Friday, March 11, 2005

Apakah Dosa Boleh Diampunkan Sekadar Gencatan Senjata?

Oleh: Nadi Nusantara

Saya tertarik dengan debat yang kini hangat diperkatakan terhadap isu Chin Peng dan saki-baki bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang ingin kembali ke Malaysia - sehingga sanggup memfailkan writ saman di Pulau Pinang untuk meminta kebenaran bagi mereka pulang ke tanahair.

Bagi saya sendiri dan mungkin ramai lagi rakyat Malaysia, termasuklah balu dan waris anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan, yang telah menjadi korban 30 tahun gerakan revolusi yang dicetuskan dan dipimpin olehnya; pintu masuk untuk Chin Peng telah lama tertutup - iaitu sewaktu kedegilan dan egoistik seorang penjenayah dan pengkhianat kepada negara yang tidak mahu menerima tangan perdamaian kepimpinan negara sewaktu rundingan Baling 1955 yang gagal itu. Pada waktu itu negara akan merdeka, apa lagi yang ingin dicapai Chin Peng yang melaungkan slogan Malaya Merdeka ketika memberontak menentang kerajaan pada tahun 1949?

Jelas di sini kerakusan, tamak dan kepentingan sendiri untuk membangunkan sebuah negara komunis yang dia sendiri ingin terajui; seperti China dan Vietnam mendorong Chin Peng untuk bertindak lebih ganas lagi.

Penulis web seperti MGG Pillai mendesak, marah dan bersikap tertutup apabila maruah dan kesetiaannya kepada negara dicabar. Mana tidaknya, inilah seorang penulis yang dengan lantang sanggup menggunakan kata-kata kesat, keji dan melontarkan fitnah di merata-rata hanya untuk menyokong salah seorang pengkhianat bangsa dan negara zaman moden - Anwar Ibrahim. Kini beliau turut bersekongkol dengan menyeru agar Chin Peng diiktiraf haknya sebagai rakyat Malaysia - dan ini berdasarkan kelahiran Chin Peng di Sitiawan.

Mungkin Pillai alpa kepada fakta sejarah, alpa kepada penderitaan rakyat, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman yang menjadi mangsa komunis. Pembunuhan ala 'mafia', paksaan kepada mereka yang tidak mahu mengikut fahaman komunis malah menidakkan hak anggota PKM sendiri menjadi lumrah Chin Peng. Dan kerakusannya untuk merebut kuasa dari sebuah kerajaan yang telah sah dipilih rakyat menyebabkan beribu-ribu nyawa rakyat yang tidak berdosa terkorban.

Apakah ini boleh kita maafkan, saya tidak setuju sama sekali. Apakah dengan membakar hidup-hidup pejuang yang hanya melaksanakan tugas mempertahankan negara seperti di Bukit Kepong, menembak anggota keselamatan seperti 'koboi' di Pahang - banyak lagi jenayah yang sudah pastinya tidak boleh kita ampun dan maafkan biarpun 7 keturunan rakyat Malaysia telah wujud.

Chin Peng memang wajar dibawa balik ke Malaysia, tetapi bukan sebagai rakyat negara ini, tetapi sebagai penjenayah yang perlu diadili dan dihukum setimpal dengan perbuatannya. Jika mahkamah antarabangsa sanggup menunggu berpuluh tahun untuk menangkap saki-baki kumpulan penjenayah 'Third Reich' di serata dunia kerana kekejamannya dalam tahun 1930-an dan 40-an; mengapa pula kita tidak wajar membawa Chin Peng ke muka pengadilan untuk diadili?

Mungkin waris Henry Gurney dan ramai anggota keselamatan negara Komanwel dan rakan Malaysia yang terkorban dibunuh kejam komunis juga menunggu untuk mendapatkan pengadilan. Apakah tidak boleh Chin Peng kita bawa, jika tidak ke mahkamah negara ini, ke mahkamah antarabangsa?

