Saturday, April 29, 2006

MGG Pillai Dalam Kenangan


Oleh marhaintua

Saya mula-mula mengenali MGG Pillai semasa beliau bertugas di Malay Mail lagi. Memang, peredaran masa membuatkan kami terpisah dan tidak rapat. Namun, saya tetap mengikuti penulisan beliau dan mendengar kisah beliau daripada kawan-kawan yang masih bertugas di sampingnya.

Kami bersua lagi secara serius apabila Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara. Mendiang sudah memberikan persetujuan agar saya terjemahkan tulisannya dalam Bahasa Melayu. Sedangkan sebelum itu saya lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris.

Tidak lama kemudian kami sama-sama bersetuju bersua muka untuk membincangkan strategi bagaimana dapat ‘mencelikkan’ rakyat marhaen kepada apa sebenarnya yang menghantui negara. Sepatutnya pertemuan itu turut disertai oleh Arwah ‘Harun al-Rashid’ seorang warga Amerika yang menggunakan nama samaran itu. Entah kenapa di saat akhir ‘Pak Harun’ tidak muncul

Masa berlalu dengan pantas selepas itu. MGG Pillai semakin galak menulis dan ada kalanya tulisan beliau itu ternyata berkecamuk, maklumlah tulisan yang dikirim sebelum disunting terlebih dahulu. Itulah kesempatan untuk saya menelefon handset beliau daripada pondok telefon untuk mendapatkan penjelasan fakta ataupun membetulkan fakta yang dilupainya.

Pernah juga kami sama-sama ketawa dengan kerja gila kerana bukan ada sesiapa yang membayar saya menterjemahkan artikelnya. Begitu juga dengan terjemahan lain yang dibuat dalam TAG di Laman Web M@rhaen.

Mendiang pernah bertanya, apakah kamu tidak takutkan risiko dicekup? “Takut juga,” kata saya. “Manalah kita boleh lawan the establishment...” jawab saya. Tetapi, saya berserah kepada Allah, kerana apa yang saya buat adalah satu amal jariah...

Mendiang termenung mendengarkan jawapan itu.

“Lagi pun,” tambah saya. “Satu hari nanti akan ada satu sekolah pemikiran MGG Pillai” kata saya.

“Why did you say that.”

“Pillai,” kata saya. “Sepatutnya you ni dah bergelar ‘Datuk’ ataupun Tan Sri.” Kata saya.

“Tak mungkin” jawabnya. “You tahu, kenapa Mahathir bersungguh-sungguh mahukan Vincent Tan jadikan saya seorang yang muflis?”

Saya diam sahaja kerana saya merasa kesal ketika itu. Kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu tidak pernah memikirkan satu bintang dan gelaran yang sesuai untuk Pillai.

“Mahathir is annoyed that I criticised him, and condemned his cruel treatment of Anwar.” (Mahathir marah sangat kerana saya kritik beliau dan kutuk cara dia mengaibkan Anwar)

Saya angguk lagi.

“Kini peguam Vincent Tan mahu saya selesaikan perkara ini ‘out of court’. Mereka fikir saya boleh menang rayuan atas hukuman mahkamah. MGG Pillai pada mulanya kalah di mahkamah dan dikenakan membayar gantirugi beberapa juta kepada Vincent Tan. Tetapi rayuannya yang terakhir dia menang semula.

Memang, banyak yang kami bualkan semasa pertemuan itu. Kerana kami sudah berjanji mahu berbual panjang, kalau keadaan mengizinkan.

Ketika itu Paklah belum dicalonkan menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi MGG Pillai sudah menyebutkan kepada saya kemungkinan Paklah akan dipilih oleh Mahathir.

“Siapa bagi tip pada you?” tanya saya.

“It’s my instinct,” katanya. Baru saya sedar MGG Pillai mempunyai rasa naluri yang tajam. Maklumlah dia orang lama.

Saya pun galakkan dia menceritakan apakah asas ‘instinct’nya itu.

