Webmaster Laman M@RHAEN menerima satu emel yang mengkritik laman ini dan berikut ini disiarkan semula emel berkenaan, tanpa apa-apa suntingan untuk makluman dan perhatian para pembaca laman ini:
Assalamualaikum,
Pengendali Laman Web M@rhaen,
Saya memohon maaf di atas tulisan dan teguran ini.
Berkemungkinan ia boleh memberi peringatan kepada kita.
Dahulunya (1998 – PRU Umum ke 11 2004) – Laman ini menghalakan seluruh peluru dan senjatanya kepada kezaliman BN sehingga mereka terkapai-kapai untuk menangkisnya.
Dahulunya – Laman ini membawa seruan, menyampaikan mesej keadilan Barisan Alternatif yang agak efektif dan informative.
Dahulunya – Laman ini teramat jarang menyiarkan tulisan-tulisan yang tidak boleh dipertanggungjawabkan – surat-surat layang dan surat yang menyamar orang lain.
Tetapi,
Selepas PRU Umum ke 11 & Pembebasan DS Anwar Ibrahim
Kini – Laman ini lebih bercampur aduk, kadang-kadang menyerang musuh tetapi tidak kurang banyaknya mengadu domba, menyebarkan artikal-artikal yang tidak bertanggungjawab yang mana akhirnya peluru mengena sesama sendiri. Natijah akhirnya maklumat dengan senang terlepas ke tangan musuh. Musuh dengan senang memainkan buah caturnya. Pimpinan-pimpinan PAS & PKR akan berlaga sesama sendiri.
Kini – Laman ini lebih cenderung menyiarkan artikal, surat layang, surat menyamar yang menyerang individu/pimpinan tertentu, seolah-olah laman anda ini menjadi boneka ataupun kuda tunggangan kepada pihak-pihak tertentu. Pihak tertentu ini mempunyai agenda yang tertentu yang tidak sesuai untuk diperincikan di sini kerana menjaga keutuhan jamaah.
Kini – Tulisan/Surat/email spt. Contoh – Drp Noraini Husin, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri Selangor – adalah terlalu jelas – tulisan menyamar. Jika anda berfikiran waras sudah tentu anda tidak menyiarkan surat menyamar ini. Rentetan daripada surat ini, muncullah surat-surat yang memburuk-burukkan Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor. Anda menjadi alat kepada agenda lobi pihak-pihak tertentu yang rakus. Fakta-fakta yang disiarkan terlalu tidak bertanggungjawab dan diolah menjadi suatu fitnah yang menghancurkan. Anda mestilah bertanggungjawab terhadap sebaran fitnah ini jika anda adalah amilin gerakan Islam. Lainlah jika anda juga merupakan alat kepada musuh-musuh Islam.
Saya tidak berhajat untuk membawa satu persatu surat-surat layang seperti di atas . Saya yakin anda berkemampuan untuk membuat analisa cermat sebelum menyiarkan untuk tatapan umum pada masa mendatang ini.
Saya memohon agar saudara menilai kembali tujuan laman ini diwujudkan. Apakah dengan kerja-kerja yang anda lakukan selama ini boleh menaikkan lagi martabat Islam ataupun boleh menjadikan pimpinan gerakan Islam bertelagah sesama sendiri dan sudah tidak mempunyai masa untuk berhadapan dengan musuh yang sebenarnya.
Wassalam.
Bekas Pengendali Laman Web PAS.
tkdppaj@yahoo.com
Sebenarnya, daripada dulu lagi, laman ini memang cukup banyak menyiarkan tulisan-tulisan para penulis, penganalis, pemikir dengan harapan agar melalui apa yang dipersembahkan, sedikit sebanyak akan dapat membuka minda masyarakat pembaca khususnya yang berada bersama BA 'di sebelah sini'. Pelbagai cara kita cuba usahakan. Kita mahu agar masyarakat 'di sebelah sini' lebih cerdik daripada yang berada 'di sebelah sana' yang hanya dihidangkan dengan hidangan yang muluk-muluk. Kita berharap, melalui cara itu, masyarakat 'di sebelah sini' dapat berfikir dan bertindak dengan cara yang jauh lebih cerdik.
Atas alasan itu, laman ini telah menyiarkan beberapa terbitan ke dalam blog secara selari dengan terbitan biasa di laman. Ini membolehkan para pembaca memberikan respons atau komen kepada artikel berkenaan. Rata-rata boleh dikatakan pembaca sudah mampu memberikan komen secara rasional kecuali seorang-dua. Namun saya percaya mereka 'masih belajar', dan InsyaAllah akan mampu memberikan respons / komen yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Berbalik kepada soal emel di atas. Apabila pihak di sebelah sana melakukan sekatan dan tapisan, kita kata mereka tidak adil, tak gentleman, tetapi di pihak kita, kena ada tapisan baru adil? Dalam berhadapan dengan fenomena 'dunia tanpa sempadan' dan dalam soal pengaliran maklumat secara terbuka, masih terdapat segolongan masyarakat yang perlukan 'tarif perlindungan'. Sama seperti tindakan pihak pemerintah yang mengenakan 'tarif perlindungan' apabila berhadapan dengan pelaksanaan AFTA. Jadi apa bezanya? Mahukah kita bersetuju dengan Ingrid Erez PAS Dan Umno Sama Spesis?