Keganasan bukanlah jalan untuk kemenangan, walau apapun yang ingin ditegakkan. Biarpun kita simpati dengan nasib Palestin dan Iraq, kita sama sekali tidak menyokong tindakan pengebom berani mati yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa. Itu keganasan namanya, walau atas dasar membela diri sekali pun.

Pillai perlu sedar bahawa negara kita aman dan damai adalah kerana usaha kita bersama untuk menentang anasir seperti Chin Peng. Fahaman komunis ada yang boleh diterima, tetapi walau komunis sekali pun ia tidaklah menyatakan bahawa keganasan adalah jalan keluar untuk menegakkan fahaman yang dibawa Karl Marx ini.

Apakah motif sebenar orang seperti Pillai dan sesetengah pihak menyokong seorang pengkhianat yang sebenarnya perlu diadili dan dihukum atas kesalahannya? Apakah sebenarnya Pillai ingin kita mengampunkan Chin Peng dan selepas itu mengampunkan pula pengkhianat terbaru negara iaitu Anwar? Jika ini yang mereka inginkan, rakyat Malaysia akan lantang bertempik, bergema bak sangkakala - TIDAK SAMA SEKALI.

- Nadi Nusantara - 11.03.2005

5 comments:

Anonymous said...

Oii nadi nusantara..apakah bukti yang engko ada sedap-sedap mengatakan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa..Tun Kepala TAIK pun tak berani tunjuk bukti...ko apatah lagi, Pada pandangan aku lah sekarang nie..puak-puak UMNO dan BN sama juga tarafnya ngan Chin Peng nie...menyeksa rakyat..tangkap orang pastu ISA kan ikut sedap diorang jer..balun rakyat yang nak menegakkan kebenaran. Ko kata Inggeris tu baik ker..dia orang tu lagi penyamun..ko kata pejuang berani mati tu tak betul..at least mereka buat something bagi membuka mata Yahudi laknatullah tu..ko buat apa...main telo jer lah.

Anonymous said...

nadi nusantara, awak punya pendapat ni memang tidak masuk akal. awak kena bukak minda awak sikit le jangan terlalu sangat terikut dengan corak pemikiran orang-orang umno yang berkarat biru tu. takkan le anwar tak mahu masuk umno kamu nak lebel dia sebagai pengkianat. kamu perlu insaf, orang yang menjahanam kan kebanyakkan muka bumi kat malaysia ni adalah puak-puak umno yang mengaku sebagai pemimpin yang berjasa kepada rakyat. cuba kamu fikirkan apa yang khir toyo buat kat taman pertanian malaysia sehinggakan pm boss dia pun tak puas hati. tu tak ke di katakan pengkianat. kamu perlu insaf dan memahami apa yang kamu perkatakan, jangan ikut sedap mulut dan hawa nafsu sahaja. jadikan agama sebagai panduan hidup.

Anonymous said...

kenapa kita tak blh ada sikap pemaaf? perkara tu dah lepas bertahun-tahun, memang la, pd mereka yang kehilangan anggota keluarga mungkin rasa marah, tapi, tak ke mana nya rasa marah tu... kita blh terima bangsa yang telah menjajah negara kita selama bertahun-tahun, bangsa yang telah menyebabkan wujudnya komunis di negara kita ni, kita boleh memaafkan mereka atas segala apa yang mereka lakukan (ingat, mereka yang memilih pemimpin mereka itu kalaupun tidak turut sama menindas rakyat kita), kenapa tidak boleh berdamai dengan golongan ini?

mengenai pengkhinat bangsa, sebelum saya ulas, suka nak kasi tau, i'm not a big fan of anwar, dan tak tahu apa yang beliau buat, tapi, pd saya pengkhianat bangsa adalah orang yang 'memperkosa' hutan dara, mengebas duit pprt, mengeluarkan tender projek secara salah, rasuah, dan bermacam lagi kesalahan... mereka ni pengkhianat bangsa yang patut dihapuskan...