Sambil meminta tambah secangkir minuman kegemarannya lagi dia menceritakan kisah bagaimana dia tetap setia pada Paklah semasa beliau jatuh terduduk dan dibuang daripada kabinet.

“Setiap hari Paklah akan berada di pejabat peribadinya sendirian. Dia akan menerima panggilan telefon dan membuat panggilan telefon. Orang UMNO sudah tidak hiraukan Paklah. Sayalah yang menemaninya daripada pagi sehingga malam.

Jadi untuk membuatkan Paklah sibuk, saya akan dapatkan nama anak-anak Malaysia yang menuntut di England dan memerlukan biasiswa, untuk mendapat sokongan dan tandatangan Paklah kerana dia pernah menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.

Tersebut kisah seorang anak kepada seorang sarjan polis di Brickfields. Si sarjan ini meminta jasabaik Pillai menulis kepada Universiti Oxford meminta agar anaknya diberikan biasiswa universiti itu untuk menuntut dalam pengajian perubatan.

“Kenapa ‘you mintak tandatangan Paklah?” tanya saya. Bukankah salah seorang anggota Lembaga Pengarah universiti itu ialah Datuk....... (bekas menteri kabinet Mahathir)?” tanya saya.

“Memang betul” jawabnya. “Tetapi mengikut pengalaman saya si menteri ini tidak pernah menyokong seorang anak Melayu menerima biasiswa universiti itu.”

Dengan jasa MGG Pillai anak si sarjan itu telah menerima biasiswa tersebut. Saya fikir dia berada di sana sebagai seorang pakar perubatan, kalau pun tidak pulang berkhidmat di negara ini.

“Kenapa you mintak Paklah sokong permohonan you?” tanya saya dengan kehairanan. “Kenapa tidak Haniff Omar sebab dia ada di Genting Highlands ataupun Rahim Noor? (sebagai IGP semasa itu)”

“MT, “ jawabnya tenang; “Saya mahu Paklah berbangga sokongan dia akan berjaya.. Lagi pun kalau Hanif mahu sokong anak sarjan itu dia dah lama sokong sebab semasa dia jadi IGP dia pernah terima banyak ‘pink forms’ yang Anwar Ibrahim peruntukkan untuk Koperasi Polis”. Dia pun bercerita panjang bagaimana banyak wang daripada ‘Pink Forms’ yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada anggota polis telah disonglap oleh orang atasan dalam PDRM.”

“Uisssshhhhhhhhhhhh, berpuluh juta tu?” tanya saya lagi penuh kehairanan.

“Hmmmmm. Satu hari nanti hukum karma akan memerangkap mereka. Awak tengok nanti ada yang rumahnya ditelan bumi ataupun terbakar ataupun anak mati dalam kemalangan jalan raya...?

Demikianlah MGG Pillai, seorang wartawan dan penulis yang menggunakan kepintaran Bahasa Inggeris untuk memaut hati nurani setiap rakyat Malaysia yang membaca tulisannya. Mendiang telah menulis sebagai seorang rakyat Malaysia untuk dibaca oleh rakyat Malaysia. Tetapi saya tahu setiap kedutaan asing di negara ini menantikan tulisan beliau terhadap sesuatu isu yang hangat.

Kekadang saya terfikir juga kenapakah para pemimpin Malaysia tidak mempedulikan MGG Pillai. Sebagai contoh, kenapakah Paklah tidak terfikir memberikan satu gelaran kepada MGG Pillai semasa hayatnya. Kenapakah dia tidak diiktiraf sebagai ‘doyen’ kewartawanan di negara ini.

Semasa Anwar disumbat ke dalam penjara saya pernah bertanya kepada mendiang siapa yang dianggapnya akan menggantikan tempat Anwar. “Paklah...........!! siapa lagi?”

Selama Paklah kesunyian dan terbuang oleh orang UMNO dia memang tertekan. Yang paling menekan beliau ialah Endon, isterinya. Demikian kata MGG Pillai.

