Thursday, March 17, 2005

PAS Dan Umno Sama Spesis

Ketika era reformasi 1998, saya masih lagi bergelar pelajar Sekolah Menengah di Kelantan. Ketika itu juga saya sangat-sangat ghairah menyeru rakan-rakan supaya memberi sokongan dan dukungan kepada PAS. Pada saya, PAS ketika itu adalah satu-satunya gerakan Islam yang wajib disertai di Malaysia ini.

Lebih jauh lagi, saya berfikir ketika itu bahawa seluruh masalah manusia di Malaysia akan selesai apabila PAS memerintah. Dan, hasrat ini hanya akan tercapai bila tumbangnya regim Umno. Pada saya, mereka yang mengkritik PAS semuanya adalah Umno.

Tetapi kini saya telah berubah. Bukan menyertai Umno, tetapi saya sudah muak dengan perangai ‘bermain-main’ politik PAS. Identiti PAS sebagai parti politik telah memudarkan citra gerakan Islamnya. Di samping itu, PAS bukan sahaja tidak progresif, malah langsung tidak punya keberanian untuk bersikap radikal.

Hari ini saya tidak lagi berparti, sebaliknya saya hanya mempunyai agama. Saya lebih selesa untuk menolak parti politik Islam, apatah lagi parti secular macam Umno. Tidak dinafikan, saya kini telah terpengaruh dengan idea Cak Nur, “Islam Yes, Parti Islam No”. Jelas PAS sangat-sangat berbeza dengan Ikhwanul Muslimin, Hamas dan Hezbollah.

Alasannya cukup mudah: PAS adalah parti politik yang berdaftar dengan sistem secular (maksudnya secular yang bodoh), manakala gerakan Islam yang disebut sebelumnya nyata sekali benar-benar tersendiri, bebas tanpa dikonkong oleh sistem Hosni Mubarak, Mahmud Abbas atau Omar Karemi. Ustaz Hadi, maafkan saya, anda harus redha menerima kewujudan orang seperti saya – yang lahir dari pinggiran PAS juga…

Ingrid Erez - 17.03.2005

6 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera Ingrid ! Janganlah marahkan susu setitik rosak nila sebelanga ! Usahakan pembersihan & pembaharuan (reform) untuk pertubuhan atau persatuan Islam ! Kan lagi bagus ? Lupakah kita Islam akan berjaya akhirnya !
Mamat Islam

Anonymous said...

till now democracy is the best way

Anonymous said...

assalamualaikum....saya heran jugak ngan awak ni, umno salah (memang saya pun rasa salah), PAS pun salah (saya pun rasa salah, tetapi lebih byk betulnya daripada yang salah)...abis tu apa yang betul? saya rasa, awak sorang je la yang betul, tak gitu? kalau buleh, nak juga saya tahu, macamana bentuk perjuangan awak tu? camana radikalnye? kalau banding dgn taliban ke, JI ke, mana lebih power... kalau itu la manhaj perjuangan awak, rentikan la, tak kemananye... percaya la.. kalau tak caya, cuba renungkan, dimanakah taliban, JI dan seumpamanya sekarang ni.. tak lebih daripada objek buruan kaum kafirun (AS dan tentera salibnya) dan munafikun (kerajaan org Islam yang menjadi hamba munafikun tu)..diburu macam binatang yang tak ada harga diri.. kemudian bertindak balas dgn membunuh tak kira siapa ( kebanyakan korban jiwa juga adalah muslim) atas nama perjuangan Islam menentang kafir.. itu ke yang awak nak berlaku kat Malaysia ni... Gunalah akal kurniaan Ilahi tu untuk sama2 menegakkan syiar Allah di bumi ini, carilah jalan terbaik (yang ada)... bagi saya, tiada jalan yang lebih baik setakat ni selain jalan yang dipilih PAS di Malaysia ini... kalau ada jalan yang lebih baik daripada tu, insyaalah saya pun akan ikut jalan tersebut

Anonymous said...

Ingrid Erez: contoh klassik orang yang sokong Islam kerana semangat...dan kecewa.

Bila pimpinan bertindak dgn cara yang kurang popular dan kurang aggressif atau diplomatik/kurang radikal..terus kecewa....

Inilah bahananya kurang tarbiyah....banyak buat rujukan, tetapi ikut fahaman sendiri, penuh dengan emosi...

Sekian, Terima Kasih.

Anonymous said...

parti politik semua sama tak tahu berbohong, hanya orang politik itu pembohong. tak kira orang PAS atau UMNO serupa saja. Kadang-kadang pelik juga, sebelum jadi YB nampak baik saja, tapi bila dah jadi YB, kauorang faham sajalah bermacam ragam dapat kita lihat. Sudah banyak saya tengok ragam manusia dalam politik ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
So maksud anda, tak perlu Parti Islam lah ye di Malaysia ni.
Jadi dengan cara apa orang2 Islam nak berjuang untuk menegakkan Undang2 Islam?. Selain Pilihanraya, alternatif lain cuma PilihJalanRaya. Maksudnya, Demonstrasi Jalanan, Riot.. bla.. bla... bla lagi berlaku macam-macam hal. Apa choice yang kita ada?. Pilihanraya je lah... walau pun di "exploit" habis2an oleh BN