Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Saya telah menulis [di Laman Marhaen dan Tranungkite. Net di bawah tajuk: Melayu Telah layu] berkenaan konflik GPMS boleh diibaratkan sebagai sebuah opera Cina yang bersandiwara seolah-olah GPMS itu adalah pembela pelajar-pelajar Melayu supaya cemerlang dan berjaya dalam pendidikan.
Saya tertarik dengan tulisan Tuan Haji Subki Abdul Latif kolumnis Siasah keluaran 30.12.2005 – 19.1.2006 dalam ruangan ‘Terkenang Semasa Dulu’. Subki berkata, GPMS merupakan sebahagian daripada cawangan UMNO yang wujud di seluruh negara. GPMS lantang bersuara sebagai suara UMNO ketika PAS memerintah Terengganu. Apa sahaja kerajaan negeri pimpinan PAS buat ketika itu, semuanya tidak kena, ditegur dan dikritik serta disiarkan oleh media massa kawalan UMNO bagi menunjukkan bahawa PAS bodoh memerintah, hanya UMNO sahaja yang pandai mentadbir negeri dan Negara.
Kemelut yang berlaku sekarang kata Subki adalah akibat daripada asas perjuangan GPMS telah berubah. Dulu, katanya GPMS non-partisan, bebas dan berkecuali berjuang untuk memartabatkan pendidikan anak-anak Melayu. Menggalak dan mendorong para ibu bapa Melayu supaya berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu sehingga setinggi-tingginya.
Apabila GPMS dijadikan platform berjuang dalam politik UMNO untuk kepentingan politik peribadi, maka GPMS telah hilang keperibadiannya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan pelajaran kepada seluruh anak-anak orang Melayu. GPMS mulai menjadi pondan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan dasar pendidikan Negara yang menjejaskan masa depan pendidikan anak-anak Melayu.
Kemelut GPMS ini bermula bila Suhaimi Ibrahim yang dikatakan proksi Anwar Ibrahim berjaya mengambil alih jawatan Presiden daripada Dr. Nordin Kardi [bekas KP Biro Tatanegara dan kini NC UUM] yang pro-Nasionalis pada tahun 1994. Sejak dari itu, golongan pro-Nasionalis ini berusaha keras merampas kembali kepimpinan GPMS daripada golongan pro-Islam.
Pertembungan ini semakin sengit apabila mamak tongkang [darah keturunan Keling si bangsat Raja Mendaliar Melaka] Reezal Marican Naina [Setiausaha Politik Menteri Kewangan dan Exco Pemuda UMNO] mengisytiharkan secara terbuka untuk merampas kembali kuasa dari Suhaimi [darah keturunan Melayu] dan kumpulan yang pro kepada Anwar.
Kemelut sampai ke puncaknya apabila pada 25.10.2005 yang lalu, Suhaimi bertindak memecat Timbalan Presiden Shahril Rejab dan Setiausaha GPMS Terengganu, Syed Anuar Syed Mohamad atas alasan memecahkan perpaduan dalam GPMS. Sehari selepas itu, pada 27.10.2005, Rezal Marican bertindak balas merampas kuasa dengan menggantung jawatan Suhaimi sebagai Presiden, Sobri Ahmad, Setiausaha Agung dan Azan Ismail, Bendahari Agung [maklumlah beliau berkuasa dalam negara dictator boleh buat apa yang dia suka].
Kali ini, Shahril dijadikan memangku Presiden dan Syed Anuar ditugaskan sementara sebagai Setiausaha Agung. Disebabkan ‘barua’ ini di bawah dagu Dollah Badawi, maka seluruh media arus perdana menyokong dan melobi untuk melantik ‘barua’ ini sebagai Presiden baru GPMS.
Siapa Menteri Kewangan ke dua yang bekerja bersama-sama dengan ‘si barua’ ini, jawapannya ialah mamak tongkang juga iaitu Mohamad Nor Yaakob, bekas Penasihat Ekonomi Negara kepada mantan PM yang lepas. Nasib mamak ini sungguh bertuah, beliau melangkah setapak demi setapak dalam bidang kerjayanya. Beliau juga adalah merupakan bekas orang kuat Bank Negara yang bertanggungjawab wang Negara kerugian berbilion Ringgit kerana berjudi di pasaran mata wang London pada tahun 1992-1993 dulu.
Sekiranya, GPMS ini dipimpin oleh Reezal dan kuncu-kuncunya, maka tamatlah riwayat kegemilangan GPMS, maka yang tinggal hanyalah ‘Hari Ini Dalam Sejarah’.
Sekian. Wassalam.
Catatan: Bahasa dan jalan ceritanya adalah nukilan penulis, bukan dari coretan Tuan Haji Subki Abdul Latif yang asal. Harap maklum.
- Tun Telanai - 01.01.2006