“Mahathir tidak akan melantik Timbalan yang semacam Anwar Ibrahim lagi. Dia sudah sampai ke tahap penghujung kediktatorannya. Dia sudah takut bayang-bayangnya sendiri. Kerana itu sesiapa yang akan menggantikannya nanti adalah orang yang tidak kuat personalitinya kerana orang yang lembik dan lemah sahaja akan mengekalkan ketokohan Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri. Sedangkan Mahathir adalah seorang politikus yang paling ‘genius’ tetapi ke arah menjahanamkan negara ini.”

“MT.............” sambung MGG Pillai lagi. “Satu hari you dan orang Melayu akan sedar bahawa segala yang dibuat oleh Mahathir adalah untuk temboloknya sendiri. Cuba tengok apa yang digambarkan di sebalik duit Sepuluh Ringgit. Tidak ada satu pun institusi kerajaan yang digambarkan di sebalik duit itu yang berjaya.”

“Orang Melayu terlalu taksub dengan Mahathir, memikirkan dia adalah nasionalis Melayu yang menjuarai ekonomi Melayu. Orang Melayu lupa Mahathir sanggup gunakan Ananda Krishnan untuk menjadi proksi dia...... sanggup gunakan Cina-cina opportunis untuk membangunkan negara sedangkan terlalu ramai anak Malaysia khususnya anak Melayu, Cina dan India yang berpendidikan tinggi yang boleh digembleng menjayakan projeknya.....”

“Yang buat saya marah, semua orang pilihan Mahathir yang saya sebut sebagai UMNOPUTRA melarikan duit mereka dan simpan di luar negara. Anak-anak mereka menuntut di luar negara dan tidak fasih berbahasa Melayu.

“Semua ini adalah orang Melayu yang memberi ruang kepada UMNO bermaharajagila. Kerana sikit sogokan di hari jadi, orang Melayu lupa daratan. “

Demikianlah MGG Pillai dengan sikap kenegaraannya.

Memang ramai orang berfikir sebagai penterjemah mutlak tulisan beliau ke bahasa Melayu, tentu dia kerap berborak dengan saya. Jawapannya ialah tidak. Kami jarang berhubungan kerana masalah keselamatan. Kalau beliau boleh dihenyak dengan tuduhan yang mahu memufliskannya, saya juga berhati-hati setelah ada pasukan khas yang masuk menceroboh rumah (dua kali) dan mengambil dua komputer bimbit dan kamera.

MGG Pillai sedar akan peristiwa pertama semasa saya kehilangan komputer bimbit itu. “Jaga sikitlah kerana apa yang you buat ini memang perjuangan sejati,” katanya. Dia memuji isteri saya kerana sanggup sama-sama tanggung risiko.

Kalau ada satu perkara yang saya pelajari daripada MGG Pillai ialah sifat eksekutif negara yang sudah membusukkan segala jentera pentadbiran untuk memuaskan cengkaman nafsunya. Ini amat terserlah apabila beliau dikenakan saman malu yang menghenyak keseluruhan hidupnya. Bayangkan akaun bank beliau disekat dan apa juga harta atas namanya di’caviet’. Orang yang bersekongkol memberi sengsara padanya adalah orang Melayu yang menjadi Ketua Hakim Negara, orang Melayu yang menjadi Peguam Negara dan orang-orang Melayu dan badan penghakiman yang sanggup berdiam diri melihatkan bagaimana seorang wartawan unggulan diaibkan begitu rupa.

Saya masih ingat babak bualan kami akan perkara beliau diaibkan.. Para pembaca boleh pergi ke Flat 211g, tingkat Tujuh, Bangunan Siewdor, di Brickfields. Di situlah MGG Pillai tinggal dan saya fikir semasa dia sakit kuat. Memang lama saya tidak ke sana hanya untuk meletakkan sampul surat di bawah pintu rumahnya. Kerana itu sahaja cara yang paling sesuai untuk kami berhubungan.

Memang tidak ada beza antara jalanan hidup MGG Pillai dengan P. Ramlee. Mereka menjadi penghibur dan pendidik Bangsa Malaysia tetapi hidup dengan penuh misteri.

