Sunday, December 18, 2005

PAS Perlu Pada Perubahan

Oleh SriBunian

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Berbagai saranan, idea dan pandangan diberikan oleh mereka yang concerned dan cintakan perjuangan Islam selepas ia kalah dalam pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, Kelantan pada 6.12.2005 yang lalu. Dalam pilihan raya itu PAS mengalami kekalahan dengan majority kecil melalui undi pos. Ianya menimbulkan satu kejutan akibat putar-belit UMNO dalam banyak perkara hal-ehwal pengundian yang dijalankan oleh SPR seperti mana yang berlaku dalam pilihan raya umum ke 11 tahun lalu.

Timbulnya perasaan yang tidak mahu melihat PAS kecundang lagi dalam setiap kali pilihan raya hasil tipu-daya UMNO, maka tercetuslah saranan, idea dan pandangan untuk memperkasakan PAS di kaca mata masyarakat pelbagai kaum di Negara ini dan juga masyarakat antarabangsa pada masa-masa akan datang.

Dalam banyak-banyak cetusan minda itu seorang yang menamakan dirinya sebagai Putra KB [Perjuangan PAS - Satu Penilaian Semula] melontarkan pandangan dalam bentuk sebuah kertas kerja yang terkandung beberapa saranan yang boleh dilaksanakan dan yang tidak boleh dilaksanakan atau relevan atau tidak dengan dasar perjuangan PAS dan juga perlu diambil kira suasana dalam iklim demokrasi di Malaysia. Kita perlu ingat bahawa Negara ini bukan demokrasi, ia diperintah secara dictator. Oleh itu, bukan mudah untuk melaksanakan pelbagai saranan yang dibuat oleh Putra KB. Ia hanya indah di atas kertas, tetapi apabila untuk dilaksanakan ia akan menghadapi banyak halangan dan rintangan akibat perbuatan UMNO yang takut menyainginya merebut pengaruh.

Adalah tidak bijak membuat perbandingan di antara PAS dan Al-Arqam yang diharamkan itu. Al-Arqam adalah pertubuhan dakwah bukan pertubuhan politik seperti PAS, sebab itu di awal penubuhannya ia berjaya memperkembangkan empayar perdagangannya ke seluruh dunia dan mempunyai penerbitannya sendiri, kerajaan pimpinan UMNO tidak menyekat pergerakannya, tetapi apabila ia berjaya dalam perniagaan dan pengaruh Al-Arqam mulai berkembang meluas di tengah-tengah masyarakat tempatan dan di luar negeri dan Ashaari Mohamad mula berjinak-jinak dengan politik, maka secepat kilat langkah Ashaari dimatikan dengan mengharamkan Al-Arqam.

Sistem pilihan raya yang ada yang diuruskan oleh SPR sudah tidak boleh diyakini lagi, oleh itu lebih baik PAS sebagai sebuah parti politik bergerak mengubah sedikit anjakan paradigma dari perjuangan menumpukan perhatian 100% merebut kuasa dari tangan UMNO adalah lebih baik PAS memberi perhatian usaha memperkemaskan organisasi, ahli dan kepimpinannya supaya ia selari dengan kehendak perjuangan PAS dan juga masyarakat masa kini yang lebih rencam kehendak mereka lebih daripada masyarakat terdahulu.

Persoalan ekonomi menjadi perbincangan oleh dua orang penulis [Tun Paduka Tuan: Plan Strategik 10 Tahun Suatu Langkah Baik dan Ikan Jenahak: Jadikan Kelantan sebagai Kerajaan Pusat dan wujudkan kerajaan negeri milik PAS] menyokong proposal yang dibuat oleh Putra KB tentang menggalakkan PAS melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, perniagaan, keusahawanan, pertanian, perkilangan, runcit dan sebagainya. Saya sependapat dengan mereka dalam soal ekonomi ini.