Apabila kesemua peluru dihalakan kepada pihak sebelah sana, tak mengapa. Apabila serpihan sebutir-dua peluru terkena pihak sebelah sini, tak boleh!
‘Pembawa senapang' sudah menjadi alat melaga-lagakan sesama sendiri, alat kepada musuh Islam. Alat itu dan alat ini, kuda tunggangan itu dan ini. Tidak ada apa yang elok lagi. Habis hilang segala-galanya biarpun sejak sekian lama, laman ini cukup banyak menyiarkan bahan-bahan serta artikel yang mendokong dan menyokong perjuangan BA khususnya PAS. Rasionalkah?
Atau kita perlu kembali kepada apa yang diperkatakan oleh Ingrid Erez, yang saya sendiri pun tidak bersetuju!
Izinkan saya memetik sedikit daripada tulisan Pak Ngah dan Raja Petra dalam soal ini:
Pak Ngah (PAS Kini Jadi Milik Rakyat Malaysia)
Pak Ngah memerhatikan sejak kebelakangan ini PAS amat memberangsangkan kerana ianya telah menjadi milik rakyat Malaysia. Berbagai tulisan dan kritikan yang telus dan lebih menyakinkan adalah rakyat mahukan perubahan pada PAS. PAS kini bukan lagi milikan ahli-ahlinya sahaja tetapi telah melangkah jauh menjadi harapan rakyat Malaysia untuk memerintah negara pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, PAS perlu mengambil kira semua permintaan Rakyat bagi memenuhi harapan bagi membentuk sebuah parti yang bakal memerintah negara. Parti PAS kini amat terbuka menerima kritikan dan sokongan rakyat. Setiap ahlinya bebas mengkritik dan membuat teguran kepada Pemimpin secara terbuka tanpa bimbang mengahadapi pemecatan sepertimana ahli ahli UMNO. Inilah bukti jelas sebuah parti di era globalisasi yang memenuhi keperluan semasa.
Raja Petra (A taste of one’s own medicine)
And all those opposition supporters and Reformasi activists who for years have been shouting about wanting freedom of speech and the right to criticise, just make sure you don’t mean freedom to only criticise the government but freedom to criticise the opposition as well.
Kalau diberi peluang, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan:
1. Teruskan menyiarkan artikel yang dikirim seperti apa yang dilakukan sebelum ini.
2. Siarkan emel yang yang tidak mengkritik atau menyentuh para pemimpin PAS.
3. Hentikan sepenuhnya penyiaran apa sahaja bahan atau artikel yang berkaitan dengan parti PAS.
Akhirnya, mohon maaf sekiranya apa yang saya perjelaskan tidak dapat memuaskan hati para pembaca, khususnya Bekas Pengendali Laman Web PAS.
Segala yang baik itu daripada Allah SWT, manakala yang lemah itu adalah daripada diri saya sendiri.
Webmaster Laman M@RHAEN
Catatan: Ini bukan laman Keadilan, PAS, DAP atau DS Anwar Ibrahim. Laman ini hanya memperjuangkan aspirasi yang diperjuangkan oleh DS Anwar Ibrahim. Malah, jika ada penulis dan penganalis mendapati DS Anwar melakukan sesuatu yang tidak kena, laman ini akan siarkan.
InfoM@RHAEN - 18.03.2005
8 comments:
assalamualaikum..
tidak dapat tidak, saya amat bersetuju dengan pengendali laman web marhaen.
banyak perkara dalam dunia ini yang tidak dapat kita bersetuju, tetapi hendak tak hendak, kita terpaksa menerimanya. begitulah juga dengan keadaan laman marhaen ini. mungkin ada perkara yang tidak dipersetujui oleh Bekas Pengendali Laman Web PAS. Mungkin sebagai Bekas Pengendali Laman Web PAS, anda telah dibuai dengan laman Web Pas yang sentiasa, akan menyiarkan perkara & berita yang menguntungkan PAS sahaja.Bukanlah saya berniat memperlekehkan kan anda, tetapi kehidupan ini realiti, bukan semua dapat menepati kehendak kita.
sebagai contoh, kita mungkin tidak bersetuju dengan kenaikan tol, tetapi hendak tak hendak, kita terpaksa melaluinya; kita juga tidak bersetuju dengan paparan berat sebelah akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan mengenai pembangkang, tetapi hendak tak hendak ada antara kita membelinya juga kerana ingin mengikuti berita sukan dan antarabangsa.
