat sekarang melibatkan dasar perolehan dan saingan kerajaan. Kami percaya bahawa projek yang besar-besar semestinya dibuka kepada pembidaan antarabangsa di mana kriterianya telus dan kos, kualiti, serta peralihan kepintaran dan teknologi adalah pertimbangan yang utama. Ketiadaan ketelusan ini menjadi dasar kenapa korupsi begitu membarah dalam UMNO.

Apabila diwujudkan ketelusan yang lebih meluas, mereka yang akan kalah besar akan mereka yang berlagak sakan dalam UMNO serta para kroninya yang mempunyai kepintaran hanya dalam menagih projek mewah awam melalui “kontrak yang dirundingkan” pada kadar yang sengaja digelembung untuk membolehkan mereka memerah komisen besar yang amat menguntungkan sebelum mengagihkan projek itu kepada orang lain. Mereka bukannya ada menyumbang apa-apa yang bernilai kepada sesuatu usahawan itu, sebaliknya, mereka mencetuskan kos tambahan yang tidak diingini. Yang lebih buruk lagi, mereka inilah yang membusukkan nama Melayu dan Malaysia.

Kalau kewujudan FTA dengan Amerika dapat menamatkan segala kehaprakan itu, adalah patut kita menyokongnya. Memanglah kumpulan penyangak ini merupakan kumpulan pertama yang akan melalak tidak bersetuju dengan kita, sambil menonjolkan diri mereka sebagai puak nasionalis, dan kita ini sebagai boneka Amerika. Hanya rakyat yang cerdik kerana maklumat akan menyepikan kehaprakan dan penipuan mereka.

Amalan haprak itu tidak akan melindungi GLC (Syarikat yang ada kaitan dengan Kerajaan) kita. Kalaulah mereka perlu bersaing secara berkesan di arena global, tentu mereka perlu berdaya saing di negara sendiri dahulu. Amerika memang sedia memahami dinamika perkauman kita, lagi pun Amerika memang sudah lama mengongsi dilemma sosial kita. Di Amerika pun ada dasar keistimewaan ekonominya sebelum kita memiliki dasar ekonomi baru. Lagi pun Amerika bukannya mendesak sangat tentang daya saing itu, apa yang mereka mahukan ialah ketelusan. Begitulah juga keinginan kita yang sepatutnya.

Dasar daya saing sudah tentu akan memberi syarikat Amerika dan negara asing kemudahan yang sama, bertentangan dengan kedudukan istimewa untuk GLC kita. Sehubungan dengan itu, semua GLC kita akan menerima peluang yang sama cabarannya di Amerika, di mana pasarannya adalah melebihi US$250 bilion.

Memanglah kita sedar akan berlaku juga pelbagai karenah dan tolak-ansur disebabkan FTA nanti dan ini semua terpaksa dilakukan kepada mereka yang merasakan kesannya. Di sini saya merujuk secara khusus perihal para penanam padi kita, dan bukannya para juara palsu dan kapitalis ekspres yang berada dalam UMNO. Dalam menjuarai para penanam padi, pengkritik FTA seperti Khairy Jamaluddin sedang sengaja berselindung di sebalik kepalsuan topeng nasionalis mereka. Mereka dan Abdullah sesungguhnya tidak ikhlas semasa menonjolkan betapa perlunya pelbagai tolak-ansur itu dipandang sebagai mencemar kedaulatan negara kita.

Baru-baru ini Utusan Malaysia telah membuat bancian secara online. Kurang daripada 14 peratus responden beranggapan bahawa FTA dengan Amerika akan membawa faedah kepada Malaysia. Yang menakjubkan, hampir separuh (45 peratus) yang merasakan bahawa isu itu “perlu dikaji lebih dalam lagi”.

Sekali lagi ini melambangkan kegagalan pucuk kepimpinan dalam kerajaan, media dan akademik. Segal isu itu memang wujud lama dalam laman web MITI dan juga USTR (US Trade Representative’s Office), sayangnya para pemimpin kita tidak pun membuat kajian mereka.

Kita masih menunggu sebarang lidah pengarang dalam media arus perdana mengenai isu ini. Para cerdik pandai kita khususnya professor ekonomi masih tetap diam membisu, seperti juga Anggota Parlimen. Hanya dalam laman blog boleh kita dapati perbincangan hangat akan perkara ini.Kenyataan “perlunya kajian mendalam” menyorokkan keresahan rakyat yang semakin membara. Setelah menyaksikan kemelut jambatan bengkok di Johor satu ketika dahulu, rakyat Malaysia sudah tidak punyai banyak keyakinan – memang sewajarnya – kepada kemampuan pegawai kerajaan menangani masalah yang sungguh rumit seperti perundingan ini. Meloloskan kenyataan “perlu kajian mendalam” tidak akan memberi bantuan. Apa yang perlu diperolehi ialah bantuan daripada luar.

Ketika Chile merundingkan FTA dengan Amerika, ia telah mendapatkan khidmat pakar yang terbaik, di kalangan orang Amerika yang berbakat untuk membantu mereka mendapatkan yang terbaik daripada Amerika. Perkara semacam ini memang sukar dimengerti oleh rakyat Malaysia yang menganggapnya semacam satu pembelotan. Akan tetapi dalam dunia perniagaan, kepentingan pelanggan harus menjadi tumpuan utama kita. Lagi pun mereka yang membayar segala keperluan kita dan keluarga. Memang kita tidak ketandusan ketelusan dalam rundingan yang berjalan sekarang seperti yang didakwa, tetapi kita ketiadaan tumpuan, kesabaran dan inisiatif di kalangan para pemimpin politik dan intelek. Seharusnya kita menyalahkan diri sendiri kerana itu semua dan tidak menyalahkan orang Amerika pula.

M. Bakri Musa just released his latest book, Towards A Competitive Malaysia: Development Challenges in the Twenty-first Century (www.bakrimusa.com). Din Merican is Senior Research Fellow, Cambodian Institute for Cooperation and Peace, and Visiting Professor, University of Cambodia, Phnom Penh. (dmerican@yahoo.com). The views expressed do not implicate these institutions.

- Terjemahan oleh marhaintua - suntingan M@RHAEN