membawa balik chin peng sebagai penjenayah; kenapa tidak kita heret perdana menteri britain, yang mana orang mereka telah membunuh pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita? kenapa tidak heret PM jepun ke mahkamah, atas kekejaman yang mereka lakukan terhadap kita? adakah jepun mengheret presiden amerika ke mahkamah kerana mengebom hiroshima dan nagasaki?
apa yang kita buat, sokong england di piala dunia/euro, siarkan perlawan bolasepak EPL...

negara kita aman damai; ini kerana orang kita mengambil sikap tidak kisah, senang dengan apa yang ada, apa yang tak elok kita nafikan, itu dah jadi budaya pun... terima apa yang diberi, mcm kanak-kanak sebab tu tv takleh tayang cite ganas, hantu, takut orang tiru, tapi pakai menjolok mata takpe, sedangkan itu pun dosa jgk.

tak perlulah diulas mengenai tujuan MGG pillai, hanya dia dan tuhan yang tahu apa sebenarnya, cumanya, kenapa nak dikaitkan isu ini dengan sesuatu yang langsung tiada kaitan?

Anonymous said...

Saya tak setuju kalau kita biarkan perkara ini berlalu dan memaafkan dosa Chin Peng yang telah membunuh dengan begitu kejam. Datuk saudara saya terkorban terkena jerangkap samar yang dipasang PKM pada tahun 1964; sehingga kini anak-anak dan cuc=cicit beliau masih bertegas kalau ada peluang mesti heret Chin Peng ke mahkamah.

Mereka yang mengesyorkan kita melupakan hal ini tentunya tak ada sedara mara yang menjadi mangsa PKM, tak pernah hgidup susah dan takut bila-bila boleh kena pukul, bunuh, rogol.

Saya menyokong kalau kita heret Chin Peng ke mahkamah, dan biarlah mahkamah tentukan dia bersalah atau tidak.

Saya kurang bersetuju Anwar tu pengkhianat bangsa, setakar mengkhianati Umno tu mungkin, itu pun ada yang bolewh dipertikaikan. Tapi saya setuju sewaktu tahun 1997, kalau kementerian kewangan terus menerima konsep Bank Dunia dan IMF, kita dah berkubur jadi Thailand dan Korea. Tengoklah kini,memang syarikat Ssangyong, Daewoo beroperasi, tapi miliknya kini buikan orang Korea, dah dibeli pukal dengan murah menerusi hutang IMF dan Bank Dunia. Ini satu pengkhianatan ... kalau Anwar tak dapat fikirkan cara yang kita pakai ini, buat apalah nak jadi Menteri Kewangan, nak jadi PM?

Anonymous said...

tapi boleh pulak terima apa yang jepun dan england buat ye? kerana tak de saudara mara yang kena bunuh ngan jepun/british ke? atau apa yang indonesia buat semasa 'ganyang malaysia' dulu... apakah dengan menghukum chin peng boleh mengembalikan apa yang telah hilang, atau memulihkan apa yang telah musnah? bagaimana pula dengan pihak pengganas yang mati ditembak askar, mereka juga punya saudara mara... aku juga punya keluarga yang boleh dikatakan agak jauh juga, mati akibat komunis ni, tapi, harus diingat, mati ini satu ketentuan, kenapa mesti nak berdendam lagi, perkara ni terjadi masa perang, mesti la ada yang mati, ini bukan pilem bukit kepong...

mengenai apa yang anwar buat masa 1997 tu, rasanya anwar bukan nak pinjam duit ngan IMF, cuma nak cuba apa yang IMF buat, korea ngan thailand amik duit IMF tentulah terikat, tapi kalau takat nak cuba cara penyelesaian IMF, rasanya kita masih boleh menarik diri bila bila masa, asalkan jangan sampai kerugian besar. tapi nampaknya ringgit kini sudah diniagakan di bawah nilai sebenar, org putih yang ckp kat tv tu memang suka la, ye la, mereka masih boleh dapat lebih dari yg sepatutnya sapa taknak...