Saya merasa berdosa dan bersalah semasa MGG Pillai menceritakan bagaimana sekumpulan UMNOPutra yang menjahanamkan negara ini dan orang Melayu. Tetapi saya masih ingat mendiang merasa lega apabila saya berkata begini:

“Pillai, sebagai seorang Melayu saya lagi tertekan. Bagaimana tidaknya? Kalau kita tengok sekeliling kita kegemilangan orang Melayu banyak dihasilkan oleh orang bukan-Melayu. ‘Sejarah’ dihasilkan oleh Prof. Khoo Kay Kim sedangkan orang Melayu hanya sibuk menghunus keris sahaja. ‘Theatre dan drama’ oleh Prof Krishen Jit dan begitu banyak lagi perkara lain yang boleh kita sebutkan. ................

Memang, orang Melayu sudah lama tertipu... kata saya. Mereka angkut Proton Wira untuk digunakan di Khutub Utara. Sampai hari ni pun tidak ada kereta itu yang dibawa balik untuk dijadikan sebagai contoh. Mereka taja penerjun untuk turun di Khutub Selatan dan mereka turun seratus kilometer lebih jauh daripada sasaran... Mereka taja Azhar Mansor mengelilingi dunia tetapi tidak ada satu video pun sebagai rakamannya. (Kini Azhar lari ke Australia dengan agama Kristiannya).....”

MGG Pillai kelihatan tenang dengan penjelasan saya itu, sambil membuat catatan dalam buku notanya. Memang MGG Pillai amat teliti dengan apa yang mahu disebut dan ditulisnya.

Satu perkara yang kami sama-sama sepakat pada 1998 dahulu ialah; kemungkinan negara ini akan terjebak dalam kemelut huru-hara kerana perkataan “Amok” itu adalah perkataan Melayu, dan budaya mengamuk adalah satu budaya Melayu tulen. Yang dilihat sekarang ini ialah bunga-bunga Melayu akan mengamuk.. Cuma kali in ia adalah “amuk” antara Melayu yang berada dengan Melayu yang tidak berada.

Memang Pillai pernah menulis beberapa kali akan kemungkinan ini selepas pertemuan kami. Dia minta saya berterus terang dengan pendapat saya itu. Saya katakan padanya, Melayu hari ini adalah satu bangsa yang lupa daratan kerana orang atasan yang lupa daratan. Yang anehnya orang yang lupa daratan itu hanya bertopengkan Melayu sedangkan ramai yang tidak pun mempunyai setitik darah Melayu. Kalau pun mereka berdarah Melayu isteri mereka bukan Melayu dan tidak tahu budaya Melayu.

Contoh yang paling baik saya berikan pada beliau ialah Raja (Yam Tuan) Negri Sembilan sekarang ini. Semua anak-anak beliau mempunyai nama panggilan Kristian. Semasa anaknya Naqiyuddin menikahkan anak perempuan beliau dengan seorang lelaki Sepanyol keraian tidak pun dibuat oleh rakyat di kampung-kampung.- mengikut tradisi rakyat meraikan majlis raja-raja Melayu. Mereka sambut dengan tarian tradisional Western Klasik di istana. Malah semasa Naqiyuddin mengahwini perempuan garago Portugis, adik beradik perempuan itu pun diberi gelaran istana juga.

Kerana fahaman hidup begini makanya orang Melayu mula menganggap cara hidup orang Kristian itu adalah budaya Melayu moden. Kerana itu lebih 250,000 Melayu mahu menganut agama Kristian.

Malahan MGG Pillai terkejut bila saya katakan, orang UMNO yang menggalakkan pekerja asing daripada negara luar kerana mereka meraih keuntungan daripada lesen imigeran. (Penyangak terbesar dalam bidang ini ialah Megat Joned). Mereka lebih rela membawa masuk gadis Kristian daripada Indonesia, Sri Lanka dan Filipina daripada mendidik anak-anak gadis Melayu, India dan kaum peribumi lain dalam ilmu pengasuh rumah dan pembantu rumah.