Telah banyak dugaan, cabaran dan pelbagai hal lagi yang ditempuhi oleh webmaster Marhaen dalam menghidupkan Laman Marhaen ini, malah satu ketika, Marhaen telah diputuskan untuk dimatikan, namun takdir Illahi lebih berkuasa, Marhaen masih bernafas.
saya hanya dapat mengucapkan jutaan terima kasih dan harapan penuh semangat kepada webmaster Marhaen yang (tanpa memikirkan keuntungan) telah berjaya menjadi wadah mereka-mereka di bumi Malaysia boleh ini mengutarakan pandangan mereka TANPA SEMPADAN.
uda kelate
Sdr WM Marhaen....
Teruskan usaha anda, golongan yang tidak dapat menerima kritikan, belum boleh layak digelar pemimpin, apatah lagi hendak mentadbir negara. Biarlah Mahadeath, sorang dijadikan sebagai teladan manusia yg tidak boleh dikritik, padahal kononnya dialah pengkritik...akhirnya, dia tersungkur dengan Slogan Kosongnya Perjuangan Belum Selesai...Utk pengendali laman web PAS ( itupun mungkin menyamar ?) Jika saudara rasakan bahan yg disiarkan Marhaen berbau fitnah, bererti sdr mengetahui perkara sebenarnya..nah... sebagai "pejuang" sebenarnya, sdr perlu menjawab kembali perkara yang dianggap fitnah !
Apa bukti yg artikel itu fitnah ? Bagaimana jika ianya betul ?
Sprtmana kata SRI Bunian..pemimpin PAS juga manusia biasa yg tidak terlepas drp kesilapan dan dosa !
Dulu .... mungkin sewaktu tun kepala taik memegang tampok pemerintahan... banyak isu dan artikel yang ditulis, lalu web marhain namapk seperti berwibawa.
Sekarang, dah ramai yang tunggu dan terus menunggu, dan yang lihat terus melihat ... lalu web marhain bagaikan sudah kekurangan artikel ..
Lalu hilang wibawa dan menukar profesion dari seorang web master kepada 'pemunggut besi buruk', paling malang apabila setiap hari menyelongkar tong sampah untuk mencari bahan 'lelongan'.
Menyatakan kebenaran adalah sesuatu yang menjadi tuntutan muslimin, tetapi menyambung lidah pemfitnah jauh berbeza dari saksyiah muslim. Janganlah kerana mahu menjuarai medan tanpa sempadan, lalu segala sampah sarap dijadikan bahan bacaan !!!!
Kalau rasa sudah tidak ada kerja lain, lebih baik jadi seperti pengendali laman web Laman Reformasi +tutup kedai dan buatlah kerja lain, kalau tak boleh membina pun janganlah jadi pemusnah, jangan kerana takut di samakan dengan amno maka kita melakukan kerja yang lebih amno dari amno !!!!!!
anonymous 1.54 AM melenting?!!!! kerana terkena kebatang hidung sendiri??? memanglah kalau dah tak setuju pelbagai alasan akan diberi utk mewajarkan kemarahan. Laki bini pun,kalau dah tak ada persefahaman,mula mengunakan pelbagai alasan yg biasanya tak elok belaka.itu analoginya.
gunalah akal utk bezakan apa sampahsarap.Ataupun, kalau tak setuju,tak perlu baca laman ini. Senang dan mudah. Tidak ada sebarang paksaan utk membaca/melayari laman berkenaan. apa yg susah sangat?????
saya faham dan setuju dgn bekas pengndali laman web pas tu. bukan halang siar kekurangan atau kelemahan sendiri (konstruktif/bertujuan perbaiki)tetapi siarlah perkara yg benar dan berfakta. bukan siarkan surat yg bukan ditulis oleh org yg sebenar. ini namanya fitnah! dan ia amat merosakkan. bukan semua org boleh berfikir dgn matang.
sekian.
wmubai@yahoo.com
close this site man..
it's utterly TRASH!!!!!!
saya suka baca laman marhaen.tapi,makin byk saya baca, makin gelap hati saya dibuatnya.utk balance, saya akan baca harakahdaily atau pun mainstream media.
laman marhaen is totally rubbish. thanks god someone hacked into it.
oooo ketinggalan kapal kawan kita ni. Laman M@RHAEN bukan kena hack atau augostine paul tapi dah berpindah ke domain & server sendiri... bukan satu tapi dua.
http://www.marhaen.org/v1/
http://www.marhaendaily.net/v1
Make sure to update your bookmark.
Post a Comment