Friday, January 30, 2009

Berita Warong Kopi

Semalam sementara menunggu nasi goreng yang dipesan, saya sempat menonton televisyen di Warung Kopi.

Beberapa minit sebelum Berita TV3suku bersiaran terdapat iklan selingan -- wajah chubby Rosmah Mansor terpampang dengan mesej "Bantulah Rakyat Palestin". Rayuan derma dari Rosmah ini kelihatan seperti tulus dan suci. Saya teruja melihat Rosmah ikhlas dan prihatin ke atas nasib penduduk Gaza .

Nanti sekejap. Tiba - tiba saya terdengar suara sungutan dari beberapa pelanggan warung memprotes.

"Apa pulak… dia (Rosmah) la derma.. dia kaya.. juta - juta dia boleh derma.."

Kemudian diikuti suara simpatisan Rosmah.

"Dia (Rosmah) dah derma RM 50 000.00 la".

Kemudian dibalas pula;

"Setakat RM 50 000 apa barang… juta - juta la dia kan kaya…"

Saya tidak menyertai hingar bingar itu. Saya membuka telinga dan mendengar seluas - luasnya kutukan dan kritikan keras terhadap bakal Perdana Menteri itu.

Saya memandang wajah mereka. Saya rasa mereka bukan konekted. Mereka bukanlah jenis mat nerd yang gemar melayari internet. Tetapi bagaimana mereka boleh menyampah dengan Rosmah? TV3 menyanjungi Rosmah, begitu juga TV123 dan media perdana. Jadi dari mana timbulnya perasaan benci Rosmah ini?

Selain dari Harakah, Suara Keadilan dan Roket sebenarnya ada satu lagi medium yang fungsinya begitu menjanjikan. Ianya adalah Berita Warung Kopi.

Seseorang yang membaca cerita dari web Malaysia Today akan menurunkan cerita itu kepada rakan - rakannya secara mulut ke mulut. Dari seorang kepada seorang yang lain.

Ianya merebak pantas dan kita di Malaysia bernasib baik kerana rakyat lebih mempercayai Berita Warung Kopi dari TV3suku yang hanya pandai memangkuk hayunkan daya akal dan fikiran kita.

Rakyat buat bodoh dengan isu lembu apabila TV3suku cuba menghangatkannya. Rakyat Selangor lebih tahu belang Khir Toyo yang gila talak untuk memerintah Selangor.

Khir Toyo boleh dinobatkan sebagai manusia paling aib di Malaysia apabila beliau yang sebelumnya meniupkan slogan 'Sifar Pembangkang' akhirnya menjadi 'Kepala Pembangkang'. Lawannya Tan Sri Khalid bukan setakat bergelar Menteri Besar tetapi juga MP Parti Keadilan Rakyat di Parlimen Malaysia.

Dedahlah Khir… Dedahlah… Mula - mula babi lepas itu lembu. Namun selepas ini Khalid Ibrahim perlu berwaspada. Jauhkan diri dari haiwan. Saya mula terbayangkan apakah impaknya jika Tan Sri Khalid terlanggar kucing ketika berjalan - jalan…

Mungkinkah Khir Toyo akan menggunakan modal hadith Nabi S.A.W atau perihal laku Abu Hurairah R.A sebagai senjata untuk merosakkan peribadi Tan Sri Khalid? Mungkinkah Khir Toyo akan memperalatkan Kelab Pencinta Kucing untuk berdemonstrasi membantah Khalid Ibrahim?

Penutup

Saya sudah lama tidak menulis. Tetapi malam tadi saya marah dengan seorang Profesur kangkung yang bersiaran di tvtigasuku mengatakan "zaman Khir Toyo lebih rancak ekonomi dari zaman Khalid." Prosefur ini jelas lebih selesa dengan pentadbiran BN berbanding pemerintahan Pakatan.

Profesur ini jelas lebih selesa bernaung di bawah kerajaan korup dari kerajaan pro rakyat. Prosefur ini jelas redha dan tutup sebelah mata dengan kemewahan terlampau pemimpin BN Selangor.

Wahai Prosefur Kangkung Agus Salim, bangsat la apasal pulak kau cakap Kerajaan PKR Selangor. Woi Profesur Gusgus cakap main sedap mulut je takkanlah PKR ada 15 kerusi boleh bentuk kerajaan Selangor?

Cakap la Kerajaan Pakatan Selangor. Kata Profesur cakap mestilah berfakta ilmiah.

Dasar pemerintahan Pakatan memang senyap berbanding BN sebab Pakatan bukannya mahu glamer macam Toyo & Sahabat. Biarlah senyap asalkan rakyat tidak merempat dibuli UMNO BN macam di Berembang Ampang.

Kepada Prosefur Gusgus ini ingin saya pesan, watak dan perwatakan anda kureng. Anda kelihatan spastik semalam. Anda memang tidak cool. Anda Profesur poyo. Cakap berdegar - degar tapi mulut busuk macam Ibrahim Ali.








1 comment:

Anonymous said...

Selangor kena ada profesur kuda kayu macam, baru MB Khir Toyol baru bolih korup cukup cukup, kalau dia cakap pasal K Toyol lebih bijak pimpin Selangor, maka Selangor pada 308, tentu tidak akan kalah. Satu kenapa dari babi sampai lembu, sebab dia itu macam lembu,awas nanti masuk ISA kerana binatang binatang ini loll, pandai fitnah, jaga ohhhhh nanti .......