Saya masih ingat MGG Pillai mengeluh panjang mengenai nasib kaum India. “Mereka tidak akan berjaya selagi Samy Vellu memimpin MIC,” katanya. Di saat ini dia terperanjat apabila saya katakan sikap Samy Vellu memperkecilkan kaum India menyebabkan kaum India bangkit secara berkumpulan dan memperbaiki ekonomi mereka. Dia minta contohnya. Saya katakan kalau kita tengok lori yang panjang dan banyak tayar, kebanyakan pemandunya adalah kaum India. Gaji pemandu lori semacam itu adalah sekitar RM3000 sebulan. Mereka mampu menjadi pemandu serba boleh itu kerana kos mendapatkan lesennya yang tinggi harganya. Orang Melayu tidak mampu mengeluarkan wang sebanyak itu untuk mendapatkan lesen semacam itu. Pemandu Cina yang memandu lori panjang itu kebanyakannya adalah bekas pemandu lori balak. Kesannya di banyak tempat seperti Chemor dan Sungai Siput ekonomi kaum Melayu jatuh tercorot di bawah Cina dan India.

MGG Pillai terkejut dengan cerita saya itu dan merakamkannya dalam buku. Malahan dia jadi lebih terkejut bila saya katakan secara purata ekonomi kaum India semakin menandingi ekonomi kaum Melayu. Sebabnya semakin ramai kaum India yang mengikut jejak langkah kaum Cina untuk bekerja di Singapura, Hong Kong dan Jepun. Itu sebabnya kita tengok kebanyakan rumah bikinan syarikat MKLand dibeli oleh kaum ini dan ada yang membelinya secara tunai.

Memang banyak yang boleh diceritakan mengenai mendiang MGG Pillai. Baik daripada tulisannya mahupun daripada ‘pesanan ringkasnya’ di kantung emel saya. Paling akhir yang saya terima daripada beliau ialah seminggu dahulu di mana dia berkata “minyak akan naik lagi’!!!!!!

Semoga Tuhan memberkati mendiang MGG Pillai. Saya doakan keluarga beliau tenang dengan pemergiannya. Saya berdoa kepada Allah semoga YDPA akan mengurniakan gelaran Tan Sri kepada MGG Pillai secara ‘posthumous’. Saya rayu kepada Paklah agar Jalan Riong ditukar menjadi Jalan Tan Sri MGG Pillai.

Saya berharap Webmaster Laman Marhaen memberi penghormatan kepada mendiang MGG Pillai dengan menyiarkan tulisan beliau daripada mula yang ada dalam simpanan setiap hari. Mungkin memakan dua tahun baru habis, saya fikir.

Sekian.

- marhaintua - 29.04.06

50 comments:

peninlalat said...

Takziah di ucapkan kepada semua ahli keluarga MGG Pillai. Kita kehilangan seorang lagi pejuang yang cintakan Malaysia.

selvaraja said...

Takziah kepada ahli keluarga MGG. Kehilangan "mentor" dan guru saya.

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga MGG. biarpun saya berada di aliran yang lain tetapi saya amat menghormati pandangan dan tulisan MGG... saya selalu menjadikan tukisan beliau sbg rujukan utk melakukan kritikan.. walaupun tidak seberani beliau...
negara kita telah kehilangan seorang seorang wartawan agung.....

darahmuda

Anonymous said...

Takziah untuk keluarga beliau.-pemerhati

matsepai said...

Takziah utk keluarga mendiang !

Anonymous said...

MGG Pillai seorang wartawan hebat yang sukar dicari ganti. Saya banyak mengetahui sejarah lampau semasa zaman Tunku lagi melalui tulisan beliau.

Sekali lagi takziah untuk keluarganya.

Marhaen Melayu.

Anonymous said...

Takziah untuk keluarga Mendiang,moga akan lahir penulis wibawa yang mukhlis dan wibawa untuk memperjuangkan kebenaran meneruskan perjuangan Mendiang.