Selama ini PAS kelihatan tidak menitik beratkan usaha memperkayakan parti dan ahli-ahlinya, sedangkan PAS mempunyai ramai pakar-pakar yang boleh melibatkan diri dalam perekonomian secara serious, bukan secara main-main. Sebahagian besar ahli-ahlinya bergerak bersendirian mencari rezeki tanpa panduan dan pertolongan dari PAS. Mengikut kepandaian dan kepakaran masing-masing. Mereka tidak disatukan. Tidak ada peluang-peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan disediakan, tidak ada bantuan modal untuk ahli-ahli bagi memulakan perniagaan, tidak ada bantuan kepada ahli-ahli yang mendapat kesusahan dalam pelbagai hal kehiduapan harian, semuanya bergantung kepada sumbangan ahli-ahlinya. Pendapatan PAS begitu merosot sekali apabila ceramah-ceramah awam diharamkan mulai 1.7.2000. Melalui ceramah-ceramah inilah PAS dapat mengutip wang yang banyak untuk disalurkan kepelbagaian perkhidmatanya kepadaahli-ahlinya dan kepada rakyat, disamping untuk mengerakkan aktiviti parti.

Kemajuan ekonomi akan dapat menyediakan pekerjaan kepada rakyat dan dapat melengkapkan keperluan asas rakyat. Tanpa persediaan pekerjaan yang cukup, kemiskinan akan bertambah mencengkam. Kemiskinan boleh menyulitkan kehidupan hingga menyebabkan kekufuran. Pas boleh berdiri di atas kaki sendiri dan tidak perlu bergantung kepada kerajaan BN dipimpin Umno yang menjadi musuhnya paling ketat untuk membangunkan negeri yang diperintahnya nanti [insyaAllah]. Pas mesti menggunakan sumber dan kepakarannya sendiri untuk membangunkan ekonomi �mengikut cara Islam.

Selain itu, Pas perlu banyak berkerja dan bertindak dari bercakap [berceramah], �melipatgandakan usaha merancang kejayaan di negeri Kelantan [Kelantan dijadikan pusat bagi negeri-negeri lain seperti saranan yang dibuat oleh Ikan Jenahak] yang diperintahnya atau sekurang-kurangnya berusaha untuk ahli-ahlinya bagi membuat perubahan dan menjayakan pembangunan, perancangan dan pelaksanaannya secara berkesan.

Muktamar ke 51 yang lalu sangat baik bagi PAS untuk membuat perubahan kerana pada ketika ini PAS dipimpin oleh campuran orang lama-orang muda dari pelbagai dimensi ilmu, kerjaya dan pengalaman. Pas kini mempunyai pemimpin yang berpengetahuan mengenai Islam yang relevan dengan perubahan zaman dan masa. Elakkan penafsiran dan penjelasan Pas mengenai Islam daripada produk penafsiran dan kefahaman zaman keruntuhan tamadun Islam. Pemimpin Pas mesti mempunyai pengetahuan yang bersifat kontemporari bagi menjelaskan kebenaran Islam pada zaman ini.

Sekian pandangan dari saya, semoga PAS mengutip sedikit sebanyak saranan-saranan yang dibuat ini sebagai tanda kami sayangkan PAS dan kepimpinannya. Wassalam.

- SriBunian - 18.1.2005

1 comment:

Junichero Hayashi said...

Maka benarlah seperti apa yang tuan sribunian sampaikan.Saya amat yakin ramai lagi yang menyokong pandangan ini.

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan lagi.Punca sebenar rakyat berbilang kaum di malaysia tidak menyokong PAS adalah kerana imej PAS telah dicalarkan dengan buruk sekali di media massa milik UMNO.Mesej tersirat ialah sejauhmana PAS mampu untuk mengambilalih kepimpinan negara dan memakmurkan rakyat.

Sehingga kini rakyat jelata belum lagi melihat bukti tersebut. Kisah kisah kutipan derma ketika ceramah adalah satu kaedah yang sangat tidak praktikal bagi sebuah parti yang memiliki cita-cita untuk memegang tampuk pemerintahan.

Dengan memperkasakan bidang ekonomi PAS dapat menyampaikan mesej tersirat bahawa PAS mampu metadbir Malaysia dengan baik dan cemerlang.

50 tahun adalah masa yang cukup lama.Dengan pengalaman 10 tahun pun seorang peniaga nasi lemak mampu membeli rumah sendiri dan memiliki kenderaan.Inikan pula sebuah organisasi besar.

Dengan ikhlas hati,saya menyeru agar PAS mulakan lah langkah daripada sekarang.

Jauh disudut hati saya PRU akan datang mungkin PAS akan terkubur.

Kelantan akan terus diasak untuk 2 tahun lagi. Mulakanlah dengan sesuatu.

sekian