Anonymous said...

takziah buat keluarga mendiang, para reformasi, think-tank BA, unit psywar BA, serta para pejuang reformasi khas dari dari rakyat dijajah UMNO&BN. (RDJU)

ADIhamka said...

salam takziah buat keluarga mendiang MGG Pillai.moga roh dan semangat penulisan mendiang akan ada penggantinya..

Anonymous said...

Takziah buat keluarga beliau, negara kehilangan seorang penulis yg berani.

Anonymous said...

Saya adalah seorang student di IPTS diutara tanah air.saya sering membaca kolum mendiang.walaupun tidak pernah bertemu mendiang seumur hidup saya tapi mediang merupakan hero.beliau
seorang yang jujur dan berani dalam menengakakan kebenaran.Saya sedih berasa amat sedih.beliau seorang yang baik.moga mendiang aman di sana

TarakNama said...

KITA KEHILANGAN INSAN YG BERBISA DENGAN PENANYA...SALAM TAKZIAH...

Pemuda PAS Jasin said...

Salam Takziah ditujukan kepada keluarga MGG Pillai....kita kehilangan sebutir bintang yang sangat berharga....

azmi said...

the passing of a warrior!you will be missed

Daunhijau said...

Takziah kepada keluarga mendiang. Kita kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa kepada perkembangan minda rakyat. Moga muncul semula pejuang kemerdekaan minda seperti mendiang.

Anonymous said...

May God Bless you

ali allah ditta said...

Saya amat gemar dengan tulisan MGG Pillai sejak tahun2 70'an,80'an & 90'an dalam majalah Asiaweek,FEER & sbgnya. Malah setiap hari saya login websitenya untuk melihat apakah perkara baru yang hendak dibicarakan.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada dunia journalisma bebas masa kini.

Salam takziah kepada keluarga beliau dan sabarlah mengadapi segala dugaan.
Selamat jalan seorang wira wartawan bebas,mudah2an semangat perjuangannya dapat diteruskan oleh anak2 beliau.

matcomot said...

takziah buat keluarga mgg pillai..semoga hadir manusia seberani beliau utk mencelikan rakyat malaysia

Anonymous said...

takziah untuk mgg pillai

sememangnya tulisan beliau banyak memberi kpd pengunjung2 web dimensi baru

tidak bias kepada mana2 pihak spt media2 utama di malaysia ini

diharapkan ramai lagi dapat meneruskan usaha mendiang lakukan sebelum ini

Anonymous said...

Saya amat meminati tulisan beliau, ianya banyak menyedarkan saya bahawa Malaysia ini telah banyak dijahanamkan oleh pemimpin yang ada terutamanya semenjak zaman Mahathir hingga Pak Lah.

Beliau banyak menulis tentang rasuah dan segala penyakit pemimpin yang ada. May God Bless You

RANJIT SINGH said...

Negara Malaysia telah kehilangan saorang Penulis yang hebat...pena nya amat tajam...kata hati nya selalu menjadi kenyataan...REST IN PEACE...brother PILLAI...

cucu burhanudin said...

Takziah kepada keluarga MGG Pilaai...
Semoga lahir lagi orang sepertinya dikalangan Melayu, Cina dan India di negara ini.....

Anonymous said...

A deepest condolence to the family of great writer.....MGG Pillai.......

taru said...

MGG Pillai..Saya tiada mempunyai ayat atau perkataan sesuai bagi merekodkan jasa mu kapada malaysia.......Roh mu bersih dari korapsi hingga ke saat akhir mu..Your soul remain uncorrupted till the very end......Tidak dapat di beli olih wang ringgit atau manusia yang berkuasa ke atas manusia lain......May God Bless Your Soul. Rest In Peace My friend....Takziah Malaysia atas kehilangan anak jati ini.

Moga moga semua wartawan belajar etika kewartawanan dari mendiang MGG Pillai. Takziah Malaysia sekali lagi atas kehilangan mutiara ini.

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga MGG Pillai...banyak fakta2 dalam tulisan beliau yang berguna kepada kita generasi muda dan kita semua amat terasa kehilangan nya

Anonymous said...

Takziah buat family MGG Pillai, tulisan dan pandangan beliau walaupun nampak sinis dan tajam tetapi kesannya apa yang diperkatakan banyak kebenarannya. Saya amat positif dengan apa yang ditulis oleh beliau. Harap mana-mana pihak yang berkenaan dapat 'compile'kan setiap tulisan dan buah fikiran beliau yang bernas untuk tatapan generasi akan datang. Selepas ramai yang akan merindui tulisan-tulisan beliau.

Anonymous said...

Takziah kepada family Uncle Pillai.Kita kehilangan seorang pejuang ulung yang sanggup mengabdikan dirinya kepada kebenaran.Saya merasa sungguh menyesal kerana tidak menyapanya semasa terserempak dgnnya di Devi's Corner,Bangsar.Semoga beliau rest in peace.Amin.

Anonymous said...

Sesungguhnya tulisan beliau amat kritis dan berani saya amat menghormati beliau, sesungguhnya dengan tulisan beliau membuat saya mengetahui perkembangan politik semasa.Beliau Umpama Lilin Yang Membakar Menerangi Alam. SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA BELIAU.

Anonymous said...

UCAPAN TAKZIAH PD SLURUH AHLI KELUARGA ATAS KEHILANGAN ORG YG TERSAYANG.

Anonymous said...

Takziah,

Saya sedih kehilangan penulis yang hebat, berani seperti negawan Mr M.G Pillai

semuga Tuhan memberkati kamu

izuan_hafizi said...

KITA KEHILANGAN SEORANG TOKOH PENULISAN YANG TIADA BANDINGAN.SEORANG YANG ABADIKAN KEHIDUPANNYA DENGAN KEBENARAN MELALUI TULISANNYA.KEHILANGANNYA AMAT DIRASAKAN....

Anonymous said...

Kita kehilangan permata yang tidak ternilai dengan apa nilai sekali pun d dunia ini. Semoga Allah yang mengetahui akan segalanya kebaikanya dan membalas semua jasanya.

mart said...

Takziah buat seluruh keluarga beliau. Beliau membuatkan saya lebih celik dengan politik negara dekad ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau.

mscd said...

Setiap kali saya surf laman marhaen, karya mendiang antara yang dicari. Cukup kritis dengan satu style dan daya pemikiran yang dinamik. Takziah untuk keluarga mendiang...he is truly one and hardly be replace...kita kehilangan sebutir mutiara.

Anonymous said...

hamlauds

salam takziah untuk keluarga mgg pillai

mgkin slps ini saya merindui karya kritis mgg pillai dlm laman marhaen

terima kasih kerana menyedarkan saya dr kebangsatan politik umno

Anonymous said...

Salam takziah Buat seorang negarawan agung yang tidak pernah diberi penghormatan setimpal dengan sumbangannya kepada rakyat jelata... Pemimpin sejati tidak memerlukan pengiktirafan yang diminta- minta. Hanya keikhlasan dari hati mampu berbicara tentang sumbangan mendiang terhadap wajah baru pemikiran rakyat . Mendiang begitu berani dan tulus menyampaikan pandangan kedua yang telah dikongsikan bersama pembaca dalam mengembangkan kebenaran.

Bekas Webmaster MR said...

Tidak kesampaian untuk bertemu dengan penulis yang telah menerjah sanubari dengan tulisan yang kemas dan berkarisma. Terasa semacam berdosa untuk mengenalinya dengan lebih jauh biarpun dekat selalu disatu waktu di mana kerapnya saya menyiarkan tulisanya di laman web saya. Malah terasa lebih berdosa kerana tidak menyampaikan Islam kepadanya.

Bekas Webmaster MR

Anonymous said...

Patah tumbuh hilang berganti. Namun yg tumbuh takkan sama dgn yg telah patah dan pengganti takkan sama seperti yg telah hilang. Salam takziah buat keluarga 'Tan Sri MGG Pillai'. (selayaknya beliau menerima anugerah ini, bukannya si penyangak2 dan si perosak2 agama, bangsa dan negara!)

Anonymous said...

Salam takziah buat seluruh keluarga MGG Pillai. Sesungguhnya tulisanmu amat menyedarkan saya sebagai insan kerdil yang tak pernah tahu apa sebenarnya yang benar disebalik kebenaran yang ada.

y814ceau said...

While you read this, YOU start to BECOME aware of your surroundings, CERTIAN things that you were not aware of such as the temperature of the room, and sounds may make YOU realize you WANT a real college degree.

Call this number now, (413) 208-3069

Get an unexplained feeling of joy, Make it last longer by getting your COLLEGE DEGREE. Just as sure as the sun is coming up tomorrow, these College Degree's come complete with transcripts, and are VERIFIABLE.

You know THAT Corporate America takes advantage of loopholes in the system. ITS now YOUR turn to take advantage of this specific opportunity, Take a second, Get a BETTER FEELING of joy and a better future BY CALLING this number 24 hours a day.
(413) 208-3069

Anonymous said...

Pasti Saya akan terasa kehilangan satu bahan bacaan yang benar dan tepat hampir 100%.

Anonymous said...

takziah kepada keluarga mendiang MG Pillai. Banyak coretan dan nukilannya menjadi kenangan dan pedoman pada saya dan buat manusia yang ada di Malaysia ini.

Ini sepatutnya jadi prof kat UKM dalam pusat komunikasi bukan seperti prof. kangkung dalam pusat tersebut.

Anonymous said...

Salam takziah buat seluruh keluarga MGG Pillai.

Anonymous said...

ucapan takziah buat keluarga TAN SRI MGG PILLAI.kehilangan beliau ada satu kerugian bagi negara

Anonymous said...

Kepada kaum keluarga Tan Sri MGG Pillai, ucapan takziah diberikan, bersabar dengan kenyataan yang dihadapi. Sesungguhnya negara Malaysia mengalami kehilangan seorang negarawan yang sehebat Tun Ghaffar Baba. Tulisan tulisan beliau sepatutnya menyedarkan masyarakat kita kepada realiti hidup di Malaysia sebenarnya tetapi hanya mereka yang mahu sedar sahaja yang menyedarinya....

dikewall said...

Takziah kepada keluarga mendiang. Pergimu persis seorang pejuang. Pergi mu satu kehilangan besar buat kami yang rindukan kebebasan. Dikau punya daya juang kental menolak kebatilan dari rakusan pemimpin hipokrit. Muga persemadian mu aman disisinya.

.Net Pimp Daddy said...

My personal eulogy to this great man.

http://azizikhan.info/blog/?p=71

Azizi Khan.

Time Traveller said...

This man initiated process global change, one boy who will change the world, 17 years from now will read this page on april 23 2007 11.54 am GMT.

May god bless his soul.

Ahmad said...

A tiger dies leaving its stripes.
A man dies leaving his name.

Anonymous said...

PAK LAH ADALAH SEORANG PM YG PALING XRETI MEMERINTAH NEGARA APSAI KAUORG SANJUNG SANGAT,APALAH SANGAT JASA MACAM TU YG DIBUAT CERITA,IA HANYA UNTUK INDIVIDU BUKAN UNTUK SELURUH NEGARA,YENGOK APA DAH JADI DENGAN NEGARA MASA CELAKA PAK LAH MENTAKBIR NEGARA,HABIS PUNAH,CAMTUKAH? SEORANG PEMIMPIN NEGARA YG KITA NAK?PIKIR-PIKIR LAH WAHAI SEDARA... TENGOK APA DAH JADI SEKARANG? APA YG PAK LAH SUPER CLIN BUAT... SEKARANG DIA PATUT INGAT APA YG IBUNYA PESAN KETIKA MULA2 JADI PM DULU...UTAMAKAN RAKYAT,JGN SUSAHKAN RAKYAT...